“Bro. Ko pahal?”
Luqman membuka mata. Kamarul dan Iskandar sudah berdiri di hadapan. Luqman cuba tenangkan diri. Mereka berdua masuk ke dalam bilik. Luqman memanjangkan leher mengintai luar. Kosong. Sunyi. Memang hanya mereka berdua. Sah yang tadi tu bukan orang yang cuba nak takutkan dirinya. Luqman menarik nafas. Jantung dia tak henti berdegup kencang ibarat baru lepas lari pusing padang sedangkan tadi dia hanya sekadar melompat dari katil.“Kau pergi mana tadi?” Luqman menutup semula pintu. Kamarul memandang Iskandar. Masing-masing buat muka. Keliru…
“Tadi ada budak kena histeria. Aku dengan Rul tolong ustaz buat apa yang patut.” Patut lah Kamarul kelam kabut tadi. Pergi tolong ustaz rupanya.
“Ko lari kenapa?” Soalan daripada Kamarul buat Luqman hairan.
“Lari pergi mana?” Luqman membalas soalan dengan soalan semula.
“Kan tadi ko dengan kami tolong pegang budak-budak yang kena histeria. Pastu ko boleh pula blah centu je.” Kepala Luqman makin serabut. Dia tak tahu apa yang Kamarul mengarut sekarang. Apa jadah yang jadi sebenarnya ni.
“Bila masa pula aku ikut korang? Kan aku mandi tadi. Ko sendiri yang bagitahu aku kata nak keluar.” Kali ini reaksi muka Kamarul seperti terkejut. Iskandar yang dari tadi hanya diam akhirnya bersuara.
“Masa aku tak balik, kau duduk dengan Kamarul dalam bilik ke tadi?”
Luqman mengangguk. Eh kejap kenapa dia rasa pelik.“Ko pasti ke?”
Ahh kenapa dorang soal macam ni. Luqman semakin keliru. Dia mengangguk yakin dengan jawapan pertama tadi.“Ko nak tau tak. Aku dengan Iskandar mana balik bilik dari tadi. Faham? Aku dengsn Iskandar.” Lutut Luqman terasa lembik. Habistu dia sembang dengan siapa tadi? Dahtu siapa pulak yang ikut Iskandar dengan Kamarul? Iskandar cuba berfikir logik akal. Mungkin ada jawapan disebalik perkara yang sah-sah memang tak masuk akal ini.
“Dah lewat. Besok kita sambung sembang lain.” Ringkas daripada mulut Iskandar. Luqman rasa dia tahu jawapannya. Dia segera menutup laptop. Besok dia sambung semula kerja yang telah tertangguh.
Luqman tak boleh tidur. Perkara yang jadi hari ni buatkan dia tak tenang. Macam-macam persoalan yang muncul bermain dalam minda. Budak kena histeria. Kuku cakar tingkap. Jelmaan Kamarul. Luqman rasa mesti ada kaitan disebalik semua perkara ini. Sekolah Menengah Bakti dah lama tidak jadi histeria. Macam mana pulak boleh adanya kes ni setelah hampir 5 tahun senyap macam tu saja. Tapi kenapa cuma dia fikir semua benda masa macam ini. Ini buatkan dia sukar untuk tidur.
“Mannnn..”Luqman tersentak. Suara tu…
“Mannnn….” Luqman kenal suara tu walaupun dah lama tidak dengar tetapi tidak mungkin dia dapat melupakannya.
“Jangan takut. Aku akan lindungi kau.” Luqman rasa satu perasaan lega apabila dia berkata begitu. Dalam sekelip mata, dia tertidur walaupun bermacam bisikan di tepi katil cuba untuk menghasut dirinya.
“Kau rasa apa yang benda tu nak ek?” Luqman timbulkan kembali persoalan semalam kepada Iskandar. Luqman rasa Iskandar lebih arif menjawab persoalan yang bermain di minda dia sekarang ini.
Pendapat aku? Aku rasa mesti budak-budak yang kena histeria itu ada buat benda tak elok. Cuba kau fikir takkan benda tu nak kacau kita kalau kita tak ganggu dia.” Luqman mengangguk faham. Boleh pakai juga pendapat Iskandar ini.
"Geng..." Kamarul menarik kerusi dan duduk bersama mereka.
"Ha macam mana?" Iskandar bertanya sebaik sahaja Kamarul melabuhkan punggung.
"Aku baru jumpa Maria. Sebelum dia kena histeria tu, dia ada nampak kelibat budak macam tengah buat something kat pokok besar belakang bangunan sekolah. Dia taknak ah masuk campur mungkin dia rasa yang budak tu bukan orang, dia buat bodo jelah. Tapi besoknya dia rasa lain. Dalam kelas dia ada nampak macam nenek kebayan jeling ke arah dia. Dia rasa takut. Badan pon terketar ketar. Dia cuba kuatkan semangat dengan zikir, benda tu pon hilang. Masa maghrib tu yang teruk. Dia kena histeria. Rumet dia pergi panggil ustaz mintak tolong tengok apa yang jadi kat dia." Jelas Kamarul panjang lebar. Iskandar seperti berfikir sesuatu. Luqman dengar cerita pon dah seram. Mesti trauma budak Maria tu.
"Kita kena cari budak yang pergi kat pokok besar tu. Mungkin dia ada jawapan yang kita cari. Tentang semua benda yang jadi semalam." Luqman pandang Iskandar. Kamarul seperti setuju dengan idea gila Iskandar.
"Kau betul ke ni Is. Jangan buat main main benda camni. Kita tak tahu benda apa yang sedang kita berhadapan sekarang. Entah orang entah bukan. Ni soal nyawa." Luqman seperti hilang sabar bila mereka sanggup ambik risiko untuk siasat benda ni.
"Ko kenapa marah marah macam ni. Kalau ko taknak ikut, biar kami je yang siasat." Kamarul seperti nekad.
"Aku tahu apa benda tu." Luqman duduk semula apabila Iskandar tenangkan keadaan.
"Maksud kau?" Iskandar seperti berminat untuk mengetahui benda yang kacau Luqman semalam. Luqman menarik nafas sebelum memulakan cerita.
"Semalam masa Kamarul keluar je, aku buatlah keja aku. Masa aku sibuk menaip aku ada rasa lain dah, rasa macam ada orang perhati aku. Aku malas nak layan mungkin perasaan aku je tu tapi bila aku dengar bunyi macam cakar cakar, aku cari ah bunyi tu datang dari mana. Aku tengok betul betul dekat tingkap sebelah katil aku. Serius wehh kuku dia panjang beno memang sah lagi bukan orang. Pastu korang pon balik bilik. Tu yang aku tenang sikit." Segala perkara yang terjadi semalam Luqman cerita satu per satu. Mereka berdua terdiam.
"Maksud kau?" Iskandar seperti berminat untuk mengetahui benda yang kacau Luqman semalam. Luqman menarik nafas sebelum memulakan cerita.
"Semalam masa Kamarul keluar je, aku buatlah keja aku. Masa aku sibuk menaip aku ada rasa lain dah, rasa macam ada orang perhati aku. Aku malas nak layan mungkin perasaan aku je tu tapi bila aku dengar bunyi macam cakar cakar, aku cari ah bunyi tu datang dari mana. Aku tengok betul betul dekat tingkap sebelah katil aku. Serius wehh kuku dia panjang beno memang sah lagi bukan orang. Pastu korang pon balik bilik. Tu yang aku tenang sikit." Segala perkara yang terjadi semalam Luqman cerita satu per satu. Mereka berdua terdiam.
Luqman tak dapat fokus apa yang diajar cikgu. Otak dia tak boleh hadam lagi walaupun SPM nak dekat tapi dia rasa ada perkara yang lebih penting lagi. Keselamatan sahabat sahabat Luqman. Kelibat yang dimaksudkan Kamarul, dia tahu mana nak cari. Luqman kena berhadapan dengan dia jugak walaupun sudah sekian lama tidak bertentang mata.
"Man!! Kamu dah sampai mana dah tu." Luqman tersedar daripada lamunan. Ustazah Sakinah membebel kepada Luqman kerana tidak menganggap subjek pendidikan Islam tidak penting di dalam SPM.
"Memang pendidikan islam yang saya ajar ni kamu gagal pon takpe, tak terjejas keputusan spm kamu pon untuk kamu sambung masuk universiti nanti. Tapi ingat walaupun subjek ini tidak sepenting Sejarah, Matematik mahupun Bahasa Inggeris tapi ini satu satunya subjek yang sedikit sebanyak membantu kamu di akhirat nanti. Panduan untuk kamu mengisi kekosongan di dalam diri kamu tu. Supaya kamu tidak sesat dari jalan yang benar." Jiwa Luqman seperti disentap hebat bila ustazah berkata begitu. Memang benar dia dah terpesong jauh. Selama ini hanya fokus pada ilmu dunia tapi tidak akhirat. Solat entah bila saat terakhir dia lakukan. Mungkin masa umur 10 tahun. Dia tertunduk. Luqman perlu mengisi keimanan dalam dirinya yang sekian lama kosong.
Luqman meletakkan tangan di atas dahi. Dia tidak dapat melelapkan mata walaupun sudah penat seharian hari ni. Tanpa membuang masa, Luqman membuka laptop yang berada di tepi meja. Dia ingin menyambung menulis skrip teater. Dia sangat menyukai teater ketika zaman belajar lagi. Hobi Luqman menyertai teater sekiranya mendapat peluang mengasah bakatnya. Papan kekunci ditaip sudah masuk ke babak 2. Tiupan angin malam memukul tingkap kayu bertalu-bertalu seakan bunyi ketukan di luar. Luqman tidak menghiraukan bunyi itu. Dia kekal berada di atas katil. Sedang dia asyik menulis di hadapan laptop, tingkap kayu itu mula terbuka perlahan-lahan.Muncul satu lembaga hitam berbulu bermata merah memandang tajam ke arah Luqman dengan muka bengis. Wajahnya seperti menahan marah.“Kau kenapa? Marah tak dapat menembusi pendinding tu?” Luqman menyindir sambil memandang semula ke arah makhluk hitam.“Ha jangan terlalu yakin manusia. Aku akan mencari cara menyesatkan k
Mereka berdua keluar dari panggung wayang. Eykin memandang Luqman yang diam sejak dari tadi.“Kau ni okay tak?” Soal Eykin lagi sekian kalinya. Luqman hanya mengangguk perlahan.“Aku okay jaa. Mungkin sejuk kot duduk dalam bilik tu lama sangat.” Tipu Luqman. Jam menunjukkan pukul 11 malam. Gila ini merupakan marathon yang panjang mereka berdua lakukan dari pagi sehingga ke malam. Mereka mula masuk ke dalam kereta. Eykin mula menghidupkan enjin kereta. Setelah 5 minit, baru kereta bergerak dari tempat parkir tingkat lapan menuruni aras bawah. Sedang Eykin leka memandu di jalan raya, Luqman tersedar sesuatu. Perjalanan terasa amat panjang. Dia memandang di luar. Mereka seperti berpusing dalam satu bulatan.“Eykin, kau sedar tak kita pusing jaa dekat tempat sama jaa?” Soal Luqman melihat Eykin yang leka memandang ke hadapan.“Aha weh. Aku baru perasan.” Eykin merendahkan suara radio yang terpasang.&ldqu
Pak Lang membalut kemas keris dalam kain kuning. Kemudian dimasukkan ke dalam almari sebelum dikunci dengan mangga besi. Walau apa pun yang terjadi barang ini tidak boleh terlepas ke tangan Luqman lagi. Pak Lang risau Luqman tidak dapat mengawal emosi dengan keadaan kematian Fatin. Pak Lang melepaskan keluhan berat. Dato Mahad telah membuat kesilapan besar ketika mengambil Iskandar. Puas dia memujuk jangan sesekali menurunkan ilmu yang berat kepada Iskandar namun Mahad terlalu percayakan Iskandar."Termenung jauh Pak Lang. Ada nak kahwin lagi ke?" Tegur Luqman disebalik langsir. Pak Lang ketawa."Bertuah Mak Lang kamu nak bagi aku kahwin lagi. Ha ni kamu ada nak keluar mana-mana ke?" Pak Lang melihat Luqman seperti bersiap."Ada nak keluar kejap dengan kawan. Ambil udara luar. Dah lama tak keluar pusing kampung ini." Jawab Luqman sambil membetulkan tali pinggang."Baguslah tu. Tak guna juga kamu berkurung saja. Kamu keluar dengan Eykin ke?" Pak Lang memba
Di suatu tempat yang lain. Jauh dari kawasan bandar. Seorang lelaki tinggal di dalam rumah buruk. Sangat daif kehidupannya. Lelaki itu duduk bersila sambil mulut terkumat-kamit membaca mantera. Asap mula memenuhi ruang dalam rumah. Bunyi cakaran di dinding dan bumbung rumah mengamit suasana. Muncul lembaga bertubuh sasa hitam warna badannya. Gigi taring dikeluarkan menampakkan wajah bengis. Matanya merah seperti naga."Iskandar. Kalau kau panggil aku tanpa sajian? Kau akan jadi makanan aku." Ugut lembaga tu. Iskandar menunding jari ke arah susuk tubuh wanita yang terbaring."Itu upah kau kerana membunuh Fatin. Ambik lah." Pelawa Iskandar pada makhluk jahat itu. Dengan rakus susuk tubuh manusia itu dijamah."Kau sendiri tahu dendam aku telah selesai. Aku yakin giliran Luqman mahu melunaskan hutangnya." Iskandar membakar kemenyan. Sarung keris ditolak dari atas. Keris dilalukan pada asap kemenyan sambil limau
"Kesian. Baru je menikah dah jadi macam ni.""Tula. Ngeri cara pembunuh itu bunuh dia."Luqman mendengar suara itu berbisik-bisik di telinganya setiap kali dia melangkah. Semua mata tertumpu ke arahnya. Ada yang kasihan. Ada yang simpati. Ada juga yang tersenyum sinis. Seperti gembira perkara ini terjadi."Kamu nak ke mana ni Luqman?" Soal Pak Lang. Luqman memandang dia dengan pandangan kosong."Nak ambil angin." Jawab Luqman ringkas."Kamu..kamu buka kotak itu? Pulangkan semula. Sudah!!" Marah Pak Lang seperti tahu apa yang bermain di hati Luqman."Kenapa? Kenapa mesti Luqman yang perlu hadap benda ni? Tuhan dah tak sayang Luqman k
Luqman menangis semahu-mahunya. Rutin harian yang sering dia lakukan. Pagi, petang, malam hanya menghabiskan masa di hadapan gambar yang tergantung di dinding. Wanita yang mengajar Luqman akan segala-galanya. Semua hilang dalam sekelip mata. Hanya kenangan yang masih tersisa dalam diri Luqman."Kenapa mesti awak...Kenapa? Ambil saja nyawa aku ini.." Rintih Luqman. Rupa dia yang sudah tidak terurus. Hanya berkurung dalam bilik. Makanan di tolak ke tepi. Seleranya sudah mati. Rambut yang menutupi muka dibiarkan. Luqman merebahkan badan di atas katil."Awak. Sudah lah. Lepaskan saya pergi. Tempat saya bukan di sini lagi." Rayu wanita berdiri di sisi Luqman."Jangan pergi. Tolong jangan tinggalkan saya. Saya...."