Share

MY ¦ 71

Sepanjang perjalanan menuju ke hospital, Imna hanya mendiamkan diri walaupun Aisha cuba melarang dia keluar dari rumah dan berehat saja di rumah kerana tidak mahu Imna terlalu penat dengan apa yang baru saja menimpa dirinya. Namun begitu, Imna agak degil orangnya. Dia tidak mahu tinggal di rumah bersendirian. Lagi pula sudah dia dapat pesanan ringkas daripada Aira agar membantu kakaknya bertemu dengan doktor mengikut janji temu yang telah ditetapkan oleh hospital.

Mahu atau tidak, Aisha terpaksa akur. Siapalah dia hendak memaksa Imna mendengar kata-katanya. Mereka baru saja berkenalan dan cuba berkawan baik. Takkanlah pula dia mahu memaksa-maksa agar Imna turuti kehendaknya. Dalam waktu yang sama, dia bersyukur juga Imna rela hati mahu menemani. Bersungguh-sungguh gadis itu mahu ikut bersama, jadi tidak perlulah dia berasa sudah menyusahkan gadis itu.

“Cik dah sampai.” Pemandu teksi bersuara ketika kenderaan awam itu tiba di jalan luar hospital. Imna tersed

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status