로그인"Ini yang kau nak kan! Puas hati kau sekarang?" - KHAIRUL ADAM Tanpa sedar, ayat itu menusuk ke benak hati yang paling dalam buat Imna Safira. Bukan itu yang dia mahukan dan bukan itu juga yang dia pinta. "Aku undurkan diri dari hubungan ni, bukan untuk kau tindas aku bertubi-tubi!" - IMNA SAFIRA. Namun semuanya sudah terlambat. Melihat orang-orang yang disayangi sedang bergembira. Dia hanya mampu mempamerkan senyuman bahagia. Walhal dalam hati sudah diamah perasaan luka. "Kalau kau nak dia, ambillah. Dengan kau aku percaya." - AISHA HANA Tetapi, prinsip hidup Imna Safira tidak akan sesekali merampas hak seseorang. Apatah lagi, kebahagian orang itu! Mampukah Imna Safira membuat pilihan yang tepat? Memilih untuk kebahagian dirinya sendiri atau pun berkorban demi orang yang dikasihi?
더 보기Enam bulan kemudian,Semua perkara yang melibatkan Khalil telah pun di selesaikan oleh pihak polis Korea Selatan dan juga Malaysia. Visa Khalil akan di senarai hitamkan oleh pihak antarabangsa Korea Selatan, ini bermaksud lelaki itu tidak dapat masuk ke Korea Selatan dalam tempoh yang ditetapkan oleh duta Korea Selatan-Malaysia.Wookyung dan juga Jungkook? Mereka turut dipenjarakan atas kesalahan berpakat dan membunuh Amina dan juga Rashid. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman penjara kepada Wookyung selama tiga tahun memandangkan dia sedang mengandung, manakala Jungkook pula lima tahun gara-gara dia adalah si pelaku sehingga menyebabkan pembunuhan itu berlaku.Sepanjang tempoh enam bulan berlalu, terlalu banyak perkara yang berubah di dalam kehidupan Imna dan
Kereta dipandu selaju yang mungkin tanpa pedulikan keadaan lalu lintas yang agak sibuk di pagi hari. Dalam keadaan memandu seperti orang gila. Wooyoung terimbas kembali kata-kata kakaknya berkaitan dengan bukti siapa yang terlibat secara langsung dalam kejadian kemalangan itu dan meminta dia mencari bukti tersebut di dalam almari pakaian kakaknya di rumah.Disebabkan itu, Wooyoung segera meninggalkan hospital dan bergegas menuju ke rumah kakak dan abang iparnya untuk mencari bukti yang dimaksudkan itu. Keadaan semakin genting apabila mengetahui kisah sebenar yang membuatkan Wooyoung tidak dapat duduk tenang.Setibanya dia di hadapan laman rumah Wookyung. Brek tangan segera ditarik lantas tali pinggang keledar dibuka. Dia terus keluar dari kereta selepas membuka pintu. Rumah kakaknya dipandang penuh tanda tanya. Bagaimana kakaknya boleh tinggal bersama seorang pembunuh?Gerak langkah dibuka mendekati pintu rumah. Nombor pin di bahagian pengunci pintu cuba ditekan
Pintu cuba ditutup serapat yang boleh selepas berjaya mengecam wajah lelaki di hadapannya. Belum sempat pintu hendak tertutup tangannya diraih kasih sehingga mendorong dia ke belakang.“Argh!” Jeritan Imna kedengaran halus di telinga Adam dan Aisha. Kedua-dua mereka segera meninggalkan ruang makan menuju ke pintu utama. Kelibat Imna tiada di pintu dan Adam pantas menarik semula daun pintu.“Lepaskan aku!” Imna meronta-ronta sambil menolak-nolak tangan lelaki yang sedang mencengkam lehernya sehingga dia terpaksa berundur ke dinding di koridor rumah.“Imna!” Adam turut menjerit selepas melihat situasi yang tidak disangka-sangka itu berlaku di hadapan mata. Imna masih menolak-nolak tangan lelaki yang cuba menyerang dia. “Kau siapa!” Belakang lelaki itu ditarik dan dihumban ke tepi. Tangan Imna diraih dan menyuruh gadis itu berdiri di belakangnya.Lelaki yang terjatuh ke lantai tadi tidak mahu mengalah begitu sa
Kereta dipandu selaju yang mungkin. Dia mahu mengejar teksi yang dinaiki oleh pasangan suami isteri itu! dia tidak kira, apa akan terjadi nanti. Jadilah! Dia sudah hilang sabar dengan sikap mereka. Kali ini, akan dia habisi mereka tidak kira dengan cara apa sekalipun.Walaupun begitu, teksi yang dinaiki oleh Rashid dan Amina tiba-tiba dilanggar dari arah tepi di persimpangan trafik. Wookyung menekan brek kereta secara mengejut sambil memejam mata. Mujur dia sempat brek, jika tidak keretanya juga akan turut sama berlaga dengan teksi yang baru saja dilanggar tadi.“Argh!” Dia menjerit sekuat hati menahan rasa takut dan terkejut dalam waktu yang sama. Perlahan-lahan dia membuka mata dan dia melihat ke arah kereta yang melanggar teksi tersebut. Keluar seorang lelaki berpakaian serba hitam. Dari alis mata lela
Sudah beberapa malam Imna tidak dapat melenakan diri, bahkan hari ini juga sama. Mungkin dia sudah tertidur di ruang tamu ketika pulang dari hospital bersama Aisha. Jadi, matanya agak sukar untuk lelap pada waktu malam. Dia diberi tumpang tidur di dalam bilik Aira, walaupun dia bebas untuk tidur
Loceng yang berbunyi menandakan salah seorang ahli keluarganya sudah pulang. Melihat jam sudah menunjuk pukul 8:00 pagi, laju Aisha menolak kerusi rodanya ke pintu. Mengapa harus menekan loceng dan mengetuk walhal masing-masing sudah ada kunci pendua. Bunyi ketukan diselangi bunyi loceng semakin
Sebaik saja mereka tiba di hadapan apartmen, Imna terus menghulur wang tambang kepada pemandu teksi. Dia tidak mahu Aisha menghulur wang lagi untuk membayar bagi pihaknya. Lagipun, dia menerima nasihat Wooyoung agar tidak pergi ke kelas petang ini. Kalau tidak makin bertambah gosip dibuatnya. Sud
“Awak ke mana semalam, Wookyung?” Jungkook yang sedang turun dari tangga menyapa isterinya. Wanita itu sedang ralit menonton berita sensasi berkaitan dengan adiknya dan kini dia sedang menggigit kuku sendiri. Risau gelisah dan bermacam perasaan yang lebih kurang sama sedang melanda ha



![NUKILAN CINTA [BAHASA MALAYSIA]](https://www.goodnovel.com/pcdist/src/assets/images/book/43949cad-default_cover.png)

![Jejak Jiwaria [Bahasa Malaysia]](https://www.goodnovel.com/pcdist/src/assets/images/book/43949cad-default_cover.png)
리뷰