YUSUF
Kringggggggggg!!! Bunyi loceng rumah dibunyikan. Aku bingkas bangun sambil tergeliat kecil. Aku mengurut bahu aku yang sedikit lenguh mungkin akibat salah tidur. Cermin mata di atas meja aku capai sebelum dipakai. Loceng itu masih dibunyikan tanpa henti. Aahh aku dah boleh agak siapa yang datang awal-awal pagi macam ini. Pintu dibuka dan memang tepat tekaan aku, Ashraf yang datang pada waktu macam ini. Seperti biasa dia masuk tanpa disuruh. Aku menutup pintu.
“Cuba kau tengok ni.” Ashraf meletakkan akhbar di atas meja. Aku membaca tajuk utama akhbar itu.
Apa Sebenarnya Terjadi?
Kuala Lumpur
Mayat seorang lelaki yang ditemui parah di dada awal pagi kelmarin terus menjadi tanda tanya. Sehingga kini masih tidak dapat dipastikan sama ada mangsa dirompak oleh penjenayah atau memang dijadikan sasaran oleh pihak tertentu. Doktor mengesahkan mangsa mati akibat tikaman berturut-turut di dada yang disyaki pembunuh menggunakan objek tajam sebagai senjata untuk membunuh mangsa.
“Kes bunuh? Apa yang peliknya. Memang tiap-tiap hari kan perkara ini berlaku.” Aku membelek halaman akhbar itu. Ashraf masih tidak berpuas hati dengan jawapan aku.
“Kau tak pelik ke? Sejak akhir-akhir ini, mayat yang dijumpai kebanyakan mati ditikam pada tempat yang sama dan jumlah tikaman juga sama. Tak berubah.” Ada sesuatu yang Ashraf cuba sampaikan.
“Maksud kau?”
“Aku rasa kan menurut pendapat aku yang mayat yang dijumpai ini semua mati dibunuh oleh orang yang sama. Mustahil semua ini berlaku secara kebetulan, betul tak?” Aku cuba memberi peluang untuk menerima logik akal yang disuarakan oleh Ashraf. Benar juga seperti apa yang dikatakan.
“Aku tak rasa pembunuh ini mencari mangsa secara rawak. Mungkin memang dia sudah lama rancang dan dia memang tahu siapa sasaran untuk dia bunuh. Amacam teori aku, boleh diterima ke tak?” Aku berfikir sejenak. Otak aku cuba untuk menghadam kata-kata Ashraf. Telefon aku tiba-tiba berdering. Aku pantas menjawab panggilan itu.
“Datang sini sekarang.” Talian diputuskan. Nampaknya aku perlu bertugas pada awal pagi ini. Aku segera mencapai tuala kemudian bergegas ke bilik air. Aku mandi ala kadar asalkan basah sudah memandai. Selesai mandi aku mengelap badan aku sehingga kering. Aku memilih memakai kameja putih pada hari ini bersama seluar slack hitam. Tali leher berwarna hitam digandingkan bersama baju kemeja aku. Aku mengambil sedikit pomade untuk disapu pada rambut. Rambut disikat tepi kemudian aku menggunakan spray rambut supaya kelihatan lebih kemas. Setelah puas memandang diri aku pada cermin, baru aku beredar dari bilik.
“Kau kalau bersiap mengalahkan perempuan.” Ashraf merenung aku.
“Dah dah jom. Kita dah lambat ni.” Aku mengunci pintu sebelum bergerak ke lokasi yang diarahkan.
Aku keluar dari perut kereta. Kelihatan ramai orang sedang mengerumuni mayat yang terbaring di tanah. Tak terkecuali para wartawan yang tidak mahu melepaskan peluang ini untuk mengetahui apa yang sedang berlaku. Aku terlihat lelaki yang sudah lanjut usia itu melambai tangan ke arah aku. Aku terus mendekati lelaki itu.
“Maaf lambat. Apa hal ni bos?” Aku sedikit keliru melihat suasana kelam-kabut itu.
“Takpa kau pergi tengok apa yang jadi. Pastikan jangan terlepas walaupun satu maklumat. Faham?
“Faham bos.” Aku mengangguk.
Aku cuba untuk membolosi diri di dalam kesesakan manusia untuk melihat kejadian itu dengan lebih dekat lagi. Aku berjaya melepasi mereka semua. Aku melihat beberapa orang anggota polis sedang sibuk memeriksa mayat itu mungkin mencari petunjuk yang ditinggalkan pembunuh. Seorang lagi anggota polis sedang duduk memerhati sambil menghisap rokok. Aku yakin mungkin dia pegawai atasan yang membiarkan anak buahnya melakukan kerja. Kamera DSLR yang tergantung di leher bersedia untuk digunakan. Aku memegang kamera dengan kukuh supaya tidak goyang. Posisi jemari tangan kanan bersedia untuk menekan butang. Aku mengambil beberapa keping gambar mayat itu. Aku perasan yang tingkah laku aku diperhati oleh pegawai polis solo yang duduk tidak jauh dari situ. Sedang aku leka menangkap gambar, aku terkejut apabila polis yang duduk tadi sudah berada di hadapan aku. Kamera aku ditarik kasar.
“Korang memang suka kan kacau kerja kami.” Kata-kata berbau sindiran. Dia membelek kamera aku.
“Tuan kena faham, saya pun sedang melakukan kerja saya. Lagipun saya bukannya duduk dekat dengan mayat.” Aku mempertahankan hak aku. Dia tersenyum sinis. Kemudian menyerah semula kamera aku.
“Dah pergi dari sini. Aku taknak tengok muka kau lagi.” Aku menahan amarah. Punya sombong taknak bagi kerjasama. Ikutkan hati aku mahu je aku bantai cukup-cukup mamat ni tetapi apabila melihat tubuh badan aku yang kecil berbanding dia yang sado itu, aku berubah fikiran. Aku berlalu pergi dengan perasaan bercampur bau.
“Kena halau juga ek hehe.” Aku menoleh. Perempuan berambut perang paras bahu itu menegur aku. Aku termenung seketika apabila melihat dia. Memang betul dia cantik tapi bukan sebab itu aku hilang tumpuan.
“Errrr siapa ni?” Aku cuba berlakon seolah tidak mengenali dia.
“Ishh Fatin lah. Tengok tu baru berapa tahun tak jumpa dah lupa dekat orang dah.” Aku tersenyum. Bukan lupa saja buat-buat tak ingat huhu.
"Eh lerr Fatin. Dah berisi sekarang ek tu yang tak perasan. Dulu kecik je orangnya haha.” Dia menjeling. Ok TAK KELAKAR. Bagus bro baik cepat tukar topik.
“Fatin buat apa dekat sini?” Aku cuba mulakan perbualan.
“Haa tulaa. Sebenarnya Fatin sedang menyiasat tentang kes pembunuhan yang berlaku sejak akhir-akhir ini. Fatin rasa mesti pembunuh ini ada motif tersendiri. Yang Yusuf pula buat apa dekat sini?” Aku teringat yang Ashraf juga mengatakan perkara yang sama. Aku cuba terima pendapat Fatin.
“Yusuf kerja sebagai wartawan sekarang. Dah hampir 5 tahun dah Yusuf dalam bidang ini.” Kata aku sambil menunjuk kad yang tergantung pada leher. Dia tersenyum pada aku. Dah lama aku tak lihat lesung pipit pada senyumannya. Kenapa kau cantik sangat?
“Eyyyy dah kenapa tersenyum sorang-sorang ni.” Fatin mencubit lengan aku. Aduhh duhhh duhhh kalau macam ini aku sanggup kena cubit setiap hari hehe. Dia melihat jam di tangan.
“Alamak sorry-sorry Yusuf. Fatin terpaksa pergi. Ini nombor fon Fatin. Nanti call tau. Bye take care.” Dia meminta izin untuk berlalu pergi. Aku melihat dia tergopoh-gapah seperti dulu-dulu. Langsung tak berubah. Aku memandang nombor fon Fatin yang berada di tangan aku. Bibir aku terukir senyuman.
“Haa macam mana?” Ashraf menepuk bahu aku. Aku terkejut kerana disergah begitu.
“Ishh kau ni. Nasib baik aku takde sakit jantung. Bagi lah salam dulu ke apa.” Aku mengurut dada aku. Memang takde adab langsung si Ashraf ni.
“Hehe rilek-rilek. Haa macam mana? Ada dapat apa-apa maklumat tak?” Aku kembali fokus tujuan aku datang ke sini.
“Aku tak dapat banyak sangat maklumat. Ada seorang polis tu macam susah sikit nak bagi kerjasama. Kadang aku syak macam dia je yang bunuh. Muka pun dah serupa pembunuh bersiri dah.” Geram pula aku bila teringat balik sikap dia layan wartawan macam kami ini.
“Alahhh biasa lah Yusuf. Kau pun tau kan kerja kita ini macam mana. Kadang diorang ingat tugas mereka je yang mencabar padahal tugas kita pun lebih kurang banyak cabaran kena hadap.” Aku bersetuju kali ini dengan Ashraf. Pada pandangan mereka, kami hanya menganggu tugas mereka tapi sebenarnya kami cuba menjalankan tugas sebagai wartawan untuk memberitahu tentang isu-isu semasa kepada masyarakat.
“Dah dah. Daripada kita layan perasaan baik kita pergi makan ais kacang nak? Panas-panas ni sesuai sangat makan benda tu. Jangan risau, kau belanja.” Aku menggeleng. Bila lah turn aku nak makan free pula.
“Yelaa jum". Nasib baik hari ini mood aku baik.
Encik Ismail terkejut. Dia menelan air liur selepas membaca diari itu. Apa yang berlaku ni? Wan tak melakukan perkara ini sendirian? Siapa yang membantunya? Encik Ismail duduk bersandar. Diari Wan dan penulisan yang dia tulis tidak sama. Ada perbezaan. Yang mana satu yang benar?Encik Ismail tidak mengalah. Dia kembali menyelak semula helaian kertas penulisan Wan. Dia jurut turut membelek diari itu sekali lagi. Encik Ismail perasan ada sesuatu yang tak kena pada diari Wan. Ada kesan seperti halaman ini dikoyak dengan kemas. Wan diperangkap? Tak mungkin. Nak taknak Encik Ismail perlu siasat sendiri. Dia perlu pergi ke hospital.Keesokan harinya, Encik Ismail bertolak dari rumah ke hospital. Dia perlu tahu sesuatu. Encik Ismail bertemu seorang doktor secara rahsia.“Mail, aku dahcheck. Memang ada yang tak kena. Aku tak dapat lakukan pengecaman mayat sebab semuanya macam sengaja dilakukan. Rambut mayat
“Diminta semua penumpang duduk di tempat masing-masing. Kita mengalami sedikit masalah teknikal.” Ucap pemandu tren dengan nada sedikit gugup.Aku pasti ada perkara yang tak di ingini berlaku. Adila memegang tangan aku. Tangannya sejuk. Aku pegang erat. Aku takkan lepaskan dia kali ini.“Wannnnnn!!!!” Jerit Adila sambil menunjuk ke arah luar.Ada tren menuju ke arah kami secara berdepan. Tren kami naiki cuba untuk mengelak namun tersasar dari landasan. Perlahan-lahan tren kami mengeluncur jatuh. Aku dapat dengar dengan jelas bunyi bergesel di tepi telinga aku.Adila sudah jauh terpelanting bersama penumpang yang lain. Lampu tren terpadam serta merta. Ada benda yang menghempap badan aku. Aku gagahkan diri untuk bangun. Aku perlu mencari Adila. Aku menggunakan segala kudrat yang aku ada untuk menolak benda yang berada di atas badan aku. Aku berjaya. Aku bangun berdiri. Aku berja
Sampai sahaja di penjara, Encik Ismail melangkah masuk. Dia melihat pegawai yang lain sudah bersedia. Encik Ismail berdiri di hadapan sel banduan tersebut. Mereka melihat banduan akhir itu tidak seperti biasa. Kali ini semuanya terasa berbeza. Nafasnya. Tutur katanya. Langkahnya ketika berjalan. Mungkin kerana hari ini hari terakhirnya di dunia. Jadi dia mahu manfaatkan saat-saat yang bakal berlalu dengan baik. Sujudnya kali ini lama. Pegawai penjara menanti penuh sabar. Banduan itu memberi salam terakhir. Usai mengusap muka, pegawai itu mula bangun bersedia.“ Assalammualaikum Wan..”“ Walaikummussalam.”“ Sudah tiba masanya.”Jantung terasa berhenti seketika. Encik Ismail terasa sentap apabila melihat wajah banduan itu ditutup dengan karung hitam. Entah bagaimana perasaan banduan itu. Mereka melangkah ke bilik khas. Bilik dijatuhkan hukuman. Encik Ismail, orang yang bertanggungjawab menguruskan hukuman. Sebak hatinya.
"Ini fasa terakhir. Kau perlu lihat. Jangan pernah berpaling. Faham?" Ain serius memberitahu aku."Aku faham. Maafkan aku." Aku menanti apa yang bakal aku lihat."Bagus. Kita mulakan." Ain memetik jari."Kau tersenyum girang. Kau melihat jam di tangan. Pukul 9.30 malam. Kau berjanji bertemu Zulaikha pada pukul 11.00 malam. Dia meminta kau datang ke rumahnya kerana dia sudah masakan makanan kegemaran kau. Jadi kau menaiki motor menuju ke kedai Secret Recipe. Kau memilih kek kegemarannya. Red Velvet, kegemaran dia. Tidak mengapa walaupun mahal sedikit asalkan dia gembira. Kau terus menuju ke rumahnya. Kau melihat jam, baru pukul 10.15 malam. Kau berada beberapa langkah di hadapan rumahnya.Kotak kek dibuka, kau letakkan lilin di atas kek. 4 batang lilin diletakkan. Lilin dinyalakan. Kau tersenyum melihat persiapan yang dilakukan. Belon yang kau bawa dari kedai turut bersama kau pegang erat. Takut terlepas sia-sia
"Yee betul. Tulah perempuan yang kau tergilakan sangat tu." Sindir Ain. Aku melihat Zulaikha berjalan menghampiri aku yang lagi satu."Jom kita pergi lebih dekat. Baru syok dengar dia cakap." Aku akur dengan Ain. Kami berdua pergi menghampiri mereka. Aku mendengar apa yang Zulaikha cakap ketika itu." Wan dah banyak berubah. Dah lama kan kita tak jumpa.""Zulaikha pergi mana selama ini? Berhenti sekolah. Hilang macam tu jaa. Tak kesian dekat Wan ke?"Wan tak faham. Zulaikha buat semua tu ada sebab.""Sebab apa? Sebab tak mahu tengok muka Wan lagi? Eh Wan tak kisah lah Zulaikha tolak cinta Wan. Sakit tu biasalah. Tapi lama-lama akan sembuh juga. Tak perlu sampai larikan diri.""Bukan sebab tu. Zulaikha sayangkan Wan. Itu sebab yang Zulaikha kembali semula jumpa Wan. Zulaikha harap hati Wan masih belum berubah. Masih adakah lagi nama Zulaikha dalam hati Wan?"Zulaikha mengenggam tangan aku. Matanya
Aku melihat jam. Sudah hampir pukul 6.30 petang. Aku perlu kejar tren kerana aku ada kelas pada keesokan hari. Aku bertemu Husna dan ayahnya terlebih dahulu."Lah ingatkan Wan tidur sini?" Ayah Husna terkejut apabila aku ingin meminta diri untuk pergi."Entah. Boleh lepak sampai ke pagi. Dah lama kita tak borak." Husna menarik muka."Alaa, kau sembang jelah dengan suami kau tu." Pujuk aku. Dia menjelir lidah. Aku bersalaman dengan suaminya. Not bad segak dari aku. Dasar memilih Husna ni.Sekali lagi aku memanggil grab untuk mengambil kami ke stesen ktm. Tidak menunggu lama, terus muncul kereta berhenti di depan aku. Aku dan Zulaikhamasuk ke dalam perut kereta. Aku melambai ke arah Husna. Kereta meluncur laju ke stesen ktm. Aku sedang bertarung dengan masa sekarang ini. Harap-harap sempat lah.Aku menarik tangan Zulaikhaberlari ke arah kaunter. Kami bertuah kerana masih ada lagi mrt. Aku perlu tu