LOGINSembilan orang pelajar terperangkap di sebuah sekolah setelah kampung halaman dan tempat tinggal mereka ditenggelami satu kabus gelap yang 'menelan' semua orang. Ibu bapa, kawan, keluarga mereka menjadi mangsa. Hanya kawasan sekolah sahaja yang masih terselamat. Tetapi, mereka tidak boleh tinggal di situ buat selamanya. Kabus gelap itu semakin merebak. Namun, ada sesuatu yang misteri di bawah kabus yang gelap.
View MoreMalam. Bulan purnama yang sepatutnya menerangi malam itu tidak kelihatan. Ianya tenggelam di dalam kabus yang gelap. Terlihat berpuluh-puluh orang zombie sedang berkeliaran di luar pagar sekolah. Terlihat juga sisa tulang manusia di pintu pagar. Sudah jelas, tubuh Abang Jad habis dimakan. Semua pelajar yang masih tersisa berkumpul di dewan yang gelap. Hanya diterangi sebatang lilin pendek yang bernyala yang dikelilingi oleh Shiro, Hara, Wani, Fikri, Kevin dan Fasha. Yun berada di sudut dewan, menundukkan kepala, memeluk lutut. Ren pula sedang bersandar pada dinding manakala Hendri sedang berdiri di pintu dewan, menyilangkan tangan ke dada dengan wajah yang serius. Selepas dikejutkan dengan kebenaran daripada mulut Yun tentang kejadian yang berlaku di bawah kabus yang gelap, kini mereka melihat dengan mata mereka sendiri. Abang Jad menj
Cahaya mentari di langit seperti sudah mula hilang. Senja sudah pun tua. Tidak kelihatan jelas kerana kawasan sekeliling sudah ditenggelami kabus gelap. Sudah hampir separuh jalan di hadapan sekolah ditenggelami kabus. Tidak lama lagi, ianya bakal menyentuh pintu pagar. Cikgu Fawis yang sudah tidak waras masih terikat pada tiang lampu di luar sekolah. Dia menderam tanpa henti dan meronta-ronta cuba melepaskan diri. Abang Jad tidak sampai hati melihat keadaan cikgu sekolah itu tetapi apakan daya, dia tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengubati Cikgu Fawis.Pengawal keselamatan sekolah itu sedang mengangkat telefon pintarnya ke hulu ke hilir, cuba mencari isyarat panggilan. Sejak semalam lagi dia berkelakuan seperti itu. Telefon juga dibiarkan terpasang walaupun tiada siaran. Sedang mundar-mandir di dalam pondok keselamatan, Abang Jad melangkah keluar. Cuba mencari isyarat di tempat lain. Langkah kakinya tidak sengaja membawa tubuhnya ke belakang pondok.Matanya ya
Yun duduk bersandar pada pintu kaca. Pada tangannya dipegang sebatang kayu yang dicabut daripada penyapu. Masih menunggu Qayyum yang sedang mencari cangkul besi tiga mata untuk dijadikan alat mempertahankan diri. Tidak lama kemudian, Qayyum datang membawa alat tersebut. Yun bangun. Mereka berpandangan sesama sendiri sebelum mengangguk serentak tanda sudah bersedia untuk keluar. Pintu kedai runcit dibuka. Mereka yang sudah lengkap dengan topeng penutup muka memandang ke kiri dan ke kanan. Setelah yakin tidak ada sesiapa, langkah mula diatur untuk bergerak ke arah sekolah. Sebelum itu, mereka harus bergerak ke arah kereta Qayyum dahulu. Sampai sahaja, pintu kereta pantas dibuka. Yun dan Qayyum melangkah masuk. Penutup muka dibuka. Enjin kereta dihidupkan. “Arah sekolah kau dekat mana?” “Pusing saja ke sebelah kanan. Nanti aku tunjukkan.” Qayyum menekan minyak. Kereta itu melalui jalan kanan. La
“Jumpa esok, Yun!” ucap seorang gadis seraya melambai tangan. Dia berjalan ke arah sebuah kereta yang sudah menunggunya di bahu jalan. Ingin pulang ke rumah setelah tamatnya waktu persekolahan.“Jumpa lagi, Sasya,” balas Yun dengan senyuman manis dan juga lambaian tangan. Dia hanya memerhati kawan baiknya membuka pintu kereta sebelum masuk ke tempat duduk belakang. Sasya merupakan satu-satunya kawan baik Yun. Walaupun gadis itu berasal daripada golongan berada tetapi dia tidak pernah berbangga dan sombong dengan harta yang ada. Disebabkan itulah, Yun amat menyayangi kawannya itu.Yun berjalan pulang. Rumahnya tidak jauh dari sekolah. Melangkah sahaja sudah sampai. Namun, langkah kakinya tidak membawanya ke rumah. Sebaliknya, dia menapak di hadapan kedai runcit. Sudah menjadi kebiasaan dia singgah di kedai runcit itu selepas pulang dari sekolah.“Kamu lagi, Yun?’ soal penjag
![PENGAKHIRAN KITA [BAHASA MALAYSIA] [BAHASA MELAYU]](https://acfs1.goodnovel.com/dist/src/assets/images/book/43949cad-default_cover.png)





reviewsMore