HARIS NAUFAL
Sebab ini lah aku malas nak bawa mamat ni. Apa yang dia merepek dari tadi pun aku tak tahu. Biar aku cerita serba sedikit tentang kami berdua. Pernah dengar hyperseks? Hyperseks ini sebenarnya ketagihan terhadap seks sama juga seperti ketagih dadah, alkohol, dan judi. Tabiat ini dimiliki oleh orang yang mempunyai kecenderungan berlebihan untuk terus menerus melakukan hubungan seks dan memerlukan orang lain untuk memuaskannya dan bersedia untuk melakukannya dengan orang lain. Ada kajian mendapati hyperseks berlaku terhadap manusia yang mengalami penderaan seksual semasa zaman kanak-kanak. Ada juga kes-kes berlaku disebabkan faktor kesepian hidup dan kurangnya keyakinan diri. Mereka merasakan seks sebagai satu cara bagaimana diri mereka dihargai. Aktiviti otak yang menerima ransangan ketika melakukan hubungan seks memberikan rasa euforia kerana pengeluaran hormon waktu orgasme dan mendorong mereka ingin melakukannya berulang kali. Walaupun orang seperti kami ini obses terhadap seks tetapi sebenarnya kami sering tidak dapat menikmati hubungan seks kerana kepuasan cepat berakhir. Kami hanya terdorong melakukannya tetapi tidak menikmatinya. Itu serba sedikit tentang diri kami.
"Lambat lagi ke weh? Nyamuk banyak lah." Omel Naqi sambil menampar tangannya.
"Lambat lah dah kau tak tolong aku." Baik kau datang sini daripada kau membebel je dari tadi.
Naqi akur. Dia membuka langkah berjalan ke arah aku. Haishh kalau dari tadi kau tolong kan lagi bagus. Naqi mengusung mayat itu lalu dimasukkan ke dalam bonet. Aku memasuki ke dalam kereta dan menghidupkan enjin. Naqi kemudian masuk ke dalam kereta setelah selesai memasukkan mayat.
"Kau ni bangang kan. Kau fikir aku ni driver kau sampai kau nak duduk belakang." Marah aku.
"Hahahahahaha..dah cepat jalan. Aku nak tidur." Arah Naqi yang terus bersandar.
Kereta perdana hitam meluncur laju meninggalkan tempat yang menjadi saksi kegiatan mereka.
JACK
Ismail mengigil ketakutan. Dia dapat merasakan ajalnya semakin hampir. Aku yang memakai jaket hitam semakin menghampirinya. Pisau lipat di tangan di gawang ke udara untuk menakutkan mangsa. Ismail sudah tidak dapat melarikan diri lagi. Senyuman sinis terpancar di bibir aku.
“Abdul Ismail Bin Saleh. Umur 35 tahun. Pekerjaan guru sekolah menengah. Ada apa-apa lagi yang aku tertinggal?” Ismail pelik bagaimana aku mengetahui tentang dirinya.
“Owh yaya lupa. Pernah merogol 2 orang pelajar sekolah menengah tetapi dibebaskan kerana kekurangan bukti.”
“Siapa kau ha!! Apa yang kau nak? Macam mana kau kenal aku?” Ismail
memberanikan diri bertanya lagipun dia pasti nyawa dia akan berakhir di sini.“Aku malaikat maut. Tugas aku mengambil nyawa kau. Malaikat maut tidak pernah tersilap mangsa hahahahaha.”
Aku tidak lagi berlengah setelah memperkenalkan diri. Pisau ditangan terus meluru ke dada Ismail. Sekali..dua kali..tiga kali tikaman. Ismail rebah. Darah memercik ke merata tempat. Aku tersenyum melihat Ismail menderita kesakitan. Aku berasa satu kepuasan. Pandangan Ismail semakin lama semakin kabur. Aku menyeluk tangan ke dalam poket seluar mencapai sesuatu. Pendrive di dalam poket seluar dikeluarkan kemudian diletakkan ke atas badan Ismail. Ismail melihat aku berlalu pergi meninggalkan dia mengerang kesakitan. Mata Ismail tertutup rapat sambil mengenang dosa silam. Hujan turun membasahi bumi. Mungkin bumi turut bersedih melihat perbuatan manusia yang dianggap khalifah muka bumi serupa syaitan yang ingkar arahan tuhan. Tiada lagi sifat kemanusiaan di dalam diri mereka. Semuanya bertindak mengikut nafsu semata-mata.Rokok dinyalakan. Hembusan asap berkepul-kepul ke udara. Selesai tugas untuk malam ini. Misi aku belum berakhir. Ada kisah yang aku pendam. Kisah lama yang tersemat di dalam hati bertahun lamanya. Dendam itu kini membara kembali. Mereka akan rasa pembalasan di atas setiap perbuatan yang telah mereka lakukan. Yaa mereka akan berjumpa dengan aku tidak lama lagi. ‘Malaikat maut’ nama gelaran diberi. Pasti akan datang menjatuhklan hukuman pada pesalah. Hukuman yang tiada diplomatik. Tiada kompromi. Tiada hakim untuk menilai betul atau salah. Hanya mati. Ya cuma hukuman mati yang mereka akan terima. Bersedia atau tidak, aku akan datang. Menegakkan keadilan mengikut cara aku sendiri.
JACK
Aku memegang kepala. Bendalir merah yang mengalir aku biarkan. Sakit ini tidak seberapa jika dibandingkan dengan sakit di dalam hati aku. Hari-hari aku diseksa oleh ibu kandung aku sendiri. Dia melayan aku seperti binatang. Aku sudah lupa bila yang aku rasa kasih sayang seorang ibu. Sudah cukup lama aku tidak rasa belaian ibu. Ayah sudah lama meninggalkan kami berdua. Dia meninggal dunia disebabkan mengambil terlampau banyak dadah sehingga dia mati bersama benda haram itu. Mungkin impian dia hidup dan mati bersama barang itu. Aku pun tidak mengaku dia ayah aku.
“Kau tak masak lagi? Ishh budak jahanam ini.” Satu tamparan lekat di pipi aku. Aku memegang pipi yang mula kemerahan akibat pedih. Seorang lelaki yang datang bersama ibu aku ke rumah tersengih. Langsung tiada perasaan kasihan.
“You tulah. Bagi muka sangat dekat anak you ni. Kalau I, dah lama I ajar dia cukup-cukup.” Dia menjeling ke arah aku. Aku memekakkan telinga. Aku berjalan ke dapur.
“Kau dengan ayah kau sama jaa. Dua-dua menyusahkan. Baik mampus jaa baru aku hidup tenang.” Aku tidak dapat menahan amarah lagi. Jantung aku berdegup laju. Aku sudah mula hilang pertimbangan untuk bersabar.
Aku memandang pisau di atas meja. Aku capai. Aku sentuh hujung mata pisau dengan ibu jari aku . Sekali lalu ibu jari aku berdarah. Cukup tajam. Aku berjalan ke arah mereka berdua.
“Ha dah masak ke belum. Cepat. Kami lapar!!” Jerkah ibu aku. Aku memandang dia dengan pandangan tajam. Aku terus berlari menikam dada ibu aku. Dia rebah ke lantai. Lelaki di sebelahnya mula cuak apabila melihat aku seperti sudah hilang akal.
Aku sudah lagi tidak menggunakan akal. Aku biarkan bisikan halus dan emosi yang mengawal aku.
NAQIUDIN
Masa kini…
Manusia semuanya sama. Selalu sombong dengan kemewahan dunia yang dimiliki. Zaman sekarang ini wang menjadi raja. Politik? Rasuah? Bakat? Perempuan? Kalau kau ada wang, kau boleh dapat kesemua di atas. Kau nak kuasai dunia pun boleh asalkan kau mempunyai kepingan kertas yang bernilai. Mungkin mereka lupa apa yang mereka miliki sekarang cuma pinjaman dari yang Maha Esa untuk menguji setiap hamba-hambanya. Dugaan tidak sama. Dia tahu akan semua yang telah dia rancangkan. Kita siapa mahu pertikaikan sedangkan kita juga dicipta oleh-NYA jadi kenapa masih sombong?
Bayangkan jika dunia tanpa Islam, apa yang akan berlaku pada dunia? Islam dianggap sebagai punca berlakunya pelbagai masalah contoh serangan berani mati, pengeboman kereta, perjuangan rintangan, rusuhan, fatwa, jihad, perang gerila, video mengancam, dan banyak lagi. Mengapa perkara-perkara ini berlaku? "Islam" sebenarnya membantu manusia mengenali tentang kehidupan di dunia agar kita menjadi khalifah di muka bumi ini. Malangnya, sesetengah pihak yang neokonservatif, "Islamofascism" kini menganggap Islam sebagai musuh yang sedang mengangkat sumpah menjulang senjata mahu melancarkan perang dunia ketiga. Eh kenapa aku ceramah pula korang pagi-pagi ni haha. Ada banyak perkara yang aku sembunyikan dari keluarga dan kawan-kawan aku. Ayah dan mak aku pun tidak tahu pasal ini.
Korang tahu darah? Tipulah kalau tidak tahu kan. Biar aku cerita darah ni macam mana. Darah ni cecair di dalam tubuh kita yang berfungsi untuk mengangkut oksigen yang diperlukan oleh sel-sel di seluruh tubuh. Hormon-hormon dari sistem endokrin juga diedarkan melalui darah. Terdapat sesetengah manusia menganggap darah ini begitu suci sehingga mereka menggunakan untuk tujuan ritual. Bila sebut pasal darah perkara pertama yang terlintas di kepala otak korang mesti tentang Drakula kan? Kisah mitologi makhluk yang sukakan darah. Kepercayaan terhadap menghisap darah ini sudah berlaku sejak berabad lamanya sebelum adanya Drakula ini. Pelbagai cerita berlainan yang dikaitkan dengan Drakula. Seperti contoh kita dapat lihat negara Eropah Timur berkata yang makhluk ini muncul dengan penampilan seperti mayat hidup. Lain pula di Eropah Barat yang menggambarkan makhluk ini berpenampilan mewah seperti orang-orang kaya. Walau apa pun cerita yang dikaitkan, pada abad ke 19 karya seperti Varney the Vampire dan Dracula menjadi laris dan sangat berpengaruh.
Karya Bram Stoker di dalam novel Dracula (1897) dianggap karya klasik yang menjadi lagenda sehingga sekarang. Diceritakan tentang masyarakat Victoria yang mengalami pengalaman melihat Drakula keluar pada waktu malam untuk menghisap darah manusia melalui gigitan taringnya yang panjang. Kebiasaannya korban yang digigit akan turut sama bertukar menjadi Drakula. Bila sudah sampai ke era moden, masyarakat percaya yang Drakula boleh berubah bentuk menjadi kelawar, serigala, gas dan lain-lain lagi. Sudah-sudah kenapa aku cerita pasal benda ni pula. Ok balik pada cerita asal, aku sebenarnya nak cerita tentang kawan aku, Haris, yang sama seperti cerita lagenda ini. Korang tak percaya kan? Aku tak kesah sama ada korang percaya ke tak yang penting sekarang aku berada dengan dia. SHHH!! Jangan bagi tahu orang lain pasal dia. Biar rahsia kekal rahsia, kalau tak….
Encik Ismail terkejut. Dia menelan air liur selepas membaca diari itu. Apa yang berlaku ni? Wan tak melakukan perkara ini sendirian? Siapa yang membantunya? Encik Ismail duduk bersandar. Diari Wan dan penulisan yang dia tulis tidak sama. Ada perbezaan. Yang mana satu yang benar?Encik Ismail tidak mengalah. Dia kembali menyelak semula helaian kertas penulisan Wan. Dia jurut turut membelek diari itu sekali lagi. Encik Ismail perasan ada sesuatu yang tak kena pada diari Wan. Ada kesan seperti halaman ini dikoyak dengan kemas. Wan diperangkap? Tak mungkin. Nak taknak Encik Ismail perlu siasat sendiri. Dia perlu pergi ke hospital.Keesokan harinya, Encik Ismail bertolak dari rumah ke hospital. Dia perlu tahu sesuatu. Encik Ismail bertemu seorang doktor secara rahsia.“Mail, aku dahcheck. Memang ada yang tak kena. Aku tak dapat lakukan pengecaman mayat sebab semuanya macam sengaja dilakukan. Rambut mayat
“Diminta semua penumpang duduk di tempat masing-masing. Kita mengalami sedikit masalah teknikal.” Ucap pemandu tren dengan nada sedikit gugup.Aku pasti ada perkara yang tak di ingini berlaku. Adila memegang tangan aku. Tangannya sejuk. Aku pegang erat. Aku takkan lepaskan dia kali ini.“Wannnnnn!!!!” Jerit Adila sambil menunjuk ke arah luar.Ada tren menuju ke arah kami secara berdepan. Tren kami naiki cuba untuk mengelak namun tersasar dari landasan. Perlahan-lahan tren kami mengeluncur jatuh. Aku dapat dengar dengan jelas bunyi bergesel di tepi telinga aku.Adila sudah jauh terpelanting bersama penumpang yang lain. Lampu tren terpadam serta merta. Ada benda yang menghempap badan aku. Aku gagahkan diri untuk bangun. Aku perlu mencari Adila. Aku menggunakan segala kudrat yang aku ada untuk menolak benda yang berada di atas badan aku. Aku berjaya. Aku bangun berdiri. Aku berja
Sampai sahaja di penjara, Encik Ismail melangkah masuk. Dia melihat pegawai yang lain sudah bersedia. Encik Ismail berdiri di hadapan sel banduan tersebut. Mereka melihat banduan akhir itu tidak seperti biasa. Kali ini semuanya terasa berbeza. Nafasnya. Tutur katanya. Langkahnya ketika berjalan. Mungkin kerana hari ini hari terakhirnya di dunia. Jadi dia mahu manfaatkan saat-saat yang bakal berlalu dengan baik. Sujudnya kali ini lama. Pegawai penjara menanti penuh sabar. Banduan itu memberi salam terakhir. Usai mengusap muka, pegawai itu mula bangun bersedia.“ Assalammualaikum Wan..”“ Walaikummussalam.”“ Sudah tiba masanya.”Jantung terasa berhenti seketika. Encik Ismail terasa sentap apabila melihat wajah banduan itu ditutup dengan karung hitam. Entah bagaimana perasaan banduan itu. Mereka melangkah ke bilik khas. Bilik dijatuhkan hukuman. Encik Ismail, orang yang bertanggungjawab menguruskan hukuman. Sebak hatinya.
"Ini fasa terakhir. Kau perlu lihat. Jangan pernah berpaling. Faham?" Ain serius memberitahu aku."Aku faham. Maafkan aku." Aku menanti apa yang bakal aku lihat."Bagus. Kita mulakan." Ain memetik jari."Kau tersenyum girang. Kau melihat jam di tangan. Pukul 9.30 malam. Kau berjanji bertemu Zulaikha pada pukul 11.00 malam. Dia meminta kau datang ke rumahnya kerana dia sudah masakan makanan kegemaran kau. Jadi kau menaiki motor menuju ke kedai Secret Recipe. Kau memilih kek kegemarannya. Red Velvet, kegemaran dia. Tidak mengapa walaupun mahal sedikit asalkan dia gembira. Kau terus menuju ke rumahnya. Kau melihat jam, baru pukul 10.15 malam. Kau berada beberapa langkah di hadapan rumahnya.Kotak kek dibuka, kau letakkan lilin di atas kek. 4 batang lilin diletakkan. Lilin dinyalakan. Kau tersenyum melihat persiapan yang dilakukan. Belon yang kau bawa dari kedai turut bersama kau pegang erat. Takut terlepas sia-sia
"Yee betul. Tulah perempuan yang kau tergilakan sangat tu." Sindir Ain. Aku melihat Zulaikha berjalan menghampiri aku yang lagi satu."Jom kita pergi lebih dekat. Baru syok dengar dia cakap." Aku akur dengan Ain. Kami berdua pergi menghampiri mereka. Aku mendengar apa yang Zulaikha cakap ketika itu." Wan dah banyak berubah. Dah lama kan kita tak jumpa.""Zulaikha pergi mana selama ini? Berhenti sekolah. Hilang macam tu jaa. Tak kesian dekat Wan ke?"Wan tak faham. Zulaikha buat semua tu ada sebab.""Sebab apa? Sebab tak mahu tengok muka Wan lagi? Eh Wan tak kisah lah Zulaikha tolak cinta Wan. Sakit tu biasalah. Tapi lama-lama akan sembuh juga. Tak perlu sampai larikan diri.""Bukan sebab tu. Zulaikha sayangkan Wan. Itu sebab yang Zulaikha kembali semula jumpa Wan. Zulaikha harap hati Wan masih belum berubah. Masih adakah lagi nama Zulaikha dalam hati Wan?"Zulaikha mengenggam tangan aku. Matanya
Aku melihat jam. Sudah hampir pukul 6.30 petang. Aku perlu kejar tren kerana aku ada kelas pada keesokan hari. Aku bertemu Husna dan ayahnya terlebih dahulu."Lah ingatkan Wan tidur sini?" Ayah Husna terkejut apabila aku ingin meminta diri untuk pergi."Entah. Boleh lepak sampai ke pagi. Dah lama kita tak borak." Husna menarik muka."Alaa, kau sembang jelah dengan suami kau tu." Pujuk aku. Dia menjelir lidah. Aku bersalaman dengan suaminya. Not bad segak dari aku. Dasar memilih Husna ni.Sekali lagi aku memanggil grab untuk mengambil kami ke stesen ktm. Tidak menunggu lama, terus muncul kereta berhenti di depan aku. Aku dan Zulaikhamasuk ke dalam perut kereta. Aku melambai ke arah Husna. Kereta meluncur laju ke stesen ktm. Aku sedang bertarung dengan masa sekarang ini. Harap-harap sempat lah.Aku menarik tangan Zulaikhaberlari ke arah kaunter. Kami bertuah kerana masih ada lagi mrt. Aku perlu tu