Sampai sahaja Aria dan Eiyad di hadapan gim, seseorang memunculkan dirinya. Siapa lagi kalau bukan Aysar. Dia yang mengajak Aria untuk berjumpa. Ingatkan dah lupa habis dah. Rupanya kuat juga ingatan dia.
“Aria.” Nama Aria dipanggil. Rakan-rakan Aysar semua sudah pergi meningalkannya. Mereka sempat mengucap ‘good luck’. Aysar hanya mengangguk dengan senyuman. Malu mungkin dengan usikan rakan-rakannya.
Baru balik dari gim pun masih segak. Sebab tu ramai anak dara yang pergi gim tu sekali. Bukannya nak bersenam. Tapi nak cuci mata. Haram betul.
Aria menoleh. Lelaki ini lagi. Aria sekadar memberikan senyuman. Bukan senyuman manis. Tapi senyuman ‘annoying’. Mesej Aysar tadi langsung tak dibalas. Ingatkan Aysar faham yang Aria ni tak mahu berjumpa dengannya. Rupanya dia tak faham bahasa. Bukan tak faham bahasa. Tak faham isyarat hati.
“Ya Aysar. Nak apa?”
Aysar memandang Eiyad. Dia memandang Aria semula. Eiyad hanya diam memerhatikan mereka. Aysar diam. Mulutnya teragak-agak untuk berbicara dengan Aria memandangkan Eiyad masih tidak beredar dari situ lagi.
Aria perasan Aysar seperti tidak selesa. Dia berdehem. Tujuannya adalah supaya Eiyad pergi dari situ. Hal-hal privasi tak patut didengari oleh orang lain. Tapi Eiyad masih berada di situ. Tiada cara lain. Kena bercakap juga. Eiyad pun sama dengan Aysar. Dua kali lima. Tak faham bahasa isyarat.
“Kau bila nak balik?” Aria mengerling tajam mata Eiyad. Niat sebenar nak menghalau. Haraplah dia faham. Takkan nak kena tolak sampai depan bilik. Nanti timbul isu lain memang nak kena cepuk.
“Hehe. Aku balik dulu.”
Eiyad berjalan meninggalkan mereka. Aria memandang Aysar. Fokus dia kini hanyalah pada Aysar. Tangannya disilangkan. Muka serius dikeluarkan. Tadi nak cakap sangat. Ni kalau lelaki ni cakap tak ada apa-apa. Memang nak makan kaki.
“Now, kau nak apa? Kenapa sampai bermesej-mesej bagai? Aku nak balik. Cepat sikit. Dah lambat ni. Aku nak tidur awal.”
“Ermm... Kau sibuk tak esok?” Aysar menyeluk kedua tangannya ke dalam poket. Bawah bibirnya digigit. Menunggu jawapan dari Aria.
“Of course aku sibuk. I got many things to do.” Itu cumalah alasan yang dikeluarkan Aria. Bukannya dia tak ada masa. Masanya sebenarnya banyak terluang. Memandangkan semester baru bermula, jadi tiada assignment lagi.
“Okey, hari apa kau free?”
“Everyday I’m busy.”
“Aria, boleh tak kau bagi aku peluang.” Tangannya yang diseluk tadi kini disilangkan pula. Stress dengan jawapan Aria. Bukan dia marah. Tapi dari dulu lagi Aria asyik menghindarkan diri darinya. Tapi dia tak pernah berputus asa.
“Peluang?” Aria mengangkat sebelah keningnya. Nak juga dia tahu peluang macam apa yang Aysar nak. Peluang kawan? Peluang cinta?
“Ya. Peluang untuk aku kenal kau sapa. Dan kau untuk kenal aku sapa,” terang Aysar. Tak tahulah perempuan ni faham atau tak. Atau pura-pura tak faham.
“Look Aysar. Aku rasa aku dah kenal kau sapa. Dan kau pun dah kenal aku sapa. So, peluang tu untuk apa?” Aria mempertikaikannya. Baginya tiada apa lagi peluang yang perlu diberi.
“At least, untuk kita jadi kawan.”
“But we are.”
“No, we are not friend. Kau tak pernah sekali pun bagi aku peluang untuk jadi kawan kau. Kau cuma bagi aku peluang untuk jadi kenalan kau. Bukan kawan.”
“Habis tu kau nak aku buat apa? Bagitahu semua orang yang kau kawan aku.”
“Okey, let me tell you.” Aysar tersenyum. Jawapan Aria tadi membuatkan dia mendapat idea cara untuk mendekati Aria. Secara kasarnya mungkin hanya untuk berteman sahaja. Tapi jauh di sudut hati ingin mendapatkan hati gadis itu.
“Let’s take a selfie,” cadang Aysar.
“What? Selfie? For what Aysar?” Aria tak faham. Untuk apa selfie? Bukannya dia nak simpan. Jap, Aysar nak simpan gambar mereka berdua. Biar betul Aysar ni.
“Alah kau ikut je lah.”
Aysar mengeluarkan telefonnya. Dia mengetik ikon kamera. Dia menarik Aria dekat sedikit dengannya. Klik. Klik. Klik.
“Done.” Aysar menekan sesuatu di telefonnya.
“Kau nak buat Aysar?”
Telefon Aria berbunyi. Dia pelik. Aysar mesej dia di W******p. Telefonnya ditunjukkan tepat ke muka Aysar.
“Untuk apa ni kau hantar kat aku?”
Aysar merampas telefon Aria. Dia menekan sesuatu. Tapi Aria tak tahu apa yang ditekannya.
“Eh kau nak buat apa?” Makin pening kepala Aria. Nak menunggu Aysar ni hampir satu minit. Kepala dijengah sedikit. Masih tak nak nampak apa yang Aysar cuba lakukan.
“Okey, dah.” Aysar memulangkan semula telefon Aria.
“Kau hantar gambar kat I*******m aku. Ishhh, kau ni. Nanti orang ingat aku dengan kau ni couple lah. Kau dahlah famous. Nanti aku terkena tempias.”
“No. Sebab aku dah buat caption ‘kawan’. Tengok ni. Aku pun post benda yang sama tau.”
Aria hanya mencebikkan bibirnya. Bukan boleh percaya. Lebih-lebih lagi netizen sekarang ni suka mengecam orang. Nanti tak pasal-pasal kena kecam. Padahal salah orang lain. Tulah netizen suka tuduh melulu. Tuduhan tak berasas. Sebab itulah banyak berlaku kemurungan dalam sesebuah negara.
“Janji kau jangan padam. Cepat janji dengan aku.”
“Ya, aku janji. Tapi kenapa dekat I*******m?”
“Sebab aku ramai followers.”
“For what Aysar?”
“Supaya orang tahu yang kau dah berpunya.”
Tergamam Aria dibuatnya. Biar betul Aysar ni. Kalau orang lain dengar mungkin mereka dah fikir Aria dan Aysar ini couple. Nasib baik tak ada sesiapa yang lalu lalang. Fuh, selamat.
“Taklah aku gurau jelah. Supaya kau update profile kau.”
“What?” Lagilah Aria pelik. Update profile?
“Yalah. Cuba kau tengok post kau tu. The latest one kau rasa bila? Setahun lepas, kan. Aku cuma nak tolong update je.”
“Duh, okey.”
“Then, kau kena follow I*******m aku.”
Aria mengangkat kening. Blur sekejap. Aysar merampas telefonnya semula. Tapi Aria hanya reda sahaja. Malas nak bergaduh dengan Aysar. Hari pun dah malam. Semoga cepatlah pertemuan dia dengan Aysar ni habis.
“Okey, done. Janji tau jangan padam. And jangan unfollow aku pula.” Aysar berlari meninggalkan Aria. Dia mengangkat tangan kanan dan menggenggam penumbuk. Hanya jari kelingking dikeluarkan. Menandakan isyarat tangan ‘janji’ tanpa perlu mengeluarkan suara.
Aria hanya termenung. Gambar dia dengan Aysar dilihat lama. Untuk pertama kali dia terjumpa ada lelaki seberani Aysar. Lelaki kalau dia berusaha untuk dapatkan perempuan tu pasti mana-mana perempuan pun akan cair. Tidak kiralah sekeras mana hati dia.
Tapi Aria masih ingin menidakkannya. Dia tidak ingin berjumpa dengan lelaki yang pada awalnya bukan main gila mengejar tapi bila dah dapat makin dilupakan.
Dia tak mahu nasibnya sama seperti arwah ibu. Dimadukan. Mana ada perempuan yang ingin dimadukan. Dia hanya mengambil langkah berjaga-jaga.
Selesai makan tadi, Aria minta diri ke tandas. Tak tahulah macam mana dia boleh habiskan satu cawan air yang besar tu, padahal sebelum ini dia liat sangat nak habiskan separuh cawan. Apa tidaknya, Eiyad kerap kali pandang dia sampaikan dia sendiri naik segan.Dia tak tahulah kenapa bila dengan Eiyad tu dia rasa lain sangat. Pipi ni asyik nak panas aje. Agaknya kalau dia tak bubuh make-up, memang pijar muka dia.Usai lepaskan hajat, dia membasuh tangan. Bahunya terlanggar seseorang.“Minta maaf, saya tak sengaja.” Aria tundukkan kepala sedikit.Tapi itu semua tak berakhir di situ. Aria dapat rasa tenungan mata seseorang. Matanya kembali memandang sosok yang dilanggarnya tadi.Ada apa-apa masalah ke? Kenapa pandang dia macam tu? Aria buat tak tahu. Tapi raut muka perempuan itu seperti teringat akan sesuatu.“You anak Dato’ Fahad, kan?” Jari perempuan itu berulang kali digoyangkan ke arah Aria. Matanya dipejam celik mengingati rupa lelaki itu.Aria tidak menjawab. Dia takut ada sesuatu y
Tak. Ini semua tak boleh jadi. Aria tak boleh tahu alasan sebenar di sebalik semunya. Sofia helus nafas kasar. Susahnya nak fikir! Kenapalah dia cuai? Aria itu bukannya bodoh. Dia tetap tak nak kalah dengan Aria. Benda macam ini tak sepatutnya habis macam itu saja.Tangannya mengetuk-ngetuk meja sehingga seluruh meja bergegar. Lelaki di hadapannya berkerut dahi. Baru lima minit panaskan punggung, dia lebih tak tenteram dengan Sofia yang dari tadi khuatir semacam.“Kenapa, Sofia? Apa yang ganggu Sofia sekarang ni? Bagi tahu abang. Kita settlekan masalah ni.”Sofia raup mukanya. Lelaki ini saja harapan dia untuk balas dendam. Dia cuma ada abang. Dia cuma ada seorang abang selepas adiknya… MATI! Dan dia harap sangat abang tak akan membelakangkan dia. Dia dah tak sanggup nak tengok kebahagiaan Aria! Perempuan itu patut mampus dari dulu!“Kita kena buat plan baru. Aku rasa kita akan kantoi nanti. Abang, kau ada plan lain tak? Something yang akan meruntuhkan dia? Aku suruh kau rapat dengan
Aria sandarkan tubuhnya di balik dinding. Dia keluh kesah. Berat sangat semua ni berlaku. Dengan perangai Rania yang pelik-pelik. Dia tak faham. Kenapa Rania tak berterus terang dengan dia? Kenapa Rania marah sangat dengan dia? Kenapa Aysar adalah penyebab di sebalik semua tu? Huh. Sedikit sebanyak, dia rasa menyesal tak minta maaf awal-awal hari tu.Marah betul Rania pada dia. Salah besar ke apa yang dia buat tu? Kenapa Rania tak faham? Ada yang tak kena ni. Tapi apa? Dia pergi bilik Rania cuma nak tahu dari mulut Rania saja. Tapi gadis itu marah besar. Aria gelengkan kepalanya.Aria terpandangkan sesuatu. Anak matanya membesar dengan cepat. Macam mana dia boleh lupa kotak hadiah hari tu? Dia bongkokkan tubuh mengambil kotak itu di bawah katil. Tangannya menepuk habuk yang mengelilingi. Dia terbatuk-batuk.“Ini Airil yang bagi. Tapi bukan daripada dia. Habis tu, siapa yang bagi eh?” Aria tertanya sendiri. Kotak itu digoncangkan. Telinga dilekap. Nampak mencurigakan. Tapi tak akanlah
Tangan memegang dua cawan air sejuk yang dibeli dari kafe. Kaki Laura berjalan ke arah Rania. Kepalanya pusing memikirkan apa yang berlaku tadi. Tak sangka pula Aria ada di perpustakaan. Kalau tak, mesti dia dah halang mereka dari bertembung.Punggungnya diletak di hadapan Rania. Satu cawan air ditolak ke depan.“Rania, kau okey?” Rania dari memicit pelipisnya. Langsung air yang dibeli diteguk laju membasahi tekak. Dapat dirasakan di lehernya halkum yang bergerak. Habis saja cawan diletak.“Ya, aku okey. Pasal tadi tu…” jari jemarinya bermain di bawah meja. Perasaannya kurang enak.“Apa pula alasan kau kali ni?” tiba-tiba Laura mencelah. Dia pun nakkan jawapan daripada Rania. Dia tahu Rania taklah sekejam tu. Tapi kenapa Rania sampai sanggup buat macam tu sekali kat Aria.Rania terdiam. Bibirnya dijilat sekilas. Rasa gelisah dengan peristiwa tadi. Hatinya tak tenang semenjak bergaduh dengan Aria.“Kau mesti tak faham kan kenapa aku buat semua ni?” kepala Rania ditunduk ke bawah.“Mem
Aria meregang badannya sejurus keluar dari kelas. Teruk juga dia kena marah dengan pensyarah tadi. Mana taknya, hampir separuh dari masa kelas tu dia terlambat.Sudahnya, dia dibebel lama di depan kelas. Mujur hatinya kental. Kalau tak, dah berjurai air mata jatuh.“Aria, kau nak nota yang aku sempat salin ni tak?” soal Irdina.Irdina menyelongkar isi dalam beg. Satu per satu buku dibelek. Jumpa saja buku yang nak diberi terus dihulur kepada Aria. Buku bertukar tangan.“Boleh juga. Thank you, Dina.” Aria meneliti isi dalam buku. Kemas. Memang perangai Irdina macam ni. Semuanya teratur. Dahlah baik hati pula tu. Kalau Irdina tak bagi, mesti susah dia nak belajar.“Welcome. Lagipun, kau bukan sengaja kan datang lambat. So, just in case, kalau kau tak datang tadi, aku memang dah siapkan nota nak bagi kau pinjam.” Irdina memegang bahu Aria.“Ya… aku tak sengaja tadi. Okey, nanti aku pu
Selepas kelas pagi tamat, Sofia berjalan-jalan di sebuah tasik yang tidak jauh dari kampus. Pada waktu ini, tak banyak angin yang dapat menyejukkan kulit. Cuaca terlalu panas. Tapi dia datang sini bukanlah suatu perkara yang menyia-nyiakan.Raut mukanya penuh dengan senyuman sinis. Hatinya rasa gembira sekali apabila dia teringatkan tangisan Aria yang berjela-jela malam tadi. Bagai apa yang dia mahukan hampir terlunas di malam hari.Punggungnya diletak di bangku yang betul-betul menghadap tasik. Selalunya para pemancing memang dah ada di situ. Tapi mungkin terlalu awal, jadi mereka belum sampai lagi. Dia mengeluarkan kipas elektronik dan dihalakan ke wajah. Sejuk sahaja. Aman damai rasanya.“Aku dengar pelan kita menjadi.” Seorang lelaki yang entah dari mana tiba-tiba datang duduk di sebelah Sofia. Pakaiannya hitam dan berspek mata hitam. Dia mengeluarkan sekotak rokok dari poket. Sepuntung rokok dihisap. Asap yang terkeluar dihalakan ke Sofia.Sofia mengibas tangannya ke udara. Dia c