"PENIPU..! Penipu..! Tak sangka selama ni saya dah kena tipu bulat-bulat dengan awak..!"
"Tak sayang.. Abang takde niat pun nak tipu sayang. Abang terpaksa. Please sayang bagi abang peluang untuk jelaskan semua benda ni," rayu sang suami.
"Saya betul-betul menyesal kahwin dengan lelaki macam awak ni. Sepatutnya dari awal lagi saya tak patut kahwin dengan awak. Saya dah gadaikan masa depan saya untuk awak. Tapi apa yang saya dapat adalah sebuah penipuan. Saya betul-betul kecewa dengan semua ni," jerkah sang isteri. Air mata sudah laju merembes keluar.
"Abang tahu abang salah. Tapi please sayang dengar dulu apa yang abang nak cakap. Abang boleh jelaskan pada sayang. Please.."
"Takde apa lagi yang perlu dijelaskan. Semuanya dah jelas lagi nyata. Cukuplah awak menipu saya selama ni. Saya betul-betul dah letih dengan semua ni.." ujar si isteri lemah.
"Abang minta maaf sayang. Please jangan macam ni. Abang boleh jelaskan perkara yang sebenarnya. Please sayang kita bincang benda ni elok-elok ya sayang," pujuk sang suami.
"Sudahlah. Saya dah tak nak bincang apa-apa lagi. Saya dah tak boleh nak terus hidup dengan orang penipu macam awak ni. Hati saya ni dah hancur. Saya dah buat keputusan. Tolong ceraikan saya..!"
"Sayang..?! Abang kahwin dengan sayang bukan untuk bercerai berai tau. Sekali abang dah lafazkan akad nikah sampai ke mati abang akan pegang ikatan tu. Abang cuma mintak sayang dengar penjelasan daripada abang. Kenapa susah sangat sayang nak dengar apa yang abang nak cakap?!" turun naik dadanya menahan amarah yang bakal meletus pada bila-bila masa saja itu.
"Pergi matilah dengan awak punya penjelasan tu. Saya dah tak nak dengar apa-apa dah daripada mulut awak tu. Sebab apa yang keluar daripada mulut awak tu semua tu menipu..! Cukuplah awak nak bodohkan saya selama ni!" tengking si isteri.
"Sampai hati sayang buat abang macam ni..." luluh hati sang suami mendengarkan butir bicara sang isteri.
"Saya tak nak tengok muka awak lagi.. Just go.. Leave me.." rayu sang isteri sebak.
"Abang tahu sayang mungkin tertekan dengan semua ni. Tapi takpe abang faham. Abang akan bagi sayang seberapa banyak masa pun untuk sayang tenangkan fikiran. Tapi kalau sayang nak cerai maaf abang tak boleh tunaikan permintaan sayang tu. Abang kahwin dengan sayang bukan sebab nak bercerai. Abang ikhlas cintakan sayang. Takpelah abang pergi dulu," luah sang suami. Air mata yang mahu terhambur ditahan sebaik mungkin. Dengan berat hati kaki dibawa melangkah pergi. Meninggalkan sang isteri.
BAM..!
Baru beberapa detik ditinggalkan sang suami, satu bunyi dentuman kuat mengejutkan sang isteri. Wajah ditolehkan memandang ke arah dari mana datangnya bunyi kuat itu. Membulat matanya seketika.
"Abang....!"
TUK TUK BUNYI ketukan kuat dimuka pintu itu menyentakkan Naura daripada lena panjangnya itu. Tangan naik menggosok matanya yang terasa begitu pedih sekali. Dengan rasa sebal dia segera bangun dan melangkah ke arah pintu. Buka saja daun pintu wajah adiknya Natrah dipandang dengan pandangan bosan. Tiada orang lain lagi yang suka menganggunya dicuti hujung minggu ini kecuali adik perempuannya ini. "Kau nak apa ganggu aku pagi-pagi buta ni?" tanya Naura geram. Makin geram melihat wajah tak bersalah adiknya itu. "Pagi kau cakap kak? Kak, cuba kau tengok jam tu dah pukul berapa? Dah pukul 11 tau. Pagi apa laginya ha?" bebel Natrah. "Pagi lah tu. 11 pagi. Hesy.. Kau ni kalau sehari tak membebel macam mak nenek tak boleh ke? Bosanlah aku dengar," ucap Naura. Langkah kembali diatur menuju ke arah katil miliknya.
DAUN pintu di kuak perlahan-lahan. Naura yang sedang leka mengulang kaji pelajaran itu di pandang bersama senyuman tipis. Deheman kuat sengaja di berikan bagi menyedarkan anak gadisnya itu. Naura yang sedar dengan bunyi deheman seseorang itu laju menolehkan kepalanya. Bibir turut membalas senyuman tipis milik sang bapa yang kini sudah tercegat di hadapan muka pintu. "Naura sibuk ke tu?" soal Encik Kamarul. "Takdelah. Kenapa abah?" soal Naura lembut. "Boleh abah masuk?" pinta Encik Kamarul. "Eh masuklah bah. Lupa pulak Naura nak pelawa abah tadi," sengihan kerang busuk dilorekkan. "Naura buat apa tadi tu?" soal Encik Kamarul berbasa basi. Punggung dilabuhkan duduk diatas birai katil milik Naura. "Oo takde apa pun. Buat research sikit pasal assignment yang
PAVILION KUALA LUMPUR menjadi destinasi persinggahan buat Naura dan Hafiz menghabiskan masa buat kali pertama ini. Elok saja kereta masuk ke ruangan parkir, Naura segera membuka pintu kereta itu. Laju tubuhnya di bawa keluar daripada kereta mewah milik Hafiz. Usai itu pintu kereta sengaja di tutup secara kuat. Memang sengaja mahu menyakitkan hati Hafiz yang terkebil-kebil merenung ke arahnya. "Hei budak ni macam nak menjahanamkan kereta aku je," omel Hafiz. Melihatkan Naura yang mahu membuka langkah itu, dia laju keluar daripada perut kereta. Langkah sama di atur ke arah Naura yang sudah berjalan laju di hadapannya saat ini. Nasib baik kakinya yang panjang itu memudahkan untuk dia mengejar langkah Naura. "Hei tunggulah dulu. Jalan laju-laju nak pergi mana? Mall ni tak lari pun lah," ujar Hafiz. "Saja. Kenapa pak cik penat dah ke?" soal Naura sinis.
PINTU kereta di tutup kasar. Usai itu langkah di atur menuju masuk ke dalam rumah. Bibir usah di kata sudah muncung sedepa. Natrah yang sedar akan kepulangan kakaknya itu, lekas merapati. Wajah Naura yang masam mencuka itu di pandang dengan pandangan bosan. Pasti ada sesuatu yang membuatkan kakaknya itu berwajah cemberut. "Hai kak biasa orang balik daripada dating happy je. Kau asal ni muka dah macam ayam berak kapur je aku tengok," sempat lagi Natrah memerli Naura. "Diamlah kau," marah Naura. Berkerut kening Natrah apabila menerima jawapan daripada kakaknya itu. "Hai aku tanya pun kau dah nak marah?" cebik Natrah. Hafiz yang baru saja datang menghampiri kedua orang gadis itu melemparkan senyuman tipis. Natrah yang sedar akan kedatangan bakal iparnya itu mula menyapa mesra. "Hai Abang Hafiz. Seronok ke keluar dating
"Good morning abah.. Good morning umi.." sapa Naura teruja. Pipi Encik Kamarul dan Puan Ramlah dikucup mesra. Punggung dilabuhkan duduk bersebelahan kiri Encik Kamarul."Morning... Hai happy nampak?" tegur Encik Kamarul senada."Aik kenapa abah tanya? Naura nak happy pun salah ke?" cebik Naura."Tak salah pun. Cuma pelik je. Kamu biasakan kalau pagi-pagi macam ni mood selalu ke laut. Ni nampak happy je kenapa? Ada apa-apa yang nak di share dengan kami semua ke?" soal Encik Kamarul. Nasi goreng kembali disuap ke dalam mulutnya."Abah, Kak Naura happy tu sebab tak lama lagi nak kahwin. Orang tengah bahagia tu abah," celah Natrah."Eh kau memandai je ya," marah Naura."Betul lah apa aku kata ni kak," tukas Natrah."Sudah-sudahlah tu. Kamu berdua ni depan rezeki pun nak bertekakkan? Pantang berjumpa ada je benda nak digaduhkan. Peninglah umi dengan perangai kamu berdua ni.," celah Puan Ramlah yang
SEBUAH kereta mewah berjenama Chevrolet Camaro memasuki halaman rumah keluarga Naura. Hafiz keluar dengan penuh gaya sekali daripada perut kereta. Dia melangkah penuh berkarisma menuju masuk ke dalam rumah banglo 2 tingkat itu."Assalamualaikum.. " salam dilaung penuh tertib. Almaklumlah nak menghadap keluarga mentua mestilah kena tunjukkan sikap yang bagus."Waalaikumusalam.. Ha sampai pun kau Hafiz. Masuklah," pelawa Encik Kamarul ramah.Hafiz dah tersengih bagai kerang busuk. Ajakan Encik Kamarul disambut baik. Dia segera masuk dan melabuhkan duduk di ruang tamu. Mata dah tercari-cari pemilik hatinya itu. Dimanakah keberadaan si cantik manis itu?"Naura mana?" soal Hafiz tak sabar."Naura ada dekat atas lagi. Tengah bersiaplah tu. Kau bawak bersabar sikit ya. Anak dara aku tu kalau bersiap memang mengalahkan tuan puteri," ujar Encik Kamarul. Bukan dia tak nampak sejak masuk ke dalam rumah Hafiz bagaikan tercari-cari bayang anaknya itu.
GAUN putih yang tersarung ditubuh langsingnya ditilik atas bawah. Melalui pantuan cermin yang ada di hadapannya saat ini, mata tunak merenung pula ke arah wajahnya. Dengan solekan yang cukup tipis sahaja cukup untuk menaikkan seri diwajahnya. Ini semua adalah hasil sentuhan daripada salah seorang juru solek terkenal yang ditempah khas oleh Hafiz buat Naura.Siapa sangka malam semalam tepat jam 9 malam Naura dan Hafiz selamat diijab kabulkan. Kini dia sudah sah bergelar isteri buat lelaki berusia 47 tahun itu. Dan apa yang pasti selepas ini kehidupannya juga pasti akan berubah."Tak siap lagi ke?"Naura yang sedang larut dengan lamunannya itu tersentak seketika apabila dengan tiba-tiba Puan Ramlah datang menyapanya. Puan Ramlah yang baru saja melangkah masuk ke dalam ruangan bilik hotel itu datang mendekati Naura dengan senyuman manis yang tak lekang dibibir."Naura kenapa ni? Monyok
TUALA hotel yang sudah digunakan dicampakkan kasar ke dalam bakul pakaian kotor. Kaki melangkah merapati Naura yang sedang duduk bersantai diatas katil. Punggung dilabuhkan duduk bersebelahan cik isteri.Naura yang tadinya leka merenung ke arah skrin telefon bimbitnya mendongak sedikit apabila sedar akan kehadiran Hafiz. Liur ditelan kesat apabila melihat ke arah Hafiz yang tidak mengenakan baju itu. Tersembur otot-otot six pax dibahagian perut lelaki itu. Malah haruman maskulin yang terbit dari tubuh lelaki itu sedikit membuatkan dia terpesona."Naura? Dengar tak apa yang saya cakap ni?" soal Hafiz. Tangannya dah melambai-lambai ke hadapan wajah Naura yang sudah mengelamun jauh itu."Ha? Pak cik cakap apa?" terkebil-kebil Naura membalas pandangan Hafiz."Hesy Naura ni. Tu lah mengelamun lagi sampai apa saya cakap pun Naura tak dengar," cebik Hafiz."Ala sorry lah saya tak sengajalah. Pak cik nak cakap apa sebenarnya ni?" soal Naura ber