Share

10

Mereka berlima berdiri sebaris di hadapan pintu pagar. Hazel merungut dalam hati. Dia tadi hendak melangkah masuk ke dalam sekolah tetapi di tahan oleh Lucas. Katanya hendak dapat berkat. Jadi mereka akan melangkah serentak ke dalam sekolah. 

Motor pula di parking di luar sekolah. Katanya tak pernah lagi parking dekat luar lagi. Selalunya di dalam sekolah sahaja. Hazel hanya layankan sahaja. Macam-macam kerenah.

"Okey guys! 1! 2! 3!" jerit Lucas. Mereka melangkah serentak ke dalam sekolah. Nampaklah di situ muka tak ikhlas Hazel, Ethan dan Jayden. 

Theo pula yang terlebih teruja. Siap dirakam lagi. Katanya nak post dekat instagram. Dia kata dia baru download tiktok dengan funimate. Nak buat slowmo bagai. Entahlah. 

"Dah? Habis?" sindir Ethan dengan muka menyampahnya. Lucas sudah memuncung. Susah kalau berkawan dengan orang yang tak reti faham maksud apa itu 'fun' di dalam hidup. 

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status