Share

♚ 004

Author: Lucyana
last update Huling Na-update: 2023-01-19 09:52:37

"Sebenarnya, kami semua dah lama tunggu saat ini. Sepatutnya, kami tunggu kamu bersedia dulu baru kami beritahu perkara yang sebenarnya tapi maaf. Kami kesuntukkan masa, malah kami juga perlukan awak dan The Seeker untuk meneruskan misi kami." kata Krystal kepada Ana.

"Apa awak mengarut ni? Misi apa?" tanya Ana sambil menepis tangan Krystal yang berada di bahunya. Matanya kini beralih semula ke arah bayang-bayang yang berada tidak jauh darinya mengharapkan penjelasan yang lebih mendalam tentang perkara itu.

"Keturunan Shadow pada masa ini sedang diburu oleh puak Ocrk, makhluk yang datang dari lembah hitam. Mereka sedang memburu The Shadow dan juga mahu menakluki alam manusia. Misi kami adalah untuk menghapuskan puak-puak tersebut tapi kami memerlukan Conffesser dan juga The Seeker." kata Krystal berterus terang.

"Ha?" Ana membuat muka tidak memahaminya dan sememangnya dia tidak mengerti apa-apa. Umurnya yang baru mencecah 13 tahun itu sudah diberitahu tentang kuasa yang ingin menakluki dunia. Tidak ke itu semua seperti fantasi yang selalu muncul di kaca tv? Ana menjauhkan diri dari Krystal dan bertanya. "Siapa kau yang sebenarnya?" tanya Ana dengan wajah yang agak cuak kerana berada di dalam ketakutan.

"Saya Krystal Moragana, The Wizard. Dan mereka berenam ini pula adalah keturunan Shadow yang sedang diburu oleh Puak Ocrk. Keturunan Walker." kata Krystal dengan bersungguh-sungguh dan berharap Ana akan mempercayainya.

"Wizard? Shadow? Seeker? Conffesser?" Ana memandang keliru.

"Aku rasa dia perlukan kisah tu. Apa kata kalau kau tunjukkan sejarah tu." cadang Ellena membuatkan Elley membantahnya dengan keras.

"Tak, jangan!" halang Elley tidak mahu Krystal menunjukkan sejarah silam Ana kerana takut Ana akan membenci orang yang berada di sekelilingnya. Cukuplah Ana bencikan seorang lelaki dalam hidupnya. Elley tidak mahu Ana membencikan kedua orang tuanya pula.

"Sampai bila kau nak rahsiakan perkara ni dari dia? Kau nak tunggu puak Ocrk serang kita baru bagitahu dia hal sebenarnya?" tanya Ellera jelas kedengaran suaranya seperti menyindir Elley.

"Aku tak mahu dia tahu dengan cara kita memaksanya." suara Elley kedengaran sayu ketika menunturkan ayat itu. Dia tidak menafikan apa yang adiknya katakan itu benar tapi dia tidak mahu menambahkan lagi rasa sedih gadis itu. Jika dia tahu perkara yang sebenar mungkin perkara lain yang akan berlaku.

"Elley! Aku nak balik. Bawa aku balik." kata Ana sambil memengang kepalanya. Rasa sakit di kepalanya tidak terkata. Tangannya melayang ke udara dan dengan serta merta Ana jatuh di pangkuan Elley yang ketika itu berada bersebelahan dengannya. Setelah memastikan Ana betul-betul pengsan. Elley merubah dirinya kepada diri manusia sebenar begitu juga dengan adik beradiknya yang lain. Elley memandang ke arah Krystal dan Ellena.

"Buat masa ni, biarkan dulu dia. Jangan sesiapa cuba memaksa dia untuk menerima semua ni. Bahaya! Kau semua faham tak? dan satu lagi biar aku yang pujuk dia tentang perkara ini. Krystal! Serahkan buku tu pada aku." kata Elley dengan tegasnya.

"Kau nak buat apa dengan buku tu? Kau tahu kan, buku tu tak boleh jatuh ke tangan orang sebarangan!" kata Ellvis kini suaranya mula kedengaran.

"Aku nak Ana membacanya sendiri dan fahami sejarah dunia kita bagaimana." jawab Elley dengan wajah yang serius.

"Kau gila ke apa? perkara tu akan membahayakan kita semua." kata Ellvin pula.

"Habis kau nak aku buat? paksa dia macam kau orang semua buat? ha?" marah Elley kini wajahnya yang putih bertukar merah kerana menahan marah dengan abangnya itu.

"Stop it!" jerit Ellena apabila melihat kedua-dua adiknya mahu menimbulkan huru hara. "Kau semua! cuba bertindak matang sikit." marah Ellena dengan tegasnya.

"Matang? aku yang bertindak matang atau kau semua yang bertindak bodoh? Aku tak bawa dia ke sini untuk kau cerita tentang misi. Aku tak bawa dia ke sini untuk kau semua tambahkan kesedihan dia." Elley berkata sambil memandang lantai.

"Habis! kalau bukan untuk beritahu dia perkara sebenar apa tujuan kau bawa dia ke sini?" tanya Ellera... Suara mereka bergema-gema di dalam rumah agam itu akibat masing-masing tidak mahu memperlahankan suara mereka.

"Kau semua tak faham! Sudah! Aku nak bawa dia balik." jawab Elley lalu tubuh Ana diangkatnya.

"Biar aku temankan kau." kata Ellena lalu mereka berdua bertukar menjadi bayang-bayang semula dan muncullah kepulan asap-asap di sekeliling ruang tamu itu.

Ha! The Seeker!

Ana melihat ke arah dua orang lelaki yang tadinya riuh rendah akan tetapi kini sudah senyap sunyi. Membuatkan lamunan Ana tentang semalam terhenti. Pandangannya di alihkan kepada dua orang lelaki yang tidak jauh darinya itu. Ana tersentak apabila kedua-duanya memandang dirinya dengan pandangan tajam.

"Kenapa kau tak balik lagi?" tanya Niel hairan melihat Ana berada di situ lagi sedangkan tadi dia hendak meninggalkan kawasan bumbung tersebut. Ana mengelengkan kepalanya, langkah cuba dibuka hendak meninggalkan kawasan tersebut. Akan tetapi langkahnya kembali mati apabila terdengar perkataan 'Conffesser.'

"Aku tak mahu tahu tentang semua yang berkaitan dengan aku atau Conffesser! Semua benda ni karut. Kau fikir aku nak percaya ke semua ni?" tanya lelaki yang berada di depan Niel itu. Ana tidak tahu mahu membuat apa. Dia hilang kata dan juga kekuatan untuk melangkah.

Adakah mereka juga ada kaitan dengan Krystal dan Elley?

Tanpa sedar bahu Ana dilanggar oleh lelaki itu. "Ken!!!" panggil Niel lalu dia menendang batu bata yang tersusun elok di atas bumbung tersebut sehingga pecah berderai dibuatnya. Ana yang melihat terkejut akan kejadian tersebut. Niel berasa panas apabila usahanya langsung tidak menjadi. Sudah dua minggu dia berusaha akan tetapi usahanya sentiasa gagal. Ana dengan takut-takutnya mendekati Niel yang sedang duduk bercangkung di atas lantai itu.

"Err kau kenal Elley?" tanya Ana membuatkan Niel memandang wajahnya sambil mengerutkan dahi.

Patuloy na basahin ang aklat na ito nang libre
I-scan ang code upang i-download ang App

Pinakabagong kabanata

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 092

    Baekyun tidak pulang ke rumahnya malam itu, dia tidur di sofa di ruang tamu rumah Ana itu kerana dia malas hendak pulang ke rumah. Sewaktu dirinya sedang dibaringkan di atas sofa, pemikirannya mengelamun jauh. Memikirkan sesuatu perkara yang sudah lama berlalu. Baekyun hidup sebatang kara setelah dia berubah menjadi manusia sepenuhnya, dia tiada ahli keluarga dan tiada kawan-kawan. Dia hanya ada Ana dan datuk serta nenek Ana dalam kehidupannya. Baekyun teringat peristiwa yang berlaku ketika hari terakhir tamatnya peperangan bersama puak orck. Baekyun ada di situ, Baekyun ada dan tercedera parah hingga membawa kepada kematian ketika itu. Dia menyaksikan bagaimana Maria ditusuk panah, dia juga menyaksikan bagaimana Tia menjerit kuat akibat rasa sedih yang dialami, dia juga melihat Jongin, Jongmyun, dan Daehyun cedera parah di bahagian kaki, tangan dan kepala mereka.Baekyun juga menyaksikan Ana terjatuh di atas tanah akibat pengsan kerana rasa terkejut yang teramat. Baekyun berada di

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 091

    Ana tersedar dari komanya, selama seminggu Ana di bawa masuk ke dalam hospital dan ditempatkan di sebuah wad khas. Ana terjaga dan matanya melilau sekeliling bilik wad itu. Putih, semuanya serba serbi putih. Ana terkejut, dia melihat tangan dan kakinya. Ada balutan yang menjenggah di matanya.Hairan, itulah yang dirasakan Ana ketika itu. Dia berada di hospital? Hospital? Bagaimana dia boleh sampai di hospital, banyak persoalan bermain di mindanya.Tiba-tiba seorang jururawat masuk ke dalam wad tersebut dengan sebuah senyuman yang tidak lekang di bibirnya. "Kamu sudah bangun?" tanya jururawat itu."Saya berada di mana?" tanya Ana kehairanan, dia tahu dia berada di hospital tetapi dia tidak tahu mengapa dia berada di situ.Tidak salah dirinya masih berada di dunia lama, selesai sahaja perlawanan sahabatnya Maria telah meninggal dunia. Tia menangis, Elley!Mata Ana terbeliak meningatkan apa yang terjadi."Kamu berada di hospital, ada orang jumpa kamu tercedera di jalanan. Kamu pengsan d

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 090

    Keadaan gentir semakin menghantui kumpulan Krystal, kebanyakkan daripada mereka semua sudah tercedera parah. Akhirnya mereka hanya mampu bertahan dan menunggu kedatangan rakan mereka, puak serigala. Daehyun, Maria dan Tia sudah tidak bermaya kerana mereka bukanlah manusia yang mempunyai kuasa melainkan semangat yang ada untuk mereka terus bertarung dengan pihak musuh."Serahkan Mother Conffesser dan The Seeker kepada kami dan kau orang semua kami lepaskan tanpa pertarungan." Tiba-tiba ketua puak orck itu bersuara dalam bahasanya. Hanya Krystal yang memahami bahasa tersebut manakala yang lain terpingga-pingga. "Kami takkan serahkan jantung Mother Conffeser kepada kau! Kami memilih untuk bertarung." kata Krystal kepada ketua puak orck itu."Bilangan kau semakin sikit, malah bilangan orck semakin banyak. Jika kau pilih pertarungan maka kekalahan yang kalian akan perolehi." jawab Organ, ketua puak orck itu dengan nada sinis."Orck Orck Orck Orck." se

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 089

    Keadaan menjadi semakin haru biru apabila puak orck mulakan serangan terlebih dahulu membuatkan Elley dan yang lain menjadi terkejut dan tidak menjangkakan akan perkara itu. Itulah bertindak tanpa memikirkan kesan buruk itulah padahnya. "Mereka mula menyerang dulu!" kata Ellera yang juga turut terkejut apabila sekumpulan Orck membawa kapak gergaji besar sebesar saiz tubuh badan mereka ke arah selari dengan Elley sedang menunggu."Nampaknya, mereka sudah sedar Mother Conffesser telah dibawa keluar dari tawanan mereka. Semua kena bersiap sedia! Peperangan akan bermula." tegas Ellena dan mereka semua bersiap sedia untuk berlawan walaupun bilangan mereka sedikit daripada yang sepatutnya namun semangat untuk bebaskan dunia dari ancaman jahat ini semakin meninggi dalam diri masing-masing."Ahhhh" peperangan pun bermula apabila Lily terlebih dahulu diserang sekumpulan orck. Lily yang sememangnya seorang yang handal berlawan menggunakan pedang telah membawa keluar pedangny

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 088

    Elley dan Niel tiba terlebih dahulu di lembah hitam. Disebabkan mereka ini adalah bayang-bayang yang boleh menghilangkan diri maka dengan sekelip mata saja mereka sudah tiba di lembah hitam. "Nak buat apa sekarang ni?" tanya Niel apabila terkejut melihat begitu ramai puak orck yang berada di hadapan mereka sedang melakukan kerja-kerja buruh seperti manusia biasa tetapi badan mereka agak besar dan ada yang terlalu kecil amat menjijikkan lagi apabila bau mereka tersangat busuk. "Kita cari Ana dulu, aku tak sedap hati ni." kata Elley lalu Niel mengangguk tanda mengerti baru saja mereka mahu bergerak meninggalkan tempat mereka sedang berdiri bahu Elley ditarik oleh seseorang. Elley dan Niel sama-sama terkejut dengan pengangan tersebut dan menyebabkan Elley bertindak mahu melawan orang yang memengang bahunya itu."Hey hey aku ni!" tegur Ellera apabila abangnya itu mahu melawan dirinya yang tiba-tiba saja muncul di situ bersama adik-beradiknya yang lain serta kumpulan m

  • Satu Bintang (Bahasa Malaysia)   ♚ 087

    Jinyoung sebagai ketua kumpulan itu berjalan di bahagian hadapan sekali bagi memastikan mereka melalui jalan yang betul manakala di belakangnya terdapat Kris, Sandeul dan Tao. Mereka berpecah kepada beberapa kumpulan, kumpulan pertama diketuai oleh Jinyoung sendiri. Kumpulan kedua diketuai oleh CNU, Chen dan Gongchan. Kumpulan ketiga pula di ketuai oleh Xiumin, Kyungsoo dan Chanyeol.Ketiga-tiga kumpulan ini bergerak dalam kumpulan sendiri agar mereka tidak berpecah sesama sendiri namun begitu kumpulan Jinyoung berjalan di bahagian hadapan sekali, selang 2 jarak kumpulan CNU dan selang 2 jarak lagi kumpulan Xiumin. Mereka mula bergerak meninggalkan kawasan sungai menuju ke pintu sihir yang dijaga oleh makhluk burung naga berapi.Risiko perlu diambil kerana rakan mereka semakin lama semakin ramai yang mati akibat daripada peperangan yang berlaku dan kemalangan yang menimpa mereka tanpa mereka bersiap sedia. Setelah 2 jam mereka berjalan dan akhirnya mereka

Higit pang Kabanata
Galugarin at basahin ang magagandang nobela
Libreng basahin ang magagandang nobela sa GoodNovel app. I-download ang mga librong gusto mo at basahin kahit saan at anumang oras.
Libreng basahin ang mga aklat sa app
I-scan ang code para mabasa sa App
DMCA.com Protection Status