Share

6

Author: Sistqah
last update Last Updated: 2021-09-19 14:41:47

Nasi lemak buatan emaknya yang berada di hadapan dipandang kosong. Dahulu dialah orang yang paling teruja apabila emaknya memasak nasi lemak kerana nasi lemak merupakan makanan kegemarannya. Namun sekarang dia tidak teruja kerana selera makannya hilang. Berat badannya juga sedikit menyusut.

"Makanlah, Izza. Ibu masak khas untuk kamu,"ujar Puan Inas sambil membubuh nasi ke dalam pinggan anak-anaknya yang lain. 

Puan Inas dan Encik Mahran dikurniakan empat orang anak. Izza Ghadira adalah anak sulung keluarga itu. Dia mempunyai kembar seiras tetapi kembarnya itu tidak duduk bersama mereka kerana berjaya mendapat tawaran belajar di Amerika di dalam bidang modelling. Anak ketiga ialah Irfan Gibran dan bongsunya bernama Idan Lutfan. 

Izza Ghadira hanya mengangguk kepala. Bukannya dia tidak mahu makan nasi lemak itu tetapi baunya membuatkan dia loya. Jika dia menolak makanan itu, pasti emaknya mencurigainya.

"Oh, ya. Hari ni pagi-pagi lagi Isya telefon saya. Katanya dia akan balik hujung minggu. Dia dah tamat pengajian. Minggu depan dia akan bekerja di Kuala Lumpur."

Puan Inas tersenyum manis berbicara mengenai kepulangan anak keduanya pada hujung minggu nanti.

Isya Rasyuka pergi ke Amerika sebaik habis SPM kerana mendapat tajaan daripada sebuah agensi peragaan. Disebabkan dia ialah model makanya cara pemakaiannya berbeda dengan Izza Ghadira. Izza Ghadira memakai pakaian sejuk mata memandang manakala dia memakai pakaian mengikut fesyen barat.

Isya Rasyuka telah berada di Amerika selama lima tahun. Dia hanya pulang ke Malaysia ketika hari raya dan cuti panjang. Tetapi itu tidak menjadi penghalang keakrabannya dengan Izza Ghadira. Walaupun berjauhan beribu batu namun mereka tetap rapat.

"Kalau Kak Isya habis belajar nanti, dia jadi model ke?"soal Idan Lutfan polos. Dia masih bersekolah rendah.

"Ya,"jawab Puan Inas.

Encik Mahran hanya mendiamkan diri. Dia tidak berminat untuk bercakap mengenai minat Isya Rasyuka. Sebelum gadis itu menerima tawaran agensi itu, dia sudah menentang keras. Namun Isya Rasyuka tidak berhenti memujuknya dan dia terpaksa akur kerana kesiankan anaknya itu. Dia memberi syarat bahawa Isya Rasyuka harus menjaga tatasusila dan tidak dibenarkan berpakaian terlalu seksi.

"Kak Izza taknak jadi model jugak ke? Kak Izza pun cantik." Idan Lutfan memandang kakak sulungnya sambil tersenyum.

Izza Ghadira membalas senyuman itu. Dia tidak berkata apa.

"Nak ramai-ramai buat apa? Kamu ingat jadi model ni hidup bahagia ke? Berdosa!"sampuk Encik Mahran dingin.

"Abang." 

Puan Inas menggelengkan kepalanya.

Dia tahu suaminya itu tidak bersetuju dengan pilihan pekerjaan Isya Rasyuka tetapi tidak perlulah memarahi soalan Idan Lutfan. Anak itu baru berusia tujuh tahun. 

"Kenapa? Tak betul ke apa yang saya cakap? Dah berapa kali saya beri nasihat pada Isya tapi budak tu degil, tak mahu dengar kata. Kamu pulak ikut aje keinginan dia. Bila jadi model, aurat wajib didedahkan. Sekarang saya tak tahu apa dibuatnya di Amerika sana. Mungkin berjoli tak ingat dunia,"hujah Encik Mahran.

"Tapi abah..."

"Kamu tak payah nak menyebelahi Isya! Kamu pun sama macam dia. Kamu kakak dia, kamu sepatutnya nasihat adik kamu tu. Kamu rapat dengan dia, takkanlah nak tegur pun tak boleh? Keluarga kita ni keluarga orang baik-baik. Kalau orang kampung tahu tentang pekerjaan Isya nanti macam mana? Tak ke mencemarkan maruah keluarga?"

Izza Ghadira menundukkan mukanya. Niatnya untuk menyebelahi Isya Rasyuka terhapus begitu saja apabila dimarah oleh ayahnya. 

"Sudahlah tu, bang. Tak baik bergaduh depan rezeki,"tegur Puan Inas.

"Saya tak gaduh dengan sesiapa. Saya cuma kesal dengan ahli rumah ni sebab biarkan Isya bergelumang dengan dosa,"balas Encik Mahran.

Semua yang berada di situ tersentap dengan kata-kata Encik Mahran. Encik Mahran menghabiskan nasinya lalu keluar dari dapur. Dia bersiap-siap untuk pergi ke ladang kelapa sawitnya.

"Irfan peliklah dengan abah tu. Kenapa dia tak dapat nak terima pekerjaan Kak Isya? Pakaian Kak Isya bukannya seksi sangat pun. Irfan pernah tengok gambar photoshoot Kak Isya. Cantik. Dia pakai dress lengan panjang dan seluar jeans,"ujar Irfan Gibran.

"Abah tu ketua kampung. Orang kampung kat sini anti dengan model. Tapi umi percaya yang Kak Isya kamu tu masih berpegang pada syiar Islam. Dia tak akan buat perkara-perkara haram. Umi yakin,"ucap Puan Inas pula. 

"Kak Izza okey tak? Dari tadi lagi Irfan tengok Kak Izza diam."

Izza Ghadira tersentak. Dia memandang Irfan Gibran.

"Itulah. Umi pun perasan benda yang sama. Kakak terasa hati dengan kata-kata abah ke?"soal Puan Inas.

"Eh, taklah. Kakak diam sebab kakak tak tahu nak cakap apa,"jawab Izza Ghadira.

"Kalau kakak ada apa-apa masalah, beritahulah umi. Jangan pendam seorang,"pesan Puan Inas.

Izza Ghadira tersenyum hambar. Dia menguis nasi di dalam pinggannya. 

MEGAT ANDRI menghempaskan file berisi dokumen projek terbaru mereka di atas meja Adi Adham. Dia kecewa dengan kegagalan Adi Adham menguruskan projek itu.

Projek itu adalah projek penting untuk syarikat mereka. Disebabkan kecuaian Adi Adham, peluang mereka untuk memperolehi wang tiga juta lebur begitu saja. Projek itu telah diambil oleh sebuah syarikat saingan mereka kerana Adi Adham tidak pernah menghadiri mesyuarat perbincangan projek itu.

Adi Adham membisu. Dia tidak dapat membuat apa jika ayahnya marah. Lagipun dia sedar akan kesilapannya. Dia sibuk melanggan perempuan sehingga terlepas mesyuarat penting pada minggu lepas.

"Kamu memang tak boleh diharap! Papa kecewa dengan kamu! Selama ini papa ingat kamu lebih baik daripada Aafi tapi sangkaan papa salah! Walaupun Aafi tak berkebolehan seperti kamu, sekurang-kurangnya dia bagus menguruskan syarikat. Papa tarik balik janji untuk tolong kamu buka syarikat. Kamu usahalah sendiri! Papa dah taknak pedulikan kamu lagi!"marah Megat Andri sambil dadanya turun naik.

Adi Adham tercabar apabila Megat Andri membandingkan dirinya dengan Aafi Azhad. Dia mengangkat mukanya.

"Adi tak kisah papa nak marah Adi. Adi sedar kesalahan Adi. Adi akui Adi cuai dan lalai tapi Adi tak setuju papa membandingkan Adi dengan Aafi. Dia lain, Adi lain,"kata Adi Adham.

"Kamu bukan setakat lain dengan Aafi bahkan kamu lain dengan adik-beradik kamu yang lain. Kamu tak sama macam Aqif. Afiq dan Adwa pun tak seperti kamu. Perangai siapa yang kamu kutip ni?" 

Sinis sekali ucapan Megat Andri kepada Adi Adham.

Disebabkan satu kesalahan Adi Adham dia melupakan semua kejayaan Adi Adham yang telah mengharumkan nama keluarganya. Dia lupa bahawa Adi Adham adalah anak kesayangannya.

Dia memegang prinsip bahawa perniagaan adalah perniagaan. Di dalam perniagaan, wang merupakan perkara penting. Kasih sayang tidak diperlukan di dalam perniagaan.

"Jangan salahkan orang lain kalau kesalahan ini kamu yang mulakan. Ini amaran terakhir. Kalau kamu ulang lagi kecuaian ini, jangan harap kamu boleh tinggal lagi di rumah tu!"amar Megat Andri sebelum keluar dari bilik itu.

Adi Adham melempar berpusing memandang langit yang terbentang luas di hadapannya. Pelbagai masalah mengasak hidupnya. Masalah perkahwinan, masalah perniagaan, kini timbul pula masalah keluarga.

Kedengaran pintu biliknya dikuak sedikit. Dia toleh.

Selepas melihat wajah Aafi Azhad di muka pintu, dia berpusing semula.

"Kau nak apa? Nak jatuhkan aku lagi? Sudahlah. Kau tak puas hati lagi ke tengok aku kena marah dengan papa tadi?"ujar Adi Adham dengan suara mendatar.

"Papa marah kau sebab kesalahan kau sendiri. Aku langsung tak ada kena mengena dalam hal ni. Lagipun memang patut kau kena marah sebab kau memang cuai,"balas Aafi Azhad yang sudah masuk ke dalam bilik itu.

Adi Adham mendapatkan Aafi Azhad. Lelaki itu sengaja ingin menaikkan darahnya.

"Aku nak kau beritahu aku sekarang. Apa yang kau tak puas hati dengan aku? Semua yang aku dapat, kau pun dapat. Papa dan mama tak pernah pilih kasih di antara kita adik-beradik. Kenapa kau berdendam dengan aku?"soal Adi Adham.

Sejak dulu lagi hubungan Adi Adham dengan Aafi Azhad tidak baik. Mereka sentiasa bersaing untuk menjadi yang terbaik.

"Karlisa,"jawab Aafi Azhad.

"Karlisa suka kau. Dia tak sukakan aku,"sambungnya lagi.

"Itu bukan salah aku. Tarrisa ada hak untuk menyukai sesiapa yang dia mahu. Kau tu kayu, sebab itulah Tarrisa tak terpikat dengan kau. Kalau kau nak pikat perempuan, kau kenalah ambil hati mereka dengan kata-kata. Aku tak fahamlah dengan Marini tu. Macam mana dia boleh jatuh cinta dengan kau? Rupa pun bukannya hensem sangat. Aku rasa Marini kahwin dengan kau sebab dia mahukan harta kau saja,"tutur Adi Adham dengan selambanya. 

Aafi Azhad menggenggam penumbuknya. Dia sakit hati dengan penghinaan Adi Adham ke atas dirinya. 

Adi Adham tergelak sinis melihatkan perubahan pada wajah Aafi Azhad. Dia juga melihat tangan lelaki itu.

"Kau nak tumbuk aku? Tumbuklah kalau berani. Aku tak takut dengan kau. Kau ingat kau abang, aku kena tunduk pada kau? Kau tak hormat aku, buat apa aku nak hormat kau? Lagipun apa yang aku cakap tu semuanya betul. Kau kena terima hakikat diri kau macam mana. Kekayaan dan harta tak boleh mengubah hakikat diri kau. Kalau kayu, sampai ke tua pun tetap kayu,"bidas Adi Adham.

"Kau jangan kurang ajar, Adi. Aku ni anak sulung Megat Andri. Saham aku di dalam saham keluarga lebih tinggi daripada kau. Aku boleh buang nama kau bila-bila masa saja yang aku nak." Aafi Azhad mengugut.

Adi Adham menjuihkan bibirnya. Ugutan itu langsung tidak menakutkan dirinya.

"Bro, harta tak boleh masuk kubur. Ada aku kisah kau nak buang nama aku dalam saham tu? Kau nak buang, buanglah! Aku tak kisah dengan harta keluarga Megat Andri!"ungkap Adi Adham.

Aafi Azhad tersenyum sinis. 

"Kau takut sebenarnya, kan? Kau kata macam ni sebab kau nak sedapkan hati kau. Ego kau tu tinggi sangat. Cuba kau rendahkan. Mungkin keluarga ni boleh hidup aman,"ujar Aafi Azhad.

Adi Adham kembali semula ke tempatnya. Dia membelek kertas-kertas dokumen yang berada di atas mejanya.

"Kau nak cakap apa lagi? Aku tak ada masa nak layan kau,"kata Adi Adham tanpa memandang wajah Aafi Azhad.

"Jangan risau. Aku tahu jalan keluar,"jawab Aafi Azhad lalu keluar dari bilik itu. 

Dia juga tidak betah berdua lama-lama dengan Adi Adham. Setiap kali dia melihat lelaki itu, dia teringatkan Karlisa.

Adi Adham menyandarkan tubuhnya ke kerusi. Dia memandang sebuah gambar yang tergantung pada dinding bilik kerjanya itu. Gambar itu merupakan sebuah kata-kata.

Stop trying to be liked by everybody. You don't even like everybody.

Adi Adham mengangguk setuju dengan kata-kata itu. Dia tidak perlu menjadi orang lain agar disukai orang lain. Dia perlu menjadi diri sendiri untuk melihat keikhlasan orang lain menyukainya.

Dia tidak ingin disukai kerana keturunannya, hartanya atau keluarganya. Dia ingin disukai kerana dirinya sendiri.

Continue to read this book for free
Scan code to download App

Latest chapter

  • TERLEPAS CINTA (BAHASA MALAYSIA)   21

    Isya Rasyuka pulang dengan gembira. Dia membeli banyak barang untuk keluarganya.Dia membeli jam tangan untuk Jibran, beg tangan untuk Datin Sri Amelia dan sepasang kasut untuk Tan Sri Jayden.Semua itu dibayar menggunakan wangnya sendiri."Dada, Dadi dan Uncle Jibran mesti happy kan, Faliq? Nanti Faliq beri hadiah ni pada mereka ya?"Isya Rasyuka mengucup dahi anak kecil yang didukungnya itu.Dia membunyikan bel pintu beberapa kali tetapi tiada pembantu rumah yang membukakan pintu untuknya. Rumah itu juga kelihatan sunyi. Tidak mungkin keluarganya keluar dari rumah kerana kereta masih elok berada di bawah garaj.Dia menolak membuka pintu dan dia tersenyum nipis kerana pintu tidak terkunci.Tanpa membuang masa, dia masuk.Perasaan pelik menimpanya ketika rumah itu gelap gulita. Adakah keluarga itu merancang kejutan untuknya?Dia a

  • TERLEPAS CINTA (BAHASA MALAYSIA)   20

    Isya Rasyuka termenung sendiri. Dia memikirkan ajakan makan tengahari Aqif Azka. Patutkah dia menerima ajakan lelaki itu?"Aku nak tegur dia tapi aku takut dia tak layan. Aku nak puji dia hensem tapi aku takut dia label aku pelik pulak. Aku nak beritahu dia yang aku sukakan dia tapi aku takut dia gelak. Wahai Aqif Azka, kalau kau nak tahu, aku selalu senyum macam orang gila bila nampak kau. Bila kau nak notice aku?"Dia mengeluh kecil.Dia mencapai telefonnya yang berada di atas meja lalu membuka Instagram. Dia melihat akaun milik Aqif Azka."Hensem betul. Dia ada darah kacukan apa ya? Kalau aku kahwin dengan dia, mesti aku dapat anak-anak yang comel. Aqif Azka, kau nak tak kahwin dengan aku? Kalau ikutkan hati, nak aje aku melamar kau jadi suami aku. Tapi itulah. Aku ni Isya Rasyuka. Aku kena jual mahal. My ego is my king."Mulut saja kata taknak tapi tangannya menghantar

  • TERLEPAS CINTA (BAHASA MALAYSIA)   19

    Isya Rasyuka membelek pakaian yang akan dibelinya di dalam sebuah gedung pakaian terbesar di Kuala Lumpur. Pakaian-pakaian itu langsung tidak memenuhi citarasanya. Dia mengerling seorang pekerja perempuan yang berdiri di sebelahnya. "Nanti you beritahu boss you supaya jual baju yang elok-elok sikit. Setakat dress corak macam ni siapa saja yang nak beli? Dahlah, I tak berminat nak beli baju dalam kedai ni,"ujar Isya Rasyuka lalu keluar dari kedai itu. Dia pergi pula ke kedai pakaian yang berada bersebelahan dengan kedai itu. Ketika dia ingin melangkah masuk, dia terlihat Aqif Azka sedang berdiri di hadapan kedai jam tangan tidak jauh daripadanya. Dia menguntum senyum. Dia mendekati Aqif Azka. "Hai,"sapanya. "Hai,"balas Aqif Azka. Dia membalas senyuman Isya Rasyuka. "You buat apa kat sini?"soal Isya Rasyuka. &nbs

  • TERLEPAS CINTA (BAHASA MALAYSIA)   18

    Pertunjukan pakaian yang diragakan oleh model-model Mavn Models berjalan dengan lancar. Pertunjukan itu diketuai oleh Isya Rasyuka. Mereka meragakan jenama Padini, Lewré dan Jefferson.Keluarga Megat Andri menghadiri pertunjukan itu memandangkan mereka adalah penyumbang saham kepada Mavn Models. Tengku Rihanna dahulunya seorang model di situ. Sehingga kini dia disegani dan menjadi contoh buat model-model baharu.Aqif Azka asyik melihat Isya Rasyuka yang sedang berborak dengan teman-temannya selepas selesai memperagakan pakaian. Ada sesuatu pada Isya Rasyuka yang menarik perhatiannya."Kau tengok siapa, Qif?"Teguran daripada Isyraf menghentikan perbuatannya. Dia berlagak biasa.Isyraf mengambil tempat di sebelahnya. Dia datang dari tandas."Kau tengok Isya, eh?"tebak Isyraf."Mana ada. Aku tak tengok sesiapa pun. Aku cuma men

  • TERLEPAS CINTA (BAHASA MALAYSIA)   17

    Tan Sri Jayden menikmati makan malamnya bersama keluarga. Dia menyuap nasi kepada Faliq yang berada di atas ribanya. Anak kecil itu sudah pandai makan nasi kerana giginya telah banyak tumbuh. "Banyaknya Faliq makan hari ni. Sedap ke Dadi masak?"soal Datin Sri Amelia kepada cucunya itu. Faliq tersenyum menampakkan dua batang gigi hadapannya sambil mengangkat tangan. "Faliq suka ya sup ayam ni? Nanti Dadi masak lagi,"tambah Datin Sri Amelia lagi. Isya Rasyuka menguis nasi di dalam pinggannya. Di hadapannya ialah Jabir. Selera makannya hilang apabila melihat muka lelaki itu. "Faliq, mama dah siap makan. Faliq nak makan lagi ke?"soal Isya Rasyuka kepada anaknya. "Cepatnya siap, Isya,"ujar Datin Sri Amelia. "I lost my appetite,"kata Isya Rasyuka. "Why?" Isya Rasyuka hanya membiarkan s

  • TERLEPAS CINTA (BAHASA MALAYSIA)   16

    Tengku Rihanna menjahit baju Afiq Aizad yang terkoyak. Televisyen yang terpasang ditonton oleh ahli keluarganya yang lain. Di sebelahnya terdapat Aqif Azka yang asyik termenung. Dia perasan anaknya itu kuat mengelamun sejak petang tadi. "Aqif okey tak ni? Dari tadi lagi mama perasan Aqif kuat termenung. Aqif fikir apa?"soalnya. Teguran Tengku Rihanna menyentakkan Aqif Azka. Dia beriak biasa. Dia membuka telefonnya dan bermain permainan. "Kau taknak beritahu mama ke, Qif?"tanya Adi Adham. Aqif Azka membisu. "Beritahu apa?" Tengku Rihanna tidak mengerti. "Aqif dah break dengan Sofea sebab Sofea dah bertunang. Dia akan berkahwin tak lama lagi,"nyata Adi Adham. Seluruh ahli keluarga itu terlopong. "Seriously?" Marini terkejut. Mereka tidak menjangkakan perkara itu berlaku keran

More Chapters
Explore and read good novels for free
Free access to a vast number of good novels on GoodNovel app. Download the books you like and read anywhere & anytime.
Read books for free on the app
SCAN CODE TO READ ON APP
DMCA.com Protection Status