Share

♚ 006

Lauk yang terhidang di hadapan Ana hanya ditenung tanpa selera. Ana masih tidak faham dengan cerita yang baru saja dia baca petang tadi. Ana tahu perkara itu mengarut dan ibunya tahu tentang sesuatu perkara mengenai buku tersebut.

Perlu ke aku tanya?

"Kenapa tak makan?" tanya ibu Ana yang sedang merenung tajam ke arah anak gadisnya itu. Ana mengelengkan kepalanya membawa maksud 'tiada apa-apa.' Perlahan-lahan Ana mahu mengambil lauk dan atas kecuaian Ana ketika itu. Lauk yang diambilnya tertumpah dan terkena kaki Woo Jin iaitu kekasih hati ibunya.

Ana terkejut apabila lelaki itu membaling pinggan berisi nasi ke arahnya. Ana terkesima melihat nasi yang bertaburan di atas lantai mengenai kaki Ana. Ana melihat dengan perasaan geram kerana nasi itu adalah rezeki untuk mereka malam itu bagaimana lelaki bernama Woo Jin ni boleh buat ikut suka hati dia saja? Tidak sayang ke nasi itu membazir? Tanpa sedar muka Ana ditampar tanpa belas kasihan. Ana yang sedang berada di awang-awangan itu hanya mampu mengalirkan air mata tanpa tangisan. Hanya kerana silap kecil dia dipukul teruk oleh lelaki tersebut.

Selesai makan , Ana akan turun ke bawah untuk membasuh pinggan mangkuk yang kotor. Selesai saja membasuh ke semua pinggan kotor dia lari ke belakang dapur di mana tempat itu selalu dia habiskan masa untuk bersendirian. Tempat yang sunyi, nyaman dan sejuk itulah selalu menjadi tempat dia meluahkan rasa dengan menangis sepuas hatinya. Rumahnya yang besar tidak membawa apa-apa erti dalam hidup Ana. Malah gadis kecil ini merasakan yang rumah sebesar itu adalah neraka baginya.

Kura-kura yang dibela oleh Ana berenang-renang dalam akuarium membuatkan Ana mengalihkan pandangannya ke arah akuarium tersebut. Ana tersenyum sendirian, "Kau pasti letihkan ? Tak bebas seperti sebelum ni?" Ana bertanya kepada tiga ekor kura-kura yang sedang berenang-renang dalam akuarium kecil khas untuk haiwan tersebut. Kepala kura-kura itu dikeluarkan panjang melihat ke arah Ana.

"Kiki... Kiko... Koko..." Ana memanggil nama-nama haiwan tersebut dan ketiga-tiga ekor itu berhenti dari terus bergelut untuk mendapatkan makanan sayuran mereka. Ana ketawa geli hati melihat haiwan-haiwan itu, selang beberapa minit Ana melayan perasaannya sendiri anak kucingnya datang sambil berbunyi. Ana tersenyum kerana anak kucingnya datang dan terus tidur di atas ribanya.

"Abed... Kenapa semua ni terjadi pada aku?" tanya Ana kepada kucingnya yang sudah melelapkan matanya. Bulu anak kucing itu diusap oleh Ana. "Mesti kau gembira kan aku usap kau macam ni?" tanya Ana yang sudah menahan sebak di dada. "Aku pun mahukannya." kata Ana lalu air matanya mengalir dengan sendiri. Sebak di dada sudah tidak dapat ditahannya. Perlahan-lahan air mata jatuh membasahi bulu anak kucing tersebut.

"Kenapa kau perlu menangis?" satu suara menerpa ke arah Ana dan Ana tahu suara itu adalah milik Elley. Asap kepul-kepul berterbangan ke udara dan menghampiri Ana. "Kau patut tersenyum." sambung Elley membuatkan Ana mengelap air matanya dan cuba mengukirkan senyuman palsu.

"Aku tengah senyumlah ni." jawab Ana.

"Senyum palsu, kau ingat aku tak tahu?" tanya Elley kembali lalu asap kepul-kepul yang berterbangan tadi seolah-olah mengusap lebam yang berada di wajah Ana. Ana ketawa geli apabila asap itu mengusap wajahnya. "Kau patut sedar yang kau lebih sesuai untuk senyum dari mengalirkan air mata." kata Elley lalu dia mengukirkan senyuman di sebalik bayang-bayangnya itu.

Ana hanya mendiamkan dirinya. Selang beberapa minit suara seorang gadis kedengaran. "Hello guys. Why are you look so sad today?" suara ceria itu menerjah ke telinga Ana membuatkan Ana tersentak seketika. "Awak baru lepas menangis ea?" tanya suara itu lagi tanpa sebarang kelibat manusia di hadapannya. Ana mengerutkan dahinya. "Awak tak kenal saya dah ke?" tanya suara itu lagi membuatkan Ana bertambah hairan mendengarnya. "Saya Elleralah." kata gadis itu membuatkan Ana tersenyum riang.

"Mestilah saya ingat, awak kan adik Elley?" tanya Ana.

"Haha, great if you still remember me. Off cause, adik yang paling comel." kata Ellera sambil membuat mata bersinar-sinar. Walaupun Ana tidak nampak apa yang dilakukannya itu. Elley tetap mahu menonjol kepala adiknya itu. "Apa ni? main tonjol-tonjol pula? Aku tahulah kau cemburu." kata Ellera. Munculnya Ellera di situ bau-bauan bunga roses menusuk ke rongga hidung Ana membuatkan hati Ana semakin tenang.

Kemunculan Ana di sekolah membuatkan semua orang memandang gadis itu dengan pelbagai ekspresi wajah yang berlainan. Mana tidaknya wajah Ana membengkak teruk akibat tamparan yang diterima sewaktu makan malam semalam. Masuk saja ke dalam kelas, Tia meluru ke arah Ana.

"Hei... What's going on with your face?" tanya Tia dengan nada yang agak terkejut.

"What?" tanya Ana hairan.

"Mata kau kenapa? Muka kau kenapa lebam teruk sangat?" tanya Maria pula setelah Tia dan Ana mendekati mejanya yang berada bersebelahan dengan meja Ana.

"Mata aku?" Ana mengerutkan dahi sambil tangannya meraba mukanya sendiri. Dia segera berlari ke arah cermin yang terletak di belakang kelas mereka. "Ohhh... Nooooo!" jerit Ana membuatkan semua orang terkejut mendengarkan jeritan tersebut.

"What the hell?" tegur seorang pelajar lelaki bernama Jin Young kepada Ana. Ana mengalihkan pandangan ke arah Jin Young yang kononnya sentiasa cool dan kuat tidur dalam kelas mereka. "Uh? your face? So..." Jin Young yang baru bangun dari tidur itu secara spontan berkata apabila melihat ke arah Ana yang berada di hadapan cermin itu.

"What?" Ana menjelingnya tajam. Jin Young ketawa kecil kerana geli hati melihatkan wajah gadis tersebut. "How dare you? Ketawalah aku cekik kau nanti kurang oksigen." kata Ana membuatkan Tia dan Maria kehairanan kerana Ana bukan yang suka jenis melayan usikkan rakan-rakan sekelasnya. Selalu jika mereka cuba mengusik Ana pasti tidak mengendahkannya.

"What can i say? Just you're look beautiful girl. Hahaha..." Jin Young terletus ketawanya seolah-olah kata-kata itu memerli Ana.

Ana yang sudah bercekak pinggang memandang ke arah Jin Young itu hanya menahan geram. "Jin, tak boleh ke kalau kau tak sakat Ana?" tanya Maria seperti mahu menengur tingkah laku lelaki itu yang bakal mengundang amarah daripada Ana.

"Sejak bila aku sakat dia? Dia yang ganggu aku tidur dulu." jawab Jin Young kepada Maria yang sedang merenungnya tajam.

"Yela, at least kau tak perli dia. Ini tidak perli macam muka dia tu buruk sangat." kata Maria lalu dia menjeling tajam ke arah Jin Young.

"Well, aku dah beri pujian pun dah cukup bagus. Kalau aku cakap terus terang muka dia macam kena tumbuk lagi sakit hati." kata Jin Young selamba sambil menunding tangan ke arah Ana.

"Eeeeeee..." Ana yang sedang menahan geram daripada tadi terus mengambil kotak pensel Eunji rakan semejanya lalu memukul-mukul belakang Jin Young dengan kuat sekali. Habis kelas tu kedengaran riuh rendah. Maria dan Tia juga jadi mangsa kemarahan Ana kerana cuba menghalang perbuatannya itu.

"Ana... Stop... " jerit Tia yang sedang menahan tangan Ana dari terus memukul lelaki di hadapannya itu. "Ana... Berhenti." Tia masih mencuba. Muka Ana sudah mula berubah merah kerana terlalu marah. Dia melepaskan segala kemarahannya yang selama ini terbuku di hati dengan hanya memukul lelaki di hadapannya itu. Orang lain yang dia mahu kerjakan orang lain yang mendapat habuannya.

Setelah puas memukul tanpa henti, Ana stop dengan sendiri. Dia kembali ke tempat duduknya sambil memengang kepalanya. Sakit, itu apa yang dirasakan oleh Ana ketika itu. Maria menarik kerusinya mendekati Ana. "Kau okay tak ni?" tanya Maria risau melihat Ana yang seperti sedang menahan kesakitan di kepalanya.

Jin Young pula sudah keluar dari kelas. Gila tak keluar mahu mati dikerjakan oleh Ana? Dari dia terus dipukul dan menahan segala kesakitan lebih baik dia lari keluar.

Keadaan riuh sebentar tadi membuatkan semua pelajar yang lalu lalang melihat ke dalam kelas mereka begitu juga dengan pelajar kelas-kelas lain. Mereka terkejut apabila mendengar jeritan Tia yang cuba menghalang Ana dari terus memukul. Kini dari melepaskan segala amarahnya, Ana sudah pun mengalami sakit kepala yang amat dasyat...

"Betul punya minah, sakit bahu aku dia pukul." kata Jin Young yang kini berada di hadapan pintu lokernya. Dia membuka loker tersebut untuk mengambil buku, sewaktu dia menutup pintu itu ada seorang lelaki tiba-tiba muncul di hadapannya membuatkan dia agak terkejut melihat lelaki yang tidak asing lagi bagi dirinya itu.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status