All Chapters of ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA) : Chapter 61
61 Chapters
EPILOG
EPILOG TUBUH belakang disandar pada bantal. Rambut Thaqeef dibelai lembut dengan jari-jemarinya. Kemudian, Adra menunduk dengan perut yang mula menampakkan bentuk,dia kucup pula dahi Thaqeef. Tak sedar masa cepat berlalu, sudah tiga bulan kandungan Adra.  "Sayang.." Thaqeef memulakan bicara, tangan runcing Adra dicium sekilas.  "Ye, suami saya." Adra ukir senyuman manis pada Thaqeef.  Thaqeef tekup wajah di perut Adra,disertakan sekali ciuman pada perut itu. Seolah tak percaya, dirinya akan menjadi seorang bapa. Seorang lelaki dan suami yang pendosa.  "Ajar aku solat, boleh?" Bukan tidak tahu solat, cuma Thaqeef sudah lama menunaikan kewajipan yang satu itu.  Terkelip-kelip mata Adra seolah tidak percaya. Sebenarnya Adra selalu bentangkan sejadah pada Thaqeef selepas dia menunaikan solat namun Adra tahu bukan senang untuk suaminya berubah.  Kini, mungkin makbulnya doa seorang isteri. Adra kucup pip
Read more
PREV
1234567
DMCA.com Protection Status