Share

TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)
TAKSUB (BAHASA MALAYSIA)
Author: S.SYAZAN

PROLOG

Dewan Hotel Seri Malaysia sudah penuh dibanjiri dengan orang ramai. Pelbagai lapisan masyarakat tua atau pun muda turut hadir. Tak terkecuali wartawan-wartawan tidak melepaskan peluang untuk berjumpa dengan penulis novel yang namanya semakin melonjak naik sehingga menjadi tumpuan pelbagai tumpuan syarikat penerbitan. Kelihatan seorang pemuda berdiri di sebalik tirai merah menunggu namanya di jemput untuk bergerak ke hadapan tengah pentas.

Dia tidak dapat menyembunyikan perasaan gementar dalam dirinya untuk berhadapan di khalayak ramai walaupun ini bukan kali pertama dia menjadi tetamu undangan untuk majlis begini. Tangannya mula berpeluh.

"Aii takkan cuak kot haha." Dia terkejut apabila bahunya ditepuk seseorang.

"Sikit lah." Jawabnya ringkas. Mungkin tidak tahu untuk berkata apa lagi.

"Dah dah. Cover sikit. Tuu giliran kau pulak beraksi. Goodluck." Dia berjabat tangan dengan orang yang banyak membantunya sehingga ke tahap ini.

"Dengan bangganya, saya memperkenalkan penulis novel bestseller bulan ini, Luqman Hakim bin Mahad..." Dia mengatur langkah bergerak ke hadapan. Tepukan gemuruh daripada penonton bergema di dalam dewan. Dia melabuhkan punggungnya. Dan bersedia untuk ditemu ramah oleh wartawan. Kan bagus kalau mereka berdua pun ada sekali bisik hatinya. Sahabat yang ada ketika susah senang, suka duka bersama. Tiba tiba dia teringat akan kenangan yang sudah hampir 8 tahun berlalu. Kenangan yang menjadikan pengalaman untuk dia lebih matang dalam kehidupan. Mereka telah mengajar dia tentang pelbagai perkara. Di situ dia kenal erti persahabatan,cinta dan pengorbanan. Semuanya bermula 8 tahun dahulu ketika dia masih di alam persekolahan. Sebelum semua kenangan ini terkubur buat selamanya.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status