Share

BAB 13

Bab 13

"CIKGU, hari tu cikgu jumpa boyfriend ke?" Soal Aisy. Kuku jarinya digigit. Bibir merah itu tercebik seketika kemudian. Badan pula dipusing-pusing. Dia hanya berharap cikgunya itu mengatakan lelaki itu hanya kawan. Tetapi daddy yakin pula bahawa cikgu kesayangannya itu sudah berpunya. Jika betul, hancurlah rancangannya.

"Bila?" Kedua kening Qistina hampir bertaut di tengah. Seketika kemudian senyum terukir.

"Ohh, hari Sabtu lepas. Bukan. Tu kawan cikgu. Kenapa?"

Jawapan Qistina bagai hujan yang turun di tanah tandus dan benih-benih terus bercambah. Wajah Aisy yang sedikit redup berubah ceria. Pinggang Qistina dipeluk. Tangan digamit meminta guru muda itu menunduk. Peluang itu diambil dan pipi Qistina dikucup beberapa kali. 

"Nak ambil gambar dengan cikgu, boleh?" 

Permintaan Aisy langsung tidak ditolak lalu beberapa gambar diketik dengan posisi berbeza. 

"Cikgu hantar gambar pada dad

Locked Chapter
Continue to read this book on the APP

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status