All Chapters of NOTICE ME, MR. CRUSH (BAHASA MALAYSIA): Chapter 11 - Chapter 14
14 Chapters
BAB 10
HARI berganti hari, semester ke enam pun sudah masuk ke pengakhirannya.Hal aku dan Almy hanya senyap begitu saja. Almy langsung tidak bertegur sapa denganku, begitu juga Fizi.Hari ini aku ke kafeteria untuk mengisi perut yang berkeroncong minta di isi.Hari ini, aku keseorangan menjamu selera. Al maklumlah, rakan-rakan aku sudah pulang ke kampung. Aku sahaja masih pulang ke rumahku memandangkan masih ada kerja yang belum diselesaikan.Saat aku melabuh duduk di meja makan, anak mataku mula tertumpu memandang Halmy Ikram yang bersendirian menjamu selera. Sejak dia menghantar mesej kepadaku sekitar bulan lepas, aku langsung tidak bersuara dengannya bila bertemu. Aku tiba-tiba jadi malu kucing pula.Sebenarnya, aku perasan juga yang Halmy Ikram bersendirian duduk di meja makan. Seperti tiada teman. Aku kehairanan. Dia tak ada kawan ke untuk makan bersama? Bukankah sebelum ini Fakhrul bersamanya.Mana
Read more
BAB 11
CUTI semester ke enam sudah menjelang tiba sebelum aku menjalankan praktikal di semester yang akan datang. Hari ini adalah hari bermakna dalam hidupku. Bermakna memang bermakna, tapi hari pertunangan begini lebih bermakna jika aku menjalinkan ikatan bersama seorang jejaka yang aku cintai. Iaitu, Halmy Ikram. Tidak mengapalah, mungkin Allah tidak makbulkan doa aku untuk memiliki dirinya kerana Allah ingin memberikan sesuatu yang aku perlu, bukan sesuatu yang aku ingini. Hanya Allah saja yang tahu betapa sedihnya diriku ketika ini. Pernah juga aku persoalkan, mengapakah ibu menerima lamaran itu sedangkan aku tidak memberi kata putus.  Arghhh, sudah terlambat untuk memikirkan hal itu. Reda sajalah, kerana di sebalik sesuatu ada sesuatu. Usai Majlis pertunangan berlangsung ibu memanggil diriku di halaman rumah. “Achik … tak mahu jumpa bakal tunang Achik ke? Dia ada di luar tu.” Ibu tersenyum segaris ketika mata kami s
Read more
BAB 12
ENAM bulan sudah berlalu. Hubungan aku dan Halmy Ikram baik-baik saja walaupun kami jarang bersua. Hari demi hari, cintaku terhadapnya semakin mendalam. Kata nasihat yang sering diberikan kepadaku, sentiasa aku simpan dalam ingatan. Sifat Halmy Ikram yang sentiasa menghormatiku sebagai wanita, membuatkan aku rasa sangat bertuah kerana bakal memiliki lelaki sepertinya. "Awak, saya cinta awak kerana Allah. Maafkan saya sebab tak mampu berikan awak jadi yang pertama dalam hati saya." "Jangan cintakan saya melebihi Allah dan rasulnya." "Solat jangan tinggal. Kita ni duduk dalam dunia hanya sementara." Itulah kata-katanya setiap kali berpeluang untuk bertemu. Setiap kali terkenangkan ayat-ayat itu, setiap kali itulah bibirku akan menguntum senyuman bahagia. "Hurm, rindunya dekat awak." Sambil berjalan menuruni anak tangga. sempat aku berbicara sendiri. Bila terkenangkan Halmy Ikram, hati aku berbunga-bunga. Aku ni dah
Read more
BAB 13
AKU menggoncang kuat tubuh ibuku. Aku mahu kepastian yang sebenar-benarnya. Hanya ibu yang boleh meyakinkan aku. Melihat keadaan aku begini, ibu terus mengerat kuat tubuhku. Merasa pelukan ibu hangat ditubuhku, sudah cukup membuatkan aku yakin bahawa semua yang dikatakan kepadaku benar belaka. Aku dengar esakan tangis ibu di tepi telingaku. Segera, aku leraikan pelukan kami. "Maafkan ibu sebab terpaksa rahsiakan hal ini sepanjang waktu achik ada di sana." Lututku melurut ke lantai. Lemah sungguh menerima kenyataan ini. Ya Allah, berat ujianmu kali ni. Jika ini caranya untuk engkau ampunkan dosaku yang lalu, aku cuba untuk terima. "Memang dia putuskan pertunangan kami? tapi kenapa?" aku bertanya lagi. Kepastian yang diinginkan. "Ibu tak ada jawapan untuk itu Achik. Maafkan ibu sebab dah buat anak ibu terluka." Ibu mengusap lembut kepalaku, mahu memberikan secebis ketenangan. "Bukan mak cik yang buat dia terluka, tapi Halmy! ter
Read more
PREV
12
DMCA.com Protection Status