Bab 5
EIJAZ kembali ke pejabat selepas menghantar Aisy. Dia hanya berharap segalanya berjalan lancar. Nasib baik cikgu yang bernama Qistina itu pandai bermain dengan emosi Aisy. Dia menunggu di luar pintu tadika sebelum berlalu pergi, takut anak kecil itu melakukan sesuatu di luar jangkaan.
"Tuan, butik kita di pulau ni sudah mula popular." Ketua jabatan jualan membuka bicara si dalam mesyuarat bulanan itu. Fail berisi unjuran jualan itu diteliti.
"Bagus," puji Eijaz. Mata mengerling waktu di jam tangan. Takut pula dia terlupa memgambil Aisy. Mahu panjang sedepa mulut anak lelakinya nanti. Sudahlah dia berjanji macam-macam pagi tadi. Fokusnya hampir terganggu.
"Tapi, kita ada masalah logistik. Shipment kain tersangkut akibat kita lambat bayar." Lelaki yang memberi laporan itu menunduk.
"Lambat bayar? Terangkan." Suara Eijaz berubah keras. Belum pernah dia hadapi masalah begini.
"Mereka beri invois yang salah, lain dari purchase order jadi saya hold payment dulu." Wakil dari jabatan akaun pula membela tindakannya. Dia menunjukkan invois dan pesanan jualan yang dikatakan berbeza. Keputusan untuk tidak membuat bayaran dibuat olehnya.
"Saya tak dapat pun laporan tentang hal ini, kenapa?" Pandangan Eijaz menikam, melihat semua wakil jabatan yang lebih suka menunduk dari memberi jawapan. Gigi diketap dan rahangnya bergerak-gerak.
"Saya sibuk dengan urusan pindah rumah dan awak semua ambil kesempatan, betul?" Tangan dikepal menjadi penumbuk sebelum dia menumbuk meja. Dahi diurut perlahan.
Hanya ada beberapa sahaja yang menggeleng laju. Ada juga yang saling berpandangan, menyalahkan satu sama lain tanpa perlu bersuara. Tindakan mereka memandang dengan tajam sambil bergumam sudah cukup memberi isyarat yang tuduhan Eijaz tadi terbukti benar.
"Sekali ini saya lepaskan. Petang ini saya mahu laporan penuh. Faham!" Suara Eijaz bergema di dalam bilik mesyuarat itu. Selepas semua wakil pejabat keluar, rambut yang tersisir rapi itu ditarik. Salah dia juga, menyerahkan tanggungjawab kepada wakil jabatan membuta-tuli. Seharusnya dia juga datang memeriksa walau sesibuk mana. Kaki meja ditendang sebelum dia berdiri.
Dompet dikeluarkan dari poket seluar dan gambar Marissa yang diletak di dalamnya ditenung. Tekaknya terasa berpasir.
"Abang hampir gagal tanpa kau, sayang. Abang tak mampu jaga perniagaan ini dan Aisy. Rumah juga selerak. Abang lebih banyak makan di luar. Kenapa sayang tinggalkan abang?" Wajahnya diraup kasar. Marissa adalah penasihat terbaik ketika masalah datang melanda.
Kini dia bagaikan hanyut tanpa sokongan. Buat seketika dia hilang dalam kenangan lalu sehingga pembantu pejabatnya mengetuk pintu bilik mesyuarat.
"Tuan, ada seorang gadis telefon. Katanya telefon bimbit tuan tak dapat dihubungi."
Telefon bimbitnya dikuis. Aduh, dalam kekalutan pagi ini dia terlupa mahu mengecas telefon bimbit itu selepas tiba di pejabat. Mesyuarat tadi pula hampir membuat dia hilang akal.
"Siapa namanya?"
"Cikgu Qistina."
Jawapan pembantu itu bagai air sejuk yang dituang ke atas kepala, menyedarkan Eijaz kenyataan yang pahit. Jam di tangan dikerling.
"Saya suruh ingatkan tentang ambil Aisy, bukan?" Pembantu yang termangu-mangu itu ditempelak.
"Tuan tak maklumkan," jawab gadis itu separuh berbisik. Dia berdiri di satu sudut ketakutan. Ini kali pertama dia melihat ketuanya semarah itu. Eijaz selalu tenang sahaja.
Wajah diraup kasar sebelum dia mencapai kunci kereta yang disimpan di dalam laci pejabat. Langkah dipercepatkan.
"CIKGU dah telefon pejabat daddy. Nanti sampailah, ya?" Anak kecil itu ditenteramkan sedangkan hati Qistina memaki bapa Aisy di dalam hati. Dia tahu lelaki itu sibuk, tetapi bukan sehingga melupakan anak sendiri."Aisy makan dengan cikgu, nak?" Bekas makanan berisi nasi goreng itu disua.
"Daddy kata nak bawa makan luar. Makan aiskrim dan beli kereta mainan." Aisy merenggek.
Qistina mengeluh perlahan. Kesian anak sekecil itu yang kehilangan kasih ibu. Tiada siapa yang mampu menandingi kasih wanita bergelar ibu. Dia adalah buktinya.
Segalanya baik sementara ibu masih hidup. Ayah berjudi juga tetapi masih mampu bekerja dan tidak pernah menamparnya walau sekali hidup terasa sempurna ketika itu. Bibir Qistina menguntum senyum.
"Makan sikit. Nanti sakit perut," pujuk Qistina lagi. Pesanan tadi ditinggalkan kepada pembantu daddy Aisy. Dia hanya berharap lelaki itu segera datang mengambil Aisy.
Kereta hitam yang berhenti di hadapan pintu pagar menjemput perasaan lega.
"Aisy tunggu sekejap," pinta Qistina. Senyum terukir saat dia melihat anak itu menyudu nasi goreng ke dalam mulut.
"Awak memang suka tinggalkan anak, ya? Hari tu di majlis dan hari ini sampai lupa ambil Aisy." Tangan diletakkan di pinggang. Kepala diangkat tinggi memandang wajah Eijaz yang ternyata lebih tinggi darinya.
"Saya ada mesyuarat tadi." Bahagian belakang leher diraba. Walau apa jua alasan yang diberi, dia memang bersalah.
"Sampai tak tengok jam? Takkan tak boleh minta sesiapa ambil, nenek atau datuk? Kesian Aisy. Dengar sahaja bunyi enjin kereta, dia berlari ke hadapan tetapi hampa. Sudahlah awak janji macam-macam." Bicara Qistina seperti butir peluru, menembak tanpa henti.
"Ya, saya salah Cik Qistina. Tetapi nenek dan datuk Aisy memang tak ada di sini. Nanti saya gajikan pemandu." Suara Eijaz merendah. Tidak guna membalas apabila memang jelas dia yang bersalah.
"Sekurang-kurangnya telefon kami, Encik Eijaz." Dahi dipicit. Sakit kepala menyerang pula. Qistina memanggil nama Aisy.
"Cikgu ikut sekali?" Mata bundar itu memandang dengan penuh harapan. Jari kecil itu memegang jari telunjuk Qistina.
"Tak boleh Aisy. Cikgu ada kelas selepas ini." Dia duduk berlutut di hadapan Aisy. Dahi anak kecil itu dikucup sebum dia berdiri.
"Tapi kalau Aisy datang satu minggu ni sebelum jam lapan dan tak menangis, cikgu akan keluar makan dengan Aisy." Hati Qistina berhenti berdegup saat janji itu terucap. Anak bernama Aisy berjaya menawan hatinya dalam sekelip mata. Ia mungkin disebabkan kedua mereka tiada ibu. Minda Qistina tidak dapat berfikir alasan yang lain. Itu sahaja yang logik.
"Daddy?"
Soalan Aisy mengunci bibir Qistina. Lima tahun sudah berlalu dan belum sekali pun dia keluar bersama lelaki selain Abang Amran.
"Jangan kacau cikgu." Suara garau itu berbunyi selepas sekian lama membisu.
"Apa kata dari keluar makan, cikgu janji beri mainan lego?" Menyedari Qistina kekok selepas soalan Aisy, Eijaz cuba mengubah topik.
"Lego yang baru tu?" Dia terlompat-lompat sambil menepuk tangan. Terbayang permainan yang dilihat di kaca televisyen.
Qistina mengangguk laju. Tidak mungkin dia keluar bersama ayah Aisy.
Bab 21Pandangan Qistina jatuh kepada wanita berambut hitam yang ditocang tinggi. Solekan pula sedikit gelap. WajahNYa tidak diselindungi sebarang topeng. Matanya mencerlung tajam memerhati Qistina.Tali gelanggang diangkat ketika dia melangkah masuk. Badan ditunduk memberi hormat kepada lawan."Malam ini kita akan menyaksikan perlawanan di antara Tigress dan Raven. Kedua- duanya akan menggunakan teknik berlawan yang hampir sama. Pemenang pusingan ini akan kembali bertarung minggu hadapan. Pemenang akan dipilih berdasarkan point yang tinggi. Pihak yang kalah juga akan kembali bertarung dalam pusingan kalah mati selepas pusingan separuh akhir. Dia akan diberi peluang kedua untuk menebus kekalahan."Ram sudah menjelaskan peraturan yang disebut itu kepadanya semalam. Jika menang, minggu hadapan dia akan berlawan dengan pertarung lain yang memenangi pusingan sebelum ini sehingga ke pusingan separuh akhir. Pemenang dikira mengikut markah. Jika kalah pula, dia akan berlawan dengan semua per
BAb 20 JANTUNG berdetak laju. Inilah malam yang telah lama dinanti ileh Qistina. "Ikat elok-elok sebelum pakai sarung tangan gusti, " pesan Ram yang berjalan mundar- mandir di dalam bilik persediaan yang kecil."Pening tengok kau, Ram. Cuba duduk satu tempat." Tawa kecil mengakhiri bicara Qistina."Aku tengah risau kalau abang kau dapat tangkap benda yang kita buat curi-curi ni. Silap haribulan, gelanggang ni pun dia tutup." Misai yang menghiasi bibir disentuh."Abang Am dah bertolak untuk kem latihan dia. Tak perlu risau. Yang penting, muka aku ni tak boleh ada tanda. Tempat lain aku boleh tutup." Teringat kembali peristiwa dua minggu lepas. Bukan setakat Eijaz, Diana juga juga menyoalnya. "Sebab tu pelindung muka ni aku tempah khas. Tak mudah kemek atau pecah." Qis mengangguk perlahan.Ram mengambil tempat duduk bertentangan dengan Qistina. Tangannya menyentuh sarung tangan tinju berwarna merah."Apa perasaan kau?""Risau, takut. Aku tak yakin malam ni aku akan keluar sebagai p
BAB 19"GERAKAN kena pantas," laung Ram dari tepi gelanggang. "Kunci leher. Naik dari lutut dan pusing. Bam!" Ram menunjukkan aksi."Badan dia lebih besar. Aku nak pegang leher pun susah," komen Qistina. Tuala yang diberikan oleh pembantu digunakan untuk mengelap peluh di leher dan wajah. Sudah hampir setengah jam dia mencuba aksi yang diajar oleh Ram. Belum sempat dia dia memanjat lutut si Botak, lehernya pula dikunci oleh lelaki itu. "Botak ni lagi laju. Leher aku dah sakit kena pulas," geram dilepaskan. Lagi dua minggu dia akan bertanding. Tiada perubahan dalam gerakannya. Malahan semalam dia kalah ketika berlumba lari dengan Eijaz. Malam ini!"Ram, kalau latihan ditamatkan awal boleh? Aku ada hal malam ni." Wajah dimaniskan. Ram sebagai pelatihnya berbeza sekali dengan Ram yang manis. "Nak tamat lebih awal?" Dahi Ram berkerut seribu. Senyum dilempar kepada Qistina."Kalahkan Botak dulu." "Susah!" Tuala dibuang ke lantai. Geram dia dengan Ram. Lelaki itu memang tegas."Kau me
BAB 18GERAKAN wanita bergelar Fire itu diperhati dengan teliti. Lincah dan pantas. Tiada petunjuk. Semua gerakan wanita itu sukar diagak. Kaki kiri bergerak ke hadapan bersama tunbukan sauk ke atas tangan kiri juga. Gerakan sama,tapi kaki kiri dan tangan kanan pula. Bukan setakat lincah, 'Fire' mengasak lawan tanpa belas kasihan. Namun dia perasan sesuatu. Selain gerakan tangan, wanita itu juga bermain dengan emosi pesaing. Ejekan dan cemuhan dapat dia dengari. Ia perangkap yang paling mudah tetapi keji. Paling utama, ia kelemahan Qistina. Kesemua pesaing Fire kelihatan tidak mudah terperangkap dengan taktik murahan itu. Pusingan pertama dan kedua selalunya berpihak kepada pesaing. Namun mulai pusingan ketiga, 'Fire' mulai menguasai perlawanan."Selain fizikal, mental kau kena kuat."Terngiang-ngiang nasihat Ram.Mulai esok, dia harus meminta Botak mencemuhnya dengan pelbagai jenis nama ketika latihan. Selain itu, dia juga harus bersedia untuk menggunakan taktik yang sama Sudah ha
Bab 17WAJAH Qistina dipandang sebelum keluhan panjang dilepaskan. Hati terasa berat tetapi itulah janjinya tempoh hari. Kepala diangkat dah senyum diukir."Kau kena berlatih dengan Botak selama sebulan. Gerakan kau kena pantas dan beri momentum yang lebih. Jika tidak, hari pertama kau masuk gelanggang kita dua masuk hospital."Qistina mengangguk perlahan. "Aku yakin kita tak akan diusung keluar dengan ambulan." Senyum mengakhiri perbualan."Selain gusti ni, aku nak kau cuba belajar Karate. Yang tu jurulatih kau orang lain. Aku akan bawa kau nanti." Dahi diraba sebelum wajah Qistina dipandang."Penaja kau tu aku. Ni aku tunjuk baju yang akan kau pakai masa perlawanan. Aku tempah lhas untuk kau." Skrin telefon bimbit dikuis dan aplikasi yang menyimpan gambar dipilih. Bulat mata Qistina memandang gambar yang ditunjuk oleh Ram. Bajaunya seperti baju sejuk berhud cuma namanya tertulis di bahagian belakang bersama nombor tujuh. Corak belang seperti warna harimau menghiasi bahagian depan.
Bab 16 KETUKAN bertalu-talu di pintu berserta bunyi nyaring telefon bimbitnya mengejutkan Qistina. Mata yang terpejam rapat tadi dibuka perlahan-lahan. Lengan pula terasa berat. Tanpa melihat nama yang berkelip di skrin telefon bimbit, panggilan dijawab. "Cikgu. Saya di hadapan ni." Mata yang tertutup terus terbuka luas. Tangan sebelah kanan cuba diangkat. Ketika itu baru dia perasan yang Aisy tidur dalam dakapannya. "Sekejap ya tuan." Lengan yang menjadi alas kepala Aisy itu cuba ditarik dengan perlahan. Takut anak kecil itu terkejut. Pintu rumah dibuka dan dia menjemput ayah kepada anak muridnya itu masuk. "Maaf. Saya terlena. Tak dengar tuan panggil. Lama ke tunggu di luar tadi?" Eijaz menggeleng perlahan. Dia yang harus mengucap maaf terlebih dahulu. Lena Qistina terganggu disebabkan dia yang terlalu lewat. Jam di pergelangan tangan dilirik. Dalam sepuluh minit, jam akan berdeting dua belas kali. "Saya yang bersalah cikgu. Janji saya nak ambil awal. Ini dah hampir teng