Share

Bab 12

Aria bangun daripada tidur. Kepalanya terasa amat berat sekali. Beberapa kali dia memicit kepalanya. tapi rasa sakit itu masih tidak hilang.

“Aku mimpi apa malam tadi? Kenapa rasa macam sedih?” Dia tidak mengingati mimpi malam tadi. Dada dipegang. Hati ni rasa sayu saja. Sudah puas dia cuba untuk ingat. Tapi hampa, satu pun tak keluar daripada kepalanya.

Sejurus itu, dia mengejutkan Sofia untuk sama-sama mengerjakan solat Subuh. Tapi, Sofia agak liat. Susah untuk mengejut dia. Sejak jadi teman sebilik dengan Sofia, jarang sekali dia nampak gadis itu solat. Tapi, mungkin di belakangnya dia solat. Malas dia hendak menuduh yang bukan-bukan.

Habis saja solat, dia membelek telefon. Ada satu mesej yang belum dibaca. Daripada papa. Dato’ Fahad mahu menjenguknya sebentar di kolej. Terus Aria campak telefon

Bab Terkunci
Membaca bab selanjutnya di APP

Bab terkait

Bab terbaru

DMCA.com Protection Status