KAKI melangkah memasuki Kelab Cruise. Imej yang dicari sudah ketemu, segera dia menapak menuju ke arah figura tersebut yang sedang asyik meneguk minuman keras. Punggung dilabuhkan di atas kerusi tanpa perlu minta keizinan.
"Kelly Sweet," kata Iva setelah melihat figura dihadapannya. Senyuman diberikan lalu rokok yang terselit di celah jari disedut. "Ada apa kau datang jumpa aku ni?"
"Apa yang kau dah beritahu dekat dia?"
"Apa yang patut dia tahu," jawab Iva bersahaja. "Sampai bila kau nak kita semua terus berlakon? Bila ingatan dia dah pulih nanti, dia akan tahu juga siapa dia. Kau tak boleh nak rahsiakannya lagi. Aku kawan dia, aku kenal dia dahulu dari kau."
"Kawan jenis apa yang biarkan kawan dia terseksa macam tu? Kau biar dia rosakkan diri dia. Di mana kau bila dia perlukan kau? Ada kau pergi melawat dia dekat pusat pemulihan t
HALIENE berdiri di tingkap di ruang tamu rumah. Matanya liar memerhati ke luar tingkap sambil telefon pintarnya melekap di telinga kanan. "Ya, dia sedar yang dia diperhatikan. Aku ada perasan dah lama, Matt pun ada ceritakan dekat aku," kata Haliene perlahan. "Kau nak teruskan juga ke dengan rancangan tu?" kedengaran suara lelaki di corong telefon. "Ya, aku nak teruskan juga seperti apa yang telah dirancang. Tapi aku tak pasti ia akan berhasil ataupun tidak. Dia ada tanya aku mengenai parut torehan dekat tangan dia tu. Aku cakap itu luka dia jatuh, aku risau kalau dia ingat balik, penyakit ketagih cederakan diri sendiri tu jadi semula. Matt ada cakap dekat aku yang kelakuan dia agak pelik sikit baru-baru ni. Selalu termenung." "Aku harap dia baik-baik saja. Terima kasih kerana tolong jagakan dia untuk aku," kata suara itu lagi. Panggilan
PANDANGAN matanya kabur. Dia cuba untuk mengingat kembali apa yang telah berlaku tetapi otaknya masih gagal berfungsi dengan baik. Sekelilingnya kelihatan berwarna kehijauan, melambai-lambai di segenap ruang. Kedengaran pula unggas berkicauan. Tubuhnya yang masih di atas tanah cuba ditolak naik. "Ahhh..." dia mengerang kesakitan. Sakit yang teramat di sisi kiri perutnya terasa menusuk-nusuk. Sisi kiri wajahnya pula dipenuhi dengan darah pekat yang mengalir. Menitik-nitik jatuh di permukaan tanah. "Tolong..." teriaknya. Namun nada suaranya seperti tersekat di kerongkong. Berkali-kali dia meminta tolong, berharap akan ada seseorang yang dapat membantunya. Tidak lama kemudian, satu bayang-bayang tubuh terlihat di dalam pandangan matanya. Bayang-bayang itu datang menghampirinya. "Tolong..." katanya lagi dalam nada suara yang sama seperti tadi. &
GAVIN tersedar dari lelapnya. Dia tidak pasti sudah berapa lama dia terlelap di situ. Hujan masih renyai-renyai. Dia tidak boleh menunggu sahaja di situ, harus membuat sesuatu. Jika mahu menunggu hujan ini betul-betul berhenti, mungkin lambat lagi. "Eh, aku rasa kita dah boleh bergerak sekarang," kata Gavin. Masih tiada balasan dari Monika. "Monika?" Gavin menggoncangkan bahu Monika. "Monika, bangunlah..." dia resah. Banyak kali dia cuba mengejutkan Monika. "Damn... Monika!" teriak Gavin. Sekali lagi dia cuba membangunkan Monika. Gavin menggelengkan kepala, segera dia menyandarkan Monika di akar pokok dengan berhati-hati. "Monika, kenapa?" Gavin duduk mencangkung menahan diri dari menangis. "Kenapa, Monika? Aku seorang saja ni, huhu..." hodoh mukanya menahan tangisan. Air mata dikesat, dia memakaikan Monika sweaternya tadi. Hutan yang tebal
"HEI, kau orang! Kita orang ada terjumpa beg dekat kawasan hujung sana!" Sam berteriak sambil membawa beg sandang berwarna hijau lumut yang talinya sudah hampir terputus. Jack yang sudah jauh di belakang mengejar Sam. Dia berlari dengan nafas yang tercungap-cungap. Haliene, Aviva dan Ross yang sedang makan di tapak perkhemahan sementara segera menoleh ke arah mereka berdua. Tapak perkhemahan sementara itu baru sahaja siap beberapa minit yang lalu. Memandangkan hujan sangat lebat semalam jadi habis semua kain penutup terbang, terpaksalah mereka memasang semula. "Ini beg Monika," kata Haliene setelah mengenalpasti beg tersebut. "Bawa aku ke tempat tu sekarang." "Tunggu dulu, tak ada apa dah dekat situ. Kita orang dah tengok," kata Jack. "Mungkin dia ada tidak jauh dari situ, bawa aku ke tempat tu sekarang!" Haliene menarik lengan Sam. Jack yan
KAWASAN hutan yang gelap perlahan-lahan bertukar cerah. Bunyi unggas berkicauan memeriahkan suasana hutan. "Hei, bangunlah! Siapa yang nak tolong aku carikan herba?" soal Haliene lalu menendang Sam dan Jack, kemudian dia beralih ke arah Ross. Tidak jauh dari situ, kelihatan Ari sedang duduk di luar khemah. "Awalnya kau bangun," tegur Haliene. "Aku tak tidur," itu sahaja jawapan dari Ari. "Aku dengan Sam nak keluar pergi cari herba, kau dan Ross keluar carikan makanan. Aviva dan Jack tinggal dekat sini, tolong jagakan Monika." Kata Haliene. "Sekejap, aku ikut kau pergi cari herba?" soal Sam yang tiba-tiba muncul dari belakang. "Iyalah. kau tak nak? Kalau begitu tukar dengan Ross, kau pergi cari makanan dengan Ari." Haliene memberikan cadangan.
SAM melibas pokok-pokok kecil dengan pisau kecilnya. Rasanya tindakan itu seperti tidak membantunya langsung, penat saja yang dapat. "Aku rasa dah cukup agaknya herba ni, makanan pun aku rasa sudah memadai. Harap Ross dan Ari dapat lagi banyak daripada ni," kata Haliene. "Jomlah! Hari pun dah semakin gelap," kata Sam. Walaupun baru menunjukkan pukul tiga petang, keadaan di dalam hutan cepat gelap. Mereka berpatah semula mengikut jalan yang telah ditanda tadi. Tiba-tiba Sam berhenti mendadak membuatkan Haliene yang berjalan di belakang melanggarnya. "Dah kenapa berhenti macam tu?" marah Haliene. "Syy..." Sam meletakkan jari telunjuknya di mulut. "Dengar tak?" kemudian dia membawa tapak tangannya ke belakang telinga. Haliene mengerutkan dahi lalu turut memasang telinga. Dia tidak pasti apa yang telah didenga
MONIKA terjaga dari tidurnya setelah terdengar bunyi seperti seseorang berjalan di dalam semak. Dia melihat Haliene dan Aviva sedang nyenyak tidur berdekatan dengannya. Jack dan Sam yang sedang bersandar di batang pokok juga sudah terlentok. Sepatutnya mereka bergilir-gilir berjaga tetapi sebaliknya pula yang berlaku. Monika menahan tubuhnya dengan siku. Dia memerhati sekeliling namun tidak tercapai oleh pancainderanya. Selang selepas itu, muncul tubuh lelaki di sebalik sebatang pokok. Lelaki itu menuju ke arah Monika. Samar-samar cahaya api menyimbah ke wajah lelaki itu, ianya Ari. Ari meletakkan jari telunjuknya di mulut memberi isyarat kepada Monika agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Dia juga mengarahkan Monika agar kembali berbaring seperti tadi. Kemudian dia menuju ke arah Sam dan Jack yang tidak sedarkan diri. Sebatang kayu yang telah diasah tajam di hujungnya dihunuskan kepada mereka berdua.
TAPAK perkhemahan sementara itu dikemas oleh mereka. Segala sampah dikambus ke dalam tanah, tidak mahu tapak peninggalan mereka di situ tercemar. keindahan hutan perlu dijaga. Mereka sudah bersiap-siap untuk beredar dari situ. Mereka bercadang untuk ke kawasan sumber air yang dikatakan oleh Jack semalam. "Kau orang semua tak nak ubah fikiran?" soal Ari tiba-tiba. "Apa maksud kau?" soal Jack. "Maksud aku, kita boleh pergi ke arah sana. manalah tahu ada perkampungan ke, boleh minta tolong orang yang ada dekat situ. Tak perlulah kita ke kawasan air tu, lagipun tempat tu jauh." Ari cuba meyakinkan mereka. "Tempat perkampungan? Mana ada perkampungan dekat hutan macam ni. Kau ni biar betul! Merepaklah!" bentak Sam. "Lagi satu, mana kau tahu kawasan air yang aku jumpa tu jauh? kau pernah ke sana ke?" soal Jack in