All Chapters of ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA) : Chapter 31 - Chapter 40
61 Chapters
BAB 31
BAB 31  ADRA tahan rasa geram dan menyampah dalam hati bila sejak mereka sampai dekat Diamonds, Thaqeef asyik berbual dan bermesra dengan seorang wanita bernama Leyla. Tangan kanan memeluk dirinya, sebelah kiri memeluk Leyla. Siapa yang tak sakit hati? Cuba cakap, biar Adra bagi takzirah sikit! Makin menyirap darah Adra bila Leyla si gedik tu mencium tepi pipi Thaqeef dan lebih buat dia sakit hati, Thaqeef hanya membiarkan itu. Malah, bergelak tawa! "Saya nak jumpa Jasmin." Bisikan Adra pada Thaqeef. Namun, Thaqeef semakin kuat mencengkam tepi pinggangnya. "Please.." Adra tayang wajah comel pada Thaqeef. Harapnya, menjadi lah.  "No!" Thaqeef jengilkan mata dengan tajam pada Adra. Susah untuk dia biarkan Adra dengan Jasmin. Bukannya dia tak perasan, sejak Adra masuk bersamanya, ramai mata lelaki yang nakal memandang isterinya. Esh!  "Kau masuk kerja dulu. Aku ada hal dengan isteri aku." Lepaskan pelukan pada pinggang Leyl
Read more
BAB 32
BAB 32 ADRA tayang wajah selamba bila dia melihat susuk tubuh Ricky semakin mendekati dirinya dan Jasmin. "Ricky datang." Adra jeling tajam pada Jasmin. Macam lah dia tak nampak. Sekarang ni, apa dia nak jawab pada singa Thaqeef tu? Dia pun tak sangka yang Hariz akan mengucup tangannya. Uh, oh. I'm dead! Ricky peluk bahu Hariz dari tepi. Bukan dia tak kenal, Hariz si kasanova ni. Tapi nampaknya malam ini Hariz sudah salah memilih mangsa. "Perempuan lain boleh kau nak. But not her, Hariz. Dia milik Thaqeef. Aku rasa aku tak perlu nak cakap banyak dengan kau kot. Kau dah kenal Thaqeef dah lama kan?" Angkat sebelah kening pada Hariz, ditepuk perlahan tubuh Hariz. "Adra, please." Ricky tunjuk arah bilik Thaqeef dengan tangannya biarpun dia tahu yang Adra sudah tahu dimana bilik Thaqeef. "Takut.." Sempat Adra berbisik pada Jasmin sebelum berjalan dihadapan Ricky. Jasmin dah berdekah suka. Tulah, berani sangat. Siapa
Read more
BAB 33
BAB 33 "BABY,aku datang untuk kau. Aku datang sebab aku cintakan kau." Megat Arash sedar apa yang sudah dia lakukan pada Mikayla empat tahun yang lepas adalah sesuatu yang sukar untuk dimaafkan. Namun, peluang yang dia dapat ini tak akan sesekali dia siakan. Sudah lama dia mencari Mikayla, dia tak menyangka wanita itu sudah pulang ke Malaysia. Sebab dia tahu, di Malaysia Mikayla tidak punya sesiapa pun.  Tepis laju tangan lelaki itu, Mikayla pusingkan tubuh lalu menjauh dari lelaki itu. Air mata yang mula berkolam pada birai mata, dia tidak hiraukan. Setelah empat tahun? Cinta? "Kayla.." Megat Arash mendekat dan tubuh wanita itu dipusing menghadap dirinya. Namun, air mata yang jatuh pada pipi itu membuatkan hati lelakinya merasa sakit. Setelah Mikayla meninggalkan dirinya, barulah dia sedar yang dia mencintai wanita itu. Namun, semua itu sudah terlambat. Mikayla pergi dengan salah faham. Mikayla pergi dengan menyangka yang dirinya
Read more
BAB 34
BAB 34 CAFE BISTRO, KUALA LUMPUR 2PM "KAU pasti dengan apa yang kau siasat ni Dafi? Betul perkara ni kau dah siasat sampai ke Kedah?" Soal Datuk Ikram pada seseorang yang dia percaya.Dia tak mahu salah maklumat yang sampai kepadanya.  Setelah Thaqeef mengatakan sudah berkahwin dengan Adra, dia tahu dia tak patut duduk diam.. Dia patut siasat siapa Adra yang sebenarnya. Dia tak mahu Thaqeef diperbodohkan lagi seperti Mikayla. " Ye, saya dah siasat apa yang Datuk mahu. Ini yang saya dapat dari rumah itu. Rumah itu sudah tidak berpenghuni." Lelaki yang bernama Dafi itu hulurkan satu sampul surat besar pada Datuk Ikram.  Tanpa buang masa, Datuk Ikram buka sampul berwarna coklat itu. Apa yang  terhidang pada lensa matanya, membuatkan tangannya sedikit menggigil dan semua gambar itu terjatuh ke bawah. Tak mungkin! Tak mungkin dia! Tak mungkin dia orang yang sama!  "Datuk okay?" Tanya Dafi bila Datuk Ikram seolah b
Read more
BAB 35
BAB 35  "SAKITLAH, Thaqeef!" Siapa tak marah bila Thaqeef sengaja menolak troli rapat sehingga terkena pinggulnya. Namun, Thaqeef hanya buat bodoh dan terus jalan ke depan meninggalkan Adra di belakangnya..  Lepas makan malam tadi, terus diajaknya Thaqeef beli barang dapur yang hampir habis. Maka disini lah mereka. Thaqeef pula bukannya nak tolong pilih, tapi asyik dengan telefon bimbitnya dari tadi.  Sedikit memuncung bibir Adra. Sengaja diletakkan pencuci pakaian itu dengan kasar sehingga membuatkan tumpuan Thaqeef kembali kepadanya. "Marah?" Sengaja Thaqeef cari pasal. Bukan dia tak nampak bibir kecik tu memuncung dari tadi. Nak dia pujuk lah tu! Lambet lagi! Merajuk lah sampai tahun depan! Eh, acah je kau Thaqeef. "Sayang."  Kan dan cakap. Adra
Read more
BAB 36
BAB 36 PENTHOUSE BINJAI MEGAT ARASH10PM BUKA saja mata, Mikayla tahu dia bukan berada di rumahnya. Mengenali seorang Megat Arash dia juga tahu lelaki itu tak akan mudah lepaskan dirinya. "Baby dah sedar?" Sandarkan tubuh pada belakang bantal,Mikayla hadiahkan jelingan tajam pada Megat Arash. Labuhkan duduk pada birai katil,Megat Arash cuba menyentuh tangan halus Mikayla namun tidak berjaya bila ditepis laju. "Kau nak apa lagi,Arash? Antara kau dan aku dah lama tamat.Aku tak cintakan kau lagi.Tolong,jangan ganggu aku lagi. Aku nak balik Arash,Aku tak nak tengok muka kau lagi!"Terus Mikayla bangun dari katil dan bila dia memandang kembali pakaian yang tersarung pada tubuhnya membuatkan dia terjerit kecil. Jerit macamlah dia masih dara! Ah,tapi ada dia kisah? Dia tak suka Arash! Dia benci! "Kenapa?"Soal Megat Arash berpura-pura ti
Read more
BAB 37
BAB 37 BAB 37 "APA maksud kau, Alin? Jangan nak buat drama dengan aku!" Aqilah dibawa ke belakang tubuh bagi melindungi adiknya. "I rasa I tak perlu jelaskan apa-apa pada you, Fiq. Tapi you sendiri tahu you tak boleh ambil adik you. Perjanjian ibu ayah you dan keluarga I jelas dekat dalam ni, Fiq. Hak perjagaan Aqilah pun jatuh pada keluarga ini, Fiq!" Tegas suara Sharifah Alin. Jelak bila dia melihat lelaki itu terus menerus melindungi adiknya itu. Dia hanya inginkan Syafiq bukan Aqilah! Dia tak nak kongsi kasih dengan Aqilah. Katakan dia tamak atau gila kerana dia sedar hubungan antara Shafik dan Aqilah tak akan putus biarpun apa pun yang terjadi. Mengingati itu, penumbuk dikepal. Ye, dia tahu. Semua itu adalah agenda keluarga Sharifah. Masa itu, ayah dan ibu sangat terdesak. "Kau nak apa?" Sengaja buat tak tahu. "I nak you kahwin dengan I
Read more
BAB 38
BAB 38 PAGI. Adra tersenyum suka melihat hidangan atas meja itu. Akhirnya sudah siap makanan yang dipinta oleh Thaqeef. Nice kan? Adra tersenyum gedik. Tubuhnya digoyangkan ke kiri dan ke kanan tanpa dia sedar dari sejak tadi Thaqeef melihat semua itu. Budak kecik ni, kalau tak menduga dia tak boleh agaknya? Haha! Dari tadi dia menahan diri. Hanya sexy mini  lingerie berwarna gold yang tersarung pada tubuh itu, siapa yang tergugat? Ah, hanya orang gila je tak tunduk dengan nafsu sebegini. Nasib baik dia ada meeting penting pagi ini, kalau tak Adra yang akan menjadi santapan paginya. Ah, Adra sudah membuat dia gila bayang! "Arrghhh.." Terkejut Adra bila pinggangnya dirangkul oleh Thaqeef. Adra malu, mesti Thaqeef sudah nampak tarian gerudi dia tadi. Tulah kau Adra! Tak menyempat nak bergelek gerudi pun. Tunggulah Thaqeef pergi
Read more
BAB 39
BAB 39   TUBUH Adra dihumban atas katil sehingga membuatkan gaun hitam milik Adra sedikit tersingkap ke atas menyerlahkan paha gebu miliknya.   Nafsu Adham mula terusik. Mulanya, dia cuma ingin berkenalan dengan Adra. Tapi kalau begini keadaannya, tidak dapat dia mengawal lagi nafsu lelakinya.    Adra mengeresotkan tubuhnya ke belakang bila Adham semakin mendekati. Rambut yang sedikit menutupi wajahnya itu dia singkap kasar.Gaun yang terselak itu juga dia jatuhkan ke bawah kembali.    "Jangan dekat, Adham! Kalau tak, saya jerit. Saya isteri orang, Adham!" Dia ingatkan kembali statusnya pada lelaki itu.   "I don't care, Adra! I cuma nak belai you." Terus dia tarik kaki Adra sehingga wanita itu kembali telentang kembali atas katil.    "Jangan!" Jerit Adra kuat bila lelaki itu menindih dirinya. Nafas raungan itu hanya menambah nafsu gila Adham..&n
Read more
BAB 40
BAB 40  SIULAN kecil terbit dari bibir Megat Arash. Tangan halus Mikayla dibawa ke arah bibir dan dikucup sebelum tubuhnya dipukul bertalu-talu oleh Mikayla.  Garang! Tapi takpe, dia suka!  Mikayla jengilkan mata garang pada Megat Arash. Suka hati dia je. Lelaki ni ingat dia apa hah? Selepas siap membersihkan diri tadi, terus dia dipaksa memakai pakaian yang dia sendiri tidak tahu kepunyaan siapa.  Kalau dia tidak sudi memakai pakaian itu, dirinya diugut tak akan dihantar pulang. Banyak kacak muka jantan tak guna ini! Tapi memang kacak pun! Huh! Kenapa Arash semakin kacak sekarang? Mikayla rasa tidak puas hati. Mesti ramai perempuan.  Ah, Megat Arash dari dulu sampai sekarang tak pernah berubah! Selalu buat hatinya berlagu riang. Menci! Dia kena bencikan lelaki itu! Esh, kenangan itu bagaikan berulang kali. Mikayla tepis laju bayangan yang tak mahu dia ingat.Tangan naik bagaikan menolak angin sehingga membuatka
Read more
PREV
1234567
DMCA.com Protection Status