All Chapters of ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA) : Chapter 41 - Chapter 50
61 Chapters
BAB 41
BAB 41   SYAFIQ masuk dalam kelab itu bersama dengan Sharifah Alin. Puas dia tegah, namun sia-sia usaha bila wanita itu sengaja mahu pamerkan kemesraan antara mereka di hadapan Jasmin sebelum mereka berkahwin.   Ugutan yang sama iaitu adiknya Aqilah. Sharifah Alin semakin melampau.   "Jangan tunjuk sangat yang you tak suka pada I, Fiq. Depan perempuan tak guna tu nanti, I nak you kiss I." Satu arahan tegas lagi diberikan pada Syafiq, dipeluk mesra lengan tegap lelaki itu. Katakan dia perempuan kemaruk jantan, dia tak kisah asalkan Syafiq menjadi miliknya. Hanya miliknya seorang!   Syafiq berdecit kesal. Ikut hati mahu saja dia terbalikkan kerusi dan meja dalam kelab ini. Bukan dia tak nampak kelibat Jasmin yang asyik memandang ke arah mereka sejak dia masuk bersama Sharifah Alin.   "I nak perempuan baju biru tu ambil order I dan my baby." Arah Sharifah Alin bila seorang lelaki da
Read more
BAB 42
BAB 42   THAQEEF cengkam belakang rambut Adra bila isterinya itu masih diam membisu. Kesabarannya makin hilang bila Adra seolah mencabar dirinya.    "Siapa jantan tu Adra!" Jerkah Thaqeef lagi. Adra benar-benar sudah buat dia rasa marah. Rasa berang. Rasa dikhianati.    "Kau milik aku Adra,hak aku!" Tegas Thaqeef,tubuh Adra dia angkat dan diangkat atas bahunya .Langkah kaki diatur masuk ke dalam bilik.   Pintu bilik air dikuak kasar dengan tangan kanannya.Tubuh Adra diletakkan ke dalam bath tub .Wajah  Thaqeef sangat tegang buat Adra kelu untuk bersuara.   Pandang tepat wajah Adra, Thaqeef tahu ada sesuatu disebalik sinar mata yang indah itu tapi apa yang Adra rahsiakan dari dirinya? Siapa lelaki itu?   "Kau bersihkan diri kau. Aku tak nak sentuh kau sekarang Adra. Aku cukup benci orang lain sentuh isteri aku.Hak aku.Milik aku!" Mata hazel Thaq
Read more
BAB 43
BAB 43   "SAYANG.." Ucap Thaqeef bila Adra melepaskan tautan bibir mereka. Bibir masih terasa basah.Tubuh Adra dipeluk kemas seolah tidak mahu melepaskan Adra walaupun hati masih dikuasai dengan perasaan marah.Tapi kini, dirinya sudah goyah dengan godaan Adra.   Adra pejamkan mata bila tangan besar Thaqeef mengelus hujung bibirnya. Dia gigit bibir bawahnya.   "Betul, kepala kau okay?" Soal Thaqeef inginkan kepastian. Dia tak mahu Adra sakit nanti bila mereka larut dengan lautan asmara. Thaqeef tahu diri dia bila dah mula, susah untuk berhenti. Lagi-lagi bila bersama Adra.   Terbuka mata Adra bila tiba-tiba tubuhnya dicempung oleh Thaqeef. Adra tahu ke mana arah tuju Thaqeef. Dia melihat mata yang memandang dirinya dengan penuh nafsu itu. Thaqeef kucup tepi dahi Adra sebelum pintu bilik itu ditolak dengan sebelah kakinya. Ah, tak sabar rasanya ingin menakluki Adra.   Adra masih ti
Read more
BAB 44
BAB 44        RAFIQ menoleh ke belakang, dia risau kalau ada orang lain melihat dirinya. Sejak kejadian tempoh hari, ,dia terus lari dari rumah Darius. Dia pasti suami Adra pasti akan mencari dirinya. Ah, kenapa dia kalah dengan lelaki itu? Tak, tidak akan sesekali dia lepaskan Adra. Dia akan dapatkan Adra juga walau apa pun yang terjadi. Mujurlah dia menjumpai sebuah rumah terbiar bila dia turun dari bas. Sekarang dia berada di Rantau Panjang, Kelantan.Suami Adra tak akan dapat menjumpainya disini. Dia perlu membuat rancangan dengan teliti,tidak boleh cuai lagi. Kerana ikutkan nafsu, dia terus terjah ke dalam rumah Adra tanpa memikirkan tentang suami Adra, fikirnya.. lelaki itu keluar bekerja rupanya suami Adra masih berada dalam rumah. Ah, sekarang ni dia perlu mencari wang. Selepas ini, dia akan kembali ke Kuala Lumpur untuk mendapatkan Adra. Adra hany
Read more
BAB 45
BAB 45    BEGITU cepat masa berlalu, Adra akui bukan mudah untuknya menjadi seorang isteri kepada Thaqeef Ilham. Bersama Thaqeef dia bahagia walaupun Adra tahu bukan mudah untuk dirinya dan Thaqeef mencapai bahagia.Rafiq sampai sekarang tidak dapat dijumpai. Datuk Ikram pula setelah hampir dua bulan tidak muncul, semalam baru saja  memberitahu ingin bertemu dengannya. Adra sedar dan tahu tentang itu. Datuk Ikram tidak pernah menyukai dirinya. Diajak oleh Thaqeef makan malam dirumah mereka juga begitu banyak alasan yang diberikan oleh Datuk Ikram.Sisip lembut air coklat panas itu pada bibirnya, Adra letakkan kembali cawan kaca itu di atas meja. Pusing tubuh, Adra masuk ke dalam biliknya setelah puas mengambil angin malam di balkoni.  Setelah lima belas minit membersihkan diri dan menukar pakaiannya, Adra atur langkah menuju ke bilik kerja Thaqeef. Setelah keluar bersama Jasmin petang tadi, Adra ketiduran akibat sakit kepala. Bukan tidak
Read more
BAB 46
BAB 46 "SAYA  nak kamu tinggalkan Thaqeef. Saya yakin, bila dia dah tahu siapa kamu sebenarnya dia akan lebih membenci kamu." Ujar Datuk Ikram tegas. Wajah Adra yang sedang tunduk itu dia pandang dengan tajam. Baginya, Adra penghalang untuk dia mengawal Thaqeef. Sejak mengenali Adra, Thaqeef mula memberontak dan ingkar dengan segala arahan dia. Lebih kebenciannya pada Adra bila mengetahui yang wanita ini anak kepada lelaki yang pernah cuba menculik arwah isterinya dulu. Dia juga yakin bila Thaqeef mengetahui hal ni, lelaki itu akan lebih membenci Adra. Rossa, isteri yang dia kasihi meninggal akibat ayah Adra. Adra tersentak. Wajah Datuk Ikram dicari. Tangan memintal hujung baju miliknya. Sungguh, Adra takut sekarang ni. Takut dengan Datuk Ikram dan dia juga takut dengan amukan Thaqeef. "Tapi saya tak boleh tinggalkan Thaqeef, Datuk.." Jawab Adra dengan lemah. Ma
Read more
BAB 47
BAB 47 JASMIN terkesima bila mendengar bicara Adra. Tuhan, kenapa mereka diuji sebegini hebat? "Habis tu, kau nak buat apa sekarang ni?" Soal Jasmin sambil fokus pada pemanduan. Mereka sedang menuju ke kampung Jasmin. Adra masih teresak-esak menangis. Susah untuk dia menerima semua ini. Kenapa begitu sukar untuk dia mengapai bahagia bersama Thaqeef? Atau mungkin sudah takdir dia hanya mampu menjadi isteri Thaqeef untuk masa seratus hari? Kini sudah dua bulan dia menjadi isteri Thaqeef. Memang dia rasa bahagia bersama lelaki itu. "Ikut arahan Datuk Ikram buat masa sekarang. Itu yang aku tahu." Balas Adra seraya melemparkan pandangan ke arah luar cermin kereta. Air mata yang masih tersisa disapu dengan belakang tangannya. "Kau yakin Thaqeef akan lepaskan kau?"Soal Jasmin lagi. " Yakin. Sebab aku hanya isteri seratus hari dia. Itu yang aku minta dulu. Dan aku akan pastikan dia tunaikan janji dia tu." Adra lentokkan kepala pada cer
Read more
BAB 48
BAB 48 TERSEDAR Adra dari lena bila kedengaran azan subuh kedengaran. Semalam, hampir pukul 3 pagi baru dia dapat melelapkan mata. Sudah tiga hari berlalu sejak perbualan yang terakhir dengan Thaqeef. Adra angkat tubuh, dicapai tuala lalu masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri. Selepas menunaikan solat subuh, Adra labuh duduk kembali atas katil. Giliran dia pula mengejutkan Jasmin. "Aku uzurlah!" Jasmin tutup wajah dengan selimut. Adra tarik kembali selimut itu buat Jasmin rasa sebal dan mula bangun bersandar sambil mata memandang tajam ke arah Adra yang tersenyum lebar. Sukalah tu, dapat usik dia tidur. "Yeke kau uzur?" Soal Adra sambil angkat sebelah kening. "Yelah, kau nak tengok darah period aku ke?" Jasmin acah mahu buka seluar depan Adra buat sahabatnya itu menutup mata dengan cepat. "Gila lau kau ni, Min. Kotorlah!" Rungut Adra seba
Read more
BAB 49
BAB 49   TENGAH HARI ITU, Adra turun ke dapur untuk memasak kerana Jasmin rindu pada masakannya. Pandai minta dia masak, tapi Jasmin hilang  bersama Puan Kalsom. Ala sengaja lah tu, tak nak tolong dia masak. Dia cukup kenal dengan Jasmin. Tapi itulah kawan yang selalu ada untuknya.    Capai kuali dan Adra mula menumis untuk memasak ayam paprik kegemaran Jasmin. Baru saja ingin memasukkan ayam yang sudah separuh masak digoreng, tubuhnya dirangkul dari arah belakang. Tersentak Adra buat seketika namun haruman lelaki Calvin Klein milik Thaqeef menyapa deria baunya. Tak perlu lama Adra meneka kerana haruman lelaki milik Thaqeef Ilham sudah sebati dalam dirinya. Tersentak, Adra kecilkan api gas bila rambutnya diselak ke tepi dan bahunya dikucup lembut oleh lelaki itu.    "Sayang.." Adra pejamkan mata, tangan dikempal kuat. Biarpun hanya tiga hari tidak mendengar suara itu, Adra rindu. Tak mahu larut dengan pera
Read more
BAB 50
BAB 50 ADRA tersedar dari tidur bila kedengaran ketukan pada pintu bilik. Tangan Thaqeef yang merangkul pinggang, dia alih dengan segera. Bangun dari katil, sempat Adra mencapai tuala untuk membersihkan diri. Jam menunjukkan sudah pukul empat petang. Patutlah lena dia tidur kerana merasa nyaman tidur dalam pelukan Thaqeef.  "Adra.." Baru saja ingin mengetuk pintu sekali lagi, pintu itu sudah dikuak dari dalam. Sebenarnya, tidak mahu dia menganggu Adra namun kedatangan Jamilah rakan sekolah mereka tiba-tiba bertandang ke rumahnya membuatkan dia terpaksa memanggil Adra.  "Ye.." Jasmin cuit bahu Adra dengan tangannya bila melihat leher Adra yang merah. Patutlah senyap lama, rupanya mengaum dua orang ni. Lepaskan kerinduan lah tu.. "Kenapa kau ni, Min.." Pelik Adra dengan senyuman miang Jasmin. Ada apa dengan lehernya? Terus Adra bergerak ke tepi Jasmin dan melihat pada cermin yang terletak pada ruang tamu rumah Jasmin. Terbuntang mata Adra bila
Read more
PREV
1234567
DMCA.com Protection Status