Share

AMM BHG 1: Bab 10

HALIENE menghela nafas. Memang pernah terlintas di dalam hatinya yang Monika itu agak membebankannya. Dia mengambil Monika sebelum ini kerana beranggapan itu akan menguntungkan label muziknya dan ia benar-benar menguntungkan. Itu sahaja niatnya. Tetapi sebaik sahaja dia mendengar kata-kata dari Monika tadi, dia berasa sangat-sangat bersalah. Rasa berdosa!

   Haliene terduduk di lantai hutan. "Oh, Tuhan. Apa yang aku dah buat?" dia mula rasa menyesal dengan apa yang telah diperkata tadi. "Aku stress sangat-sangat! Aku nak balik, aku tak nak terperangkap dekat dalam hutan ni!"

   Sam duduk mencangkung. "Semua orang pun nak balik, nak hidup yang normal balik. Aku rasa kau patut cakap semula dengan Monika. Kita tak boleh tinggalkan dia macam tu saja. Kau dah buat dia berkecil hati, dah banyak perkara teruk yang dia lalui. Kau sajalah satu-satunya yang dia ada. Kau kena buat dia rasa berharga semula."

<
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status