Share

MY ¦ 79

Kereta dipandu selaju yang mungkin tanpa pedulikan keadaan lalu lintas yang agak sibuk di pagi hari. Dalam keadaan memandu seperti orang gila. Wooyoung terimbas kembali kata-kata kakaknya berkaitan dengan bukti siapa yang terlibat secara langsung dalam kejadian kemalangan itu dan meminta dia mencari bukti tersebut di dalam almari pakaian kakaknya di rumah.

Disebabkan itu, Wooyoung segera meninggalkan hospital dan bergegas menuju ke rumah kakak dan abang iparnya untuk mencari bukti yang dimaksudkan itu. Keadaan semakin genting apabila mengetahui kisah sebenar yang membuatkan Wooyoung tidak dapat duduk tenang.

Setibanya dia di hadapan laman rumah Wookyung. Brek tangan segera ditarik lantas tali pinggang keledar dibuka. Dia terus keluar dari kereta selepas membuka pintu. Rumah kakaknya dipandang penuh tanda tanya. Bagaimana kakaknya boleh tinggal bersama seorang pembunuh?

Gerak langkah dibuka mendekati pintu rumah. Nombor pin di bahagian pengunci pintu cuba ditekan

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status