Share

AMM BHG 1: Bab 9

HUJAN lebat mencurah-curah turun dari langit. Pandangan matanya kabur akibat bertubi-tubi air masuk ke dalam matanya. Puas dia meraup wajah dengan tangannya. Nasibnya baik kerana dia telah jatuh dari tempat yang tinggi itu ke dalam air. Dan nasib baik juga dia pandai berenang.

   Sehingga kini, dia masih lagi berusaha untuk keluar dari air yang deras itu. Terpaksa dia melawan arus dengan mencapai akar-akar pokok juga ranting yang berjuntaian ketika menyusuri aliran air tersebut. Jika dilihat, di hujung aliran air itu merupakan air terjun. Tetapi tidak diketahui setinggi manakah air terjun tersebut. Untuk selamat, dia melawan arus sehingga bertemu dengan aliran air yang tenang atau mungkin tebing tanah yang membolehkan dia untuk naik ke darat. Harap-harapnya tidak jauhlah.

   Hujan pula tidak berhenti turun sejak dari tadi. Kilat sabung-menyabung di langit, terasa dekat di hujung kepala. Dia meneruskan lagi perjalanann

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status