Share

BAB 1

"Oii bangun lahh!! " Luqman terkejut mendengar suara tu. Fuhh nasib roh dia sempat masuk ke dalam badan.

"Apa bising-bising ni." Luqman melihat rakan sebilik dengan dia sudah selesai mandi.

"Gila tak bising. Kalau aku jadi mak ko pon aku pening nak kena kejutkan ko tiap tiap pagi." Luqman menutup telinga. Pagi pagi kalau tak dengar suara Kamarul ni memang tak lengkap hidupnya.

"Alahh tahun ni je last. Nanti korang semua mesti rindukan aku. Yedok?" Luqman mula capai tuala.

"Mesti tenang hidup aku masa tu." Cehh takguna punya kawan. Balas Kamarul dengan mimik muka menyampah.

"Kalau aku tahu perangai kau macam ni, aku tak tolong kau ejas Sarah."

"Mira." Kamarul membetulkan.

"Apa apa jela. Bukan awek aku."

Nada seperti mengungkit. Eh biarlah Luqman ada hak.

"Dah dah kau pergi mandi cepat. Nanti kami tinggal baru tahu." Iskandar mencelah. Dia ni memang pandai ek potong perbualan orang.

"Yelaa. Sabo jap. 5 minit...."

"Muhd Iskandar bin Samad, Kamarul bin Rusli dan Luqman Hakim bin Mahad." Mereka bertiga tunduk memandang tanah. Apa malang punya nasib, berdiri depan orang ramai macam ni. Cekgu disiplin sekolah ni memang tak pernah bagi peluang kat pelajar langsung.

"Saya bukannya kejam. Kalau saya tak denda kamu, sampai bila bila pun kamu akan lakukan perkara yang sama. Ingat, kamu ni abang abang kepada junior yang lain.

"Kamu akan menghadapi SPM. Cuba tunjuk contoh teladan yang baik." Aduhaiii dia mula dah

"Jadi saya akan denda kamu bertiga hari ni. Dan Luqman, saya bagi sekali pakej dekat kamu sebab kamu selalu ponteng kelas." Luqman memandang En. Zamri. Kemudian memandang pula cekgu cekgu yang mengajar dirinya, eh eh buat-buat tak tahu pulak. Taknak tolong kami ke ni?

"Selesai sahaja perhimpunan, kamu bertiga kutip sampah yang ada dekat sini dan dekat padang tu sekali. Faham?" Mereka dengan suara yang lemah pon menjawab "faham."

"Ni semua salah ko. Kalau ko siap awal mesti kami tak lambat." Bebel Kamarul.

"Lek dah la. Benda dah jadi. Cuba pikir positif." Iskandar cuba tenangkan Kamarul.

"Apa yang positifnya?" soal Kamarul.

"Kita dah jadi femes. Amacam gempak tak." Iskandar menunjukkan gambar perhimpunan tadi yang terpapar pada dinding. Apa kejam sangat hukuman ni. Pelajar pelajar lain yang berjalan ke kantin pasti akan nampak gambar mereka di situ. Cantik je. Betul lah kata Iskandar ni.

"Bro. Aku mintak maaf. Sebab aku korang kena jugak. Aku tahu yang cekgu Zamri tak suka aku. Tu yang dia buat denda cam ni." Luqman cuba memujuk mereka.

"Takpelah. Macam Iskandar cakap tadi. Nak marah pon tak guna benda dah jadi kan. Kita redah jelah." Redah? Apa tu.

"Redha. Bukan redah." Iskandar membetulkan ayat Kamarul. Kamarul mengangkat bahu untuk memberitahu 'kisah pulak aku'.

"Tapi kan wehh. Kau buat apa je sampai dia bengang kat kau." Mereka duduk di meja kosong. Nak makan pon dah hilang selera. Luqman pandang kiri dan pandang kanan.

"Kau ingat tak minggu lepas kecoh kereta Cekgu Zamri ada orang pancitkan tayar?". Mereka berdua angguk.

"Ahaa aku yang buat." Mata mereka berdua terbeliak. Kan dia dah kata dia ni kelakor.

"Eh bapak ahh banyak pulak masa ko nak pancitkan tayar dia. Apa dah takde keja lain ke ko nak buat." Bebel Kamarul. Iskandar diam.

"Dia buat apa dekat kau sampai ke tahap tu kau melawak dengan dia? Luqman sudah agak dah soalan ini datang daripada Iskandar. Dia tenang memberi jawapan.

"Dia tu sombong sangat. Aku tak boleh blah lah tengok dia centu. Tu yang aku ajar sikit." Mereka berdua bantai gelak. Dia pon turut serta sekali bergelak ketawa seperti tiada hari esok.

"Kau ni tak baik lah. Ingat kita ni nak ambik SPM kang dia tak redha, parah kau nanti." Iskandar memberi nasihat.

"Haa lah haa lah. Nanti aku pergi mintak maaf. Aku pon rasa bersalah jugak buat dia centu." Jujur Luqman. Masih ada lagi perasaan kasihan dia kat cekgu walaupun kadang kadang cekgu tu menyakitkan hati tapi cekgu tetap cekgu kan, betul tak? Iskandar setuju. Kamarul turut sama mengangguk. Nampaknya memang Luqman kena pergi mintak maaf lah ni. Aduhhh menyesal pulak cakap macam tu. Tapi dia kena tunaikan janji sebab dia seorang yang berpegang pada janji. Mereka bertiga beredar daripada tempat duduk untuk memberi kepada pelajar yang lebih memerlukan. Mereka pon blah sebelum pelajar yang lain buat muka meluat. Yelaa yelaa kami nak blah lah ni aduhh. Bebel Luqman. Dalam perjalanan mereka nak balik ke bilik, dia nampak seorang pelajar perempuan sedang menunggu di depan pejabat. Budak baru agaknya. Pelajar itu memandang ke arah mereka, Luqman senyum ke arah dia ketika mereka mula bertentang mata. Dia pon balas senyuman itu tetapi kemudian Luqman tengok riak mukanya berubah dan terus masuk ke dalam pejabat. Eh pahal perempuan ni. Luqman tak hensem ke? Dia pandang cermin. Oke je.

"Pelik perempuan tu?" Kamarul jugak sedar perubahan perempuan tu.

"Ahaa tu ah. Aku ingat aku sorang je yang perasan." Luqman bisik ke arah Kamarul.

"Korang berdua tengok apa tu?" Iskandar muncul selepas selesai menghantar buku buku cekgu. Dia kagum dengan sikap Iskandar ni. Suka sangat tolong orang. Sebab tu kadang kadang ada cekgu yang membezakan sikap dirinya dengan Iskandar. Tapi dia tidak kisah semua tu.

"Man, ko tido lah awal sikit malam ni. Kang ko susah bangun pulak." Tegur Kamarul. Luqman senyum. Mata dia masih menghadap skrin laptop.

"Kejap lagi. Aku nak abiskan bab ni dulu." Jawab Luqman yang masih menaip cerita dalam aplikasi w*****d.

"Banyak lagi ke tak siap?" Iskandar menghampiri Luqman.

"Oitt jangan dekat. Cerita aku belum siap lagi. Nanti kau kutuk abis hilang mood aku." Iskandar menggeleng. Dia akur.

"Cerita apa pulak ko buat kali ni?" Soal Kamarul.

"Hantu hehehe. Aku janji lepas dah siap korang orang pertama baca tapi..." Luqman berhenti sekejap, melihat mereka tertunggu tunggu aku sambung semula

"tapi kena beli ahh." Dia menahan ketawa melihat mereka berdua buat muka menyampah.

"Bajet ko. Dah malas layan." Kamarul kembali semula ke katil. Lampu bilik dimatikan. Iskandar kembali semula ke katilnya. Melihat mereka berdua sudah nyenyak tido, dia menyambung semula keja menaip.

"Selamat pagi cekgu..."

"Selamat pagi. Semua boleh duduk." Mereka semua duduk. Mata Luqman memandang pelajar perempuan yang berdiri di luar kelas. Macam pernah nampak.

"Baiklah saya ada berita gembira untuk kamu semua. Kita ada pelajar baru yang akan belajar bersama kita. Pelajar ini baru berpindah ke sini jadi layan dia baik baik. Faham semua?" Cekgu Anita memberi sedikit nasihat. Mungkin takut mereka buli budak baru. Apalah zaman tu dah lama berlalu.

"Saya maksudkan kamu Luqman Hakim. Kalau saya dengar kamu kacau dia, siap!!" Luqman senyum. Pelajar pelajar lain ketawakan Luqman. Malu beb malu.

"Mana orangnya cekgu?" Luqman bertanya. Mungkin tak sabar berkenalan dengan pelajar baru. Selalu pandang muka yang sama je dalam kelas ni. Bosan jugak. Sekali sekala tukar selera apa salahnya yedok. Macam cerita jalan jalan cari makan hehe...

"Eh terlupa pulak. Fatin, kamu boleh masuk." Pelajar itu agak sedikit gugup. Takut letuuuu. Tapi comel lerrr dia ni. Walaupun berkaca mata tetapi kecomelan pada wajahnya tidak pudar.

"Psssttt Man. Tu bukan budak pelik tu ke?" Suara Kamarul yang Luqman rasa hampir separuh kelas boleh dengar suara dia yang berbisik. Luqman cuba mengingat. Ahaa baru ingat. Dia pandang ke arah Kamarul kemudian mengangguk.

"Baiklah kenalkan diri kamu." Cekgu Anita memberi ruang untuk dia bercakap. Dia menarik nafas mungkin sedikit gemuruh apabila satu kelas memandang ke arah dia terutama sekali pelajar lelaki (termasuk Luqman) menunggu dia bersuara.

"Nama saya Fatin Alisha binti Abdul Malek. Selamat berkenalan." Tepukan bergema di dalam kelas walaupun hanya sekadar salam pengenalan tetapi entah kenapa kelas yang duhulunya suram kini bertukar ceria.

"Dah dah. Jangan melebih. Pantang nampak perempuan lawa. Fatin boleh duduk sebelah Qistina." Mata Luqman membulat. Kenapa mesti duduk sebelah dia. Luqman pandang Qistina, dia sudah mula senyum tawar mungkin TERCABAR SEBAB DUDUK SEBELAH PELAJAR CANTIK.

"Hai saya Luqman Hakim. Panggil Man je." Luqman dengan muka tak malu perkenalkan diri di depan Fatin. Dia angguk.

"Man cepatlah. Nanti tak sempat nak makan." Qistina memeluk tangan Luqman. Dia tengok Fatin macam tak selesa.

"Eh Qis, apa ni!!" Luqman cepat cepat menarik tangan. Takut Fatin salah anggap tentang dirinya.

"Saya pergi dulu." Fatin beredar meninggalkan Luqman dan Qistina.

"Why? Jangan cakap yang Man suka dekat dia." Eh eh sejak bila jadi busybody nak ambil tahu semua benda ni. Luqman malas melayan drama yang sedang Qistina lakonkan. Tunggu sikit lagi mesti keluar skrip dia...

"Man tahu kan Qis masih sayangkan Man. Kenapa susah sangat nak faham." Qistina menghampiri Luqman, dia mula bertindak berundur 3 langkah ke belakang.

"Woo woo woo bravo. Sayang? Abistu yang kau tinggalkan aku sebab lelaki lain tu apa? Bahan experiment ke aku ni kejap suka kejap taknak. Dah taknak buang, kalau nak kutip balik?" Dia terkelu. Mungkin tak jangka kata kata itu keluar dari mulut Luqman. Sebelum Luqman beredar, dia sempat berkata...

"Please Qis. Move on." Akhirnya Luqman terpaksa jujur walaupun menyakitkan.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status