Share

OBSES (BAHASA MALAYSIA)
OBSES (BAHASA MALAYSIA)
Author: S.SYAZAN

PROLOG

DR RASYID

16 Mei 1990

Aku cuba menguji satu per satu uji kaji aku pada manusia. Cecair biru yang bernama X76 yang mampu mengawal minda manusia. Suntikan dikenakan pada seorang budak. Dia mengerang kesakitan. Aku cuba melihat hasilnya. Budak itu tidak berhenti menjerit akhirnya dia jatuh pengsan. Mulutnya berbuih. Aku menghempuk fail di atas meja. Sekali lagi aku gagal.

 “Macam mana ni Rasyid? Kau yakin kau boleh buat?” Soal Borhan yang mula hilang semangat.

 “Kau jangan risau. Kita hanya perlukan manusia yang mampu menahan bahan kimia ini saja.” Kata aku yakin. Borhan seperti mula mahu mengalah tapi dia masih mempercayai kata-kata aku.

Ya janji aku. Janji aku padanya yang mahu menghapuskan segala jenayah dalam negara ini. Sudah tiba masanya pesalah dihukum. Jika mereka bebas pada undang-undang, ada cara lain yang boleh dilakukan. Loceng rumah ditekan. Aku memandang Borhan. Dia mengangkat bahu. Tidak tahu siapa yang datang. Aku bergerak ke pintu untuk melihat tetamu yang hadir. Pintu dibuka.

 “Kita ada budak baru.” Kata lelaki yang berdiri di hadapan aku. Aku tersenyum gembira. Pasangan kembar seiras. Aku hampir tidak dapat membezakan mereka berdua. Aku menjemput mereka masuk ke dalam rumah. Ada satu aura yang hadir dalam diri mereka. Aku rasa aku sudah jumpa orang yang layak.

 “Ibu bapa mereka baru sahaja meninggal dunia. Mereka kehilangan rumah, harta dan segala-galanya milik mereka. Jadi saya rasa doktor tidak keberatan untuk menerima mereka berdua, kan?” Soal lelaki itu acuh tak acuh padahal memang selalu kami berurusan. Aku mengusap dagu. Aku tertarik melihat mereka berdua.

 “Baiklah. Jangan risau. Mereka boleh tinggal bersama saya.” Kata aku. Dia tersenyum.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status