Share

Bab 4

last update Last Updated: 2021-07-03 19:06:29

BAGAIMANA cara aku nak balas semua kebaikan yang diberikan Cikgu Safarin? Daripada buku-buku rujukan, novel dan beg sekolah baru?

Aku termenung memikirkan perkara itu dan ingatanku berputar pada kejadian siang tadi.

"Anis janganlah nangis. Saya yakin, tentu ada orang lain yang tak sengaja ambil beg tu atau ada yang tertukar beg dengan Anis. Faham-faham sajalah, ramai pelajar sekolah yang pergi ke situ."

"Beg dah hilang. Macam mana saya nak pergi sekolah esok?" Aku sambung menangis.

"Anis tak ada beg lain?"

Aku menggeleng sambil mengesat air mata dengan tisu.

"Macam ni lah... apa kata kalau saya belikan beg yang baru untuk Anis. Nak tak?"

Lagi sekali aku menggeleng tanda tidak setuju. Aku dah tak mahu menyusahkan dia lagi. Hari ini saja, hampir dua ratus ringgit dia berbelanja untukku.

"Kalau tak nak, macam mana Anis nak pergi sekolah? Nak masukkan buku-buku teks dalam guni?"

Aku tersentak dengan kata-katanya. Dalam hati terpalit rasa geram. Pantas aku menggumpal tisu lalu membaling ke arahnya. Dalam keadaan aku sedih begini, sempat dia bersenda!

Cikgu Safarin mengelak sambil ketawa. Tisu yang aku baling, diambil lalu dibuka gumpalan itu. Dia tersenyum. "Air mata seorang gadis sebab hilang beg sekolah melekat pada tisu ni. Boleh saya bawa balik?"

"Bawa balik apa?"

"Tisu ni."

Aku jegilkan mata. "Saya tengah sedih, cikgu masih nak bergurau?"

"Saya cuba hilangkan rasa sedih Anis saja. Saya nak beli beg baru, Anis tak nak. Jadi, bila masalah ni nak selesai?"

Serta-merta aku berhenti menangis dan terus menjeling. Dia tersenyum sambil memberi tumpuan pada tisu di tangannya.

"Saya suka tengok Anis marah tapi saya tak suka tengok Anis menangis. Keluarkan air mata hanya kerana beg sekolah hilang. Kalau air mata tu jatuh untuk sesuatu yang lebih bermakna, tentu berbaloi."

"Cikgu fikir beg sekolah tu, tak bagi makna apa-apa pada saya? Cikgu tahu tak, dengan beg sekolah buruk tulah, saya dapat pergi sekolah, tau. Dah bertahun-tahun saya guna. Senang-senang je kan, cikgu cakap macam tu?" Tiba-tiba hati aku panas.

"Saya tak ada maksud nak rendah-rendahkan perasaan Anis. Tapi bagi saya, kehilangan tu boleh diganti dengan yang baru. Izinkan saya bantu."

Aku memandang tepat ke wajah guru yang menjadi kesayangan ramai di sekolah ini. Kali ini pandanganku lebih lama. Apa tujuannya hingga berbuat baik begini? Jangan dia menaruh hati pada budak sekolah macam aku ni, sudahlah.

"Anis jangan fikir apa-apa lagi. Sekarang kita pergi Giant. Nanti Anis boleh pilih sendiri beg sekolah mana yang Anis mahu. Tolong jangan nangis lagi depan saya. Saya tak suka tengok air mata Anis jatuh sebab masalah kecil macam ni. Tolong sapu air mata tu sekarang. Atau... Anis nak saya yang buat?" Cikgu Safarin melempar senyum nakal.

Cepat-cepat aku menoleh ke arah tingkap cermin kereta sambil cuba menyembunyikan ekspresi wajah.

"Kenapa Anis tengok sana? Tak sudi tengok muka saya lagi? Tahulah saya tak handsome. Pelajar kesayangan sendiri pun dah tak sudi nak pandang."

Sengal aje Cikgu Safarin ni! "Kalau tak handsome, takkan cikgu jadi perhatian kat sekolah?"

Cikgu Safarin mencebik. Macam tak hairan dengan apa yang aku kata. "Kalau orang lain bagi perhatian pada saya, ia langsung tak bagi makna apa-apa. Lainlah Anis..."

Dia curi-curi pandang ke wajahku. Dalam hati ni, dah berkecamuk dengan seribu persoalan. Kenapa dia tunjuk sikap pelik begini? Setiap kata-katanya berbaur angau. Dia hendak mengurat akukah?

Kau masih di sekolah

Dan aku masih mentah

Kita lafazkan kata cinta

Yang tertulis dalam kamus asmara

Entah lagu tahun bila Cikgu Safarin dengar? Tak sesuai langsung dengan zaman sekarang. Dengarlah lagu Aishiteru ke, cinta muka buku ke...

Continue to read this book for free
Scan code to download App

Latest chapter

  • Sayang Cikgu Ketat-ketat (BAHASA MALAYSIA)   Bab 29

    DISEBABKAN aku mengalami mual perut akibat mabuk laut, kami tidak ke mana-mana malam ini. Hanya terperap dalam bilik chalet saja.Kepalaku dipicit dan hidungku dicalit minyak angin cap kapak oleh Cikgu Safarin. Kalau aku tahu begini jadinya, lebih baik aku ajak dia pergi ke tempat lain. Pergi ke satu tempat yang tidak memerlukan kami menaiki pengangkutan air.Sekarang aku dah pulih sedikit. Cikgu Safarin mengajakku berjalan-jalan di tepi pantai. Aku setuju dan menurut.Jauh di seberang, dapat kami lihat dengan jelas cahaya-cahaya lampu yang terdapat di sekitar Bandar Marang. Barang kali ia adalah cahaya dari rumah-rumah penduduk atau bangunan serta lampu-lampu jalan di sekitar Bandar Kuala Terengganu.Tiba-tiba ingatanku berputar mengingati SMS yang dikirimkan perempuan bernama Aida pada Cikgu Safarin.Kenapa mulutku berat sangat mahu bertanya pada Cikgu Safarin m

  • Sayang Cikgu Ketat-ketat (BAHASA MALAYSIA)   Bab 28

    SEBELUM kami meneruskan perjalanan menuju ke Bandar Marang, kami singgah ke pusat membeli belah Giant untuk membeli pakaian.Ini kali kedua aku memasuki Giant. Kali pertama dulu, ketika Cikgu Safarin membelikan aku beg sekolah baru. Kenangan itu terimbau secara tiba-tiba. Aku tersenyum."Anis.""Ya." Lamunanku terhenti. Aku memandang ke arah Cikgu Safarin yang berdiri di sebelah sambil tersengih pelik."Abang ni, kenapa? Sengih aje manjang.""Tu..." Dia muncungkan mulut ke arah sehelai pakaian.Aku tidak memahami apa yang dia maksudkan. Kemudian, dia terus mencapai sehelai pakaian tidur seksi yang tergantung lalu diberikannya padaku.Aku kecilkan mata. Malu dengan tindakannya. "Abang gatal, ya. Anis tak naklah baju macam ni. Segan nak pakai." Aku pulangkan semula padanya.Lagi sekali dia tersengih lalu ketawa kecil. Ee

  • Sayang Cikgu Ketat-ketat (BAHASA MALAYSIA)   Bab 27

    TIBA hari yang dinantikan, aku menyiapkan pakaian ke dalam beg untuk bekalan mencukupi ketika berada di Pulau Kapas selama satu minggu. Itu satu tempoh percutian yang agak lama.Alangkah seronok jika keluargaku turut serta dalam percutian ini. Malam tadi aku ingin menyuarakan kehendakku pada Cikgu Safarin. Tapi, niat itu terpaksa aku batalkan. Kalau hendak membawa ramai orang, tentu perbelanjaannya tinggi. Aku tidak mahu menyusahkan Cikgu Safarin pula.Tak apalah. Mungkin lain kali saja. Kalau aku bekerja nanti, jangan kata nak pergi Pulau Kapas, New York pun aku boleh bawakan mereka.Aku mencebik sendiri. Result SPM pun belum keluar, ada hati nak kerja. Lagipun, bukannya mudah dapat kerja hanya berbekalkan SPM. Sedangkan mereka yang mempunyai ijazah, belum tentu dapat memiliki satu pekerjaan dengan mudah. Masih ramai yang menganggur."Apa yang Anis menung lagi? Dah siap? Abang na

  • Sayang Cikgu Ketat-ketat (BAHASA MALAYSIA)   Bab 26

    SATU malam aku tidak dapat tidur lena kerana memikirkan sikapku yang mungkin keterlaluan terhadap suami sendiri. Walaupun begitu, dia masih mampu bersabar. Entah sampai bila dia dapat bertahan?Nanti tak pasal-pasal aku kena tinggal. Mana tahu kalau hatinya tiba-tiba berubah dan berpaling pada wanita lain. Waktu itu kalau aku menyesal pun tak guna.Hari ini Jumaat merupakan hari cuti. Awal-awal aku bangkit untuk menyediakan sarapan. Cikgu Safarin masih tidur di bilik sejurus pulang dari masjid yang terletak berhampiran tempat kediaman kami.Aku memerhati jam dinding. Ia menunjukkan angka lapan lima belas minit pagi. Sarapan kini terhidang di atas meja. Hanya nasi goreng dan milo panas yang dapat aku sajikan. Nak masak hebat-hebat macam orang lain, aku tiada kemahiran lagi.Aku berkira-kira mahu mengejutkan Cikgu Safarin. Pintu bilik kutolak dari luar dan perlahan-lahan aku menghampirinya y

  • Sayang Cikgu Ketat-ketat (BAHASA MALAYSIA)   Bab 25

    Beberapa bulan berlalu..."AKU terima nikahnya Nurul Anis Binti Mohd Ali dengan mas kahwinnya dua puluh dua ringgit setengah tunai."Sah!Kini, aku bergelar isteri pada Cikgu Safarin. Tapi, perasaanku hanya biasa-biasa. Nak kata gembira, tidak. Nak kata bersedih pun tidak.Aku terasa kosong. Impianku untuk terus menyambung pelajaran, nampaknya terganggu buat masa ini.Apabila memiliki seorang suami, secara tidak langsung, aku mesti mengutamakan tanggung jawab yang telah diamanahkan. Menguruskan rumah tangga perlu diberi keutamaan terlebih dahulu sebelum memikirkan perkara-perkara yang lain.Namun, cita-cita yang tersemat dalam hati sejak lama dulu, aku akan teruskan walaupun jalannya nampak sedikit sukar. Aku tahu dari awal Cikgu Safarin memberi kebenaran dan keizinan untuk aku menyambung pelajaran.Hampir dua minggu kami bergelar suami is

  • Sayang Cikgu Ketat-ketat (BAHASA MALAYSIA)   Bab 24

    AKU berjalan menuju ke sudut gelanggang. Apabila bola berada di tangan, servis pertama aku lepaskan. Aku mendongak dan serta-merta tumpuanku hilang. Hilang kerana terpandang Cikgu Safarin berdiri di tingkap bilik guru dengan senyum kacak.Tanpa aku sedar, bola yang melambung tinggi di sebelah pihak lawan telah kembali ke gelanggang pasukanku. Sudahlah begitu, bola tersebut hinggap pula di kepalaku!Aduhhh! Aku pegang kepala. Bingung sekejap. Alhamdulillah, mujur kepala aku tak biol.Diana menghampiriku. "Kau okey ke?""Okey aje. Tak ada apa-apa.""Nasib baik kau tak cedera. Tapi kan, cuba kau tengok kat tingkap bilik guru. Apa yang kau nampak?""Aku tak nampak apa pun?" Aku berpura-pura."Tak nampak ke atau buat-buat tak nampak? Kalau tak nampak, takkanlah kepala kau boleh jadi mangsa henta

More Chapters
Explore and read good novels for free
Free access to a vast number of good novels on GoodNovel app. Download the books you like and read anywhere & anytime.
Read books for free on the app
SCAN CODE TO READ ON APP
DMCA.com Protection Status