Isya Rasyuka termenung sendiri. Dia memikirkan ajakan makan tengahari Aqif Azka. Patutkah dia menerima ajakan lelaki itu?
"Aku nak tegur dia tapi aku takut dia tak layan. Aku nak puji dia hensem tapi aku takut dia label aku pelik pulak. Aku nak beritahu dia yang aku sukakan dia tapi aku takut dia gelak. Wahai Aqif Azka, kalau kau nak tahu, aku selalu senyum macam orang gila bila nampak kau. Bila kau nak notice aku?"
Dia mengeluh kecil.
Dia mencapai telefonnya yang berada di atas meja lalu membuka Instagram. Dia melihat akaun milik Aqif Azka.
"Hensem betul. Dia ada darah kacukan apa ya? Kalau aku kahwin dengan dia, mesti aku dapat anak-anak yang comel. Aqif Azka, kau nak tak kahwin dengan aku? Kalau ikutkan hati, nak aje aku melamar kau jadi suami aku. Tapi itulah. Aku ni Isya Rasyuka. Aku kena jual mahal. My ego is my king."
Mulut saja kata taknak tapi tangannya menghantar
Isya Rasyuka pulang dengan gembira. Dia membeli banyak barang untuk keluarganya.Dia membeli jam tangan untuk Jibran, beg tangan untuk Datin Sri Amelia dan sepasang kasut untuk Tan Sri Jayden.Semua itu dibayar menggunakan wangnya sendiri."Dada, Dadi dan Uncle Jibran mesti happy kan, Faliq? Nanti Faliq beri hadiah ni pada mereka ya?"Isya Rasyuka mengucup dahi anak kecil yang didukungnya itu.Dia membunyikan bel pintu beberapa kali tetapi tiada pembantu rumah yang membukakan pintu untuknya. Rumah itu juga kelihatan sunyi. Tidak mungkin keluarganya keluar dari rumah kerana kereta masih elok berada di bawah garaj.Dia menolak membuka pintu dan dia tersenyum nipis kerana pintu tidak terkunci.Tanpa membuang masa, dia masuk.Perasaan pelik menimpanya ketika rumah itu gelap gulita. Adakah keluarga itu merancang kejutan untuknya?Dia a
Keluarga Megat Andri adalah keluarga paling dihormati di Taman Tun Dr Ismail. Mereka mempunyai tiga puluh buah cawangan syarikat perusahaan sendiri. Perniagaan mereka berkembang di Malaysia dan turut ke Indonesia, Singapura dan Brunei. Megat Andri mempunyai lima orang anak iaitu Aafi Azhad, Adi Adham, Aqif Azka, Afiq Aizad dan Adwa Amzar. Kesemuanya adalah lelaki dan mereka menjadi kegilaan gadis Malaysia. Aafi Azhad dan Adi Adham telah berkahwin manakala yang lain masih belajar di tahap universiti dan sekolah menengah. Pagi itu Aqif Azka mengikuti Megat Andri ke pejabat Tuan Roslan untuk berbincang mengenai projek terbaru ayahnya bersama lelaki itu. Dia menunggu ayahnya di lobi sambil menyumbat ear pod ke telinganya. Dia mendengar lagu kegemarannya iaitu Day 'N' Nite nyanyian Kid Cudi versi Crookers Remix. Dia menutup matanya sambil bersandar di sofa kerana ingin menghiraukan pandangan-pandangan pekerja perempuan di syarikat itu kepadanya. Dia tidak su
Tepat pukul lima petang, Aqif Azka bertolak ke universitinya. Dia mempunyai tempoh dua hari saja lagi untuk meluangkan masa bersama kawan-kawannya sebelum terbang ke Rusia. Dia memberhentikan keretanya apabila lampu trafik bertukar merah. Dia memandu dengan berhati-hati untuk menghindari kemalangan. Pesanan Tengku Rihanna sentiasa berada di ingatannya walaupun hubungannya tidak erat dengan wanita itu. Dia merendahkan bunyi radio kerana tidak mahu pemanduannya terganggu. Ketika dia memandang ke cermin sisi, matanya menangkap seorang perempuan sedang berjalan lemah di bahu jalan. Perempuan itu seperti pernah dilihatnya. Izza Ghadira. Adakah itu Izza Ghadira? Sebaik lampu trafik bertukar hijau, dia terus memberhentikan keretanya di bahu jalan. Dia keluar dari keretanya dan mendapatkan perempuan itu. "Izza Ghadira!"panggilnya. Izza Ghadira tidak menghiraukan panggilan lelaki itu. Dia meneruskan langkahnya. Lelaki semua sama. Tidak be
Urusan pendaftaran keluar dari universiti sudah selesai. Aqif Azka menghubungi Megat Andri untuk memaklumkan hal itu tetapi panggilannya tidak dijawab. Dia memutuskan untuk menghantar mesej sahaja kerana mahu mengejar masa. Aqif Azka memandu keretanya keluar dari universiti. Menjadi ahli keluarga Megat Andri agak susah baginya kerana banyak prosedur yang perlu dilaluinya. Dia wajib mempelajari bidang perniagaan walaupun itu bukan minatnya. Cita-cita sebenarnya ialah doktor tetapi dihalang oleh Megat Andri. Alasan yang diberikan oleh Megat Andri ialah kerana keturunan Megat Andri adalah ahli korporat. Perniagaan keluarga Megat Andri dimulai oleh moyangnya. Megat Andri mahu anak-anaknya mempelajari bidang perniagaan untuk mengekalkan perniagaan keluarga mereka. Selain itu, dia juga perlu mahir memanah dan menunggang kuda. Alasan Megat Andri ialah kerana keluarga mereka mempunyai hubungan istimewa dengan keluarga diraja. Jadi, setiap yang dilakukan
"Perhatian!" "Ini adalah pengumuman panggilan terakhir menaiki pesawat terutama untuk penumpang Nurul Sofea, Ahmad Shukri dan Aqif Azka yang ditempah dalam penerbangan Boeing B737-800 ke Rusia. Sila ke pintu 1 dengan segera. Pemeriksaan akhir akan selesai tidak lama lagi dan kapten akan memerintahkan pintu pesawat ditutup dalam masa sepuluh minit." "Saya akan ulangi lagi. Ini adalah panggilan terakhir untuk Nurul Sofea, Ahmad Shukri dan Aqif Azka. Terima kasih." Aqif Azka bersalaman dengan keluarganya. Namanya dipanggil. Sudah tiba masanya dia berangkat ke Rusia. Hanya Megat Andri, Tengku Rihanna dan Adwa Amzar menghantar Aqif Azka ke lapangan terbang kerana yang lain mempunyai urusan penting. Aafi Azhad, Marini dan Adi Adham bekerja. Shiren pula menjaga rumah manakala Afiq Aizad perlu menghadiri kelas tambahan memandangkan dia bakal SPM pada tahun ini. "Aqif pergi dulu." "Aqif dah beli Travel Insurance?"soal Tengku Rihan
Adi Adham menjawab panggilan daripada pengawal peribadinya. Dia mengharapkan khabar gembira. "Hello, Lan. Macam mana? Kau dah jumpa dia?"soalnya teruja. "Saya minta maaf, tuan. Dia dah tak tinggal di KL." Jawapan Lan menghampakan Adi Adham. Adi Adham mengeluh berat. "Kau tahu dia pergi mana?"tanyanya lagi. "Saya ada bertanya tuan rumah tu tapi tuan rumah tu cakap dia pun tak tahu dia pergi ke mana,"balas Lan. "Lan, aku nak kau cari dia sampai dapat. Tapi ingat, ini adalah rahsia kita berdua. Pastikan rahsia ini hanya pecah di perut dan tak pecah di mulut,"kata Adi Adham serius. "Baik, tuan." "Rahsia?" Adi Adham toleh ke belakang. Dilihatnya Sherin sedang berdiri di pintu bilik. Dia segera menamatkan panggilan. "Rahsia apa yang besar sangat sampai you taknak Lan beritahu sesiapa? I isteri you. I pun tak boleh nak tahu ke?"soal Shiren. "Ini urusan I. You tak payah masuk camp
Nasi lemak buatan emaknya yang berada di hadapan dipandang kosong. Dahulu dialah orang yang paling teruja apabila emaknya memasak nasi lemak kerana nasi lemak merupakan makanan kegemarannya. Namun sekarang dia tidak teruja kerana selera makannya hilang. Berat badannya juga sedikit menyusut. "Makanlah, Izza. Ibu masak khas untuk kamu,"ujar Puan Inas sambil membubuh nasi ke dalam pinggan anak-anaknya yang lain. Puan Inas dan Encik Mahran dikurniakan empat orang anak. Izza Ghadira adalah anak sulung keluarga itu. Dia mempunyai kembar seiras tetapi kembarnya itu tidak duduk bersama mereka kerana berjaya mendapat tawaran belajar di Amerika di dalam bidang modelling. Anak ketiga ialah Irfan Gibran dan bongsunya bernama Idan Lutfan. Izza Ghadira hanya mengangguk kepala. Bukannya dia tidak mahu makan nasi lemak itu tetapi baunya membuatkan dia loya. Jika dia menolak makanan itu, pasti emaknya mencurigainya. "Oh, ya. Hari ni pagi-pagi lagi Isya tel
Usai makan malam, Megat Andri terus naik ke bilik. Dia tidak mahu melihat muka Adi Adham kerana masih marahkan pemuda itu. Ketika makan malam tadi juga dia menghabiskan makanannya secepat mungkin. Dia membuka komputer riba dan memeriksa tugasan yang dihantar oleh pekerja-pekerjanya. Tengku Rihanna juga menyusuli Megat Andri. Sudah beberapa hari dia tidak bercakap dengan Adi Adham kerana terasa hati dengan sikap melampau anaknya itu. Adi Adham telah menengkingnya pada tempoh hari. Dia duduk di atas kerusi sambil menilik wajahnya di cermin. Meskipun usianya sudah mencecah 50 tahun, wajahnya tidak melalui perubahan melampau. Kulitnya sihat dari jeragat dan tidak mempunyai kedutan kuat. Rahsianya ialah dia mengamalkan minum air suam sebaik bangun dari tidur dan membasuh muka menggunakan air kelapa. Amalan itu diajari oleh arwah emaknya dahulu. "Kenapa awak masuk awal? Selalunya pukul sebelas baru naik?"soal Megat Andri sambil matanya masih memanda