All Chapters of Under The Dark Mist (Bahasa Malaysia): Chapter 11 - Chapter 12
12 Chapters
Bab 10
Cahaya mentari di langit seperti sudah mula hilang. Senja sudah pun tua. Tidak kelihatan jelas kerana kawasan sekeliling sudah ditenggelami kabus gelap. Sudah hampir separuh jalan di hadapan sekolah ditenggelami kabus. Tidak lama lagi, ianya bakal menyentuh pintu pagar. Cikgu Fawis yang sudah tidak waras masih terikat pada tiang lampu di luar sekolah. Dia menderam tanpa henti dan meronta-ronta cuba melepaskan diri. Abang Jad tidak sampai hati melihat keadaan cikgu sekolah itu tetapi apakan daya, dia tidak mampu berbuat apa-apa untuk mengubati Cikgu Fawis.Pengawal keselamatan sekolah itu sedang mengangkat telefon pintarnya ke hulu ke hilir, cuba mencari isyarat panggilan. Sejak semalam lagi dia berkelakuan seperti itu. Telefon juga dibiarkan terpasang walaupun tiada siaran. Sedang mundar-mandir di dalam pondok keselamatan, Abang Jad melangkah keluar. Cuba mencari isyarat di tempat lain. Langkah kakinya tidak sengaja membawa tubuhnya ke belakang pondok. Matanya ya
Read more
Bab 11
Malam. Bulan purnama yang sepatutnya menerangi malam itu tidak kelihatan. Ianya tenggelam di dalam kabus yang gelap. Terlihat berpuluh-puluh orang zombie sedang berkeliaran di luar pagar sekolah. Terlihat juga sisa tulang manusia di pintu pagar. Sudah jelas, tubuh Abang Jad habis dimakan.             Semua pelajar yang masih tersisa berkumpul di dewan yang gelap. Hanya diterangi sebatang lilin pendek yang bernyala yang dikelilingi oleh Shiro, Hara, Wani, Fikri, Kevin dan Fasha. Yun berada di sudut dewan, menundukkan kepala, memeluk lutut. Ren pula sedang bersandar pada dinding manakala Hendri sedang berdiri di pintu dewan, menyilangkan tangan ke dada dengan wajah yang serius.             Selepas dikejutkan dengan kebenaran daripada mulut Yun tentang kejadian yang berlaku di bawah kabus yang gelap, kini mereka melihat dengan mata mereka sendiri. Abang Jad menj
Read more
PREV
12
DMCA.com Protection Status