Tepat pukul lima petang, Aqif Azka bertolak ke universitinya. Dia mempunyai tempoh dua hari saja lagi untuk meluangkan masa bersama kawan-kawannya sebelum terbang ke Rusia. Dia memberhentikan keretanya apabila lampu trafik bertukar merah.
Dia memandu dengan berhati-hati untuk menghindari kemalangan. Pesanan Tengku Rihanna sentiasa berada di ingatannya walaupun hubungannya tidak erat dengan wanita itu. Dia merendahkan bunyi radio kerana tidak mahu pemanduannya terganggu.
Ketika dia memandang ke cermin sisi, matanya menangkap seorang perempuan sedang berjalan lemah di bahu jalan. Perempuan itu seperti pernah dilihatnya. Izza Ghadira. Adakah itu Izza Ghadira?
Sebaik lampu trafik bertukar hijau, dia terus memberhentikan keretanya di bahu jalan. Dia keluar dari keretanya dan mendapatkan perempuan itu.
"Izza Ghadira!"panggilnya.
Izza Ghadira tidak menghiraukan panggilan lelaki itu. Dia meneruskan langkahnya.
Lelaki semua sama. Tidak berhati perut dan melayannya seperti binatang. Dia mengesat air matanya yang bercucuran.
Aqif Azka tidak berputus asa. Dia mengikuti langkah Izza Ghadira. Dia pelik kerana perempuan itu tidak ramah seperti tadi. Pakaian perempuan itu juga tidak kemas. Apakah yang telah terjadi kepada perempuan itu? Dia tertanya-tanya.
"Izza, awak okey tak? Kenapa awak palau saya?"soal Aqif Azka polos.
Izza Ghadira tidak membalas.
Aqif Azka melajukan langkahnya dan mencapai lengan perempuan itu tetapi perempuan itu menepisnya. Dia terkejut dengan tindak balas kasar daripada Izza Ghadira. Tadi perempuan itu lembut dengannya. Kenapa sekarang berubah?
"Jangan sentuh aku!"marah Izza Ghadira.
Aqif Azka perasan bahawa ada sesuatu yang tidak kena. Solekan wajah Izza Ghadira tertanggal kerana dibasahi air mata.
"Izza, kenapa ni?"tanya Aqif Azka. Dia cuba berlembut.
"Lelaki macam kau ni boleh percaya ke? Kau ingat aku tak tahu taktik kotor yang kau sedang mainkan ni? Kau ingat aku ni apa? Perempuan murah? Hei, aku ada maruah! Aku tak semurah yang kau sangkakan! Kau dengan lelaki tu boleh pergi mampus!"hambur Izza Ghadira sepuas hatinya tetapi hatinya tetap menderita.
"Apa awak cakap ni, Izza? Saya tak faham. Saya tak pernah anggap awak macam tu. Saya menghormati awak. Awak kenapa ni? Apa yang dah jadi?"soal Aqif Azka lagi.
Izza Ghadira menggelengkan kepalanya. Kepercayaannya terhadap kaum Adam sudah hilang.
"Izza."
"Aku merayu dengan kau, jangan ikut aku!"
Selesai bercakap, Izza Ghadira pergi meninggalkan Aqif Azka.
Aqif Azka terkedu.
Semuanya berlaku di dalam sekelip mata. Tadi dia berkenalan dengan Izza Ghadira tetapi sekarang Izza Ghadira mengusirnya. Perempuan adalah ciptaan yang pelik. Disebabkan itulah dia tidak mempercayai perempuan.
Aqif Azka masuk ke dalam kereta dan meneruskan pemanduannya ke universiti. Dia hanya membuang masa mengejar Izza Ghadira yang sombong dengannya. Dia tidak akan mengulangi kesilapan sama.
SHERIN mengambil pakaian-pakaian Adi Adham yang berada di dalam bakul untuk dibasuh. Untuk menjadi seorang isteri mithali, dia mestilah menjalankan tanggunggjawab seorang isteri dengan bagus seperti taat dan memberi layanan baik kepada suami.
Sewaktu dia ingin memasukkan pakaian-pakaian itu ke dalam mesin basuh, sehelai sapu tangan tercicir dari bakul itu. Dia mengambil sapu tangan itu dan meniliknya. Terdapat kesan gincu pada sapu tangan itu.
Sherin curiga dengan Adi Adham. Hatinya tidak enak. Dia menyimpan sapu tangan itu ke dalam poket seluarnya. Dia menekan butang on mesin itu dan keluar ke ruang tamu.
Keluarga Megat Andri meluangkan masa bersama pada setiap malam sambil menonton televisyen.
Sherin mengambil tempat duduk bersebelahan dengan Adi Adham. Di sebelahnya pula terdapat Tengku Rihanna yang sedang membaca majalah.
Aafi Azhad dan Mirana pula berbincang dengan Megat Andri mengenai projek syarikat mereka manakala Afiq Aizad dan Adwa Amzar menonton siaran bola sepak di televisyen.
"Adik peliklah dengan pemain pasukan ni. Kenapa mereka tak main bola betul-betul? Kalau adik masuk pasukan mereka, mesti menang,"rungut Adwa Amzar kerana pasukan bola sepak kegemarannya belum memasukkan gol walaupun masa sudah tiga puluh minit berlalu.
Afiq Aizad tergelak mendengarkan omelan adiknya.
"Dik, kalau adik yang masuk, pasukan ni tak akan dapat sertai pertandingan Piala Europe,"bidas Afiq Aizad.
"Mana abang Afiq tahu? Abang Afiq belum tengok lagi skill adik main soccer macam mana. Abang Afiq sebenarnya dengki dengan adik, kan?"tuduh Adwa Amzar.
"Berlagak,"balas Afiq Aizad.
"Nak mula dah tu gaduhnya,"ujar Adi Adham yang dari tadi memerhatikan adik-adiknya.
Afiq Aizad dan Adwa Amzar terus mendiamkan diri apabila ditegur oleh Adi Adham. Bukannya mereka takut kepada lelaki itu tetapi lelaki itu adalah kuasa untuk Tengku Rihanna membebel. Apabila ibunya mula membebel, mereka pasti tidak dapat menonton televisyen dengan aman.
"Rihanna, awak dah telefon Aqif? Dia dah sampai universiti ke?"soal Megat Andri setelah perbincangannya dengan Aafi Azhad dan Marini selesai.
"Saya dah telefon tadi tapi dia tak angkat. Mungkin baru sampai kut,"jawab Tengku Rihanna.
Marini sudah faham alasan Aqif Azka tidak menjawab panggilan Tengku Rihanna. Aqif Azka datang ke rumah itu selepas sebulan perkahwinannya dengan Aafi Azhad.
Pada mulanya dia pelik kerana baru mengetahui kewujudan Aqif Azka di dalam keluarga itu tetapi Aafi Azhad telah menjelaskan semuanya. Aqif Azka renggang dengan Tengku Rihanna kerana menganggap wanita itu tidak mahu menjaganya. Dia beranggapan seperti itu kerana Tengku Rihanna tidak pernah menjenguknya ketika dia dijaga oleh Nenek Puspa manakala Megat Andri mengunjunginya setiap bulan.
Dia memahami perasaan Aqif Azka kerana dia juga mengalami situasi sama iaitu ibubapanya bercerai. Dia tinggal bersama ayahnya manakala ibunya berkahwin lain dan membawa kakaknya.
"Mama, papa, Marini ada satu cadangan. Memandangkan Aqif akan fly ke Rusia dua hari lagi, apa kata kita adakan parti untuk dia malam esok? Aqif mesti gembira,"cadang Marini sambil tersenyum.
"Boleh. Nanti mama call event designer dan minta pihak mereka uruskan dengan segera,"balas Tengku Rihanna.
Senyuman Marini semakin lebar apabila cadangannya diterima mudah oleh Tengku Rihanna.
Tujuannya memberikan idea itu adalah untuk memulihkan hubungan antara Aqif Azka dengan Tengku Rihanna. Dia tidak mahu persengketaan wujud di dalam keluarga itu. Pihak media dan orang awam mengenali keluarga Megat Andri sebagai keluarga kaya dan bahagia, jadi dia mahukan keluarga Megat Andri sebegitu di realiti.
"Tapi abang Aqif tak sukakan parti,"ungkap Afiq Aizad.
"Afiq janganlah beritahu dia tentang parti ni. Kita buat surprise,"kata Megat Andri pula.
Afiq Aizad akur.
Sherin memandang sekilas wajah Adi Adham. Niatnya untuk bertanya lelaki itu mengenai sapu tangan yang ditemuinya ditunda. Suaminya itu tidak menunjukkan tanda-tanda mahu bercakap dengannya.
Adi Adham banyak berubah selepas mengetahui dirinya tidak dapat mengandungkan zuriat. Dia pernah memberitahu lelaki itu bahawa dia mengizinkan lelaki itu berkahwin lain demi mendapatkan zuriat tetapi dia dimarahi. Jika Adi Adham sayang padanya, kenapa lelaki itu memiliki ramai teman wanita di luar?
Meskipun dia adalah model tersohor di Malaysia, dia langsung tidak gembira kerana Adi Adham tidak pernah sudi memandangnya.
Sherin berdiri.
"Sherin nak pergi mana?"tanya Tengku Rihanna.
"Sherin nak tengok baju yang dibasuh. Mungkin dah siap,"balas Sherin lalu pergi.
"Adi okey tak dengan Sherin? Mama tengok kamu berdua diam aje. Bergaduh ke?" Tengku Rihanna mengangkat keningnya kepada Adi Adham.
"Tak gaduh pun, mama. Kami dari dulu lagi memang macam ni,"jelas Adi Adham mendatar.
"Adi tak boleh layan Sherin macam ni. Cuba tengok abang Aafi dan Marini. Bahagia,"ujar Tengku Rihanna sambil tersenyum memandang Aafi Azhad dan isterinya yang sedang berbual berdua.
Adi Adham tidak membalas. Dia menonton televisyen.
Perkahwinannya dan perkahwinan Aafi Azhad adalah berbeza. Aafi Azhad menikahi Marini kerana cinta manakala dia pula kahwin paksa. Dia tidak menyukai Sherin apatah lagi untuk mencintainya. Sherin adalah kawan waktu kecilnya. Dia menganggap perempuan itu tidak lebih daripada seorang kawan.
Sebagai protes, dia menjalinkan hubungan dengan ramai perempuan. Dia melakukannya kerana ingin menyiksa Sherin.
SUHU badan Izza Ghadira naik mendadak. Dia minum air masak supaya tubuhnya tidak dehidrasi. Dia tinggal sendirian di rumah sewanya itu manakala keluarganya menetap di Pahang.
Dia datang ke Kuala Lumpur untuk mencari pekerjaan tetapi dia diuji dengan perkara besar. Keluarganya tidak mengetahui hal itu.
Dia masuk ke dalam tandas untuk menyucikan diri. Dia sudah kotor. Dia jijik dengan dirinya.
Selesai mandi, dia menunaikan solat sunat taubat dua rakaat. Dia memohon keampunan daripada Tuhan di atas dosa yang dia tidak relakan.
Pasti ibubapanya kecewa jika mendapat tahu bahawa dia bukan lagi Izza Ghadira yang dahulu.
Isya Rasyuka pulang dengan gembira. Dia membeli banyak barang untuk keluarganya.Dia membeli jam tangan untuk Jibran, beg tangan untuk Datin Sri Amelia dan sepasang kasut untuk Tan Sri Jayden.Semua itu dibayar menggunakan wangnya sendiri."Dada, Dadi dan Uncle Jibran mesti happy kan, Faliq? Nanti Faliq beri hadiah ni pada mereka ya?"Isya Rasyuka mengucup dahi anak kecil yang didukungnya itu.Dia membunyikan bel pintu beberapa kali tetapi tiada pembantu rumah yang membukakan pintu untuknya. Rumah itu juga kelihatan sunyi. Tidak mungkin keluarganya keluar dari rumah kerana kereta masih elok berada di bawah garaj.Dia menolak membuka pintu dan dia tersenyum nipis kerana pintu tidak terkunci.Tanpa membuang masa, dia masuk.Perasaan pelik menimpanya ketika rumah itu gelap gulita. Adakah keluarga itu merancang kejutan untuknya?Dia a
Isya Rasyuka termenung sendiri. Dia memikirkan ajakan makan tengahari Aqif Azka. Patutkah dia menerima ajakan lelaki itu?"Aku nak tegur dia tapi aku takut dia tak layan. Aku nak puji dia hensem tapi aku takut dia label aku pelik pulak. Aku nak beritahu dia yang aku sukakan dia tapi aku takut dia gelak. Wahai Aqif Azka, kalau kau nak tahu, aku selalu senyum macam orang gila bila nampak kau. Bila kau nak notice aku?"Dia mengeluh kecil.Dia mencapai telefonnya yang berada di atas meja lalu membuka Instagram. Dia melihat akaun milik Aqif Azka."Hensem betul. Dia ada darah kacukan apa ya? Kalau aku kahwin dengan dia, mesti aku dapat anak-anak yang comel. Aqif Azka, kau nak tak kahwin dengan aku? Kalau ikutkan hati, nak aje aku melamar kau jadi suami aku. Tapi itulah. Aku ni Isya Rasyuka. Aku kena jual mahal. My ego is my king."Mulut saja kata taknak tapi tangannya menghantar
Isya Rasyuka membelek pakaian yang akan dibelinya di dalam sebuah gedung pakaian terbesar di Kuala Lumpur. Pakaian-pakaian itu langsung tidak memenuhi citarasanya. Dia mengerling seorang pekerja perempuan yang berdiri di sebelahnya. "Nanti you beritahu boss you supaya jual baju yang elok-elok sikit. Setakat dress corak macam ni siapa saja yang nak beli? Dahlah, I tak berminat nak beli baju dalam kedai ni,"ujar Isya Rasyuka lalu keluar dari kedai itu. Dia pergi pula ke kedai pakaian yang berada bersebelahan dengan kedai itu. Ketika dia ingin melangkah masuk, dia terlihat Aqif Azka sedang berdiri di hadapan kedai jam tangan tidak jauh daripadanya. Dia menguntum senyum. Dia mendekati Aqif Azka. "Hai,"sapanya. "Hai,"balas Aqif Azka. Dia membalas senyuman Isya Rasyuka. "You buat apa kat sini?"soal Isya Rasyuka. &nbs
Pertunjukan pakaian yang diragakan oleh model-model Mavn Models berjalan dengan lancar. Pertunjukan itu diketuai oleh Isya Rasyuka. Mereka meragakan jenama Padini, Lewré dan Jefferson.Keluarga Megat Andri menghadiri pertunjukan itu memandangkan mereka adalah penyumbang saham kepada Mavn Models. Tengku Rihanna dahulunya seorang model di situ. Sehingga kini dia disegani dan menjadi contoh buat model-model baharu.Aqif Azka asyik melihat Isya Rasyuka yang sedang berborak dengan teman-temannya selepas selesai memperagakan pakaian. Ada sesuatu pada Isya Rasyuka yang menarik perhatiannya."Kau tengok siapa, Qif?"Teguran daripada Isyraf menghentikan perbuatannya. Dia berlagak biasa.Isyraf mengambil tempat di sebelahnya. Dia datang dari tandas."Kau tengok Isya, eh?"tebak Isyraf."Mana ada. Aku tak tengok sesiapa pun. Aku cuma men
Tan Sri Jayden menikmati makan malamnya bersama keluarga. Dia menyuap nasi kepada Faliq yang berada di atas ribanya. Anak kecil itu sudah pandai makan nasi kerana giginya telah banyak tumbuh. "Banyaknya Faliq makan hari ni. Sedap ke Dadi masak?"soal Datin Sri Amelia kepada cucunya itu. Faliq tersenyum menampakkan dua batang gigi hadapannya sambil mengangkat tangan. "Faliq suka ya sup ayam ni? Nanti Dadi masak lagi,"tambah Datin Sri Amelia lagi. Isya Rasyuka menguis nasi di dalam pinggannya. Di hadapannya ialah Jabir. Selera makannya hilang apabila melihat muka lelaki itu. "Faliq, mama dah siap makan. Faliq nak makan lagi ke?"soal Isya Rasyuka kepada anaknya. "Cepatnya siap, Isya,"ujar Datin Sri Amelia. "I lost my appetite,"kata Isya Rasyuka. "Why?" Isya Rasyuka hanya membiarkan s
Tengku Rihanna menjahit baju Afiq Aizad yang terkoyak. Televisyen yang terpasang ditonton oleh ahli keluarganya yang lain. Di sebelahnya terdapat Aqif Azka yang asyik termenung. Dia perasan anaknya itu kuat mengelamun sejak petang tadi. "Aqif okey tak ni? Dari tadi lagi mama perasan Aqif kuat termenung. Aqif fikir apa?"soalnya. Teguran Tengku Rihanna menyentakkan Aqif Azka. Dia beriak biasa. Dia membuka telefonnya dan bermain permainan. "Kau taknak beritahu mama ke, Qif?"tanya Adi Adham. Aqif Azka membisu. "Beritahu apa?" Tengku Rihanna tidak mengerti. "Aqif dah break dengan Sofea sebab Sofea dah bertunang. Dia akan berkahwin tak lama lagi,"nyata Adi Adham. Seluruh ahli keluarga itu terlopong. "Seriously?" Marini terkejut. Mereka tidak menjangkakan perkara itu berlaku keran