Share

NC 5

Perkara paling mahal dalam hidup seseorang itu adalah "harga cinta yang setia".

-Riyad

****************

Aisya melepaskan keluhan kasar lantas menghempaskan badan ke atas katil setelah pulang dari pejabat. Badanya terasa sangat letih setelah seharian berkejar untuk menghadiri mensyuarat syarikat. Bukan sahaja keletihan fizikal malah mentalnya juga berasa letih beberapa hari ni. Fikiran yang terganggu menyebabkan dia terpaksa mengabil ubat tidur bagi menjemput lena setiap malam.Sudah agak lama dia tidak bergantung terhadap ubat tersebut namun kejadian beberapa hari lepas telah menyebabkan dia kembali mengambil ubat tersebut.

Dalam melayan keletihan itu ingatan Aisya kembali terimbas terhadap kejadian yang telah meragut ketenangannya kembali.

~~~~~

"Aisy." Riyad bersuara sambil menunjukkan riak terkejutnya. Dia tidak menyangka akan bertemu semula dengan gadis ini.

Aisya juga memandang Riyad dengan riak yang dikawal oleh dirinya.Ini kerana dia sudah mengetahui dengan gerangan yang bakal dia temui. Berbeza dengan lelaki itu yang jelas menunjukkan riak terkejutnya. Dia cuba berlagak tenang di hadapan lelaki itu.

"Maaf Tengku, saya Aisya Yanie wakil dari Airil Interior. Saya merupakan salah seorang interior designer yang telah dihantar oleh Airil Interior sebagai wakil syarikat untuk lunch meeting ini. Nice to meet you Tengku." Aisya cuba untuk kelihatan professional di hadapan lelaki tersebut. Dia tidak mahu membuang masa yang ada, jadi dia harus menghentikan lelaki itu dari bercakap perkara yang tidak berkaitan dengan kerja.

"Aisy dah tak ingat abang?" soal Riyad ingin mendapatkan jawapan dari wanita itu.Dia yang sudah lari dari tujuan asal mensyuarat bersama dengan Airil Interior, dia juga sudah tidak mengendahkan lagi projek tersebut. Baginya apa yang dia lihat di depan matanya kini adalah lebih penting. Adakah ini petanda yang takdir masih memihak kepada mereka atau hanya sekadar kebetulan.

Dia sudah tidak peduli dengan projek yang bakal dilaksanakan bersama dengan Airil Interior. Apa yang pasti dia mahukan jawapan dan kepastian daripada wanita itu.

"Sorry. Tengku salah orang mungkin.Saya Aisya bukan Aisy seperti yang Tengku maksudkan tadi.Lagipun ini pertemuan pertama kita." Aisya masih dapat mengawal riaknya supaya dia kekal tenang.Dia tidak mahu nampak lemah di hadapan lelaki tersebut walaupun hakikat sebenarnya dia hampir sahaja ingin rebah, tetapi masih di gagahkan juga dirinya untuk terus kelihatan kuat.

"can we proceed with our meeting?" soal Aisya, malas dia ingin memanjangkan lagi pertanyaan lelaki itu. Apa yang berada di dalam otaknya adalah untuk cepat cepat mengakhiri mensyuarat ini dan terus pulang ke pejabat. Dia tidak betah untuk terus berhadapan dengan lelaki ini dalam jangka masa yang lama. Dia juga takut dia akan jatuh di hadapan lelaki ini. Tidak!! Dia tidak boleh kelihatan lemah di depan Riyad.

Riyad mengangguk menyetujui permintaan wanita itu untuk terus ke tujuan utama perjumpaan mereka tengah hari itu.

Sepanjang tempoh mensyuarat berlangsung Riyad tidak menumpukan perhatian terhadap perbentangan Aisya. Kepalanya serabut memikirkan segala macam kemungkinan. Tunak matanya memandang Aisya semenjak Aisya melangkah masuk ke dalam ruangan yang disediakan. Tidak di alihkan sedikit pun korneo matanya ke arah lain. Pandangan seolah melepaskan selautan rindu yang sekian lama terpendam kerana kebodohan dirinya sendiri.

"Boss" jerit Aina sedikit kuat bagi menyedarkan Tuannya.Riyad kelihatan terpinga-pinga setelah di sergah oleh Aina sebentar tadi.

"Cik Aisya cakap kalau boss setuju dengan cadangan tadi, boss boleh tanda tangan surat persetujuan ni" Beritahu Aina setelah melihat ke'blur'an boss nya itu. Tak pernah- pernah macam ni boss dia,tak kan jumpa Cik Aisya yang cun ni terus jatuh cinta plus pakej berangan kawen dengan Cik Aisya.

"oh...saya setuju." Tanpa melenggahkan masa Riyad terus menanda tangani perjanjian tersebut tanpa mengetahui apa yang di cadangkan oleh Airil Interior.Selepas meeting ini dia akan minta minit mensyuarat dari Aina.

"can you guys excuse us? I ada benda nak cakap dengan Cik Aisya personal and i need privacy." Aina mengangguk lantas mengemas barangnya untuk keluar.

Hana lambat-lambat mengangguk untuk meminta persetujuan daripada majikannya.Hana berat hati mahu meninggalkan Aisya bersendirian dengan Riyad.Hatinya seolah menyatakan ada perkara buruk yang bakal berlaku. Tetapi melihat pandangan tajam tanpa perasaan Riyad dia terpaksa juga melangkah keluar tanpa melihat wajah majikannya.Dia rasa bersalah meninggalkan mereka berdua.Dia juga takut dimarahi Dato' Khairil sekiranya terjadi sesuatu terhadap Aisya.

Aisya meramas jari jemarinya di bawah meja untuk menghilangkan kegusaran di hatinya. Tangannya sudah berpeluh-peluh. "Ya Allah kau bantulah aku" sempat Aisya berdoa bagi meminta kekuatan dari dia yang maha Esa.

"Do you really didn't recognize me?" Aisya masih dengan jawapan yang sama. Dia menggelengkan kepalanya sebagai jawapan kerana dia sudah tidak mampu untuk bersuara.Nafasnya seakan sesak tetapi masih mampu di kawalnya.

" Do you still remember this watch?" Desak Riyad sekali lagi sambil menunjukkan seutas jam tangan yang dipakainya. Aisya terkedu melihat jam tangan tersebut dan menyebabkan nafasnya menjadi semakin laju. Ternyata kali ini Riyad berjaya membuat Aisya terus kehilangan nafas. Wajah Aisya mula di penuhi dengan titisan peluh, mulut wanita itu juga kelihatan pucat. Dadanya berombak sangat laju seperti sukar bernafas. Riyad panik melihat apa yang berlaku kepada Aisya. Dia tidak tahu apa yang harus dia lakukan tika ini untuk membantu Aisya. Dia sendiri masih terkejut dan buntu dengan apa yang telah berlaku kepada Aisya.

"Sha mana?" Soal Zafran tanpa salam setelah melihat Hana keluar bersendirian tanpa Aisya. Dia risaukan keadaan wanita itu. Dia tidak mahu sesuatu yang buruk menimpa bunganya itu.

"A...ad..ada de..kat dalam."Jawab hana ketakutan. melihat muka bengis lelaki itu membuatkan dia kecut perut, tidak berani untuk bersuara dengan lancar.

"are you out of your mind?" amuk Zafran sambil cuba untuk menolak pintu bilik restoran yang menempatkan Aisya. Tetapi tindakannya itu dihalang oleh setiausaha Riyad, Aina.

"Encik tak boleh masuk.Boss saya ada perkara yang dibincangkan dengan Cik Aisya.Ini melanggar etika kerja Encik, dan encik tak boleh masuk sesuka hati." Halang Aina masih berusaha untuk tidak membenarkan Zafran menerjah masuk ke dalam bilik itu.

"Go to the hell with your boss, nyawa Aisya lagi penting laa daripada perbincangan karut boss kau tu." Hambur Zafran melepaskan kemarahannya kerana Aina tidak membenarkan dia masuk.

"Hana, dapatkan mineral water untuk saya.now!" sempat Zafran berpesan sebelum dia merempuh memasuki bilik restoran tersebut.

Melihatkan keadaan Aisya yang tidak stabil Zafran pantas menolak tubuh Riyad yang tidak membantu itu.Dia mendapatkan gadis itu dan terus menutup mata Aisya dengan tangannya.

Aina hampir melotot melihat apa yang berlaku di hadapannya. Perutnya rasa sebu. Dia merasa bersalah kerana cuba menghalang Zafran sebentar tadi. Tidak dapat di bayangkan jika mereka terlambat tadi pasti nyawa seseorang akan melayang.

"Take a breath." Zafran bersuara seakan berbisik di telinga Aisya. Aisya ditarik ke dalam pekukannya. Tangannya bergerak mengosok belakang Aisya bagi menenangkan wanita itu.

Dia mengulangkan perkataan itu sebanyak tiga kali.

"Can you imagine something? Bunga nampak tak laut yang abang nampak. The London Bridge?" perlahan Aisya mengangguk seolah bayangan tersebut berada di depan matanya. Zafran melepaskan tangannya dari terus menutup mata Aisya.

Hana tiba dengan sebotol air mineral yang diminta oleh Zafran sebentar tadi.Dia menapak perlahan menuju ke arah Zafran dan menghulurkan botol mineral tersebut. Dia masih keliru melihat keadaan sunyi di bilik itu.Apa yang sudah terjadi.

"Bunga dah boleh buka mata.Abang ada dengan bunga."ujar Zafran lembut apabila melihat pernafasan Aisya yang sudah sedikit tenang berbanding tadi. Pekukannya dileraikan.

Perlahan Aisya membuka matanya dan melihat Zafran di depan matanya.Dia merenung ke dalam anak mata lelaki itu sebelum dia menerpa memeluk lelaki pelindungnya itu.

"Thank you abang." Aisya berbisik perlahan ketika dia memeluk lelaki itu.

"Now makan ubat ok." Zafran meleraikan pelukan dan mencari ubat di dalam tas tangan wanita itu. Ubat dihulurkan kepada Aisya berserta air yang dia minta Hana dapatkan sebentar tadi.

Bilik itu seolah kepunyaan mereka berdua.Merekan seakan lupa masih terdapat jasad lain di dalam itu. Tanpa mereka sedari ada sekeping hati yang telah luluh melihat kejadian sebentar tadi.

~~~~

Lamunan Aisya terhenti apabila terdengar bunyi ketukan di pintu biliknya. Lantas dia menyapu airmata yang sempat mengalir sebentar tadi. Aisya menapak turun dari katil dan terus menuju ke pintu bilik. Apabila pintu dibuka terjenggul wajah mamanya, sebuah senyuman diberikan kepada mama bagi menutupi lara di hati.

"Sha buat apa? Mama ingat sha tidur, tu yang mama datang nak kejut."

"Sha baca email tadi mama. Sha nak mandi ni,mama ada apa-apa nk cakap?" soal Aisya.

"Tak ada. jangan tidur petang,tak elok."pesan Datin Aida sebelum melangkah pergi.

"ok mama. Sha masuk mandi dulu."

************

Harga sebuah kesetiaan tidak ternilai,

jika ia milikmu, 

jaganya hingga hayatmu yang terakhir,

jangan pernah kau cuba untuk menghapuskan nilainya.

O_o

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status