Share

AMM BHG 1: Bab 4

KAWASAN hutan yang gelap perlahan-lahan bertukar cerah. Bunyi unggas berkicauan memeriahkan suasana hutan.

   "Hei, bangunlah! Siapa yang nak tolong aku carikan herba?" soal Haliene lalu menendang Sam dan Jack, kemudian dia beralih ke arah Ross.

   Tidak jauh dari situ, kelihatan Ari sedang duduk di luar khemah. "Awalnya kau bangun," tegur Haliene.

   "Aku tak tidur," itu sahaja jawapan dari Ari.

   "Aku dengan Sam nak keluar pergi cari herba, kau dan Ross keluar carikan makanan. Aviva dan  Jack tinggal dekat sini, tolong jagakan Monika." Kata Haliene.

   "Sekejap, aku ikut kau pergi cari herba?" soal Sam yang tiba-tiba muncul dari belakang.

   "Iyalah. kau tak nak? Kalau begitu tukar dengan Ross, kau pergi cari makanan dengan Ari." Haliene memberikan cadangan.

   "Okey, aku ikut kau pergi cari herba." Balas Sam lalu dia pergi bersiap siaga dengan peralatan yang perlu dibawa.

   "Jack, paastikan mereka berdua selamat. Apa-apa hal terjadi dekat mereka, aku salahkan kau." Haliene berkata dengan tegas kepada Jack.

   Jack pantas berdiri, tangan kanannya diletakkan di sisi kepala. "Baik, puan! Bersedia menurut perintah!" laungnya seperti berada di dalam kem tentera.

   Sam menumbuk perut Jack lalu ketawa terbahak-bahak apabila lelaki itu mengaduh kesakitan sambil dia menghamburkan beberapa carutan.

   "Kau memang tak guna, Sam!" teriak Jack sambil menggosok perutnya. Dia melihat mereka berdua beredar dari situ.

   Sam hanya tersengih mengejek. Ross dan Ari juga telah keluar mencari makanan. Keadaan di tapak perkhemahan itu agak janggal, masing-masing diam membisu. "Eh, kau artis yang menyanyi lagu Princesses Don't Cry, kan?" soal Jack membelah hening.

   "Tak, bukan aku." Jawab Aviva, dia menggelengkan kepala.

   "Bukan kau, eh?" Jack menggaru kepala.

   Aviva menggelengkan kepala sekali lagi. "Kau dah tersalah orang agaknya. Yang menyanyi lagu tu, Aviva Mongillo dari Kanada. Aku Aviva Anastasia Payne dari Australia tapi aku berpindah ke Los Angeles dua tahun lepas."

   "Damn it! Aku ingatkan kau," kata Jack. "Jadi selama ni aku dah tersalah oranglah, ya?"

   "Bukan kau seorang yang tersalah orang, ramai lagi." Jawab Aviva.

   "Budak rambut putih tu kau kenal?" soal Jack lagi.

   "Tak," Aviva menggelengkan kepala. "Muzik apa yang kau orang bawa?"

   "Kita orang pembuat muzik EDM. Haliene dan Monika, mereka merupakan featuring artist bekerjasama hasilkan kolaborasi vokal untuk sesebuah trek," terang Jack.

   "Jadi, aku dan Sam DJ dan produser muzik... kemudian kau orang serahkan dekat rekod label untuk kembangkan kau orang punya muzik tu?"

   "Ya, kau punya muzik pula mcam mana?"

   "Pop Rock, Altenative Rock, Electro Pop, Emo..." jawab Aviva tanpa sebarang reaksi di wajahnya.

   "Oh ya, aku dapat lihat itu." Kata Jack yang melihat penampilan Aviva yang memang ke arah itu, serba hitam. Seluar jeans petak-petak hitam merah yang kelihatan agak lusuh, dengan kesan kotoran tanah. Baju t-shirt lengan pendek berwarna hitam dipadankan dengan rambut kuning keemasan. Kesan eyeliner pekat di mata sudah kian pudar, jaket hitam terikat di pinggangnya. Memang rocklah!

   Syhh... syhh... tiba-tiba kedengaran seperti seseorang sedang berjalan di dalam semak. Jack dan Aviva saling berpandangan lantas mereka memerhati sekeliling, mencari punca bunyian itu. "Sam! Haliene! Ross!" Jack berteriak. "Kau orang ke tu?"

   "Eh, bodoh. Apa yang kau buat ni? Diam sudahlah." Aviva memandang Jack dengan pandangan yang tajam, tidak bersetuju dengan tindakan Jack tadi.

   Selang beberapa minit, bunyi itu hilang. "Mungkin angin agaknya," kata Jack untuk menyedapkan hatinya sendiri.

   Monika yang berbaring di sebelah mereka kelihatan resah. "Tolong ambilkan botol air tu," arah Aviva. Kemudian dia segera memangku leher Monika. Air botol disuakan ke bibir yang semakin kering itu, "alamak, air dah nak habis!" Aviva menggoncangkan botol air tersebut. Kedengaran bunyi kocakkan air di dasar botol.

   "Biar aku pergi carikan air, kau tunggu sini." Jack mengambil botol itu dari tangan Aviva.

   "Tunggu, kau tahu ke dekat mana nak cari air?" teriak Aviva kepada Jack.

   "Tak!" balas Jack yang sudah semakin jauh.

   "Aduhai, bodohnya dia." Aviva mengeluh sendirian. Dia beralih ke arah Monika yang kelihatan sudah semakin sedar.

   Pandangan matanya yang masih kabur cuba difokuskan. Kelihatan bayang-bayang kabur berwarna kuning menerjah ruangan mata. "Hai," kata suara itu. "Aviva."

   "Aviva?" suara lemah dari Monika.

   "Ya."

   "Aviva, aku dekat mana?"

   "Mmm..." Aviva memandang sekeliling, "dekat hutan."

   "Oh."

   "Hati-hati," kata Aviva setelah melihat Monika cuba untuk menukar posisi baringnya kepada duduk, lalu dia cuba menolongnya.

   "Ahh..." Monika mengaduh dalam nada perlahan. Sakit di bahagian perutnya kembali terasa setiap kali dia cuba bergerak. Kemudian dia menyelak bajunya untuk melihat seteruk manakah lukanya itu. Ianya kelihatan bersih dari kali terakhir dia melihatnya, sisi kepalanya turut terasa sakit. 

   "Luka kau teruk, Haliene tolong cucikannya." Kata Aviva.

   "Haliene? Mana dia?" tanya Monika yang sudah berada di posisi duduk. Aviva menolongnya umtuk bersandar di pokok yang berdekatan.

   "Cari herba untuk luka kau. Mungkin sekejap lagi mereka baliklah."

Comments (1)
goodnovel comment avatar
RED SCARLET
zmn ni ker? thu2
VIEW ALL COMMENTS

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status