Share

BAB 12

Bab 12.

"AISY!" Tempelak Eijaz. 

Sudah beberapa kali dia memaklumkan anaknya itu bahawa Qistina itu hanya seorang guru. Maka tugas gadis muda itu tamat selepas dia mengambil Aisy pulang.

"Tapi Cikgu Qis masak sedap," rintih Aisy. Air mata sudah laju menuruni pipi gebu anak kecil itu. 

"Takkan daddy nak minta cikgu Qis tu masak hari cuti begini." Eijaz berdecit. Sudahlah kerja pejabat bertimbun dan harus diselesaikan. Aisy pula buat hal setelah lama tidak berbuat demikian. Rambut yang sememangnya kusut itu bertambah kusut apabila dia menariknya.

"Apa kata daddy bawa Aisy ke restoran yang baru tu? Nak?" Dia berlutut, mata anaknya itu dipandang penuh kasih. Walaupun hati menggerutu dan bimbang berkenaan kerja yang masih tidak selesai, dia harus tayang wajah yang gembira. Lebih lama Aisy merajuk begini, lebih lama kerja bertimbun itu bakal diselesaikan. 

"Daddy order udang tepung?" Pancingnya lagi. Harap kali ini umpannya me

Asterly

Maaf ye. Penulis positif covid maka terlewat update.

| Like
Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status