Amanda termenung sendiri di dalam bilik. Tak ada air mata yang mengalir. Cuma hatinya saja hancur berkecai kerana layanan dari ayah kandungnya itu. Ayah adakalanya memperlakukannya baik bagai malaikat tapi apabila ada yang tidak kena, dia adalah syaitan yang paling ditakuti.
"Stai bene?" (Are you okay?)
Dylan melabuhkan duduk di sebelah Amanda. Mereka berdua kini telah selamat sampai di bumi Itali. Sangkaannya Amanda akan memberontak dan meminta agar dilepaskan, namun lain jadinya. Amanda nampak lemah bagai mayat hidup umpama layang-layang yang terputus talinya. Risau Dylan kalau Amanda terus begini.
"Ti ha mai picchiato?"(Did he ever hit you?)
Amanda diam tanpa kata. Sama ada tidak mengerti apa yang dikatakan atau perempuan itu sememangnya tidak mahu bercakap dengannya.
"Ehi, Manda..." (Hey, Manda...) Bahu Amanda dipegang lalu diusap lembut.
"Look at me." Dylan angkat dagu runcing itu agar pandang anak matanya.
"Please...tell me, Parlami di tuo padre." (Tell me about your father) Dylan mengusap lembut pipi Amanda.
"Can you tell me about your father?"
Amanda mengeluh berat. Tangan Dylan yang bermain pada pipinya ditepis.
"Ayah saya tak suka saya layan mahupun dekat dengan mana-mana lelaki. Dulu...ayah tak ada waktu bersama dengan ibu. Untuk bermanja pun tak ada. Sibuknya pada kerja dan bersama perempuan lain membuatkan hubungan mereka berantakan. Tak ada kenangan antara mereka sehinggalah ibu disahkan sakit. Kematian ibu memberi impak besar pada ayah. Namun, sayang. Setelah dia mempunyai segala-galanya...dia tidak menghargai. Apabila berlaku seperti keadaan ini, mulalah mahu salahkan semua yang tidak bersalah. Dia salahkan ibu kerana meninggal awal tanpa sempat meluangkan masa dengannya. Marahkan saya, kerana saya tidak menasihati setiap perbuatannya dulu." Panjang berjela Amanda menjelaskan.
Raut wajahnya biasa dan tidak terkesan sekali dengan apa yang berlaku dalam hidupnya. Entahlah, Amanda dah pasrah dengan setiap yang terjadi. Tak ada guna kalau menangis sedangkan semuanya telah terjadi dan paling sakit, Amanda tak boleh kembalikan sesuatu yang telah terjadi dalam hidupnya. Mustahil untuknya kembali ibunya yang telah mati.
"Manda..." Dylan menyelak rambut panjang Amanda. Tubuh merapat dan dicium dahi itu. Lama dan penuh syahdu.
"Walau apapun yang terjadi, aku akan sentiasa ada untuk kau. Aku tak kesah kalau aku perlu berhadapan dengan ayah kau untuk mendapatkan sebuah restu. Aku mahukan kau dalam hidup aku, tak ada yang lain." Rambut Amanda diusap lembut. Dari atas turun ke bawah.
"We can't be together..." tolak Amanda lembut. Tangan besar itu juga ditepis.
"Why don't we?" Rahang Dylan bergerak-gerak menahan rasa marah.
"Non rinunciare solo perché le cose sono difficili."(Don't give up just because things are difficult)
"Saya tak suka kaum adam." akui Amanda sejujurnya.
Berkerut hebat dahi lelaki itu. Tak suka lelaki? Alasan yang sama?
"If you want this to change, just let me know and I'll help you"
"Some scars take time to heal Dylan," ujar Amanda lemah.
"Kalau macam tu..."Dylan sembunyi senyum.
Dirapati mukanya dengan Amanda. Tak ada balasan dari perempuan itu membuatkannya makin mendekat.
"Apa kata kalau aku hilangkan benci kepada cinta?" Dylan angkat kedua keningnya. Mukanya seinci saja dengan Amanda. Kalau salah seorang dari mereka bergerak pasti akan berciuman.
"Saya bencikan mereka bersebab..." Amanda cengkam kuat baju yang dipakainya.
"Sebab kau selalu dipukul." Amanda diam dan tahulah Dylan bahawa apa yang dia katakan adalah benar sekali. Anak mata berkaca itu juga menjadi bukti yang perempuan itu benar-benar sakit dengan semua yang telah terjadi.
"S...sa-saya..." Amanda gigit perlahan bibirnya.
"Sa-saya tak mampu..." Hangat tubuhnya dipeluk Dylan dan ketika itu esakan keluar dari bibir. Mengongoi menangis dalam dakapan lelaki itu.
"Saya cuba lupakan setiap perbuatan ayah saya...tsk...tsk...tsk...tapi saya tak boleh..." Amanda menggeleng.
"You don't even know what it means to have a father who takes drugs, drinks and beats you.."
"Shhh... andrà tutto bene, mia cara." (Everything will be okay, my darling)
Ubun-ubun Amanda dicium bertalu-talu dan tidak cukup itu, tangan kecil itu digenggam erat bagai tidak mahu lepas walaupun untuk sesaat.
"Saya anak tak guna kan?"
"No, you are not..."
Untuk sekian kalinya Amanda menangis dan kali ini tangisannya kuat sekali umpama melampiaskan setiap rasa yang ada dalam dirinya. Kecewa, sedih dan juga terluka.
Kenangan dulu menjengah dalam fikirannya. Di mana dirinya dipukul kerana hal kecil saja.
Belum sempat gelas menyentuh bibir, ianya jatuh terhempas di lantai lalu pecah berderai
Prang!
"Kau buat apa ni?"
“M…Ma-manda…” Tangannya menggigil ketakutan dengan kaki dibawa mengundur ke belakang beberapa tapak.
“Kau memang suka buat masalah kan? Kau selalu buat aku panas hati. Gelas yang aku beli mahal daripada diri kau! Dan kau semudah itu memecahkannya? Kau adalah anak yang tidak kenang budilah!" Tali pinggang yang ada di tangan dihayun dan dilibas pada tubuh anak perempuannya.
"Manda tak sengaja, jangan pukul Manda. Tolong jangan buat Manda macam ni....tolonglah ayah..."Rintihku sayu.
"Tak sengaja? kau tahu tak gelas yang aku beli takkan dapat diganti selepas kau minta maaf? Kalau kau nak aku maafkan kau, gantikan balik gelas yang kau pecahkan dan pastikan gelas itu sebijik sama."
Mata dipejam rapat dengan tangan menggempal penumbuk menahan rasa sakit dan perit saat beberapa kali libasan tali pinggang mengena tubuhnya. Berkerut hebat mukanya dengan esakan dan air mata yang kian memenuhi lekuk pipinya. Rontaan dan setiap rintihan bagai angin lalu. Tak ada tanda ayah akan menghentikan perbuatannya.
"Jangan ayah...tsk...tsk...jangan..."rintih Amanda sekian kalinya.
Amanda gigit perlahan bibirnya. Air mata menderu laju menuruni pipi mulusnya, sementara tangan besar itu mengusap lembut kepalanya. Bagai seorang ayah yang ingin memujuk anaknya. Sesekali ciuman hangat diberi di setiap raut wajah cantik itu.
"Mi prenderò cura di te" (I will take care of you)
Dylan mengeratkan pelukan dengan tangannya tidak henti menggosok belakang badan Amanda..
"Ti prometto che ci sarò sempre quando avrai bisogno di me." (I promise you I'll always be there when you need me)
"Kalau nak pujuk pun, jangan guna bahasa yang saya tak faham. Kalau saya faham tak apa, boleh nak balas balik apa yang awak cakap." rungut Amanda dengan muka cemberut seribu.
Dylan ketawa kecil. Hidung Amanda ditarik geram dan itu menyebabkan hidung kecil itu kemerahan. Makin cemberutlah muka cantik itu dengan perbuatannya.
"Kenapa gelak? Saya tengah marah sekarang." Amanda peluk tubuh geram.
Merah menyala mukanya kerana ciuman bertalu-talu dari lelaki itu. Gatal betullah!
"Tak payahlah..." tolak Amanda malu-malu.
"Nak jugak..." Gaya nada suara Amanda diajuk.
Raut wajah cantik itu digomol manja. Tawa dari Amanda membahagiakannya. Janjinya, akan Dylan pastikan Amanda gembira bersamanya. Hanya dengannya tanpa orang lain.
Done! Jemput bca and jgn lupa share, I love you all so much! i may not be the best ... but i sure am trying my best!
Beberapa bulan kemudian... Amanda masuk ke dalam rumah yang telah lama dibiar. Lepas kematian sang papa, Amanda kerap pulang ke sini. Untuk pertama kalinya, Amanda beranikan diri masuk ke dalam bilik papa tirinya itu. Sepucuk surat kelihatan di atas meja sisi, lekas surat itu dicapai dan dibuka. Kepada anakku Amanda, Terima kasih kerana kau masih layani aku baik persis seorang ayah kandung. Aku minta maaf atas setiap dosa yang aku lakukan. Jujur, aku sudah insaf selepas bertemu Dylan. Dia yang menasihati aku agar menjadi seorang yang lebih baik. Dylan adalah lelaki yang sempurna dan kau beruntung menjadi isteri kepada lelaki sebaik dia. Papa kandung kau sudah meninggal dunia, semuanya berpunca dari aku. Aku yang membunuh papamu. Amanda tekup mulut, benarkah? Aku bencikan seluruh keluargamu. Aku tak tahu kenapa perasaan benci ini tumbuh, yang aku tahu....aku nak musnahkan kehidupan seluruh ahli keluarga kau. Maafkan aku, Manda. Maafkan aku.... Yang benarJamal "Babygirl...." L
Tok! Tok! Tok!"Ibu! Ibu!Ibu!"Dylan dah naik risau, dah berapa kali dia ketuk pintu dan mengucapkan salam tapi langsung tak ada sahutan. Tak ada tanda untuk pintu dibuka."Ibu macam takde, Ahmad pun takde keluar. Ada apa-apa jadi ke ni?" soal Dylan kerisauan."Jom kita try masuk." Andrea rempuh pintu sehingga pintu terbuka.Masuk saja, terus dicari keberadaan sang ibu. Tak ada langsung batang tubuh tua itu. Malah, Ahmad jugak tiada. Andrea serabutkan kepalanya."Ibu dan Ahmad tak ada, semua bilik abang dah cari." Amanda angguk."Manda pun tak nampak sesiapa dalam rumah ni. Kosong aje." Andrea ketap kuat giginya."Biar Rea call ibu."Namun,Tidak langsung diangkat, voice mail aje yang keluar. Satu mesej whatsapp yang dihantar ibu didengari."Cari ibu...kalau Rea masih sayangkan ibu. Kalau tak...."Mata Andrea berkaca."Biarkan ibu mati."Beberapa titis mutiara jatuh, salahnya tidak mengambil peduli penjelasan ibu ketika itu. Salahnya menilai tanpa menyiasat terlebih dahulu."Ibu dicul
Puan Ana terbaring lemah di bawah lantai. Badan tak kuat dan kini kehilangan arah, fikirannya kusut sekali memikirkan tentang Andrea dan Andra. Dalam diam, hatinya merintih mahukan dua anak lelakinya itu. Namun, mengenangkan Andrea bencikan dia, juga Andra tidak tahu hilang entah ke mana. Mana lagi jalan yang harus dia pilih selain redha. Mungkin dia patut mati kan? "Kau fikirkan apa orang tua?" Diam, Dan itu menyakitkan hati lelaki bertopeng itu. "Aku ingatkan kau dah mati, rupa-rupanya masih hidup. Kuat jugak kau eh? Aku tak bagi makan pun kau boleh hidup macam orang biasa." Terkatup rapat bibir itu menerima kata pedas itu. Tak ada langsung hati nak membalas. Tubuhnya lemah tidak berdaya, nak bangun pun tak boleh. Saat ini Puan Ana berbaring di atas lantai tanpa berlapik apa-apa. "Apa lagi yang kau nak? Mana janji kau temukan aku bersama anak lelaki aku? Mana Andra? Mana anak aku?" "Kau percaya?" Tsk! "Janji tak semestinya ditepati, aku tak rasa kau patut jumpa anak lelaki
Luna menangis hiba, cincin yang indah tersarung pada jari ditatap lama. Tak jangka keputusan lelaji itu adalah mengahwininya sedangkan pilihannya adalah berkahwin bersama Dylan. "Darling...." Sepantas kilat air mata dihapus, senyum manis diukirkan untuk Fabio. Tahu lelaki itu tak suka dia menangis, andai nampak Luna menangis pasti dirinya dipukul. "Darling menangis ke? Hmm? Terpaksa kahwin dengan Dani? Atau masih sayangkan Dylan?" Menggeletar hebat tubuhnya apabila tepi mukanya dicium Fabio. "Luna sayangkan Dani, tak baik Dani buruk sangka tau." pujuk Luna. "You sayangkan I?" Macam buruk belatuk Luna mengangguk. "Betul you sayangkan I." Kedua pipinya diusap lembut. "I betul-betul sayangkan you. Percayalah cakap I, I tak tipu tau." "Macam mana kalau I cakap...." Luna gigit bibir. Tahu apa yang lelaki itu mahukan. "I nak you layan I atas katil macam sebelum ni tapi...." Fabio menggeleng. "I tak nak kalau I yang mulakan secara paksa. I tak nak sakitkan you, I sayangkan you...."
"Kenapa masam sangat ni? Hmm?" Amanda labuh duduk di atas kerusi. 'Nampak stress aje muka Dylan, ada apa-apa yang terjadi ke?' "Si Rea tu, hubby tak faham betullah. Hubby arahkan Ahmad bagitahu Rea untuk fail kerja tadi. Tunggu punya tunggu dalam bilik meeting, langsung tak ada batang hidung. Nasib baik PA hubby bawak fail tu, kalau tak susahlah nak deal dengan syarikat baru ni." "Mungkin Rea busy, hubby fikir positif je. Tak mungkin Rea ingkar arahan hubby tanpa sebab kan?" "Dah try positiflah ni, kalau tak dah lama hubby hambur marah aje dekat si Rea tu." Amanda ketawa kecil. "Apa gelak-gelak? Nak kena geletek ke hmm?" Tak dan menggeleng, tubuhnya menjadi sasaran lelaki itu. Terbahak-bahak Amanda ketawa, rumah pun dah bergema dengan suaranya aje. "Mana ada gelak, stop! Stop!" "Nak gelakkan hubby lagi ke? Hmm?" "Tuan." Panggilan dari Andrea menghentikan perbuatan Dylan. Dehem kecil dibunyikan sebelum tubuhnya diangkat bangun. Baju kemejanya dibetulkan, tubuh dipeluk gaya nak
Andrea ketuk beberapa kali meja, sejak tadi matanya fokus pada pintu cafe aje. Semuanya kerana Ahmad, dikatakan ada sesuatu yang perlu dia ketahui. Tapi apa? "Sorry aku lambat, kau dah lama tunggu ke?" sergah Ahmad lalu duduk dilabuh di hadapan Andrea. "Kau selalu tak tepati janji kan?" "Aku jumpa ibu kau tadi." Andrea angguk. "Patutlah..." "Terima kasih kau tumpangkan aku beberapa hari tinggal rumah kau. Biasalah, aku takde rumah. Nak sewa rumah, duit aku kurang. Nak tinggal sebumbung dengan Dylan, aku tak rasa itu pilihan yang selamat. Kau tahu Dylan dah kahwin kan? Mana tahu tiba-tiba jeles. Habis aku dilunyai agaknya." Andrea ketawa kuat. "Kelakarlah kau ni, ada pulak macam tu eh? Dylan okay aje, kau yang fikir jauh sangat. Padahal Dylan tak cakap apa-apapun. Aku pun tak faham dengan kau, Dylan suruh kau tinggal bersama dia, kau tolak mentah-mentah. Kau datang sana pun atas arahan, kalau tidak memang tidaklah nak nampak muka kau."Ahmad sengih malu. "Itupun, lepas siap kerja