All Chapters of Kekasih Hati Cik Dingin: Chapter 31 - Chapter 40
47 Chapters
BAB 30
TERASA jantungnya bagaikan dicabut dan dibuang jauh ke dasar laut sebaik sahaja ayat-ayat yang dituturkan oleh Rayyan Zafrul menendang gegendang telinganya. "Maksud Encik Rayyan?" Rayyan Zafrul yang sedang duduk di kerusi sebelah katil itu sambil membelai lembut rambut anaknya tersenyum melihat wajah risau Zuriana Imani. Ha... tahu pun takut. Itulah suka sangat nak marah-marah tak tentu pasal."Kenapa Encik Rayyan tergamak buat saya sampai macam ni? Setelah apa yang Encik Rayyan buat, saya rasa Encik Rayyan tak akan dapat hak penjagaan Damian!" tegas Zuriana Imani."Okay, we'll see... Saya akan dapatkan peguam yang terbaik, saya sanggup berhabis kali ni. Asalkan saya dapat anak saya balik. Awak kena ingat, hakim pasti akan menyoal Damian jugak nanti, nak atau tak nak, awak kena laluinya jugak," ba
Read more
BAB 31
SELEPAS dua hari dirawat, demam panas yang dialami oleh anak lelaki Rayyan Zafrul dan Zuriana Imani kini sudahpun kebah. Hari ini dia boleh dibawa balik ke rumah. Zuriana Imani  membawa  Rayyan Zafrul  singgah di rumah mereka yang juga merupakan rumah banglo milik Rayyan Zafrul, namun dia langsung tidak  ingat akan rumah yang dibelinya satu tahun sebelum  berkahwin."Besarnya rumah ni... tak sangka Zuriana boleh memiliki sebuah rumah banglo yang sebesar ini," kata Rayyan Zafrul semasa menapak keluar dari perut kereta Toyota corolla berwarna hitam miliknya itu. Ini mesti si Shahril yang belikan rumah ni untuk dia.Lawaknya laki aku ni. Eh, bukan. Bakal EX laki aku. Ha, itu baru betul... rumah sendiri pun tak ingat? gumam Zuriana Imani dalam hati seraya memulas  tombol pintu utama rumah banglo itu. "Encik Rayyan, masuklah. Buat macam rumah sendiri
Read more
BAB 32
HARI ini ialah hari kelima mereka kembali menjalani hidup sebagai suami isteri. Zuriana Imani berada di ruang keluarga di tingkat atas rumah banglo itu sedang bercakap dengan seseorang melalui telefon bimbitnya."Helo, assalammualaikum Hawa," ucap Zuriana Imani."Waalaikumsalam Zuriana.""Ada apa kau call aku?""Malam ni jangan lupa datang ke rumah aku, hari ni anniversary perkahwinan aku dengan Shahril yang ke tiga tahun! Takkan kau dah lupa kot, 10 Mei...""Alah, aku terlupalah Hawa... maaf.""Yelah... aku faham, kau pasti akan lupa punya... orang tu kan sekarang ni dah kembali bersama dengan King Charming dia..." ujar Siti Hawa sambil ketawa."Eh, jangan nak mengada-ngada ye..." Zuri
Read more
BAB 33
TELEFON bimbit milik Rayyan Zafrul berdering sekali lagi, sepantas kilat Zuriana Imani menjeling ke arah skrin telefon bimbit milik suaminya itu. Aryan Syah? Lamanya tak dengar khabar dia. Si Mira pulak semenjak ikut Aryan berpindah ke New Zealand, jarang benar dia berhubung dengan aku. Hai Mira, aku rindu kau!  Pada mulanya dia ingin menjawab panggilan itu, namun Rayyan Zafrul yang juga kebetulan baru sahaja selesai mandi di swimming pool itu sedang berjalan menuju ke arahnya dan diiringi oleh Damian Mikhael yang berjalan di belakang. Zuriana Imani segera mengalih pandangan ke arah lain."Wah, Aryan!" seloroh Rayyan Zafrul sebaik sahaja mengerling nama pemanggil di skrin. Cepat-cepat dia menguis skrin telefon bimbit itu untuk menjawab panggilan itu."Helo bro! Assalammualaikum," ucap Rayyan Zafrul.
Read more
BAB 34
AKU sekarang ni dekat mana? Kenapa tempat ni berbau ubat? Bukan ke aku bawak isteri dan anak aku berjalan-jalan di Tasik Titiwangsa... takkan tasik ni berbau ubat!"Macam mana keadaan dia, doktor?"Seketika telinganya ditampar oleh suara lelaki yang bertanya kepada seseorang.Err... itu macam suara Shahril."Keadaan Encik Rayyan sekarang ni sudahpun stabil, kepalanya mengalami hentakan yang kuat dan tulang rusuk ketiga di bahagian kanannya retak.""Tapi doktor... dia masih belum sedarkan diri. Saya risau... saya takut abang saya koma lagi..." Kali ini ada satu lagi ada suara. Tetapi suara lelaki yang lain, seorang lagi selain dari suara Shahril dan suara doktor tadi.Ini... ini suara Zarul, adik aku. Adakah aku sekarang ni di dalam wad lagi? Apa yang terjadi? Bila masa aku koma lagi? Isteri aku... a
Read more
BAB 35
"RAYYAN...""Ye papa," sahut Rayyan Zafrul sambil menyeka air matanya."Rayyan dah dapat ingat semuanya?""Ye papa, Rayyan dah ingat, ingatan Rayyan dah kembali semula!""Alhamdulillah... baguslah kalau macam itu," sahut Dato' Azahari.Rayyan Zafrul melepaskan pelukan pada tubuh Damian Mikhael. Dia terkejut sebaik sahaja mendapati anaknya sudah tertidur di dalam pelukannya."Eh, tertidur pulak?" soal Rayyan Zafrul sambil ketawa melihat anaknya yang sudah lentok terlena itu. "Patutlah dia senyap aje...""Damian tu rindu kat papa dia... sebab itulah sampai tertidur dalam pelukan kamu tu Rayyan..." Datin Safura turut mencelah."Err... Rayyan, papa nak tanya satu benda dekat Rayyan, boleh?""Boleh, papa
Read more
BAB 36
LANGKAH kakinya dipercepatkan untuk menuju ke arah pintu bilik wad yang terletak di bahagian hujung. Kelibat kedua-dua mertuanya yang sedang duduk di sebelah pintu itu tidak dipedulikan, dia hanya mahu berjumpa dengan suaminya yang tercinta. Tombol pintu dipulas dan daun pintu itu ditolak ke dalam. Pandangan matanya terus melekat ke arah sekujur tubuh yang terbaring kaku di atas katil itu. Kepala suaminya yang masih berbalut dan tubuhnya juga dibalut. Seterusnya pandangannya beralih kepada si anak kecil yang terlena di sebelah kiri tubuh suaminya. Senyuman terukir di bibir sambil merenung wajah si kecil yang sedang terlena itu.Rayyan Zafrul mencelikkan sedikit mata kirinya untuk mengintai si isteri. Sabar Rayyan... kena ingat, kalau dia dapat tahu ingatan aku dah pulih, habislah aku! Tapi kenapa dia langsung tak nak sentuh aku? Kenapa dia asyik pegang Damian aje dari tadi? Tak boleh jadi ni. Di
Read more
BAB 37
Dua minggu berikutnya...SELEPAS tiga hari keluar dari wad hospital, Rayyan Zafrul merasakan hidupnya sunyi dan sepi seolah-olah tiada bermakna, isteri dan anaknya sudah tidak tinggal bersamanya lagi. Pagi ini dia bersiap awal seawal jam enam pagi."Rayyan, nak pergi ke mana tu?" Dato' Azahari bertanya."Rayyan nak ke pejabat sekejap papa... Bosan duduk terperap aje dalam rumah ni," jawab Rayyan Zafrul. Lainlah kalau isteri dengan anak aku ada di sini, kalau mereka berdua ada bersama, sampai ke tua pun aku sanggup duduk terperap dalam rumah ni."Tapi Rayyan dah betul-betul okey ke tu?" soal Dato' Azahari lagi."Rayyan okey aje ni papa, dah sembuh dah pun..." jawab Rayyan Zafrul lagi sambil berjalan menuju ke muka pintu. "Hai, apalah nasib... Toyota Corolla kegemaran
Read more
BAB 38
ENAM bulan Rayyan Zafrul dan Damian Mikhael pergi meninggalkan dia seorang diri, keadaan Zuriana Imani sekarang sangat tidak stabil. Dia sangat rindukan suami dan anak lelakinya. Malah kesihatannya kini juga tidak menentu. Abang, bila abang nak balik? Saya rindu... sangat rindukan abang... rindukan Damian. Kenapa abang pergi lama sangat? Gambar suami dan anaknya yang disimpan di dalam galeri telefon bimbit direnungnya lama. Juraian air mata sememangnya sentiasa menemaninya setiap hari. Sedang dia duduk termenung di atas kerusi roda itu, Syamira menapak masuk ke dalam biliknya sambil membawa ubat. Dia terpaksa berjalan dengan menggunakan tongkat ataupun berkerusi roda, tulang kaki kirinya patah kerana terbabit dalam kemalangan jalan raya semasa balik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur enam bulan yang lalu."Zuriana, kau fikirkan a
Read more
BAB 39
"KEMALANGAN?"Bagaikan hendak tercabut jantung Rayyan Zafrul sebaik sahaja diberitahu oleh Dato' Azahari bahawa isteri kesayangannya itu terbabit dalam kemalangan. Dia memeluk Zuriana Imani dengan lebih erat lagi sambil mengerling tepat ke wajah pucat isterinya itu. "Kesiannya isteri abang."Matanya agak sembam, mungkin akibat menangis setiap hari. Saat ini pun dia masih menangis dalam pelukan Rayyan Zafrul. Manakala anaknya, Damian Mikhael pula berada di dalam pangkuan atoknya."Kenapa papa tak maklumkan pada Rayyan pasal isteri Rayyan kemalangan?" Rayyan Zafrul bertanya."Hmm... papa tak nak Rayyan risau... lagipun bukan ke Rayyan dah pesan dulu... Rayyan dah lupa ke?" jawab Dato' Azahari seraya bertanya pula kepada anaknya itu.Rayyan Zafrul terdiam sejenak. Hmm... Oh ya, baru aku teringat. Dulu aku
Read more
PREV
12345
DMCA.com Protection Status