Perjumpaan kelab pada malam itu telah tamat. Kini masa untuk mengemas. Aria melihat sekeliling. Ada banyak yang kena dikemas. Sudahlah yang lain pergi meninggalkannya. Hanya ada tiga orang rakan sahaja yang ingin membantunya.
Biasalah. Kalau sesi mengemas mana ada orang yang sanggup tolong. Semua orang dah cabut awal-awal dulu. Akhirnya tinggal Si Aria seorang-seorang. Kalau yang mahu bantu pun setakat dua ke tiga orang. Itu pun orang yang sama saja. Dari awal sem sampailah hujung sem. Yang peliknya mana orang lain. Ghaib?
Jawatan nak. Markah tinggi-tinggi nak. Tapi kalau tolong tak nak. Baik tak payah ambil jawatan tu semua. Bukan membantu sesama sendiri. Tapi tinggalkan asalkan tak penat. Sampai bilalah mereka ni nak buat perangai macam ni.
Airil tadi pun bukannya nak membantu Aria. Sudahlah Si Airil berjawatan naib presiden. Tapi satu hapah pun dia tak tahu. Kerjanya nak membangkang saja. Tak memberikan kesenangan langsung. Bila ditanya apa idea yang dia ada. Dia hanya menggeleng. Memang bertambahlah amarah Aria.
“Hah, balik. Tinggalkan aku seorang je di sini. Biar aku seorang je yang mengemas. Aku ni kan presiden. Semua benda presiden yang kena buat. Hah, baliklah kau. Balik,’ perli Aria.
“Alah, Aria janganlah merajuk. Aku, Gisha dengan Umai tolong kaulah,” kata Nadhir.
“Sebab tulah kita masih kat sini lagi. Nak tolong kaulah Aria,” celah Umai.
“Yup,” sambung Gisha.
Aria mencebik. “Betul ke kau ni? Entah-entah semua ada udang di sebalik batu.”
“Bukan batu, tapi mi,” kata Nadhir.
Aria bercekak pinggang. Mulutnya disengetkan ke kanan.
“Banyaklah kau. Dah cepat tolong aku.”
“Baik bos.”
“Si Airil ni pun dah menghilang. Idea aku tadi habis dia bangkang. Sekarang ni batang hidung pun aku tak nampak. Nama aje naib presiden Kelab Sukarelawan. Tapi aku tengok macam tak rela aje. Macam terpaksa lagi adalah,” marah Aria lagi.
“Alah, kau tahulah Airil tu. Dia jadi macam tu pun sebab tak dapat jawatan presiden. Dengkilah tu dengan kau. Biarkan ajelah dia tu. Kalau dia dah insaf nanti pandai-pandailah dia uruskan sendiri,” ujar Umai.
“Betul cakap Umai tu Aria. Pandai-pandai dialah nanti. Kita usahakan apa yang patut kita buat. Jangan nanti kita pulak yang terikut dia,” tambah Gisha.
“Hah, yalah. Tangan dengan kaki tu tolong gerak sekali. Jangan mulut saja yang bergerak. Nanti hilang nikmat tu nanti aku buat.”
“Tangan dengan kaki aku ni gerak apa. Aku bukan sembang ajelah. Aku betul-betul buat. Yang lain pun sama kan.” Nadhir menepuk-nepuk tangan dan pahanya.
“Betul.”
Sedang Aria menyusun kerusi, tiba-tiba datang seorang lelaki mengangkat kerusi di hadapannya. Aria terkejut. Entah dari mana datang lelaki itu. Matanya mencerlung ke arah lelaki itu. Dia menahan lelaki itu.
“Kau sapa?”
Lelaki itu menatap matanya. Badannya agak sasa. Ada sedikit kumis di bibirnya. Rambutnya agak tebal tapi nampak segak. Gabungan rambut dan mukanya menampakkan dia seorang yang sangat kacak. Tapi apabila memperlihatkan pakaiannya, dia memilih untuk memakai pakaian yang biasa sahaja.
“Eh, Eiyad. Aria ni Eiyad. Ahli kelab baru. Dia baru masuk ni. Kau buat apa kat sini Eiyad? Bukan kau dah balik ke?” Nadhir memunculkan diri.
“Eh, belum. Aku ada kat sini lagi. Aku nak tolonglah. Cik Presiden yang nak ditolong tadi, kan? So that’s my purpose for being here,” jawab Eiyad.
Tangan yang disilang tadi diturunkan. Muka Aria nampak macam tak puas hati. Dahinya dikerutkan.
“Cik Presiden?”
“Ya, awak Cik Presiden. Saya tak tahu nama awak. Saya cuma tahu awak ni Cik Presiden saja. Tu pun sebab awak yang cakap tadi.”
Aria senyum sinis. “Tak tahu nama aku? Kau tidur ke tadi? Kau tak dengar aku punyalah panjang lebar tadi membebel. Kau boleh cakap kau tak tahu. Nama aku pulak tu,” marah Aria.
“Eh, Aria relaks lah. Biasalah tu ahli baru tak ingat nama. Eiyad, Si Aria ni memang panas baran sikit. Kau kena tahan sikitlah. Dah. Sambung buat kerja,” arah Nadhir pula.
“Lain kali, please pay attention. Aku cakap tu bukannya benda tak penting tau tak. Semua benda penting. Every single thing, okay,” ujar Aria.
“Okay, Aria. I’m sorry. I’ll fix it.”
Aria mengunci pintu. Sesi mengemas sudah habis. Nadhir, Umai dan Gisha pun dah balik. Tinggal dia seorang saja. Jam tangan dikerling. Masih awal lagi. Bulan pun masih terang lagi. Jadi sebelum fikirannya berubah lebih baik dia pergi meninggalkan dewan itu dulu.
Tiba-tiba dia terdengar sesuatu. Bunyi orang terlanggar sesuatu di tepi dewan. Tapi dia tak pasti bunyi apa. Ada sedikit perasaan takut dalam dirinya. Takut yang dia dengar tu bukan dari manusia. Aria menjengah sedikit.
Kakinya melangkah perlahan. Sudah malam-malam macam ini siapa yang tidak takut. Tempat yang ingin dituju ini dalam pula. Minta-mintalah tiada perkara buruk yang akan berlaku. Aria berdehem untuk menyedapkan hatinya. Dinding diraba kerana gelap. Lampu pula hanya samar-samar.
“Arghhh!” Dia terkejut. Aria ternampak susuk tubuh seorang sedikit. Badannya sedikit ke belakang. Dada diurut perlahan. Ucapan syukur tak henti-henti keluar dari mulutnya.
“Kau! Terkejut aku. Kau buat apa kat sini?”
Aria ternampak Eiyad sedang membetulkan baldi. Badannya dipusing menghadap Aria. Terserlah senyuman di wajahnya. Leher digaru. Srba salah kerana telah membuat Aria terkejut.
“Saya tengah pusing-pusing satu dewan ni. Saja. Bosan,” jawab Eiyad.
“Malam-malam macam ni.” Aria mengerutkan dahi. Tak faham. Pusing-pusing satu dewan semata-mata sebab bosan. Tak takut ke? Kalau jumpa manusia tu tak apalah. Ni kalau jumpa sesuatu yang bukan manusia. Ugh, boy’s things. Girls will never understand.
Eiyad hanya mengangguk.
“Dah-dah. Balik cepat. Nanti kalau ada kerosakan kau yang kena tuduh nanti.”
“Baik Cik Presiden.”
“Panggil aku Aria je boleh tak?” Aria menikam tajam mata Eiyad. Tak habis-habis dengan gelaran ‘Cik Presiden’. Bukan tak suka. Tapi geram. Ada nama sebutlah betul-betul. Bukannya Si Eiyad ni tak tahu. Tapi saja nak naikkan darah.
“Okey, Cik Presiden. Eh, Aria.” Eiyad meletakkan tangan kanannya di dahi. Gaya tabik hormat. Senyuman diukir panjang. Masa-masa macam ni pula nak usik Si Aria. Nanti dia mengamuk baru tahu.
“By the way, sorrylah aku marah kau tadi.” Aria tahu, dia tidak sepatutnya memarahi Eiyad. Lebih-lebih lagi Eiyad ni ahli baru. Manalah orang baru nak faham. Mungkin disebabkan penat habis dimarahi budak itu.
“It’s okay. Aku faham.”
Mereka berdua berjalan keluar dari situ. Mereka hanya diam tak bersuara. Nak bercakap tapi tak tahu nak cakap pasal apa. Lagipun, hari dah malam. Cuma rasa nak balik nak tidur saja. Lagipun hari esokkan masih ada.
Selesai makan tadi, Aria minta diri ke tandas. Tak tahulah macam mana dia boleh habiskan satu cawan air yang besar tu, padahal sebelum ini dia liat sangat nak habiskan separuh cawan. Apa tidaknya, Eiyad kerap kali pandang dia sampaikan dia sendiri naik segan.Dia tak tahulah kenapa bila dengan Eiyad tu dia rasa lain sangat. Pipi ni asyik nak panas aje. Agaknya kalau dia tak bubuh make-up, memang pijar muka dia.Usai lepaskan hajat, dia membasuh tangan. Bahunya terlanggar seseorang.“Minta maaf, saya tak sengaja.” Aria tundukkan kepala sedikit.Tapi itu semua tak berakhir di situ. Aria dapat rasa tenungan mata seseorang. Matanya kembali memandang sosok yang dilanggarnya tadi.Ada apa-apa masalah ke? Kenapa pandang dia macam tu? Aria buat tak tahu. Tapi raut muka perempuan itu seperti teringat akan sesuatu.“You anak Dato’ Fahad, kan?” Jari perempuan itu berulang kali digoyangkan ke arah Aria. Matanya dipejam celik mengingati rupa lelaki itu.Aria tidak menjawab. Dia takut ada sesuatu y
Tak. Ini semua tak boleh jadi. Aria tak boleh tahu alasan sebenar di sebalik semunya. Sofia helus nafas kasar. Susahnya nak fikir! Kenapalah dia cuai? Aria itu bukannya bodoh. Dia tetap tak nak kalah dengan Aria. Benda macam ini tak sepatutnya habis macam itu saja.Tangannya mengetuk-ngetuk meja sehingga seluruh meja bergegar. Lelaki di hadapannya berkerut dahi. Baru lima minit panaskan punggung, dia lebih tak tenteram dengan Sofia yang dari tadi khuatir semacam.“Kenapa, Sofia? Apa yang ganggu Sofia sekarang ni? Bagi tahu abang. Kita settlekan masalah ni.”Sofia raup mukanya. Lelaki ini saja harapan dia untuk balas dendam. Dia cuma ada abang. Dia cuma ada seorang abang selepas adiknya… MATI! Dan dia harap sangat abang tak akan membelakangkan dia. Dia dah tak sanggup nak tengok kebahagiaan Aria! Perempuan itu patut mampus dari dulu!“Kita kena buat plan baru. Aku rasa kita akan kantoi nanti. Abang, kau ada plan lain tak? Something yang akan meruntuhkan dia? Aku suruh kau rapat dengan
Aria sandarkan tubuhnya di balik dinding. Dia keluh kesah. Berat sangat semua ni berlaku. Dengan perangai Rania yang pelik-pelik. Dia tak faham. Kenapa Rania tak berterus terang dengan dia? Kenapa Rania marah sangat dengan dia? Kenapa Aysar adalah penyebab di sebalik semua tu? Huh. Sedikit sebanyak, dia rasa menyesal tak minta maaf awal-awal hari tu.Marah betul Rania pada dia. Salah besar ke apa yang dia buat tu? Kenapa Rania tak faham? Ada yang tak kena ni. Tapi apa? Dia pergi bilik Rania cuma nak tahu dari mulut Rania saja. Tapi gadis itu marah besar. Aria gelengkan kepalanya.Aria terpandangkan sesuatu. Anak matanya membesar dengan cepat. Macam mana dia boleh lupa kotak hadiah hari tu? Dia bongkokkan tubuh mengambil kotak itu di bawah katil. Tangannya menepuk habuk yang mengelilingi. Dia terbatuk-batuk.“Ini Airil yang bagi. Tapi bukan daripada dia. Habis tu, siapa yang bagi eh?” Aria tertanya sendiri. Kotak itu digoncangkan. Telinga dilekap. Nampak mencurigakan. Tapi tak akanlah
Tangan memegang dua cawan air sejuk yang dibeli dari kafe. Kaki Laura berjalan ke arah Rania. Kepalanya pusing memikirkan apa yang berlaku tadi. Tak sangka pula Aria ada di perpustakaan. Kalau tak, mesti dia dah halang mereka dari bertembung.Punggungnya diletak di hadapan Rania. Satu cawan air ditolak ke depan.“Rania, kau okey?” Rania dari memicit pelipisnya. Langsung air yang dibeli diteguk laju membasahi tekak. Dapat dirasakan di lehernya halkum yang bergerak. Habis saja cawan diletak.“Ya, aku okey. Pasal tadi tu…” jari jemarinya bermain di bawah meja. Perasaannya kurang enak.“Apa pula alasan kau kali ni?” tiba-tiba Laura mencelah. Dia pun nakkan jawapan daripada Rania. Dia tahu Rania taklah sekejam tu. Tapi kenapa Rania sampai sanggup buat macam tu sekali kat Aria.Rania terdiam. Bibirnya dijilat sekilas. Rasa gelisah dengan peristiwa tadi. Hatinya tak tenang semenjak bergaduh dengan Aria.“Kau mesti tak faham kan kenapa aku buat semua ni?” kepala Rania ditunduk ke bawah.“Mem
Aria meregang badannya sejurus keluar dari kelas. Teruk juga dia kena marah dengan pensyarah tadi. Mana taknya, hampir separuh dari masa kelas tu dia terlambat.Sudahnya, dia dibebel lama di depan kelas. Mujur hatinya kental. Kalau tak, dah berjurai air mata jatuh.“Aria, kau nak nota yang aku sempat salin ni tak?” soal Irdina.Irdina menyelongkar isi dalam beg. Satu per satu buku dibelek. Jumpa saja buku yang nak diberi terus dihulur kepada Aria. Buku bertukar tangan.“Boleh juga. Thank you, Dina.” Aria meneliti isi dalam buku. Kemas. Memang perangai Irdina macam ni. Semuanya teratur. Dahlah baik hati pula tu. Kalau Irdina tak bagi, mesti susah dia nak belajar.“Welcome. Lagipun, kau bukan sengaja kan datang lambat. So, just in case, kalau kau tak datang tadi, aku memang dah siapkan nota nak bagi kau pinjam.” Irdina memegang bahu Aria.“Ya… aku tak sengaja tadi. Okey, nanti aku pu
Selepas kelas pagi tamat, Sofia berjalan-jalan di sebuah tasik yang tidak jauh dari kampus. Pada waktu ini, tak banyak angin yang dapat menyejukkan kulit. Cuaca terlalu panas. Tapi dia datang sini bukanlah suatu perkara yang menyia-nyiakan.Raut mukanya penuh dengan senyuman sinis. Hatinya rasa gembira sekali apabila dia teringatkan tangisan Aria yang berjela-jela malam tadi. Bagai apa yang dia mahukan hampir terlunas di malam hari.Punggungnya diletak di bangku yang betul-betul menghadap tasik. Selalunya para pemancing memang dah ada di situ. Tapi mungkin terlalu awal, jadi mereka belum sampai lagi. Dia mengeluarkan kipas elektronik dan dihalakan ke wajah. Sejuk sahaja. Aman damai rasanya.“Aku dengar pelan kita menjadi.” Seorang lelaki yang entah dari mana tiba-tiba datang duduk di sebelah Sofia. Pakaiannya hitam dan berspek mata hitam. Dia mengeluarkan sekotak rokok dari poket. Sepuntung rokok dihisap. Asap yang terkeluar dihalakan ke Sofia.Sofia mengibas tangannya ke udara. Dia c