Share

BAB 9 PT

"Tolong? Tolong apa?" Adrian lantas berkalih ke arah Nadzri bersama kerutan di kening sabitnya.

"Ingat lagi tak perhimpunan hari Isnin lepas?" tanya Nadzri.

"Ingat? Tapi apa kena-mengena aku dengan perhimpunan Isnin lepas?" soal Adrian. 

"Ha, soalan yang bagus," kata Nadzri sambil memetik jari, "Kau perasan tak ada cikgu ada panggil beberapa orang ke tepi dewan? Perasan tak?" lanjut Nadzri seraya menunding jari ke arah Adrian.

"Perasan. Aku nampak kau dengan Zain," kata Zain sambil mengisar bebola mata ketika menyebut nama Zain. Meluat betul gayanya. 

"Ha, perasan pun. Kita orang dipanggil hari tu sebab cikgu bagi kita orang satu surat tawaran. Surat tawaran menjadi pengawas sekolah," Nadzri memberitahu. 

"Jadi? Apa kena mengena dengan aku? Kau nak denda aku? Tulis nama aku? Begitu? Sudahlah kau!" Adrian berkata dengan nada marah lalu bingkas dari situ.

"Eh sabar dulu! Aku tak habis cakap lagi. Duduk dulu," lantas Nadzr

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status