LOGINKerana terdesak inginkan perkerjaan, Maya Ariana rela bertunang dengan Safwan Imran. Dia sanggup mendengar segala hinaan dari keluarga tunangnya. Namun, tidak kepada Izz Adam, adik kepada Safwan. Bertembung sahaja mereka berdua, pasti akan terletusnya perang. Kalau tidak berkelahi itu memang ajaiblah. Sayang, pertunangan Maya dan Safwan tidak bertahan lama. Lafaz putus dikatakan apabila menyaksikan kecurangan Safwan. Begitu juga dengan Izz yang bertunang dengan sepupu Maya, Imanina. Entah bagaimana Maya dan Izz bernikah selepas kejadian itu. Itulah orang tua-tua kata, jangan benci lama-lama, nanti jatuh cinta. Haih, tak nak aku jatuh cinta dengan dia!
View MoreMaya mengetap gigi sebelum berpaling ke belakang. Kaki dihentak."Yang awak mengikut saya ni kenapa?" katanya dengan suara yang ditekankan. Semakin bertambah amarahnya apabila Safwan menyengih."Amboi, sayang abang dah tukar panggilan? Merajuk benar dengan abang," Safwan menyakat. Bukannya makin melembutkan hati Maya tetapi semakin geram pula gadis itu. Serasa Safwan mempermainkannya."Pergilah bela adik awak tu! Yelah, saya ni siapa. Bukan sedarah daging dengan awak. Sekadar terikat sebab tunang aje. Lainlah adik awak tu," gerutunya lalu melajukan langkah."Maya," lembut suara itu memanggil. Perlahan, Safwan melepaskan keluhan. Memori semalam menerjah kembali."Ini bilik Izz. Kalau perlukan apa-apa panggil saja aku. Insya Allah, aku boleh tolong kau," kata Safwan lalu meletakkan bagasi Izz di atas katil bersaiz bujang itu.Berkerut kening Safwan memandang Izz yang bercekak pinggang seraya menggeleng itu."Kau dah kenapa?" langsung dia bertanya.Izz menggeleng lalu duduk di birai kat
Safwan memandang tunang dan adiknya silih berganti. Seorang cemberut tanda merajuk manakala seorang lagi selamba sahaja wajahnya.Namun, bukan itu yang dia risaukan. Mangsa keadaan sekarang ini bukan dia. Tapi... Imanina.Canggung sahaja wanita berhijab bawal berona pucat itu. Kasihan Safwan melihat.Kenapalah kau tak beritahu nak datang Izz, oi! Gumamnya di hati. Geram.Ini pun nasib baik mereka kebetulan bertemu di pantai. Kalau tidak, mahu sesat adik tirinya itu."Kak Iman pergi dulu, Maya, Safwan. Mak dah suruh Kak Iman balik ni. Nanti bila-bila, Maya temanlah akak breakfast. Dekat-dekat gerai ni aje," Imanina bersuara setelah beberapa jam yang sunyi sepi. Dia bingkas pergi dari situ tanpa menghiraukan laungan Maya."Kak Iman..." Kendur suara Maya. Kepala tertoleh ke arah Izz. Bawah bibir digigit, geram. Yang makin membarakan hatinya, lelaki itu boleh mencebikkan bibir lagi."Ni semua sebab awak tau!" tiba-tiba Maya melepaskan amarahnya seraya bangun. Tepat dia menuding ke arah Iz
Rumah kayu kampung itu ditatap Maya lama. Berat rasa langkahnya hendak menjejak. Safwan yang di sebelah, menegur, "Ini ke rumah Maya? Cantik. Macam dekat muzium. Atap bumbung nampak 'gah' saja, seperti rumah orang kaya!" Melambung dia memuji. Sekadar senyuman dibalas Maya. Dia menghela nafas perlahan. Memori semalam menerjah kembali di benak fikirannya.Berkali-kali Maya menilik telefon bimbitnya. Seminit, dua minit, masih tiada panggilan daripada ayah. Sepi sahaja. Kebiasaannya ayah akan menelefonnya pada waktu pagi dan malam. Menanyakan khabarnya. Sudah hampir sebulan ayah tinggal bersama nenek. Kesihatan nenek semakin merosot menurut ayah."Tak akanlah ayah pun sakit," gumamnya. Rasa risau kian menggebu. Maya cuba untuk menelefon sekali lagi nombor telefon ayah. Masih. Sama.Ayah tidak mengangkat panggilannya.Akhirnya, Maya menekan nama Safwan. Tidak sampai sesaat suara itu kedengaran di cuping telinga.Selepas menceritakan hal tersebut, Safwan langsung mencadangkannya untuk p
"Iman nak putuskan pertunangan kita. Maafkan Iman, Adam." Luluh Imanina berbisik halus. Kepala yang menunduk sedari tadi, kembali mendongak. Jangkaannya meleset. Mimik wajah tunangnya langsung tidak kelihatan kecewa. Sedih? Jauh sama sekali. Hujung bibir lelaki itu menyenget, menyinis kepadanya.Air liur ditelan. Ingin sahaja ditarik semula kata-katanya. Namun, inilah keputusannya. Demi kebaikan Izz. "Kau curang dengan aku kan?" Terpancul lancar soalan itu dari mulut Izz. Panggilannya berubah. Nada menjadi kasar. Keningnya terjongket serentak.Terus Imanina menggeleng laju. "Apa maksud Adam ni?" sedih nadanya.Izz perasan. Tetapi dia tidak mengendahkan. Dia sudah penat berpura-pura, menghadapi kebohongan Imanina. Cukup-cukuplah mempermainkannya. "Bagi telefon kau," arahnya."Apa yang Adam nak buat dengan telefon Iman? Selama kita bertunang ni memang Adam tak percayakan Iman ke?" Kecewa Imanina. Matanya berkaca-kaca memandang Izz."Bagi sajalah." Pantas Izz merampas kasar telefon I
![Mr Princeslon Si Jejaka Itali [Bahasa Malaysia]](https://acfs1.goodnovel.com/dist/src/assets/images/book/43949cad-default_cover.png)
![Bidadari Encik Mafia [Bahasa Malaysia]](https://acfs1.goodnovel.com/dist/src/assets/images/book/43949cad-default_cover.png)



