Share

BAB 2

Qaseh. Nanti awak tolong kumpulkan report yang perlu dihantar pada hari ini ya. Letak atas meja saya. Saya nak habiskan kelas awal pada hari ini. Ada hal penting yang saya perlu uruskan.” Kata Puan Lin  sebaik saja dia melangkah masuk ke kelas.

Kenapa aku? Ya Allah.. Malasnya.. Sudah lah aku lapar, nak menapak ke pejabat pula nun jauh di sana.. Tapi apa kan daya…

“Baik Puan.” Qaseh terpaksa akur.

Kelas Puan Lin agak membosan kan. 1jam terasa bagaikan satu hari.

“Okay. Kelas dismiss. Sila hantar report kepada Qaseh. Assalamualaikum.”

“Waalaikumussalam..” Bergema satu kelas dek suara kami.

Bertimbun-timbun report diatas meja Qaseh.

Banyak ni. Puan Lin ni pun satu. Dia tak nampak ke yang aku ni tak tinggi mana? Tak apa.. Apa gunanya kawan.

“Haa.. Rina..” 

I’m so sorry beb. Aku ada date sekarang ni. Aku dah janji. Mungkir janji tu salah satu ciri-ciri orang munafik. Aku tak nak jadi munafik. Lain kali aku akan tolong kau. Bye Qaseh Maisarah ku..” Rina melangkah keluar dari kelas. Tinggallah Qaseh terkebil-kebil seorang diri di dalam kelas.

Tak guna punya kawan. Kau guna perkataan munafik untuk lepaskan diri daripada aku ya? Kejam sungguh!

Qaseh melangkah keluar kelas dengan membawa timbunan report. Begitu banyak kertas report sehingga hampir saja menutupi pandangannya. Pada ketika itu, ada tangan yang sudi membantu mengambil lebih dari separuh kertas-kertas tersebut.

Siapa pula yang baik hati sangat ni? Eh? Macam kenal lah bau minyak wangi ni.

“Kesian awak.. Sampai tak nampak jalan. Meh, saya tolong bawa  sikit ya..” Ammar menyapanya.

Ammar.. Patut lah macam kenal bau ni. Ya Allah.. Rasa macam nak pengsan pula. Sebelum ini, dia tak pernah tegur aku. Dia hanya bertegur sapa dengan Rina saja.

“Eh.. Eh.. Awak okay tak ni? Kenapa macam nak jatuh saja awak jalan ni?” Ammar sudah cemas.

Jangan pengsan Qaseh! Jangan nak buat drama macam dalam novel pula. Tak kan dia nak angkat kau pula? Bukan muhrim.

“ Okay.. Okay.. Terima Kasih.”

“Sama-sama Qaseh..” Ammar tersenyum saja sambil berjalan di sebelah Qaseh. 

Macam abang dengan adik pula aku rasa. Maklum lah.. Dia tu tinggi. Aku ni.. Faham-faham saja lah..

“Erm.. Saya nak tanya sikit boleh?” Ammar membuka bicara setelah diam buat seketika.

“Janji sikit aje?”Tanya Qaseh serious.

“Tak” Mereka saling berpandangan antara satu sama lain. Kemudian, ketawa bersama. Tidak tahu bahagian mana yang kelakar. Tapi terasa lucu pula dengan soalan dan jawapan masing-masing.

“Tanya lah.. Nak tanya apa?”

“Kenapa awak tak balas mesej saya semalam?”

Alamak.. menyesal aku benarkan dia bertanya. Tipu sunat boleh kan? Aku terdesak ni.

“Saya tertidur.”

“Tapi saya nampak awak online kat w******p.”

Oh my god.. Can somebody help me? Please..

“Saya tertidur sebelum keluar dari aplikasi tu.. Hehe..”

“Oh… Saya ingat awak tak sudi kawan dengan saya. Yelah.. Awak kan senior saya.” 

Mana ada orang sanggup  tolak kalau orang sekacak dia ni yang nak berkawan.

“Tidak lah.. Saya yang patut cakap macam tu. Yelah, awak tengok diri awak dengan saya. Macam langit dengan bumi. Saya ni kecil aje. Awak ada rupa. Ramai yang nak berkawan dengan awak.” Qaseh menundukkan pandangannya. Teringat pula dia pada kata-kata penghinaan  yang di lontarkan oleh emak si Fayyadh.

“Puji melambung awak ni. Saya biasa saja. Kita berpijak pada bumi yang sama. Memandang langit yang sama. Kita semua sama. Kita semua hamba Allah.” 

Tudiaaaaa…. Macam kata-kata seorang ustaz pula. Calon suami mithali ni. Emak aku kata, kalau dapat orang macam ni, jangan kasi lepas. Hahaha.

“Amboi.. Sejak bila ni..? Jangan lupa jemput  saya nanti ya. Saya ada bau  nasi minyak ni. Macam dekat saja dengan kau orang.” Kata Puan Nora.

Kenapa lah Puan Nora boleh lalu sini pula ya. Padahal pejabat dia di blok lain. Si Ammar ni pula dah kenapa tersengeh-sengeh?

“Eh.. Puan.. Tak adalah.. Ammar tolong saya hantar report ni saja.” 

“Iyalah tu.. Baik-baik ya jalan. Kalau berdua ni selalu ada yang ke tiga. Saya pergi dulu.” Qaseh dan Ammar menundukkan sedikit kepala sekadar tanda hormat kepada seorang Pensyarah.

Ada yang ketiga? Syaiton lah tu. Ya Allah.. Jauhi lah kami dari syaitan yang direjam.

Sampai sahaja di meja Puan Lin, kami meletakkan kesemua kertas tersebut. Ammar meminta izin untuk menghantar Qaseh pulang. Tetapi dia menolak.

Aku balik sorang pun tak apalah. Takut pula terhutang budi. Lagi pun, dia hanya ingin berkawan dengan aku. Lain lah kalau  dia nak jadi penghuni hati aku forever kan..

***

Cik Qaseh Maisarah! Haluuu… Selamat pagi…”Rina menyapa mesra Qaseh didapur.

“Pagi tengkorak kau! Kau tengok jam pukul berapa? Ini aku bukan buat sarapan tau. Aku masak ni untuk makan tengahari. Ee.. Kau ni.. Kalau Luqman tahu lah perangai kau macam ni, entah-entah kena tarik balik pengiktirafan kau sebagai awek dia.” Laju sahaja mulutnya membebel.

Minta-minta lah adik aku yang perempuan tu bukan macam ni punya perangai. Kesian mak aku nanti kat rumah tu.

“Hahaha.. Ala.. Kan cuti.. Kau eh kalau membebel,macam standard mak-mak tahu tak? Harap-harap tak pekak lah siapa yang jadi suami kau nanti. Hari-hari dengar kau membebel,boleh pekak woo.”

“Aku ni nasihat.. Sebelum kau kena reject dengan emak si Luqman tu…elok lah kau dengar nasihat daripada pakar motivasi tak diiktiraf macam aku ni. Aku tak tahu macam mana Luqman tu boleh nak dengan kau ni Rina, buta agaknya. Lagi teruk dari aku yang rabun ni. Hahaha!”

Puas hati aku dapat membebel dekat minah ni. Asyik muka aku saja yang masak. Patut lah dia saja yang berisi,aku pula kurus tak ada isi. Dah aku yang masak, dia yang makan. Hai lah kawan.. kawan..

“Dah puas membebel? Luqman tu… Aku yang mengurat dia.. Dia tu pemalu, aku tahu dia suka aku. Ala.. Nanti dah kahwin, aku bangun lah awal sikit. Hidup student macam kita ni, memang lah kadang-kadang bangun lambat, untung aku tak bangun malam tau. Hahaha.”

“Eee.. Tak malunya kau ni eh! Tak sangka betul aku ada kawan macam ni. Banyak lah kau punya kadang-kadang.. Asal hari cuti aje,memang kau bangun lambat. Suka hati kau lah Rina.” Qaseh bangun dan menuju ke sinki untuk mencuci sayur-sayuran yang sudah siap di potong sebentar tadi.

Qaseh dan Rina sudah berkawan sejak di bangku sekolah lagi. Kemudian, Qaseh dan keluarganya pindah ke Johor mengikuti bapanya yang ditukarkan tempat kerja ke cawangan lain. Tidak sangka mereka boleh bertemu kembali di kolej.

“Eh.. Lupa pula aku nak tanya.. Minggu lepas kau hantar report tu kan.. Kau hantar sorang-sorang ke Qaseh?” kata Rina sambil menyuap nasi goreng ke dalam mulutnya.

Nak beritahu ke Ammar yang tolong aku? Tak payah lah. Bukan boleh percaya dengan minah ni.

“Kenapa? Aku hantar sorang lah. Dah orang tu sibuk dengan date dia.”

“Eleh.. Kau tak payah nak tipu aku lah…. Ammar kan yang datang tolong kau kan?.. Kan?..”

“Mana kau tahu? Mesti kau yang beritahu dia kan yang aku kena hantar report sorang-sorang?”

Kan aku dah kata.. Minah ni tak boleh percaya. Mana aku tahu? Aku tahu lah. Aku dah lama kut berkawan dengan dia.

“Kau ni Qaseh.. Tak baik tau.. Asyik nak tuduh aku bukan-bukan saja. Aku dengar lah, banyak mulut berbicara, banyak mata yang melihat.”

“Siapa pula yang berbicara? Siapa pula yang melihat?”

Takkan Puan Nora pergi jaja cerita aku kat pejabat? Boleh tahan juga Puan Nora ni ya..

“Entah.. Yang aku dengar.. Satu pejabat pensyarah tu dah kecoh kau dengan Ammar dating masa nak hantar report tu.Entah apa-apa eh, hantar report sambil dating. Hahaha.” Ketawanya mati dek kerana jelingan maut yang di berikan oleh Qaseh.

Nak cakap aku dating macam budak-budak lah tu. Eleh.. Dia dengan Luqman tu lagi lah.. Geli aku tengok.

“Ke betul kau dengan Ammar dating masa hantar report tu? Serious lah? Wah.. Dah berjaya lah eh si Ammar tu masuk jarum?” Rina mengetuk-ngetuk dagunya dengan handphone yang setia berada dalam genggamannya.

Eh minah ni…. Aku cili juga mulut dia ni karang.. Bercakap aje dari tadi, bukan reti nak tolong aku masak ke apa. Ni tak.. Ammar,Ammar,Ammar..

“Kau memang lahir-lahir dah kepochi eh ? Tadi cakap aku membebel. Kau pun sama. Sekurang-kurangnya aku ni membebel berbaur nasihat, kau tu membebel berbakul dosa kering. Gosip memanjang. Ish..ish..”

“Mulut kau eh…. Sama pedas dengan cili tu tahu tak? Hahaha.. Yelah.. Meh lah aku tolong.. Tolong hidang, sambil makan. Hehehe.. Sedapnya kau masak Qaseh.. Untung Ammar..”.

“Hemm.. Ammar lagi..”

“Bukan kau suka Ammar ke?”

Haah kan. Kenapa aku macam nak marah aje ni? Padahal aku crush dekat dia kut.

“Memang lah.. Tapi aku tak suka lah orang buat cerita macam ni. Lagi pun,dia tak cakap pun dia suka kat aku. Buat malu aje.” Qaseh menyuap makanan yang dimasaknya tadi ke dalam mulut.

Rina mengangguk faham. Mereka makan bersama-sama seperti hari-hari cuti sebelum ini. Diselangi dengan gelak tawa mereka. Kebiasaannya Rina yang akan mengemas semua setelah selesai makan. Yelah, Qaseh sudah penat-penat masak untuk mereka makan bersama. Kini giliran Rina pula mengemas dapur.

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status