Fatin cepat cepat tinggalkan mereka berdua. Dia taknak masuk campur hal mereka. Segan juga masa kena kenalkan diri tadi.
"Eh terlupa pulak. Fatin, kamu boleh masuk." Apabila dengar sahaja namanya dipanggil oleh guru, dia mengorak langkah ke hadapan. Langkah diatur dengan cermat supaya tidak memalukan diri pada hari pertama persekolahan. Semua pelajar tertumpu ke arah dirinya. Menunggu waktu memperkenalkan diri. Dia mengumpul segala tenaga.
"Nama saya Fatin Alisha binti Abdul Malek. Selamat berkenalan." Mereka semua bersorak. Dia tiba-tiba menjadi gemuruh kerana seluruh pelajar memandang ke arah dirinya. Fatin memandang seorang demi seorang rakan-rakan baharu di dalam kelas ini. Pandangannya terus terhenti ke arah seorang pelajar lelaki. Dia yakin dirinya tidak salah melihat. Ada sesuatu di belakang budak lelaki itu. Ketika masa rehat, seorang pelajar lelaki menghampiri Fatin. Dia memperkenalkan diri sebagai Man. Pada mulanya sungguh dia agak kekok berhadapan dengan lelaki tetapi dia cuba mengawal perasaan. Sebaik sahaja pelajar perempuan itu datang, Fatin terus beredar.
"Apa hal tadi tu?" Kamarul menyoal Luqman sebaik sahaja melabuhkan punggung duduk di sebelahnya. Nasi goreng diletakkan di atas meja. Iskandar join sekali bersama mereka.
"Qis. Macam selalu lah." Ringkas Luqman. Malas mahu melayan.
"Owh patut lah. Ko ni untung jugak ada perempuan lawa nak kan ko, aku ni hmm." Kamarul meraih simpati.
"Apa susah kau pergi lah cuba ngorat si Qistina tu." Iskandar memberi idea.
"Takmoh ahh. Aku nak cuba ngorat orang lain." Entah kenapa tiba-tiba jantung Luqman berdebar lain macam. Luqman mencuri pandang Kamarul yang tersenyum sorang sorang. Janganlah orang yang sama. Sedang Luqman leka menyuap nasi goreng ke dalam mulut, tiba tiba dia rasa seperti diperhatikan. Luqman menoleh ke belakang. Dia tengok Fatin merenung tajam ke arah dirinya. Fatin yang tersedar kemudian terus beredar. Betul lah cakap Kamarul. Pelik. Loceng berbunyi bermakna sudah tamat masa rehat. Mereka kembali ke kelas masing masing.
Luqman melihat Fatin termenung jauh ke luar tingkap. Luqman duduk di kerusi miliknya. Dia cuba fikir cara untuk bersembang dengan Fatin.
Nampak macam susah je nak dekat omel Luqman sendirian. Fatin lalu menoleh ke arah Luqman. Dia tersenyum. Luqman lambat lambat senyum kembali. Ada yang tak kena ni. Luqman masih berperang dalam hati.
"Menung apa jauh tuu." Kamarul mengejutkan Luqman.
"Eh kau ni. Nasib aku tak melatah. Kang kena ketuk jugak dengan gitar ni." Luqman meletakkan gitar ditepi.
"Baik ko bakar je gitar ko tu. Haram bukan reti main pon." Wahh agak kurang ajar disitu. Nasib aku fikir kita sahabat je haa. Sabar sabar. Luqman mengurut dada.
"Ko kenapa aku tengok susah hati gundah gulana bagai. Cuba cerita kot aku boleh tolong." Kamarul duduk disebelah Luqman. Mungkin dia sedar perubahan sikap Luqman yang menjadi pendiam.
"Takda apa lah. Biasalah nak SPM, ada rasa stress tu sikit." Tipu Luqman.
"Bro. Selama aku kenal ko, ko jenis manusia yang tak takut pada kertas peperiksaan. Siap jadi pelajar harapan cikgu lagi." Kamarul memulakan bicaranya.
"Tapi selalu nombor dua jelah. Nombor satu si Iskandar je sapu anugerah tu. Budak tu tak baca buku pon genius hahaha." Kata Luqman. Tapi memang betul kadang kadang kagum dengan Iskandar, walaupun dia ni pandai, dia tak macam yang lain. Suka tolong cikgu. Macam sekarang ni haa, orang lain dah lama balik bilik rehat, yang dia pulak pergi cari cikgu kot ada apa apa yang boleh tolong. Tapi nasib dia tak bertuah macam kami berdua. Kami masih ada ayah dan mak tapi ayah dan mak Luqman dah lama cerai. Iskandar kehilangan ayah masa dia masih kecil lagi. Dia cerita yang ayah dia terlibat dalam kemalangan sewaktu pulang dari kerja. Ayah Luqman ambik Iskandar jadi anak angkat sebab memang ayah Luqman dengan ayah dia dah macam adik beradik. Sebab tu ayah Luqman buat keputusan nak jaga Iskandar untuk balas jasa baik ayah dia selama ini yang banyak tolong ayah Luqman masa memulakan perniagaan dulu. Akhirnya, mereka berdua dah macam adik dengan abang dah. Selalu bersama.
"Eh budak nama Fatin tu camna. Kau tak sembang dengan dia ke?" Kamarul memberhentikan lamunan Luqman. Dia baru teringat.
"Entah weh. Aku tengok dia macam pelik ah. Kadang kadang rasa seram pon ada." Luqman cuba mengingati kembali kejadian di kantin tadi. Cara dia renung membuatkan Luqman rasa satu perasaan lain. Bukan perasaan cinta walaupun Luqman tak menafikan dia mula suka kat Fatin. Tapi susah untuk digambarkan. Takut? Mungkin juga ada perasaan itu.
"Yekaa ni. Ke ko takut Qistina serang dia sebab kau nak rapat dengan dia." Luqman pandang Kamarul. Yang tu satu hal lagi. Tak habis habis nak ganggu dirinya.
"Tulaa pasal. Psiko agaknya. Kau tengok hari ni saja berapa banyak kali dia call aku. Silap silap aku yang gila pasni." Kamarul menahan ketawa. Nak gelak gelak jelah tahan buat apa.
"Weh tu fon kau bunyi tu." Luqman capai tuala. Mandi lagi bagus dapat hilangkan serabut sikit.
"Qistina apa. Dia call ko tak angkat, dia call aku pulak kahkahkah." Kamarul perli Luqman.
"Diam ahh kau." Luqman masuk ke dalam bilik air. Sedang dia leka mandi, Kamarul mengetuk pintu.
"Weh aku keluar jap. Ada hal." Kata Kamarul yang kelam kabut keluar dari bilik. Siapa pulak yang call dia malam malam macam ni?
Rasa sunyi pula bila duduk sorang-sorang dalam bilik ini. Iskandar dari tadi tak balik lagi. Si Kamarul pula entah hilang pergi mana. Luqman sambung menaip kerja yang tertangguh. Jarinya laju menaip apabila idea datang mencurah curah mungkin disebabkan dia seorang yang jenis kuat berangan. Hujung tahun ini mesti kena siap. Itu harapan terbesar Luqman. Dia serahkan jiwa dalam penulisan ini untuk dirinya melangkah ke depan. Sedang menaip tiba-tiba dia rasa macam diperhatikan. Luqman menoleh ke belakang. Takda apa pun. Perasaan dia saja kot. Luqman sambung semula menaip.
Kreeekkkkkkkkkkk!!!!
Bunyi datang dari arah tingkap. Luqman memandang ke arah tingkap di sebelah dirinya. Luqman menjadi kaku. Dia nak menjerit tetapi suara seakan tersekat di kerongkong. Luqman nampak tangan entah orang entah tidak tapi kalau kuku panjang macam tu rasanya bukan orang lagi dah. Makhluk itu mencakar tingkap bilik. Luqman bangun dari katil lalu berundur ke belakang. Dia tak tahu nak buat apa sama ada call Iskandar atau pun keluar dari bilik ini. Otak dia tidak dapat memilih salah satu pilihan yang ada. Apa yang susah sangat ni.
Toktoktoktok….
Pintu bilik diketuk. Luqman serba salah nak buka atau biarkan. Tangannya terketar memegang tombol pintu. Luqman memberanikan diri membuka pintu. Dia mendongak sedikit kepalanya. Hanya tuhan saja yang tahu bagaimana rupa makhluk yang pasti akan tersemat dalam mindanya sampai bila-bila.
Luqman meletakkan tangan di atas dahi. Dia tidak dapat melelapkan mata walaupun sudah penat seharian hari ni. Tanpa membuang masa, Luqman membuka laptop yang berada di tepi meja. Dia ingin menyambung menulis skrip teater. Dia sangat menyukai teater ketika zaman belajar lagi. Hobi Luqman menyertai teater sekiranya mendapat peluang mengasah bakatnya. Papan kekunci ditaip sudah masuk ke babak 2. Tiupan angin malam memukul tingkap kayu bertalu-bertalu seakan bunyi ketukan di luar. Luqman tidak menghiraukan bunyi itu. Dia kekal berada di atas katil. Sedang dia asyik menulis di hadapan laptop, tingkap kayu itu mula terbuka perlahan-lahan.Muncul satu lembaga hitam berbulu bermata merah memandang tajam ke arah Luqman dengan muka bengis. Wajahnya seperti menahan marah.“Kau kenapa? Marah tak dapat menembusi pendinding tu?” Luqman menyindir sambil memandang semula ke arah makhluk hitam.“Ha jangan terlalu yakin manusia. Aku akan mencari cara menyesatkan k
Mereka berdua keluar dari panggung wayang. Eykin memandang Luqman yang diam sejak dari tadi.“Kau ni okay tak?” Soal Eykin lagi sekian kalinya. Luqman hanya mengangguk perlahan.“Aku okay jaa. Mungkin sejuk kot duduk dalam bilik tu lama sangat.” Tipu Luqman. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Gila ini merupakan marathon yang panjang mereka berdua lakukan dari pagi sehingga ke malam. Mereka mula masuk ke dalam kereta. Eykin mula menghidupkan enjin kereta. Setelah 5 minit, baru kereta bergerak dari tempat parkir tingkat lapan menuruni aras bawah. Sedang Eykin leka memandu di jalan raya, Luqman tersedar sesuatu. Perjalanan terasa amat panjang. Dia memandang di luar. Mereka seperti berpusing dalam satu bulatan.“Eykin, kau sedar tak kita pusing jaa dekat tempat sama jaa?” Soal Luqman melihat Eykin yang leka memandang ke hadapan.“Aha weh. Aku baru perasan.” Eykin merendahkan suara radio yang terpasang.&ldqu
Pak Lang membalut kemas keris dalam kain kuning. Kemudian dimasukkan ke dalam almari sebelum dikunci dengan mangga besi. Walau apa pun yang terjadi barang ini tidak boleh terlepas ke tangan Luqman lagi. Pak Lang risau Luqman tidak dapat mengawal emosi dengan keadaan kematian Fatin. Pak Lang melepaskan keluhan berat. Dato Mahad telah membuat kesilapan besar ketika mengambil Iskandar. Puas dia memujuk jangan sesekali menurunkan ilmu yang berat kepada Iskandar namun Mahad terlalu percayakan Iskandar."Termenung jauh Pak Lang. Ada nak kahwin lagi ke?" Tegur Luqman disebalik langsir. Pak Lang ketawa."Bertuah Mak Lang kamu nak bagi aku kahwin lagi. Ha ni kamu ada nak keluar mana-mana ke?" Pak Lang melihat Luqman seperti bersiap."Ada nak keluar kejap dengan kawan. Ambil udara luar. Dah lama tak keluar pusing kampung ini." Jawab Luqman sambil membetulkan tali pinggang."Baguslah tu. Tak guna juga kamu berkurung saja. Kamu keluar dengan Eykin ke?" Pak Lang memba
Di suatu tempat yang lain. Jauh dari kawasan bandar. Seorang lelaki tinggal di dalam rumah buruk. Sangat daif kehidupannya. Lelaki itu duduk bersila sambil mulut terkumat-kamit membaca mantera. Asap mula memenuhi ruang dalam rumah. Bunyi cakaran di dinding dan bumbung rumah mengamit suasana. Muncul lembaga bertubuh sasa hitam warna badannya. Gigi taring dikeluarkan menampakkan wajah bengis. Matanya merah seperti naga."Iskandar. Kalau kau panggil aku tanpa sajian? Kau akan jadi makanan aku." Ugut lembaga tu. Iskandar menunding jari ke arah susuk tubuh wanita yang terbaring."Itu upah kau kerana membunuh Fatin. Ambik lah." Pelawa Iskandar pada makhluk jahat itu. Dengan rakus susuk tubuh manusia itu dijamah."Kau sendiri tahu dendam aku telah selesai. Aku yakin giliran Luqman mahu melunaskan hutangnya." Iskandar membakar kemenyan. Sarung keris ditolak dari atas. Keris dilalukan pada asap kemenyan sambil limau
"Kesian. Baru je menikah dah jadi macam ni.""Tula. Ngeri cara pembunuh itu bunuh dia."Luqman mendengar suara itu berbisik-bisik di telinganya setiap kali dia melangkah. Semua mata tertumpu ke arahnya. Ada yang kasihan. Ada yang simpati. Ada juga yang tersenyum sinis. Seperti gembira perkara ini terjadi."Kamu nak ke mana ni Luqman?" Soal Pak Lang. Luqman memandang dia dengan pandangan kosong."Nak ambil angin." Jawab Luqman ringkas."Kamu..kamu buka kotak itu? Pulangkan semula. Sudah!!" Marah Pak Lang seperti tahu apa yang bermain di hati Luqman."Kenapa? Kenapa mesti Luqman yang perlu hadap benda ni? Tuhan dah tak sayang Luqman k
Luqman menangis semahu-mahunya. Rutin harian yang sering dia lakukan. Pagi, petang, malam hanya menghabiskan masa di hadapan gambar yang tergantung di dinding. Wanita yang mengajar Luqman akan segala-galanya. Semua hilang dalam sekelip mata. Hanya kenangan yang masih tersisa dalam diri Luqman."Kenapa mesti awak...Kenapa? Ambil saja nyawa aku ini.." Rintih Luqman. Rupa dia yang sudah tidak terurus. Hanya berkurung dalam bilik. Makanan di tolak ke tepi. Seleranya sudah mati. Rambut yang menutupi muka dibiarkan. Luqman merebahkan badan di atas katil."Awak. Sudah lah. Lepaskan saya pergi. Tempat saya bukan di sini lagi." Rayu wanita berdiri di sisi Luqman."Jangan pergi. Tolong jangan tinggalkan saya. Saya...."