"Haha... nakallah abang ni, malam ni kita nak pergi mana?"
"Macam biasalah, balik rumah haha...."
Woojin yang sedang menyandarkan tubuh ke dinding sambil menyilangkan tangan ke dada terus menoleh. Dia dapat cam suara lelaki itu walaupun tanpa melihat wajahnya.
Keriangan pasangan tersebut Woojin hiraukan, langkah kakinya laju mengejar lelaki berusia 50-an di hadapannya lalu lengan lelaki tua itu direntap kasar."Hey! Siapa ni?"
"Ayah! Sampai bila ayah nak jadi macam ni?" soal Woojin, nada suaranya cuba dilembutkan sebaik mungkin. Walau hati sakit seperti dihiris belati namun, hormatnya masih tetap ada untuk sang ayah.
"Kau siapa? Siapa ayah kau? Aku tak kenal!" Bau minuman keras yang keluar dari mulut lelaki tua itu membuatkan hidung Woojin sakit. Tangannya segera menutup hidung sendiri.
"Hey! Who are you? Why are you keep calling him? He is not your father, kiddo!" tanya wanita yang sangat Woojin kenali itu. Wanita itu adalah ibu kepada Kim Jusang yang juga turut sama mabuk seperti ayahnya.
"Dahlah sayang, tak perlu layan budak ni. Gila agaknya. I tak ada anak."
Berkerut dahi Woojin mendengarkan ayat tersebut. Tangan kirinya digenggam kuat. Air liur ditelan payah. Rasa sakit terus menusuk ke hati. Bapa sendiri tidak mengaku dirinya sebagai anak. Woojin membiarkan kedua-dua pasangan sejoli itu pergi meninggalkannya yang sedang menahan geram. Jika lelaki itu bukan bapanya atau itu adalah Mingi, kawan rapatnya. Sudah lama dia melampiaskan segala rasa sakit itu dengan menumbuk mereka. Namun, Woojin masih tahu batasannya.
"Itulah apa yang aku rasa, bila mak aku sendiri tak mengaku aku anak dia." Pandangan Woojin teralih ke kanan. Di mana Jusang berada. Perlahan-lahan Jusang mendekati Woojin. Ternyata sejak tadi dia perhatikan gerakgeri remaja itu.
"Ayah kau buat mak aku sampai lupakan anak dan suaminya. Jadi, aku rasa gembira bila kau juga dapat rasa apa yang aku rasa." Senyuman sinis Jusang terukir lantas dia berlalu pergi dari situ. Woojin tidak berkata apa-apa. Semuanya dipendam, ditahan kerana pesanan ibunya lebih kuat mengingatkan dirinya di kala ini.
"Woojin jadi anak yang baik ya. Jadi lelaki yang baik. Jadilah seseorang yang baik. Biar manusia buat kita. Kita jangan buat mereka. Kalau betul nak balas, gunakan cara yang adil."
Pandangan Woojin jatuh ke bawah, perlahan-lahan air matanya membasahi pipi tanpa sebarang tangis.'Tapi ibu, mereka semua dah melampau.'
•••
Pintu rumah kayu yang menyapa mata, Woojin pandang lama. Di dalam rumah itu terdapat seorang wanita yang baik budi bicaranya. Lemah lembut dalam tutur kata. Senyuman pula tidak pernah lekang di bibirnya. Itulah syuga bagi Woojin, Han Sora."Woojin?"
Suara panggilan itu membuatkan Woojin menoleh lantas senyuman di bibir terukir. Langkahnya laju dibuka mendekati Han Sora yang sedang membawa barang niaganya di sisi.
"Kamu ke mana? Lama ibu tunggu di gerai, kamu tak sampai-sampai." tanya Sora sambil matanya merenung wajah Woojin.
"Tak ada ke mana pun, tadi saya ada kelas tambahan." Barangan di tangan Sora terus diambil lalu membawanya masuk ke dalam kawasan laman kecil rumah mereka.
"Tak payahlah tipu ibu, Mingi datang tadi. Dia kata kelas dah habis awal, kamu terus keluar tak tahu pergi ke mana."
Sora mendekati pintu utama lalu dibukanya. Woojin menurut langkah Sora masuk ke dalam rumah dan laju langkahnya menuju ke ruangan dapur. Tidak mahu disoal siasat oleh Sora tentang ke mana dia pergi.
Selesai meletakkan barang. Woojin segera menaiki anak tangga sambil berkata, "Kalau tak ada apa-apa saya naik dulu ya, ibu."
"Woojin!" tegas suara Sora memanggil. Terhenti langkah Woojin. Dahinya sudah berkerut.
"Jangan nak lari, ibu belum habis soal lagi. Mari sini turun," arah Sora. Mahu atau tidak Woojin terpaksa akur.
Perlahan-lahan dia menuruni anak tangga semula. Langkahnya berhenti di hadapan Sora sedang berdiri. Tanpa bicara, wajah Woojin menunduk ke bawah manakala Sora merenung wajah anak tunggalnya itu. Selang beberapa minit Sora turut menundukkan wajahnya ke bawah. Keluhan berat dilepaskan dari bibirnya.
"Ibu minta maaf...." Woojin terus mengangkat wajahnya memandang Sora. Rasa terkejut menyelubungi diri sebaik saja ayat itu didengarinya."Ibu tahu semua ni salah ibu...."
"Apa ibu cakap ni? Ibu tak salah apa-apa pun. Kenapa ibu nak minta maaf pula?"
Sora terus mengangkat wajahnya, kembali merenung wajah anak lelakinya itu. Perlahan-lahan tangan Sora naik mengusap lembut wajah Woojin.
"Anak ibu... walaupun kita tak salah apa-apa. Kita kena belajar minta maaf. Dalam sedar mahu pun tidak, kita tetap ada melakukan kesalahan. Sama ada kita perasan atau tidak. Jadi, tak salahkan ibu minta maaf dengan Woojin? Ibu tahu Woojin pergi cari ayah kan?"
Mendengarkan kata-kata Sora itu, Woojin terus menarik tangan Sora lalu menjatuhkan wajah ke tangan wanita tua itu. Rasa bersalah laju menjalar dalam dirinya saat itu.
"Saya minta maaf ibu, saya janji tak akan buat lagi. Saya janji," Sora hanya mengusap belakang rambut Woojin yang sedang menunduk itu.
"Maafkan ibu juga, sudahlah. Ibu tahu anak ibu kuat. Sekarang pergi mandi, bersihkan badan. Lepas tu turun makan, nanti malam sambung buat kerja rumah."
Woojin hanya mengangguk lalu dia segera meninggalkan ibunya di ruang tamu. Setelah Woojin berlalu pergi, Sora terduduk di atas sofa. Seretan hingusnya kedengaran, air matanya jatuh.
Dia tahu Woojin rindukan ayahnya. Dia juga tahu Woojin perlukan kasih sayang seorang ayah namun, hubungannya dan bekas suami tidak kekal lama. Sora diberikan hak jagaan Woojin ketika Woojin berumur 13 tahun. Kini mereka hidup berdua, Sora rasa bersalah atas kes penceraiannya dengan Nam Jungwoo. Jika bukan kerana mereka tidak sehaluan pasti Woojin tidak akan menjadi mangsa keadaan.
3 tahun kemudian,“WOOJIN-ah! najung-e seodulleo haggyoe gada. - (cepatlah nanti lambat nak ke sekolah)”Jeritan Sora dari bawah membuatkan Woojin kelam-kabut menyisipkan rambutnya dengan tangan. Beg sekolah di atas katil terus digapai, langkah perlahan dibuka menuju ke pintu. Jam di dinding sempat dia melirik sekilas.“Cepatlah woi!" jerit seseorang yang juga dari bawah. Woojin menuruni anak tangga dengan perlahan, kerutan di dahinya mula timbul. Wajah Mingi menyapa mata.“Bersiap kalah perempuanlah kau ni, dah habis mi semangkuk aku telan kau tahu?” Seloroh Mingi di samping sisa mi di dalam mangkuk dihirupnya dengan rakus.“Mimpi apa kau ni, pagi-pagi buta dah muncul dalam rumah aku?” soal Woojin sambil mengambil tempat duduk disisi Mingi.Sora datang semula dengan mendulang mangkuk mi sup untuk anak kesayangannya.“Ibu tak makan sekali?” tanya Woojin apabila ibunya tidak terus duduk selepas meletakkan makanan di atas meja sebaliknya membuka langkah menuju ke dapur.“Ibu nak siapk
“SORA!”Sora terkejut apabila mangkuk-mangkuk yang belum dicucinya sengaja dijatuhkan oleh Jungwoo. Lelaki tua itu, tiba-tiba saja muncul di gerai Sora kerana ingin membuat kacau.“Jungwoo! Awak nak apa lagi? Saya tak ada duit nak bagi awak! Jadi, tolong pergi! Jangan ganggu saya!” Tegas Sora bersuara. Hampir kesemua pelanggan Sora yang berada di situ menyaksikan pertelingkahan di antara bekas pasangan suami isteri tersebut. “Berani kau nak melawan aku ya sekarang ni? Aku tak kira! Aku nak duit! Bagi aku cepat! Kalau tidak kau tunggulah nasib kau betina tua!” “Apa guna kaki dan tangan awak ada kalau awak tak reti nak cari duit sendiri. Ini tempat saya cari rezeki! Awak jangan ganggu saya. Jangan takutkan pelanggan-pelanggan saya!” sekali lagi Sora bertegas kerana dia tidak mahu digertak oleh Jungwoo. Dia sudah tidak mahu kelihatan lemah lagi di hadapan lelaki itu.“Argh! Aku peduli apa? Kau nak beri aku wang atau kau nak aku ambil secara kasar!”“Saya tak ada duit! Saya kerja bukan
“MINUMLAH nak, terima kasih sebab sudi bantu imo tadi.”Air suam yang baru diambil diruangan dapur diletakkan di atas meja makan sambil Sora melabuhkan punggung di atas kerusi. “Tak apa-apa imo, saya cuma tak suka ahjusi tu berkasar dengan imo.”Air yang dihulur Sora diambil oleh gadis itu lalu diteguk sedikit selepas meminta izin dengan isyarat kepala. Sora hanya tersenyum melihat gadis itu segan-segan untuk meminum air tersebut.“Apa nama kamu, nak?” soal Sora ingin tahu. “Nama saya Jung Sherin.” Semakin melebar senyuman Sora apabila mendengarkan nama gadis itu. Baginya, gadis ini mempunyai keberanian yang tidak ada pada gadis lain.“Sherin makan malam dekat rumah imo ya? Sebagai tanda terima kasih tolong imo tadi. Kalau Sherin tak ada, mungkin lagi teruk imo kena tadi.”“Eh, tak apalah Imo, buat susah-susah imo je.” “Eish, tak susahlah. Makan malam rumah imo ya?”Akhirnya, Sherin terpaksa mengangguk setuju agar tidak menghampakan harapan Sora.“Imo, kalau saya nak tanya sesuatu
USAI makan malam, Sherin cuba membantu Puan Sora mengemas meja makan. Baru saja Sherin hendak mengangkat pinggan mangkuk ke dapur. Puan Sora terus menghalangnya.“Eh Sherin. Tak perlulah susah-susah, hari dah lewat. Kamu tak apa ke balik lambat?”Mata Sherin terus melirik ke jam tangan.“Dah pukul 10 malam, lama juga saya duduk rumah imo.”Sengihan sumbing Sherin terukir. Baru pertama kali bertemu, Sherin dan Puan Sora sudah terlalu mesra seolah-olah mereka sudah berkenalan lama.“Tak apalah, saya bantu imo mengemas sekejap. Kejap lagi dah selesai saya baliklah.”“Eish! Janganlah macam tu, Woojin. Kamu hantarkan Sherin balik ya? Kasihan dia, dia kan perempuan bahaya kalau jalan sorang-sorang malam sangat dah ni.”Kepala Woojin terus menoleh memandang Puan Sora. Hati mahu mengatakan 'tidak', tetapi entah mengapa tidak terkeluar dari kerongkong suara.“Hm.…” Akhirnya, Woojin hanya mengumam perlahan. Menandakan yang dia akan menghantar Sherin pulang dalam keterpaksaan.“Aku tak dapat t
SELEPAS Woojin meninggalkan rumah Sherin. Gerak langkah membawa dia berjalan perlahan menyusuri kaki lima sebuah kedai serbaneka. Tiba-tiba suara seorang gadis sedang menjerit nyaring menusuk halwa telinga. Pandangan Woojin tertoleh ke arah lorong sempit di tepinya. Perlahan-lahan dia menghampiri lorong gelap itu. “Lepaskan akulah! Jantan tak guna!” Suara gadis itu masih menjerit sambil tangan cuba menolak dada seorang lelaki yang sedang berdiri menghalang laluannya. “Lepaskan aku! Argh!” “Diam!” Rambut gadis itu direntap kasar sehingga menimbulkan jeritan nyaring sekali lagi.Woojin yang menyaksikan kejadian itu mula berasa tidak tenteram dengan situasi itu. “Hoi!” Kedua-dua mereka menoleh apabila suara Woojin menjerkah mereka turut berbunyi nyaring dan bergema. “Alamak, kau siapa pula nak hoi hoi kan aku? Mengacau betul!” Bicara lelaki itu diakhiri dengan meludah air liur ke tepi. “
WOOJIN melangkah masuk ke dalam perkarangan rumah. Dilihat pintu rumah terbuka luas membuatkan dahi berkerut.Pandangan menoleh ke kiri dan ke kanan mencari-cari kelibat Puan Sora jika ibunya itu berada di luar, tetapi sayangnya tiada. Laju langkah dibuka mendekati pintu utama.“Ibu?” panggil Woojin ketika dia menolak pintu rumah untuk masuk ke dalam lantas pandangan Woojin disajikan dengan cecair berwarna merah yang bergelimpangan di atas lantai ruang tamu rumah.Mata Woojin terbuntang luas. Pandangan melirik ke sekeliling rumah.“Ibu!” jerit Woojin lantas kaki segera berlari menaiki anak tangga mahu mencari di mana Puan Sora berada.“Ibu!” jeritan demi jeritan dilaung, namun tiada sahutan.Woojin kembali turun ke bawah dalam keadaan cemas. Setibanya dia di bawah, rambut dikusutkan. Keadaan Woojin sudah tidak menentu arah. Muka diraup berkali-kali.“Ibuuu!” je
SEBULAN kemudian, Pengajian Woojin di sekolah tinggi Seoul akhirnya tamat. Selepas kejadian Puan Sora hampir-hampir terbunuh. Woojin sepakat dengan ibunya mahu berpindah keluar dari rumah itu dan memulakan kehidupan baru. Kini, Woojin hanya membantu Puan Sora di gerai mereka sementara menunggu mendapat tawaran sambung belajar ke peringkat lebih tinggi. “Woojin, bawa mi ni juga ya?” laung Puan Sora yang sedang sibuk di bahagian dapur memasak. Mangkuk yang sudah terisi dengan mi sup diletakkan di atas dulang. Puan Sora sibuk menguruskan bahagian memasak manakala Woojin pula sibuk melayani pelanggan di hadapan. Tidak putus-putus kunjungan pelanggan datang ke gerai mereka menyebabkan mereka agak sedikit keletihan. Woojin yang berada di bahagian luar hanya menyahut saja laungan ibunya itu. Woojin cuba mengubah diri secara perlahan-lahan selepas Puan Sora hamper kehilangan nyawa. Dia tidak mahu sakit bernanah yang dialami sejak kecil itu me
SELESAI Woojin berbual dengan Mingi di hujung talian. Akhirnya panggilan ditamatkan.“Siapa yang telefon Woojin?” tanya Puan Sora.“Mingi ibu, tak tahulah apa dia nak. Dia ajak jumpa kejap lagi. Ada perkara penting dia nak cakap, katanya.” Balas Woojin sambil menyimpan semula telefon bimbit ke dalam poket seluar.“Kalau begitu, selesai makan ni. Woojin pergilah jumpa dia, ibu tak apa-apa boleh balik dengan Sherin. Sherin boleh temankan imo kan?" Pandangan Puan Sora teralih ke arah Sherin yang sedari tadi asyik mendiamkan diri.“Boleh imo, tak ada masalah. Kalau awak ada urusan. Awak pergilah. Saya boleh temankan imo, awak jangan risau.”“Aku tak nak menyusahkan kau.” Suara Woojin mula kedengaran dingin.“Taklah, tak susahkan saya pun. Lagipun, boleh saya berborak panjang dengan imo. Sebulan tak jumpa, banyak perkara yang nak dibualkan." Senyuman Sherin teruk