Share

♚ 005

Penulis: Lucyana
last update Terakhir Diperbarui: 2023-01-19 09:53:35

Ana pulang ke rumah dengan hati yang berbelah bahagi. Dunia bagaikan berputar seketika sewaktu Niel menceritakan segala-galanya tentang kewujudan Seeker dan Conffesser. "Dunia ni betul ke ada dunia fantasi?" Ana bertanya sendirian. Tiba-tiba...

"Kau dari mana?" tanya Woo Jin lelaki yang tinggal bersamanya di rumah itu. Ana tidak mempedulikan pertanyaan tersebut. Dia terus meluru ke tingkat atas mahu merehatkan dirinya. Hari ni macam-macam berlaku sejak dari malam semalam membuatkan Ana berasa letih mahu memikirkannya lagi. Keadaan sekarang semakin berubah dari sebelumnya.

Selesai Ana menyalinkan pakaiannya dia mula rebahkan diri di atas katil. Sebelum itu pintu dikunci olehnya tidak mahu jika lelaki bernama Woo Jin menganggu ketenteramannya ketika itu. Dia mahu bersendirian daripada segala gangguan makhluk tersebut... Mata Ana memandang ke syiling biliknya. "Maksudnya The seeker pun tak mengakulah yang dia tu Seeker? Same like me!" Ana berkata sendirian apabila dia teringat akan kata-kata Niel di atas bumbung sekolah tadi.

"Err...Kau kenal Elley?" tanya Ana kepada Niel membuatkan Niel mendongak memandang Ana. "Aku tanya kau, kenal Elley tak?" tanya Ana rimas wajahnya ditenung lama oleh lelaki tersebut.

"Elley mana?" tanya Niel sambil berkerut dahi memandang Ana.

"Elley Walker." jawab Ana selamba membuatkan Niel bertambah kerut dahinya memandang Ana. "Kau nak suruh dahi kau pecah ke apa? Bekerut macam nampak hantu. Err Bukan kau ke yang hantu apasal kau pula yang nampak macam takut semacam?" tanya Ana baru dia perasan Niel sudah berubah riak mukanya.

"Mana kau kenal Elley ?" tanya Niel selamba tanpa menjawab soalan Ana tadi.

"Well. Dia kawan aku dari kecil. Kenapa? ada masalah?" tanya Ana sambil merenung tajam ke arah Niel. Lelaki itu hanya mengelengkan kepalanya.

"Kenapa kau cari Seeker?" tanya Ana sambil melihat ke arah pintu keluar dari bumbung itu.

"Cari? Hello! Tolong sikit, Aku tengah pujuk dia. Bukan cari." jawab Niel sambil mengusutkan kepalanya.

"But why?" tanya Ana hairan.

"Dia tak nak mengaku yang dia tu Seeker." jawab Niel jujur.Tiba-tiba dia mengalihkan pandangan ke arah Ana dengan mata yang agak bulat. "Macam mana kau tahu Seeker?" tanya Niel agak terkejut dan pergerakkannya terhenti.

"Lah, aku dengarlah kau dengan dia sebut-sebut Seeker tadi. Kenapa kau ingat aku pekak?" tanya Ana lalu menjeling ke arah Niel.

"Lah! Yeke? Aku ingat kau tidur dekat situ. Yela kau macam patung tak gerak langsung." kata Niel sengaja bergurau.

"Dah lah, tak payah ungkit. Sekarang ni kau nak aku tolong tak?" tanya Ana dengan wajah yang agak bersinar-sinar memandang niel.

"Tolong apa kau ni?" tanya Niel hairan.

"Tolong pujuk seeker tulah. Haha." kata Ana sambil ketawa senget.

"Kau boleh tolong? Terima kasih, terima kasih." Niel mengoncang-goncangkan bahu Ana membuatkan gadis itu berasa pening.

"Tapi sebelum tu, kita kawan." setelah Niel berhenti mengoncangkan bahu Ana. Ana berdehem sedikit dan menghulurkan tangannya seperti sedang mengenali kawan baru...

"Yeah! Kawan." kata niel lalu menyabut huluran tangan Ana itu. Sebenarnya Ana cuma mahu tahu siapa Niel yang sebenarnya kerana itulah dia memberikan bantuan kepada Niel.

Lamunan Ana terhenti seketika apabila tangannya seperti menyentuh buku yang agak tebal di bawah bantalnya. "Benda apa ni?" tanya Ana sendirian sambil menarik buku tersebut dari bawah bantal. "Gila! sejak bila aku beli novel ni?" tanya Ana teruja seketika. Perlahan-lahan dia membuka buku tersebut dan dia melihat tulisan pada muka surat pertama itu sangat cantik dan halus. Ana tersenyum sendiri sambil hati memuji-muji siapa punya tulisanlah yang cantik sebegitu rupa.

"Dunia telah terbahagi kepada dua dunia, manusia dan shadow tidak boleh tinggal bersama. Mereka harus berpisah jika tidak sejarah akan berulang kembali." Ana membacanya dengan wajah yang berkerut.

"Sejarah apa yang akan berulang kembali? Shadow ni Elley ke? Dan manusia ni aku? Owahh kot ye pun takkan cerita kami berdua? Ish-ish." teruja Ana dibuatnya untuk seketika memikirkan apa yang ada di dalam buku tersebut.

"Pada zaman-" belum sempat Ana baca dengan lebih mendalam isi kandungan buku itu, pintu biliknya diketuk beberapa kali. Ana menutup buku tersebut dan letakkannya di bawah bantal tidurnya. Perlahan-lahan Ana membuka langkah ke arah pintu dan setelah itu pintu biliknya dikuak dan muncullah wajah yang paling Ana benci dalam dunia. Dia melihat lelaki di hadapannya itu sambil terangkat kening. "Kenapa?" tanya Ana ringkas. Lelaki yang berdiri di hadapan pintu biliknya itu hanya memandang Ana kosong...

"Ma tanya, Ana nak makan apa?" tanya lelaki itu seperti selalu kadang-kadang baik dan kadang-kadang kejam. Ana tak tahu bagaimana personaliti lelaki ini boleh berubah-ubah dari baik ke jahat dan dari jahat ke baik.

"Terpulanglah, asal boleh makan." jawab Ana selamba lalu lelaki itu meluru masuk ke dalam biliknya tanpa sebarang jawapan. Ana pula hanya mengjongketkan bahunya dan kembali menutup pintu bilik serta menguncikan bilik pintu tersebut.

Ana melangkah ke arah katil dan melihat ke arah bawah bantal tidurnya. Ana kembali membaringkan dirinya semula di atas katil sambil tangan meraba-raba buku yang disembunyikan di bawah bantal tersebut.

Muka surat pertama diselak dan di angkat buku tebal itu tinggi ke udara, Ana mula membacanya perlahan. "Terdapat seorang lelaki yang bergelar Seeker, telah dikurniakan kuasa paling hebat di dunia. Manusia yang pertama memilikinya adalah keturunan Morrin. Setiap manusia yang mendapat anugerah kuasa terhebat ini akan mengalami hidup yang penuh dengan cabaran pada abad ini atau akan datang. Selagi nyawa Seeker bernyawa dia perlu melaksanakan misi yang telah diamanahkan kepadanya iaitu melindungi keturunan shadow dari musuh mereka." Sejurus membaca muka surat pertama Ana sudah mula mengerutkan dahinya.

"Seeker ni perlu lindungi keluarga Shadow? maksudnya keluarga Elley?" Ana ragu-ragu dengan teori yang dibuatnya sendiri sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal. Ana menyambung semula bacaan tersebut di muka surat sebelah. "Conffesser?" Ana terkejut apabila muka surat seterusnya adalah mengenai Conffesser yang di mana keluarga Elley war-warkan yang dia adalah keturunan Conffesser tersebut.

"Conffesser adalah pembantu kepada Seeker, dalam setiap misi yang mereka lalui harus dibantu oleh Conffesser yang sudah bersedia menerima segala kekuatan dalam dirinya sendiri. Bagi Conffesser yang tidak dapat menerima keadaan sebenar, kuasa yang dimiliki sukar untuk dikawal. Mereka akan dikuasai oleh kuasa yang lebih dasyat dari kuasa yang dimiliki oleh Seeker. Oleh itu, sebelum menerima kuasa, seseorang yang bergelar Conffesser perlu yakin akan kemampuan diri dan bersedia dalam menghadapi pelbagai cabaran yang akan mendatang." selesai muka surat pertama dan kedua Ana masih tidak berpuas hati dengan apa yang buku itu tulis.

"Apa? macam perli aku je?" tanya Ana sendiri yang merasakan buku tersebut seolah-olah memerli dirinya yang tidak dapat menerima kenyataan tersebut. Muka surat ketiga adalah mengenai Wizard. "Keturunan Moragana? Jadi Krystal memang ahli sihir? Kenapa aku rasa macam tengah berlakon dalam cerita dongeng ni? Ish!" Ana merungut sendirian apabila dia terbayang wajah cantik milik ahli sihir bernama Krystal Moragana itu.

Satu persatu muka surat dalam buku itu diselak dan dibaca setelah hampir dengan muka surat belakang. Ana mendapati terdapat beberapa gambar yang bukan dilekat dalam buku tersebut seperti ia sebuah lukisan cantik tapi siapa yang melukisnya? Seolah-olah gambar tapi tidak ditampal atas kertas tersebut.

Ana membaca setiap biodata yang berada di muka surat itu bermula dengan keluarga Seeker, Wizard, Shadow Walker, Shadow Edward dan akhir sekali tentang Conffesser yang menceritakan biodata tentang diri Ana.

Tiga muka surat terakhir juga adalah biodata tapi sebaik saja Ana membuka muka surat selepas dirinya terdapat biodata tentang rakan-rakan baiknya iaitu Tia Evelyn dan Maria Kylan. Ana agak terkejut kerana nama kawan-kawannya ada kaitan dengan cerita mengarut itu.

Lanjutkan membaca buku ini secara gratis
Pindai kode untuk mengunduh Aplikasi

Bab terbaru

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 092

    Baekyun tidak pulang ke rumahnya malam itu, dia tidur di sofa di ruang tamu rumah Ana itu kerana dia malas hendak pulang ke rumah. Sewaktu dirinya sedang dibaringkan di atas sofa, pemikirannya mengelamun jauh. Memikirkan sesuatu perkara yang sudah lama berlalu. Baekyun hidup sebatang kara setelah dia berubah menjadi manusia sepenuhnya, dia tiada ahli keluarga dan tiada kawan-kawan. Dia hanya ada Ana dan datuk serta nenek Ana dalam kehidupannya. Baekyun teringat peristiwa yang berlaku ketika hari terakhir tamatnya peperangan bersama puak orck. Baekyun ada di situ, Baekyun ada dan tercedera parah hingga membawa kepada kematian ketika itu. Dia menyaksikan bagaimana Maria ditusuk panah, dia juga menyaksikan bagaimana Tia menjerit kuat akibat rasa sedih yang dialami, dia juga melihat Jongin, Jongmyun, dan Daehyun cedera parah di bahagian kaki, tangan dan kepala mereka.Baekyun juga menyaksikan Ana terjatuh di atas tanah akibat pengsan kerana rasa terkejut yang teramat. Baekyun berada di

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 091

    Ana tersedar dari komanya, selama seminggu Ana di bawa masuk ke dalam hospital dan ditempatkan di sebuah wad khas. Ana terjaga dan matanya melilau sekeliling bilik wad itu. Putih, semuanya serba serbi putih. Ana terkejut, dia melihat tangan dan kakinya. Ada balutan yang menjenggah di matanya.Hairan, itulah yang dirasakan Ana ketika itu. Dia berada di hospital? Hospital? Bagaimana dia boleh sampai di hospital, banyak persoalan bermain di mindanya.Tiba-tiba seorang jururawat masuk ke dalam wad tersebut dengan sebuah senyuman yang tidak lekang di bibirnya. "Kamu sudah bangun?" tanya jururawat itu."Saya berada di mana?" tanya Ana kehairanan, dia tahu dia berada di hospital tetapi dia tidak tahu mengapa dia berada di situ.Tidak salah dirinya masih berada di dunia lama, selesai sahaja perlawanan sahabatnya Maria telah meninggal dunia. Tia menangis, Elley!Mata Ana terbeliak meningatkan apa yang terjadi."Kamu berada di hospital, ada orang jumpa kamu tercedera di jalanan. Kamu pengsan d

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 090

    Keadaan gentir semakin menghantui kumpulan Krystal, kebanyakkan daripada mereka semua sudah tercedera parah. Akhirnya mereka hanya mampu bertahan dan menunggu kedatangan rakan mereka, puak serigala. Daehyun, Maria dan Tia sudah tidak bermaya kerana mereka bukanlah manusia yang mempunyai kuasa melainkan semangat yang ada untuk mereka terus bertarung dengan pihak musuh."Serahkan Mother Conffesser dan The Seeker kepada kami dan kau orang semua kami lepaskan tanpa pertarungan." Tiba-tiba ketua puak orck itu bersuara dalam bahasanya. Hanya Krystal yang memahami bahasa tersebut manakala yang lain terpingga-pingga. "Kami takkan serahkan jantung Mother Conffeser kepada kau! Kami memilih untuk bertarung." kata Krystal kepada ketua puak orck itu."Bilangan kau semakin sikit, malah bilangan orck semakin banyak. Jika kau pilih pertarungan maka kekalahan yang kalian akan perolehi." jawab Organ, ketua puak orck itu dengan nada sinis."Orck Orck Orck Orck." se

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 089

    Keadaan menjadi semakin haru biru apabila puak orck mulakan serangan terlebih dahulu membuatkan Elley dan yang lain menjadi terkejut dan tidak menjangkakan akan perkara itu. Itulah bertindak tanpa memikirkan kesan buruk itulah padahnya. "Mereka mula menyerang dulu!" kata Ellera yang juga turut terkejut apabila sekumpulan Orck membawa kapak gergaji besar sebesar saiz tubuh badan mereka ke arah selari dengan Elley sedang menunggu."Nampaknya, mereka sudah sedar Mother Conffesser telah dibawa keluar dari tawanan mereka. Semua kena bersiap sedia! Peperangan akan bermula." tegas Ellena dan mereka semua bersiap sedia untuk berlawan walaupun bilangan mereka sedikit daripada yang sepatutnya namun semangat untuk bebaskan dunia dari ancaman jahat ini semakin meninggi dalam diri masing-masing."Ahhhh" peperangan pun bermula apabila Lily terlebih dahulu diserang sekumpulan orck. Lily yang sememangnya seorang yang handal berlawan menggunakan pedang telah membawa keluar pedangny

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 088

    Elley dan Niel tiba terlebih dahulu di lembah hitam. Disebabkan mereka ini adalah bayang-bayang yang boleh menghilangkan diri maka dengan sekelip mata saja mereka sudah tiba di lembah hitam. "Nak buat apa sekarang ni?" tanya Niel apabila terkejut melihat begitu ramai puak orck yang berada di hadapan mereka sedang melakukan kerja-kerja buruh seperti manusia biasa tetapi badan mereka agak besar dan ada yang terlalu kecil amat menjijikkan lagi apabila bau mereka tersangat busuk. "Kita cari Ana dulu, aku tak sedap hati ni." kata Elley lalu Niel mengangguk tanda mengerti baru saja mereka mahu bergerak meninggalkan tempat mereka sedang berdiri bahu Elley ditarik oleh seseorang. Elley dan Niel sama-sama terkejut dengan pengangan tersebut dan menyebabkan Elley bertindak mahu melawan orang yang memengang bahunya itu."Hey hey aku ni!" tegur Ellera apabila abangnya itu mahu melawan dirinya yang tiba-tiba saja muncul di situ bersama adik-beradiknya yang lain serta kumpulan m

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 087

    Jinyoung sebagai ketua kumpulan itu berjalan di bahagian hadapan sekali bagi memastikan mereka melalui jalan yang betul manakala di belakangnya terdapat Kris, Sandeul dan Tao. Mereka berpecah kepada beberapa kumpulan, kumpulan pertama diketuai oleh Jinyoung sendiri. Kumpulan kedua diketuai oleh CNU, Chen dan Gongchan. Kumpulan ketiga pula di ketuai oleh Xiumin, Kyungsoo dan Chanyeol.Ketiga-tiga kumpulan ini bergerak dalam kumpulan sendiri agar mereka tidak berpecah sesama sendiri namun begitu kumpulan Jinyoung berjalan di bahagian hadapan sekali, selang 2 jarak kumpulan CNU dan selang 2 jarak lagi kumpulan Xiumin. Mereka mula bergerak meninggalkan kawasan sungai menuju ke pintu sihir yang dijaga oleh makhluk burung naga berapi.Risiko perlu diambil kerana rakan mereka semakin lama semakin ramai yang mati akibat daripada peperangan yang berlaku dan kemalangan yang menimpa mereka tanpa mereka bersiap sedia. Setelah 2 jam mereka berjalan dan akhirnya mereka

Bab Lainnya
Jelajahi dan baca novel bagus secara gratis
Akses gratis ke berbagai novel bagus di aplikasi GoodNovel. Unduh buku yang kamu suka dan baca di mana saja & kapan saja.
Baca buku gratis di Aplikasi
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status