Share

Cheonsa, Saranghae! (Bahasa Malaysia)
Cheonsa, Saranghae! (Bahasa Malaysia)
Penulis: Lucyana

CS ¦ 01

Penulis: Lucyana
last update Terakhir Diperbarui: 2022-08-15 00:00:38

"JANGANLAH main-main dengan aku, Sora. Aku tahu kau ada duit! Bagi aku sekarang duit tu!" Nam Jungwoo bersuara nyaring sambil tangan Han Sora ditarik kasar.

"Awak faham ke tidak ni Jungwoo? Saya kan dah kata, saya tak ada duit. Saya tak ada duitlah! Yang awak nak paksa-paksa saya ni kenapa?" Han Sora turut menyaringkan suaranya menandakan dia memang tiada duit. Tangan Jungwoo yang mencengkam kuat tangannya tadi ditepis kasar.

"Kau jangan nak tipu aku Sora, aku tahu kau ada duit! Apa guna kau kerja siang malam tapi bila aku minta duit langsung tak ada? Kau jangan nak menipu!"

Akibat dari rasa amarah yang kian bergelodak di dalam jiwa, tangannya terus naik menampar wajah isterinya apabila permintaannya tidak ditunaikan oleh Sora.

Sora terjatuh ke sisi sehingga menyebabkan kepalanya terhantuk di kaki meja solek yang berada tidak jauh darinya.

Jungwoo langsung tidak peduli akan keadaan si isteri, sebaliknya laju dia menggeledah bahagian laci meja solek Sora. Apa yang difikirnya saat itu hanyalah wang, itu saja yang dia mahukan.

"Ni apa ni? Kau nak tipu aku pun agak-agaklah, kau ingat aku bodoh macam kau?" Wang kertas yang Sora sorokkan di dalam laci meja tersebut segera di bawa keluar lalu tidak semena-menanya kepala Sora ditunjal ganas. Duit yang dipegang Jungwoo sengaja ditonyohkan ke muka Sora.

"Kau kena ingat Sora, aku tengah susah sekarang sebab aku dibuang kerja. Kau sebagai seorang isteri kena tolong aku. Bukan menyusahkan aku!"

Usai kata begitu, langkah Jungwoo dibuka mahu meninggalkan ruangan bilik tidur mereka. Kepukan duit yang berada di tangannya ditepuk-tepuk ke tangan sambil senyuman menyeringgai dipamerkan. Rasa puas terbit di hati apabila wang yang diingini sudah diperolehi.

"Jangan ambil! Jangan ambil duit tu! Itu duit belanja sekolah Woojin! Pulangkan semula NAM JUNGWOO!"

Namun teriakkan Sora langsung tidak dihiraukan oleh Jungwoo. Apa yang dia ingini sudah ada di tangan. Perkara lain sudah tidak penting lagi baginya.

Tanpa Jungwoo sedar, anak kecil berusia 12 tahun sedari tadi asyik memerhatikan gerak-gerinya. Setelah dia melangkah keluar. Perlahan-lahan anak kecil itu mendekati pintu bilik Sora.

Wajah Han Sora diperhatikan dan Woojin perasan ada tompokkan darah di dahi wanita itu.

"I... ibu..." panggil anak kecil itu. Sora pantas menoleh ke arahnya.

"Ya sayang, kenapa? Mari sini dekat ibu."

Tangan Sora menepuk perlahan katil yang didudukinya saat itu namun, anak kecil itu langsung tidak mendekatinya.

'Eomma gwenchana? - (Ibu okey?)'

Tanya Woojin namun, pertanyaan itu hanya disoal dalam hati tidak di mulutnya.

"Woojin-ah, nan gwenchana. Geogjeong hajima, iliwa eomma poong. - (Woojin, ibu tak apa-apa. Jangan risau ya, mari sini ibu peluk)" Seolah-olah mengetahui kerisauan anaknya itu, Sora terus mendepakan tangan dengan luas. Menanti sang anak mendekatinya namun, Woojin tetap berdiri di pintu bilik itu. Air matanya perlahan-lahan mengalir membasahi pipi apabila melihat Sora tersenyum manis ke arahnya. Hati kecilnya mula merintih kesakitan.

"Kenapa anak ibu menangis sayang?"

Woojin memejamkan matanya lalu esak tangisnya kedengaran. Senyuman Sora terus mati. Perasaan risau mula terpamer di wajah apabila melihat anak tunggalnya berkelakuan begitu.

"Kenapa ni? Omo omo omo, uljima Woojin-ah. - (jangan nangis Woojin)"

Sora bangun mendekati Woojin lantas tubuh anak kecilnya itu dipeluk erat. Belakang Woojin

turut diusap perlahan agar dapat menenangkannya.

"Ibu..." perlahan Woojin memanggil. Tangisannya tadi sudah berhenti dan tergantikan dengan bunyi seduan pula.

"Hm..." Sora turut menyahut perlahan.

"Bila saya dah besar nanti, saya akan lindungi ibu. Saya akan tolong ibu cari wang. Saya akan jaga ibu. Saya janji."

"Omona, anak ibu ke ni?" Sengaja Sora ingin menyakat anak kecilnya itu. Hidung Woojin yang kemerahan sengaja Sora menariknya dengan lembut lalu dia melagakan hidung mereka.

"Satu perkara je ibu minta, Woojin jadi anak yang baik ya? Jangan sesekali sakiti hati wanita

sebab wanita itu adalah Cheonsa."

"Cheonsa?"

Sora mengangguk perlahan sambil senyuman kembali terukir di bibir. Matanya bertemu dengan mata Woojin yang seakan-akan tertanya apakah maksud Cheonsa itu.

"Cheonsa itu adalah angel, seorang ibu atau seorang perempuan itu sama seperti angel kerana mereka tabah dan kuat. Mereka mampu melahirkan anak yang comel seperti Woojin, mereka juga mampu melakukan banyak perkara dalam satu masa. Mereka adalah superhero yang seringkali dipandang lemah. Merekalah Cheonsa."

Terkebil-kebil Woojin mendengarkan bicara ibunya itu. Sora yang baru tersedar Woojin tidak mengerti apa yang dia cuba sampaikan tadi hanya mengukirkan senyuman.

"Nanti Woojin dah besar, Woojin akan faham apa yang ibu maksudkan."

Sora mencium lembut dahi Woojin kerana tidak mahu anaknya itu terus memikirkan apa yang dia katakan tadi.

Sora kembali berdiri dari duduk bertinggung di hadapan Woojin dan perkara yang tidak disangka-sangka berlaku apabila Woojin menjerit lalu memeluk erat pinggangnya.

"Eommaneun nae cheonsa ya - (Ibulah cheonsa saya.)"

"Haha... ya sayang."

Akhirnya mereka berpelukan erat semula. Terubat hati sang ibu apabila mendapat dakapan erat dari anak kesayangannya. Kesedihan yang melanda disebabkan perlakuan si suami turut hilang serta-merta. Sora nekad, dia mahu teruskan kehidupan selagi hayat masih dikandung badan demi anaknya yang tersayang.

Lanjutkan membaca buku ini secara gratis
Pindai kode untuk mengunduh Aplikasi

Bab terbaru

  • Cheonsa, Saranghae! (Bahasa Malaysia)   CS ¦ EPILOG

    "NUNAA! Kejamnya!” Mulut Mingi terlopong selepas mendengar Sherin menceritakan tentang kejadian setahun yang lepas di mana Sherin dan Woojin bertemu di tempat peringatan Puan Sora. “Nunaa, kenapa tak ambil gambar dia? Susah tahu tak, nak tengok Woo menangis macam bayi.” “Awak lagi kejam Mingi, ada ke patut orang tengah sedih disuruh rakam gambar. Kasihanlah dia.” Tergeleng kepala Sherin melihat sikap Mingi seperti anak kecil saat ini. Mereka berdua berjalan beriringan menuju ke kafe Cheonsa, Saranghae. Mingi kata ada sesuatu yang dia mahu tunjukkan kepada kakaknya itu. Setibanya mereka di kafe tersebut, kelibat Woojin sedang menanti mereka mula menyapa mata. Sherin terus mengukirkan senyuman kepada lelaki itu. “Lambatnya Min, mandi peluh aku tunggu kau berdua.” “Kau berpeluh pun, aku lagi handsome!” seloroh Mingi membuatkan kepala Sherin tergeleng lagi. “Jomlah masuk,” ajak Woojin, namun belum sempat Woojin membuka langkah bahunya ditarik

  • Cheonsa, Saranghae! (Bahasa Malaysia)   CS ¦ 039

    WOOJIN melangkah masuk ke dalam tempat peringatan Puan Sora. Lariannya tidak henti sejak tadi. Dia perlu segera sebelum terlambat.Akhirnya, langkah kaki Woojin terhenti. Badannya membongkok kepenatan. Gadis bernama Jung Sherin itu sedang menghadap ke almari yang menempatkan abu Puan Sora.Selesai dia melihat gambar Puan Sora dan Woojin di dalam rak kaca. Langkah Sherin dibuka dan pandangan matanya dari bawah naik ke atas. Namun, sebaik saja matanya melihat wajah Woojin. Kaki Sherin terhenti sendiri. Mata pula terbuntang luas. Terkejut melihat lelaki itu berada di hadapannya.Woojin segera membuka langkah dengan laju. Penatnya berlari tadi langsung hilang apabila wajah Sherin menyapa mata.“Sherin.…”Tanpa menunggu Sherin menyahut. Dakapan erat Woojin berikan kepada gadis itu. Sherin tergamam dan tidak mampu memberikan apa-apa reaksi kerana terlalu terkejut.“Mana kau pergi? Kenapa kau hindarkan diri

  • Cheonsa, Saranghae! (Bahasa Malaysia)   CS ¦ 038

    SETAHUN sudah berlalu, Woojin kembali hidup seperti orang biasa. Tiada lagi impian untuk menjadi seorang artis, dirinya juga telah disingkirkan dari syarikat WMC kerana melanggari syarat-syarat yang mereka berikan.Kini, Woojin menyambung semula perniagaan kecil Puan Sora dahulu iaitu menjual mi sup dan nasi goreng kimchi di sebuah kafe yang diberikan nama Cheonsa, Saranghae!“Bos, kawan bos dah datang.”Woojin menoleh apabila ditegur salah seorang pekerjanya. Tangan segera dilap lantas dia bergerak keluar dari tempat penyimpanan barang masakan.Wajah Mingi yang tersenyum lebar menyapa mata. Woojin turut berbalas senyuman.“Apa khabar bro?” tegur Woojin terlebih dahulu. Tangan mereka dilagakan lantas bahu mereka bersentuhan.“Macam biasa, jadi macam mana perniagaan kau sekarang?”Woojin mengangguk sambil matanya melirik sekeliling.“Macam yang kau tengok sekara

  • Cheonsa, Saranghae! (Bahasa Malaysia)   CS ¦ 037

    TAYANGAN berita siaran langsung di kaca televisyen tadi membuatkan hati Sherin terusik serba sedikit. Tidak menyangka apa yang dikatakan oleh Mingi benar-benar dilakukan oleh adiknya itu.Kini, Sherin menyambung semula mengemas pakaian. Dia tidak dapat membongkok lama kerana lukanya belum pulih sepenuhnya. Saat Sherin sedang melakukan kerjanya itu pintu wad ditarik.“Nunaa!”Jerkahan Mingi membuatkan Sherin terkejut sehingga terhinjut bahu dan perutnya terus berasa senak.“Jangan banyak bergerak! Kan saya dah cakap, tunggu saya. Biar saya yang kemaskan.”Sherin tersenyum. Adiknya itu mengalahkan seorang ibu, bebelannya boleh sampai bernanah telinga Sherin dibuatnya.“Sikit je ni, bukannya banyak pun. Tak perlulah risau Mingi.”“Apa pula tak risaunya. Nunaa! Selagi nunaa tak kahwin. Selagi itulah nunaa tanggungjawab saya. Jadi, saya kena jaga

  • Cheonsa, Saranghae! (Bahasa Malaysia)   CS ¦ 036

    "TAHNIAH Kumpulan Mixter Girl sebab berjaya menduduki carta pertama. Selepas ini, kamu semua akan berkabolari dengan para senior, bahkan kumpulan kamu boleh memilih sendiri mentor yang kamu semua mahu.”“Yuna-shi, kami boleh pilih artis ke untuk jadi mentor kami?” soalan daripada Bella membuatkan Yuna mengangguk perlahan-lahan.“Melihat ke atas kesudian artis yang kamu pilih tu. Jika dia sudi, kamu semua boleh jadikan dia mentor.”Kumpulan Mixter Girl terus bersorak keriangan. Termasuklah Bella Kim memandangkan dia juga merupakan ahli Mixter Girl.“Untuk kumpulan Infinity Six. Saya dapati Woojin tak sertai kamu semua untuk membuat persembahan. Jadi ke mana dia pergi sepanjang tempoh show kita berlangsung? Kamu semua tak cuba cari dia?”Renjun dan rakan-rakannya saling berpandangan sesama sendiri lantas mereka m

  • Cheonsa, Saranghae! (Bahasa Malaysia)   CS ¦ 035

    SEDARI tadi Mingi menangis tidak berlagu di ruangan menunggu. Bilik kecemasan yang menempatkan Puan Sora tadi kini sudah digantikan dengan Sherin.Lampu berwarna merah di atas pintu bilik rawatan kecemasan itu mula berubah warna. Mingi mengigit bibir. Di saat pintu dibuka oleh seorang doktor yang merawat. Mingi segera bangun lantas air mata yang membasahi wajah dilap rakus.“Doktor macam mana dengan kakak saya?”Doktor itu hanya mempamerkan wajah serius saja. Barangkali keletihan menyapa dirinya. Tangan doktor itu naik ke bahu Mingi lalu menepuk beberapa kali.“Syukur kakak kamu tak apa-apa. Walaupun luka yang diterimanya agak dalam tetapi semangat kakak kamu masih kuat. Jika tidak mungkin kamu akan mendapat berita sedih untuk kedua kalinya.”Mingi meraup wajahnya berkali-kali, hati pula tidak henti-henti memanjatkan rasa syukur yang tidak terhingga.“Boleh saya melawat kakak saya?”

Bab Lainnya
Jelajahi dan baca novel bagus secara gratis
Akses gratis ke berbagai novel bagus di aplikasi GoodNovel. Unduh buku yang kamu suka dan baca di mana saja & kapan saja.
Baca buku gratis di Aplikasi
Pindai kode untuk membaca di Aplikasi
DMCA.com Protection Status