All Chapters of Marry You (Bahasa Malaysia): Chapter 51 - Chapter 60
80 Chapters
MY ¦ 51
Pintu wad ditarik. Perlahan-lahan Jungkook melangkah masuk ke dalam. Di tangannya terdapat dua bungkus sandwish yang dibeli ketika dalam perjalanan ke hospital itu. Malam tadi selepas pulang bertemu dengan penyiasat upahannya. Dia mendapat telefon daripada Dr. Jonny, lelaki yang dia arahkan untuk mendapatkan sampel darah Wookyung bagi membolehkan Jonny melakukan ujian DNA. Jonny beritahu, Wooyoung masih setia berada di sisi kakaknya jadi situasi dia dan Kim Yeon agak sukar untuk menerobos masuk ke dalam bilik wad. Pada waktu yang sama juga, Jungkook membatalkan arahan yang diberikan sebelum itu dan menyuruh Jonny serta Kim Yeon mundur. Dia perlu tahu dapatkan kepastian yang lebih jelas tentang rahsia Wookyung barulah dia boleh melakukan ujian DNA itu untuk mengesahkan zuriat yang dikandung isterinya itu. Mahu atau tidak Jonny dan Kim Yeon terpaksa berundur. Misi mereka itu dibatalkan dan mereka akan menunggu arahan baru. Sementara menunggu, aktiviti kerja haram mereka
Read more
MY ¦ 52
Telefon bimbit yang berada di tangan Adam segera Imna rampas. Jelingan maut dilemparkan kepada lelaki itu sebelum dia memeriksa data panggilan yang ada. "Wooyoung? Kenapa dia telefon saya? Dia nak apa?" Pandangan Imna memandang tepat ke anak mata Adam. Dia tidak tahu mengapa Adam harus mengangkat panggilan itu, sengaja mahu membuatkan mereka kantoi lebih awal atau apa? "Tak tahu." Adam mengangkat bahu sambil melarikan pandangannya. Bibirnya dikemam tatkala tangan masuk ke dalam poket seluar. Imna hanya memandang Adam dengan kerutan di dahi. Saat itu, Adam berdiri dan cuba mendekat dengan Imna. Tidak semena-mena punggung gadis itu terhenyak di atas katil pula kerana terkejut dengan kelakuan Adam. Bahkan, Adam sengaja mengunci pergerakkan Imna dengan meletakkan kedua-dua tangannya ke sisi Imna. "Cepat siap, saya hantar awak pergi kolej. Ke awak nak bercuti lagi dan dapat layanan istimewa daripada suami awak yang kacak ni?" Sungguh lembut dan romantis suara Ada
Read more
MY ¦ 53
PINTU dibuka, Adam bergerak keluar dari rumah selepas selesai menyarung selipar sandalnya. Saat itu, Imna turut bergegas keluar sebelum mengunci pintu. Mereka langsung tidak perasan akan kelibat dua orang manusia yang baru saja keluar dari lif sedang terkebil-kebil mememandang mereka. "Abang Adam?" panggil Aira. Agaknya, kelibat mereka berdua memang tidak wujud di sebalik kemesraan dua orang pasangan sejoli itu. Sesaat kemudian, Adam dan Imna sama-sama menoleh. Masing-masing cuba mengawal perasaan terkejut yang menghambat hati. Terkejut besar melihat Aira sedang menolak kerusi roda Aisha mendekati mereka berdua. "Abang buat apa dekat rumah Kak Imna?" tanya Aira. Pura-pura tidak melihat kemesraan Adam dan Imna sebentar tadi. Aisha pula tidak berkata apa-apa sebaliknya mengukir senyuman pucat memandang tunangnya yang cuba mencari alasan. "Saya panggil Adam tadi, minta tolong tengokkan pintu grill ni. Macam ada yang tak kena bila nak kunci dengan manga jadi susah na
Read more
MY ¦ 54
Pintu dibuka seluas alam sebelum pandangannya menoleh ke belakang mahu melihat wajah si isteri yang masih bungkam tidak ceria seperti dahulu. "Jomlah masuk..." Ajakannya menghentikan lamunan Wookyung yang sejak tadi termenung. Entah apa yang dia fikirkan pun tidak Jungkook tahu. "Are you okey my dear?" soal Jungkook. Risau juga dia melihat reaksi terpinga-pinga si isteri. "Okey." Sepatah saja balasan daripada Wookyung. Perlahan-lahan dia membuka langkah memasuki ruang tamu. Segala beg pakaiannya telah diuruskan oleh Jungkook, jadi dia masuk ke dalam rumah hanya membawa badan dan perut yang sedang memboyot saja. "Nak makan apa-apa tak? Kalau ada nanti I cuba masakkan menu yang I tahu." Ramah Jungkook berbicara. Sebaik-baiknya dia tidak mahu meninggi suara dan kalau boleh mahu melayani Wookyung sebaik mungkin. Jika tiba-tiba emosi isterinya berubah lagi nanti haruslah naya dia hendak melayan. Sudahlah di rumahnya tiada pembantu, hanya tinggal dia dan isterinya saj
Read more
MY ¦ 55
Pandangan Aira dan Adam terkalih ke arah bilik Aisha. Bunyi sesuatu terjatuh ke lantai yang begitu benar-benar menarik perhatian mereka berdua. Pantas Adam dan Aira berlari mendekati pintu bilik Aisha. "Kak? Kau okey tak?" panggil Aira sambil melekapkan telinga ke pintu. Matanya bertembung pandangan dengan Adam yang turut sama risaukan Aisha. Namun begitu, soalannya tidak dijawab dari dalam bahkan sunyi sepi saja tiada bunyi lain selepas bunyi benda jatuh tadi. "Akak!" Pintu dikuak seluas mungkin. Adam meluru masuk ke dalam bilik Aisha sebaik penglihatannya menangkap susuk tubuh gadis itu berada terlentang di lantai. "Akak buat apa ni?" tanya Aira sedikit cemas. Adam tidak bertanya banyak terus dicempung tubuh gadis itu dan membawanya ke sofa di ruang tamu. Tubuh Aisha dibaringkan di atas sofa selepas itu Adam berdiri sambil bercekak pinggang. "Akak cuma..." Aisha terhenti bersuara lantas menggigit bibirnya sendiri. Dia serba salah hendak beritahu perkara se
Read more
MY ¦ 56
Langkah kaki mula melencong ke arah taman rekreasi universiti. Sengaja dia memberi alasan mahu bertemu dengan pensyarah gara-gara tidak mahu menganggu Wooyoung dan Min Young tadi. Setelah melihat teletah Min Young, serasa seolah-olah gadis itu sungguh luar biasa sikapnya menyebabkan dia tidak mahu mengeruhkan apa-apa keadaan. Dalam ralit dia bergerak perlahan untuk mengambil tempat kosong di meja taman rekreasi itu tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Pantas Imna menarik keluar telefon dari celahan poket beg galasnya. Terlihat nama yang sedang memanggil Imna mengetap bibir. Ini satu hal lagi perkara yang dia buntu dalam waktu yang sama segan dan takut jika status hubungan mereka terbongkar di hadapan Aisha mahupun Aira. Teragak-agak dia hendak menyeret punat jawab di atas skrin telefon. Satu kali panggilan Adam terlepas. Eh! Ingatkan sudah putus asa, rupanya tidak sekali lagi nama Adam naik di skrin sedang memanggil. Kali ini, Imna terus menjawab tanpa sangsi. Kalau
Read more
MY ¦ 57
Apron di badan Jungkook tanggalkan. Selesai sudah dia memasak selama dua jam di dapur. Masakannya sederhana saja, tetapi disebabkan dia jarang masuk ke dapur maka berjam-jamlah dia di dapur itu. Bau aroma kuah sup dan bubur ayam berserta dengan telur gulung membuatkan perutnya pula yang berbunyi nyaring minta di isi. Ini kalau isterinya sihat sudah pasti bangga mendapat suami yang berjaya masakkan makanan tersebut. Dalam ralit senyumannya terhias di bibir tiba-tiba halwa telinga menangkap bunyi loceng rumah berdering. Pandangannya segera teralih ke arah alat interkom yang berada berdekatan dengan peti sejuk. Laju dia meninggalkan meja makan selepas selesai menghidang makanan di atas meja. Punat interkom ditekan. “Erk....” Jungkook terkesima seketika. Wajah seorang lelaki tua yang langsung tidak asing menyapa matanya. Tidak menunggu lama, dia segera bergerak ke pintu utama dan dibuka pintu itu untuk menjemput tetamu tanpa diguna tersebut masuk ke dalam rumah. “Man
Read more
MY ¦ 58
Sejak tadi Aira asyik termenung di balkoni rumahnya sambil melihat gelagat manusia di bawah sana sedang bergerak pantas keluar masuk ke dalam rumah. Entah apa yang membuatkan dia terasa terlalu bosan saat ini. Semakin dia mendiamkan diri dan membiarkan perasaan rindu dibuai sanubari semakin dia leka melihat pemandangan di atas langit petang. Andai saja keluarganya masih lengkap seperti sebelum ini sudah pasti dia sedang riuh rendah bergaduh dengan kakaknya siapa yang akan mendapat lauk pertama di dalam mangkuk ketika hendak mengisi perut ketika makan lama. Pandangannya beralih ke arah dalam rumah seketika. Sunyi, sepi dan suram sahaja rumah itu. Tiada lagi keceriaan keluarganya ketika ibu dan bapa mereka pulang dari kerja. Tanpa sedar, air mata gadisnya jatuh juga membasahi segenap inci wajahnya. Saat itu, tangannya menyeka kasar air mata yang mengalir. Dia tidak boleh lemah, jika dia lemah kakaknya bagaimana? Pasti lagi hancur berbanding dirinya. Pandangan Aira kemba
Read more
MY ¦ 59
“Siapa call?” Imna yang berada di ruangan dapur rumahnya memandang ke arah Adam. “Aira. Dia cakap Aisha lapar jadi dia turun pergi beli makanan sekejap.” Adam menyimpan semula telefonnya di poket seluar. Sekarang dia sudah berada di rumah Imna, jadi dia bebas mahu melakukan apa saja kerana tiada sesiapa yang memerhatikan mereka. Adam mendekati Imna yang sedang menghadap ke singki. Sebelum pulang ke rumah tadi mereka singgah ke pasar raya sebentar untuk membeli barangan memasak. Imna kata dia nak belajar memasak mulai detik ini. Jadi Adam turutkan saja. Belakang Imna yang menyapa pandangan Adam segera diraih lantas dipeluk erat. Terkesima Imna dengan tindakan Adam ketika itu. Mujur mereka sudah berada di rumah, jika di tempat awam malu Imna dibuatnya. “Malam ni saya tidur rumah Aisha. Awak tak apa-apa ke tinggal sorang?” Adam meletakkan dagunya di atas bahu Imna. Nafasnya mula menampar-nampar sisi wajah gadis itu sehingga Imna berada tidak selesa dengan kelakuan l
Read more
MY ¦ 60
Loceng rumah ditekan beberapa kali sambil mata melilau ke kiri dan kanan. Di tangannya turut ada plastik yang terisi dengan bekas spageti yang Imna bekalkan tadi. Selang beberapa minit, pintu rumah terbuka dari dalam dan kelibat Aisha menyapa pandangan. Mereka berbalas senyuman dan gadis itu memberi sedikit laluan untuk Adam melangkah masuk ke dalam rumah. “Awak dah makan?” soal Adam penuh prihatin. “Belum lagi, saya tunggu Aira balik. Dia cakap nak beli makanan dekat kedai serbaneka hujung simpang tu je. Dah sejam lebih tak balik-balik lagi,” adu Aisha. Perlahan-lahan dia menolak roda kerusi untuk mengekori Adam ke meja makan. “Eh apa?” tanya Aisha selepas matanya terpandangkan bekas yang Adam letakkan di atas meja makan. “Makanan, saya tapau tadi dekat rumah kawan. Dia bagi bekas besar jadi saya ambil. Awak nak makan?” Adam tidak terus duduk di kerusi sebaliknya bergerak ke dapur untuk mengambil pinggan dan juga gelas. Setelah itu dia kembali semula ke mej
Read more
PREV
1
...
345678
DMCA.com Protection Status