Share

3

Urusan pendaftaran keluar dari universiti sudah selesai. Aqif Azka menghubungi Megat Andri untuk memaklumkan hal itu tetapi panggilannya tidak dijawab. Dia memutuskan untuk menghantar mesej sahaja kerana mahu mengejar masa.

Aqif Azka memandu keretanya keluar dari universiti. 

Menjadi ahli keluarga Megat Andri agak susah baginya kerana banyak prosedur yang perlu dilaluinya. Dia wajib mempelajari bidang perniagaan walaupun itu bukan minatnya.

Cita-cita sebenarnya ialah doktor tetapi dihalang oleh Megat Andri. Alasan yang diberikan oleh Megat Andri ialah kerana keturunan Megat Andri adalah ahli korporat. Perniagaan keluarga Megat Andri dimulai oleh moyangnya. Megat Andri mahu anak-anaknya mempelajari bidang perniagaan untuk mengekalkan perniagaan keluarga mereka.

Selain itu, dia juga perlu mahir memanah dan menunggang kuda. Alasan Megat Andri ialah kerana keluarga mereka mempunyai hubungan istimewa dengan keluarga diraja. Jadi, setiap yang dilakukan oleh keluarga diraja, mereka juga perlu melakukannya.

Aqif Azka rimas dengan perkara yang perlu dilaksanakannya sebagai anak Megat Andri. Dia lebih senang hidup bersama Nenek Puspa tetapi neneknya itu sudah tiada di dunia. Agak sukar juga baginya menjadi anak Megat Andri kerana dia tidak boleh melakukan sebarang kesalahan seperti merokok atau menunggang motosikal kerana bimbang akan menjejaskan kredibiliti keluarga.

Terdapat banyak peraturan yang ditetapkan di dalam keluarga Megat Andri.

Pertama, mereka tidak boleh berkahwin dengan perempuan biasa. Mereka mesti berkahwin dengan perempuan berketurunan mulia.

Kedua, mereka tidak boleh berkawan dengan orang biasa. Peraturan kedua dilanggar oleh Aqif Azka. Semua rakan-rakannya adalah orang biasa. Dia tidak memilih kawan. Dia berkawan dengan orang yang ikhlas berkawan dengannya.

Ketiga, mereka tidak boleh membeli pakaian atau barangan di kedai biasa. Mereka perlu membelinya di kedai berjenama mewah. Peraturan itu juga tidak dipatuhi oleh Aqif Azka. Dia membeli pakaian dan barangannya di kedai-kedai berdekatan seperti pasar malam, Tesco dan Eco.

Keempat, mereka dilarang menghadiri majlis orang biasa.

Yang terakhir, mereka wajib mengekalkan adat keturunan Megat Jabran.

Aqif Azka melanggar semuanya kecuali pernikahan. Dia belum tahu jodohnya siapa. Megat Andri tidak tahu bahawa dia mahukan perempuan Rusia sebagai isteri. Mungkin peraturan itu juga akan dilanggarnya. Baginya, semua peraturan itu mengarut. Dia tidak akan mengikuti peraturan-peraturan itu.

Aqif Azka keluar dari keretanya. Dia kini berada di Taman Botani Perdana. Dia sentiasa pergi ke situ pada hujung minggu untuk menghayati pemandangan indah di sana.

Dia memandang lama tanaman botani yang tumbuh cantik di hadapannya.

"Dik, pakcik nak minta tolong boleh?"

Aqif Azka menoleh. Dia ditegur oleh seorang lelaki tua memakai baju compang-camping.

"Kenapa pakcik?"soalnya.

"Pakcik dah tiga hari tak makan. Boleh tak adik tolong bayarkan mihun sup di kedai tu untuk pakcik?"pinta lelaki itu. 

Timbul rasa kasihan di dalam hati Aqif Azka. Dia mengeluarkan dompetnya.

"Pakcik!"

Lelaki tua itu menoleh ke belakang lalu melarikan diri meninggalkan Aqif Azka.

Aqif Azka terpinga-pinga.

Izza Ghadira mendekati Aqif Azka. Mahu tidak mahu dia terpaksa juga berhadapan dengan lelaki itu.

"Pakcik tu cakap apa?"tanya Izza Ghadira. Wajahnya serius.

"Dia cakap dia dah tiga hari tak makan. Dia minta tolong saya bayarkan mihun sup di kedai tu,"balas Aqif Azka.

"Jadi awak setuju nak tolong bayar?" Izza Ghadira menaikkan sebelah keningnya.

Aqif Azka mengangguk.

"Awak ni terlalu cepat percayakan orang. Kalau awak nak tahu, pakcik tu adalah penyeluk saku di kawasan ni. Macam mana kalau dia curi barangan penting awak?"kata Izza Ghadira. Dia mengeluh.

Aqif Azka terdiam.

Tidak terlintas pula di dalam fikirannya bahawa lelaki tua tadi mempunyai niat jahat terhadapnya.

"Jangan cepat sangat percayakan orang. Lebih-lebih lagi orang yang tak dikenali. Kita tak tahu hati manusia ni macam mana. Ada yang baik, ada yang sebaliknya. Awak perlu berhati-hati. Kali ni saya selamatkan awak, tapi lepas ni? Saya bukannya selalu ada dengan awak. Kita jumpa pun secara kebetulan,"tambah Izza Ghadira lagi. 

"Risau jugak awak pada saya, eh?" Aqif Azka tersengih.

"Jangan perasan."

Izza Ghadira memusingkan badannya. Dia mahu menyambung kerjanya di kedai makan Taman Botani itu.

"Awak buat apa kat sini?"soal Aqif Azka. Dia mengikuti langkah Izza Ghadira.

"Kerja,"jawab Izza Ghadira ringkas.

"Awak kerja apa? Cleaner?"

"Pelayan di kedai makan."

"Oh, awak kerja di kedai makan tu ke? Patutlah. Tadi awak kejar pakcik tu ke?"

"Haah."

Satu soalan sepatah dijawab oleh Izza Ghadira. Dia tidak tertarik untuk bercakap mesra dengan lelaki. Dia trauma. Dia datang bekerja di kedai makan itu kerana terpaksa. Dia tidak mahu keluarganya berasa curiga. 

"Izza, boleh saya tanya satu soalan? Kenapa awak marah saya semalam?"tanya Aqif Azka.

Langkah Izza Ghadira terhenti.

"Izza."

Aqif Azka berdiri di hadapan Izza Ghadira. Dia memerlukan penjelasan daripada perempuan itu.

Izza Ghadira menundukkan mukanya. 

Aqif Azka baik dengannya tetapi dia tidak mudah percayakan lelaki itu. Dia tidak mengetahui latar belakang lelaki itu. Mungkin lelaki itu berperangai sama seperti Adi Adham. Lelaki bermulut manis.

"Saya yakin Izza Ghadira yang saya kenal bukanlah perempuan sombong. Izza Ghadira yang saya temui pagi semalam adalah seorang perempuan yang manis dengan senyuman. Kenapa hari ni Izza Ghadira berubah? Apa yang dah berlaku?"soal Aqif Azka lagi. Dia tidak berputus asa.

Izza Ghadira meneruskan langkahnya.

"Izza!"

Aqif Azka mengekorinya.

"Boleh tak awak berhenti ikut saya? Kan saya dah cakap, jangan cepat percayakan orang? Awak tak takut ke kalau saya ni ada niat tak elok pada awak?"ujar Izza Ghadira. Dia rimas.

"Kita memang baru kenal semalam, itu saya tahu. Tapi pernah tak awak terfikir sebab kita ditemukan? Awak lari dari saya semalam, hari ni kita jumpa balik. Saya percayakan takdir Tuhan. Saya percayakan jodoh yang telah ditetapkan oleh Tuhan untuk saya,"kata Aqif Azka pula.

Izza Ghadira tergelak sinis. 

"Jodoh? Awak nak cakap yang kita ditakdirkan bertemu sebab jodoh? Merepek." Izza Ghadira menggelengkan kepalanya.

"Kenapa? Awak tak sukakan saya ke? Izza, kalau awak kahwin dengan saya, saya janji saya akan sediakan mahligai besar untuk awak. Kita bercinta selepas kahwin dan hidup bahagia,"tutur Aqif Azka.

Izza Ghadira terdiam.

Layakkah dia menjadi seorang isteri? Dia sudah kotor. Dia bukan gadis. Perempuan tidak sempurna sepertinya tidak layak untuk lelaki sebaik Aqif Azka. Lelaki itu berhak memiliki yang lebih baik daripadanya.

"Esok saya akan pergi ke Rusia. Ini nombor saya. Kita boleh berkenalan."

Aqif Azka memberikan kad nombor telefonnya kepada Izza Ghadira sebaik mereka tiba di kedai makan Taman Botani.

Izza Ghadira menilik kad di tangannya. Dia pernah melihat kad itu.

"Saya pergi dulu. Saya harap awak sudi berkenalan dengan saya,"ucap Aqif Azka sambil tersenyum manis.

Dia melangkah keluar dari taman itu menuju ke tempat keretanya diparkir.

Izza Ghadira terkelu.

"SELAMAT menyambung pengajian ke Rusia, Aqif!" 

Keluarga Megat Andri dan kenalan rapat perniagaan memberikan ucapan serentak kepada Aqif Azka yang baru pulang.

Afiq Aizad meletupkan bola kejutan yang berada di atas kepala Aqif Azka menggunakan tongkat tajam. Cebisan-cebisan kertas warna-warni menghujani Aqif Azka dan orang-orang sekelilingnya.

Aqif Azka tersenyum gembira.

"Tahniah, Aqif. Papa harap Aqif dapat membantu papa mengembangkan perniagaan keluarga kita,"ungkap Megat Andri sambil menepuk bahu anak ketiganya itu. 

"Terima kasih, papa."

Aqif Azka terharu.

Marini membawa Aqif Azka merasai makanan-makanan yang dihidangkan di dalam majlis keraian itu.

Terdapat kek coklat bersaiz dua tingkat, nasi tomato dan dua puluh KFC Colonel Box. Makanannya agak simple kerana Aqif Azka bukanlah seorang yang gemar akan majlis keraian. Majlis itu diuruskan oleh Tengku Rihanna bersama event designer.

Aqif Azka mengambil sekotak KFC Colonel Box, sepinggan nasi tomato dan sepotong kek. Dia duduk di sebuah meja makan bersama Adi Adham.

"Mama yang uruskan majlis ni. Dia harap kau suka,"ujar Adi Adham sambil menjamu selera sepinggan nasi.

Aqif Azka hanya diam.

Dia mahu berterima kasih kepada Tengku Rihanna tetapi dia berasa janggal. Dia tidak biasa berbaik secara mendadak dengan seseorang yang pernah menyakitkan hatinya. Sekali dia terluka, selamanya dia ingat. Tetapi Tengku Rihanna, mungkin dia boleh memberi peluang kedua untuk wanita itu. 

"Qif, semalam aku ada jumpa seorang perempuan. Cantik gila. Aku jatuh cinta dengan dia,"ungkap Adi Adham. 

"Oh ya? Perempuan mana pulak ni? Kau dah tak keluar dengan Sabby ke?"soal Aqif Azka.

Aqif Azka sangat rapat dengan Adi Adham. Setiap rahsianya akan dikongsi dengan Adi Adham dan Adi Adham juga begitu dengannya. Keakraban mereka mungkin dipengaruhi oleh jarak usia yang tidak jauh. Adi Adham berusia dua puluh tujuh manakala Aqif Azka berumur dua puluh dua. Adi Adham renggang dengan Aafi Azhad kerana abang sulungnya itu sering dibandingkan dengannya. Dia tidak suka dibandingkan dengan orang lain. 

"Aku dah tinggalkan Sabby. Perempuan tu demand sangat. Dia bukan cantik sangat pun."

Adi Adham membuat rumusan mengenai perempuan simpanannya.

"Bila kau nak berubah, Adi? Kau tak kesian ke dekat Shiren? Kalau kau tak cintakan dia, sekurang-kurangnya berperikemanusiaanlah sikit,"nasihat Aqif Azka.

"Kau janganlah spoil mood aku, Qif. Aku tengah rancak bercerita tentang perempuan kesukaan aku ni. Shiren tu lantaklah,"kata Adi Adham. 

"Kenapa dengan perempuan tu?"tanya Aqif Azka. Dia melayan sikap kasanova Adi Adham. 

"Dia datang ke tempat aku semalam untuk minta kerja sebagai setiausaha aku. Aku beritahu dia yang aku boleh terima dia kerja dengan aku asalkan dia boleh turuti semua kehendak aku. Dia setuju. Aku pun tidur dengan dia,"cerita Adi Adham sambil menayangkan muka bangganya. 

Aqif Azka terlopong.

"Sebab itu ke kau tak balik makan tengahari semalam?"soal Aqif Azka perlahan.

Adi Adham angguk.

Aqif Azka ketawa.

"Kau ni gilalah, Adi. Macam mana kalau Shiren tahu tentang hal ni?" Aqif Azka menghirup minumannya.

"Disebabkan dialah aku jadi macam ni. Aku bukannya saja-saja nak tidur dengan perempuan lain. Aku sengaja nak seksa dia. Kau pun tahu perasaan aku terhadap dia macam mana, kan? Aku tak cintakan dia dan tak akan pernah cintakan dia. Kalau mama dan papa tak paksa aku kahwin dengan dia dulu, mungkin sekarang ni aku dah hidup bahagia dengan perempuan yang aku cinta,"jelas Adi Adham mengendur. Dia termenung seketika.

Dahulu Adi Adham mempunyai seorang kekasih bernama Karlisa. Mereka bercinta sejak sekolah menengah dan membuat keputusan untuk berkahwin ketika usia dua puluh tahun.

Sayang sekali hubungan mereka tidak diterima oleh Megat Andri kerana Tarrisa bukanlah berasal keturunan mulia. Tarrisa cuma perempuan biasa tetapi dia memiliki hati suci. Megat Andri memaksa Adi Adham berkahwin dengan Sherin kerana tidak mahu lelaki itu berhubungan dengan Tarrisa. Selepas perkahwinan Adi Adham, Tarrisa terus menghilang sehingga kini.

"Aku rindukan Karlisa,"luah Adi Adham. Dia sebak. Cintanya tulus buat perempuan itu.

"Adi, kau kena terima kenyataan yang kau dan Karlisa tak ditakdirkan untuk bersama. Kau tak boleh layan sangat perasaan kau. Kau kena move on. Mungkin Karlisa sekarang dah berkahwin dan bahagia dengan hidupnya. Kau cubalah terima Sherin. Dia cintakan kau,"ujar Aqif Azka sambil memandang wajah kusut abangnya itu.

Adi Adham menggeleng.

"Kenapa kau tak boleh terima dia?"tanya Aqif Azka.

"Dia mandul,"balas Adi Adham.

"Tapi takkanlah disebabkan itu kau nak seksa dia sampai macam ni sekali?"soal Aqif Azka.

Adi Adham berdiri.

"Kau kahwin dulu baru kau tahu perasaan aku macam mana,"bidas Adi Adham lalu menapak ke meja buffet.

Aqif Azka mengeluh.

Niatnya untuk mengubah sikap kasanova Adi Adham tersilap langkah. Namun dia tidak akan pernah berhenti berdoa supaya Adi Adham berubah dan setia dengan Sherin.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status