Mata Imna tercelik dari lena. Pandangannya memandang ke arah Puan Isma yang sedang bersiap-sedia untuk turun dari pesawat.
"Sampai dah?"
Puan Isma hanya mengangguk lalu berdiri untuk mengambil beg yang diletakkan di bahagian atas tempat duduk mereka.
Imna bangun, wajahnya seperti biasa tiada riak yang dipamerkan sambil menonyoh mata yang sukar hendak dibuka.
Imna cuba bangun, dia tahu mustahil dia bertemu dengan crushnya di dalam pesawat itu. Dia juga tahu, perkara indah yang dialaminya sebelum dia terlena adalah sebuah mimpi.
Namun, ketika Imna hendak bangun dari kerusi pesawat. Baru dia perasan, baju winter milik Adam berada di tubuhnya.
Mata Imna terbuntang seketika, maksudnya... Dia tak bermimpi! Imna segera bangun dan cuba meninjau keadaan di belakang sehingga kepalanya terhantuk dengan bahagian dashboard tempat meletak beg.
"Auch..." Imna terus memegang kepalanya kerana terasa sakit.
"Dah kenapa dengan kamu ni?" Puan Isma menengur anaknya yang tiba-tiba berkelakuan aneh.
"Ma... Adam?" Imna membesarkan mata memandang Puan Isma.
"Dia dah turun dah tadi, cepat. Pintu pesawat dah nak tutup tu."
Imna bergegas menarik beg pakaiannya dan mengikut langkah Puan Isma keluar dari pesawat. Mereka berjalan beriringan menuju ke pintu masuk bangunan lapangan terbang untuk mencari di mana pintu pelepasan imagresen di Icheon Internatiol Airport itu.
Setelah selesai semua urusan di bahagian imagresen. Imna segera meminta izin untuk menuju ke tandas. Rasa sakit sengugutnya mencucuk-cucuk pinggang membuatkan dahinya berkerut-kerut tidak dapat menanggung kesakitan.
---
Usai menyalin pakaian, Imna menuju ke singki. Baju winter Adam dipegang kemas. Bau haruman minyak wangi lelaki itu menusuk ke rongga hidungnya.
Imna suka dengan bau minyak wangi itu. Salah satu minyak wangi kegemarannya. Setelah selesai urusannya di dalam tandas. Dia segera menapak keluar dengan menarik beg pakaian. Baju Adam dilipat lalu diletakkan di lengan.
"Ha... jom, kawan mama dah tunggu dekat tempat parking."
Tanpa banyak bicara, Imna segera mengikut langkah ibunya menuju ke luar bangunan lapangan terbang itu. Tanpa sedar, dari kejauhan bayangan Adam ada sedang memerhatikan Imna bergerak mengikuti ibunya.
Senyuman Adam meleret lalu dia menundukkan wajah dan kembali mengangkat, mahu melihat bayangan gadis itu berlalu pergi.
Setelah bayangan Imna tidak kelihatan, Adam turut menarik beg pakaian sambil tangan kanan menyeluk poket seluar. Dia sedang menantikan seseorang untuk datang mengambilnya di situ.
---
Beberapa minit Adam menanti, akhirnya seorang gadis yang sangat dia kenali datang menghampiri.
"Finally, you're here. I'm waiting for you so long time."
Teguran daripada gadis itu membuatkan Adam tersenyum mesra.
"Did you not miss me?"
Adam bangun lalu mendepakan tangan. Gadis itu segera mendekatinya lalu mereka berpelukan erat.
"Of course! I really miss you babe..."
Adam ketawa suka mendengarkan suara halus gadis itu.
"Jadi, macam mana dengan kesihatan awak? Dah okey? Sorry sebab terpaksa buat awak tunggu lama. Saya dah katakan, habis exam. Baru saya datang."
"Yelah, nasib awak tunaikan janji. So... betullah awak apply sambung degree dekat sini?"
"Yes and absolutely. Tapi, tak apply lagi. Baru sampai sini, nak apply camne?"
"So... awak nak tinggal dekat mana? Keluarga saya dah tahu awak sampai ni."
"Hm... nan molla." Bibir Adam memuncung, terlupa pula dia tentang tempat penginapan.
"Tak booking mana-mana tempat tinggal? Are you seriously?" Kening gadis itu terangkat, tidak percaya. Jarang dia melihat Adam melakukan sesuatu tanpa perancangan yang teliti. Selalunya, lelaki itu adalah seorang yang sangat teliti dan tidak suka mengambil keputusan terburu-buru.
"Terlupa..." sepatah Adam menjawab, hanya untuk dijadikan sebagai alasan.
"Okeylah, come and stay at my house. You can right? Lagipun, mama dengan baba saya dah tahu awak nak datang."
"It's okey? I stay at your house? They didn't angry?"
"Awak merepek apa ni? Selalu je awak stay rumah saya. Mereka pun ada sekali, apa yang nak marahnya?"
"Yelah, i'm just asking."
Gadis itu menggeleng kepala, sudah lama mereka tidak berjumpa dan apabila bertemu kembali. Lelaki itu benar-benar sudah dewasa.
"Jomlah, saya park kereta dekat sana."
Adam mengangguk lalu tangannya mengapai beg. Langkah dibuka mengikuti ke mana arah gadis itu membawanya.
Setibanya mereka di tempat parking kereta. Sekali lagi Adam bertembung dengan Imna.
Imna yang baru saja selesai memasukkan beg pakaian ke dalam bonet kereta terus memaling. Mata mereka bertemu dan Imna terkejut.
"Eh?"
Adam tersenyum manis ke arah gadis itu.
"Imna? Tunggu apa lagi tu? Mama dah lambat nak pergi lawat tempat kerja ni!" jerit Puan Isma dari dalam kereta.
"Ya ma, kejap..." sahut Imna tanpa mengalih pandangan dari bertemu mata dengan Adam.
Adam memberi isyarat kepala menyuruh Imna segera masuk ke dalam kereta.
Imna pula hanya mengemam bibir, dia belum puas mahu merenung wajah lelaki itu dan sekali lagi Puan Isma melaung nama anaknya dengan kuat.
Mahu tidak mahu Imna terpaksa bergerak meninggalkan Adam. Pintu kereta dibuka dan Imna segera meloloskan diri ke dalam perut kereta.
Setelah masuk, Imna segera menyandarkan badan. Nafas berat dilepaskan. Setiap kali dia bertemu mata dengan Adam pasti hatinya berdetak-detik dengan laju. Serasa juga jantungnya seperti hendak terkeluar dari badan.
Imna hanya memandang Adam dari cermin sisi kanan kereta. Dia tidak berani hendak memandang ke luar tingkap atau melambai lelaki itu. Dia takut, dia terlalu menonjolkan perasaan suka itu.
Tiba-tiba mata Imna menangkap susuk tubuh seorang gadis menghampiri Adam dari dalam cermin sisi itu.
Imna segera berpaling mahu melihat dengan lebih jelas. Pandangan gadis itu juga turut memandang ke arah kenderaan yang dinaiki Imna.
"Siapa tu?" tanya gadis itu kepada Adam.
"Kawan." Hanya sepatah saja jawapan diberikan.
"Mana kereta?" soal Adam, tidak mahu gadis itu terlalu fokus tentang kawan yang baru saja dia sebutkan tadi.
"Dekat sana..." Gadis itu menunjuk ke arah keretanya.
"Jomlah," Adam segera bergerak menuju ke kereta gadis itu.
Tanpa banyak bicara, gadis itu turut mengikut langkah Adam. Hatinya penasaran ingin mengetahui siapakah kawan yang dimaksudkan oleh Adam itu.
Dia tahu, Adam begitu ramai kawan tidak kira sama ada lelaki mahu pun perempuan. Tetapi, hatinya menjadi musykil mengapa kawan yang disebutkan Adam tadi menoleh memandang ke arah mereka seperti terkejut akan sesuatu.
Namun, persoalan demi persoalan yang bermain di fikiran tidak gadis itu hiraukan. Dia membuka kunci bonet kereta untuk Adam menyimpankan beg pakaian.
Setelah selesai urusan menyimpan, Adam menutup bonet dan segera menghulurkan tangan kepada gadis itu.
"Apa?"
"Kunci kereta..."
"Awak baru je sampai, mesti letih badan tu. Takkan terus nak bawa kereta? Lagipun, awak biasa ke nak bawa kereta pandu sebelah kiri ni?"
"Tengok kakilah... Dah, bagi cepat, kunci kereta tu."
Mahu atau tidak, gadis itu terpaksa akur. Dia kenal sangat dengan sikap Adam. Sentiasa berbuat baik dengan sesiapa saja. Tidak kira kenalan atau pun tidak. Sikap yang sangat jarang ada pada orang lain.
"Awak tak nak cuba balik rumah ibu?"
Adam mendengus perlahan, soalan gadis itu tidak dijawab. Fokusnya lebih kepada pemanduan.
"Ibu sihat?" soal Adam, setelah beberapa minit mendiamkan diri.
"Ibu selalu rindukan awak... Kalau awak belum sedia nak jumpa dengan ibu, tak apa take your time."
"Dia dekat mana sekarang?" Nada Adam masih sama seperti soalan pertamanya tadi.
"Pulau Nami..."
Mendengarkan jawapan itu, Adam terus mendiamkan diri dan gadis itu tahu. Adam memerlukan masa untuk bersatu semula dengan ibunya.
Enam bulan kemudian,Semua perkara yang melibatkan Khalil telah pun di selesaikan oleh pihak polis Korea Selatan dan juga Malaysia. Visa Khalil akan di senarai hitamkan oleh pihak antarabangsa Korea Selatan, ini bermaksud lelaki itu tidak dapat masuk ke Korea Selatan dalam tempoh yang ditetapkan oleh duta Korea Selatan-Malaysia.Wookyung dan juga Jungkook? Mereka turut dipenjarakan atas kesalahan berpakat dan membunuh Amina dan juga Rashid. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara kepada Wookyung selama tiga tahun memandangkan dia sedang mengandung, manakala Jungkook pula lima tahun gara-gara dia adalah si pelaku sehingga menyebabkan pembunuhan itu berlaku.Sepanjang tempoh enam bulan berlalu, terlalu banyak perkara yang berubah di dalam kehidupan Imna dan
Kereta dipandu selaju yang mungkin tanpa pedulikan keadaan lalu lintas yang agak sibuk di pagi hari. Dalam keadaan memandu seperti orang gila. Wooyoung terimbas kembali kata-kata kakaknya berkaitan dengan bukti siapa yang terlibat secara langsung dalam kejadian kemalangan itu dan meminta dia mencari bukti tersebut di dalam almari pakaian kakaknya di rumah.Disebabkan itu, Wooyoung segera meninggalkan hospital dan bergegas menuju ke rumah kakak dan abang iparnya untuk mencari bukti yang dimaksudkan itu. Keadaan semakin genting apabila mengetahui kisah sebenar yang membuatkan Wooyoung tidak dapat duduk tenang.Setibanya dia di hadapan laman rumah Wookyung. Brek tangan segera ditarik lantas tali pinggang keledar dibuka. Dia terus keluar dari kereta selepas membuka pintu. Rumah kakaknya dipandang penuh tanda tanya. Bagaimana kakaknya boleh tinggal bersama seorang pembunuh?Gerak langkah dibuka mendekati pintu rumah. Nombor pin di bahagian pengunci pintu cuba ditekan
Pintu cuba ditutup serapat yang boleh selepas berjaya mengecam wajah lelaki di hadapannya. Belum sempat pintu hendak tertutup tangannya diraih kasih sehingga mendorong dia ke belakang.“Argh!” Jeritan Imna kedengaran halus di telinga Adam dan Aisha. Kedua-dua mereka segera meninggalkan ruang makan menuju ke pintu utama. Kelibat Imna tiada di pintu dan Adam pantas menarik semula daun pintu.“Lepaskan aku!” Imna meronta-ronta sambil menolak-nolak tangan lelaki yang sedang mencengkam lehernya sehingga dia terpaksa berundur ke dinding di koridor rumah.“Imna!” Adam turut menjerit selepas melihat situasi yang tidak disangka-sangka itu berlaku di hadapan mata. Imna masih menolak-nolak tangan lelaki yang cuba menyerang dia. “Kau siapa!” Belakang lelaki itu ditarik dan dihumban ke tepi. Tangan Imna diraih dan menyuruh gadis itu berdiri di belakangnya.Lelaki yang terjatuh ke lantai tadi tidak mahu mengalah begitu sa
Kereta dipandu selaju yang mungkin. Dia mahu mengejar teksi yang dinaiki oleh pasangan suami isteri itu! dia tidak kira, apa akan terjadi nanti. Jadilah! Dia sudah hilang sabar dengan sikap mereka. Kali ini, akan dia habisi mereka tidak kira dengan cara apa sekalipun.Walaupun begitu, teksi yang dinaiki oleh Rashid dan Amina tiba-tiba dilanggar dari arah tepi di persimpangan trafik. Wookyung menekan brek kereta secara mengejut sambil memejam mata. Mujur dia sempat brek, jika tidak keretanya juga akan turut sama berlaga dengan teksi yang baru saja dilanggar tadi.“Argh!” Dia menjerit sekuat hati menahan rasa takut dan terkejut dalam waktu yang sama. Perlahan-lahan dia membuka mata dan dia melihat ke arah kereta yang melanggar teksi tersebut. Keluar seorang lelaki berpakaian serba hitam. Dari alis mata lela
“Macam mana keadaan Wookyung?” Jungkook yang berada di luar wad kecemasan bertanya kepada adik iparnya. Sejak tadi dia tidak dibenarkan masuk ke dalam oleh Wooyoung gara-gara tidak mahu emosi kakaknya semakin teruk.“Dah okey sikit. Doktor cakap dia mengalami tekanan yang agak teruk. Jadi doktor minta dia duduk di wad sehari dua nak pantau kandungan sekaliJungkook meraup wajahnya sambil labuhkan diri perlahan-lahan di bangku menunggu. Agak berat ujian yang dia peroleh ketika ini. Situasi yang berlaku sekarang sudah tidak sama seperti awal-awal perkahwinan mereka dahulu, bahkan isterinya seolah-olah mahu mengelak daripada bertemu dengan dia. Bukan itu saja, setiap apa yang dia bicarakan pasti akan dibalas dengan tengkingan, tolakan, dan pelbagai lagi aksi yang tidak menyenangkan hati seorang suami. Entah di mana silap dia sebagai seorang suami pun dia tidak tahu. Keluhan berat dilepaskan perlahan sambil mengurut dahi yang terasa berdenyut-denyut.
Sudah beberapa malam Imna tidak dapat melenakan diri, bahkan hari ini juga sama. Mungkin dia sudah tertidur di ruang tamu ketika pulang dari hospital bersama Aisha. Jadi, matanya agak sukar untuk lelap pada waktu malam. Dia diberi tumpang tidur di dalam bilik Aira, walaupun dia bebas untuk tidur pelbagai reaksi masih juga dia tidak dapat memejamkan mata. Rambut dikusutkan selepas dia bangun dari baring. Kepalanya menoleh dari kanan ke kiri. Bilik adik Aisha ini sungguh ringkas dan estetik. Warna perabot, katil, meja solek semuanya minimalis. Tidak seperti biliknya yang lebih suka warna-warna ceria. Selimut ditolak ke tepi dan kaki diturunkan dari katil. Perlahan-lahan dia bergerak ke pintu dan membukanya untuk keluar dari bilik. Ruangan dapur menjadi arah tujuan, dia mahu meminum sedikit air bagi membasahkan tekak yang terasa kering. Dalam ralit dia sedang mengapai gelas di bahagian kabinet tiba-tiba pinggangnya dipaut perlahan. Hampir terlepas gelas di tangan gara-g