Share

BAB 2

Aвтор: RIDZWANDA
last update Последнее обновление: 2021-07-01 20:53:31

BAB 2- ADRA 

      

       "JADI kau nak pergi Kuala Lumpur dengan Jasmin lah ye? Bagus jugak tu, kalau dekat sini menyampah pulak aku tengok muka kau. Kau macam mak kau yang dah mati tu, tak guna dan bodoh. Tak dengar cakap aku, tergilakan sangat si Richard tu dulu. Sekarang ni, mana Richard yang dia puja dia sayang tu? Entah hidup entah mati aku pun tak tahu."

Adra hanya terdiam mendengar bebelan Maklong Siti. Dia sedar dia hanya menumpang dirumah mak saudaranya. Rumah dan harta ibunya semuanya dijual oleh ayahnya sebelum menghilangkan diri kerana dikejar oleh ahlong kerana kalah berjudi dan menculik seorang isteri hartawan sehingga menyebabkan kematian akibat kemalangan langgar lari. Semuanya itu sudah Maklong katakan padanya. 

Adra juga sedar dirinya banyak menyusahkan maklong. Tapi dia juga bersyukur kerana maklong sudi membiayai persekolahan sehingga ke universiti namun sekarang ni dia tak mahu lagi menyusahkan mak saudaranya yang kematian suami itu.

Adra angkat wajah memandang maklong yang mencekak pinggang di pintu dapur itu. Dia tak sangka, perbualannya dengan Jasmin tadi didengari oleh Maklong. 

"Ye Maklong. Jasmin cakap tempat kerja dia tu ada kosong. Adra tak nak menyusahkan Maklong lagi. Adra janji, Adra akan bayar semua hutang ibu pada Maklong. Ibu dah tak ada maklong. Ayah pun tak ada. Adra harap, maklong boleh maafkan ibu dan ayah Adra." 

"Banyak cakap pulak kau sekarang ni ye? Aku tahulah sebab mak kau tu adik aku. Aku cuma tak suka dengan ayah kau yang tak guna tu je. Suami yang tak guna. Penipu. Sanggup dia jual adik aku sebab judi dan wang ringgit? Sampai mati, aku tak akan maafkan ayah kau tu, Adra. Adik aku meninggal sebab dia, kau tahu tak?" Ucap Maklong Siti sambil jengilkan mata memandang Adra yang duduk atas sofa dapur itu. 

Terpejam mata Adra mendengar bicara kasar Maklong. Adra tahu semua tu, Maklong. Gumam Adra dengan perlahan. 

Geram pula dia dengan si Adra ni. Tadi banyak pulak cakap sekarang senyap pula. 

"Eh Adra, kau dengar tak apa yang aku cakap ni?" Balas Maklong Siti sambil mendekati Adra. 

"Dengar, Maklong." 

"Sakit hati aku cakap dengan kau ni. Kau macam mak kau jugak. Bodoh!" Selamba dahi Adra dia tunjal berkali-kali. Puas hatinya bila melihat wajah Adra yang kesakitan itu. 

Dah lama dia sakit hati dengan Adra yang sering mengadu anaknya Rafiq cuba mencabul dirinya. 

" Sakit, Maklong.. " Rintih Adra. 

" Padan muka kau. Kau memang layak dapat semua ni." Jawab Maklong Siti sebelum berlalu dari dapur. Terasa panas dengan tiba-tiba. 

Adra hela nafas dengan lega bila tubuh besar milik mak saudaranya menghilang dari dapur itu. Adra angkat tubuh ingin menuju ke biliknya namun pabila melihat Rafiq yang sedang tersenyum senget sambil mengusap dagunya itu membuatkan langkah kaki Adra terpaku disitu. 

Terundur langkah Adra bila Rafiq semakin mendekati dirinya. 

"Apa kau nak, Rafiq?" 

Rafiq tersenyum miang. Lagi dan lagi. 

"Aku nak kau lah, sayang." Pipi Adra yang gebu itu Rafiq cuba sentuh. 

"Kau gila! Aku bukan sayang kau lah!" Tepis tangan Rafiq dan segera tubuh besar Rafiq dia tolak. Tanpa buang masa, Adra segera masuk ke dalam biliknya yang berada pada hujung dapur itu lalu menguncinya dengan pantas. Ketukan yang bertalu-talu tidak dia hiraukan. Tubuhnya direbahkan pada katil usang yang terdapat pada bilik itu. 

Adra memeluk baju arwah ibunya. Andainya ibunya masih ada mungkin keadaannya berbeza. Sumpah, semakin hari semakin dia takut dengan Rafiq. 

"Bukak pintu ni, Adra.." 

Adra hanya diam sambil pandang pintu biliknya itu. 

Tak lama kemudian, tidak lagi kedengaran suara Rafiq. Adra menarik nafas lega dan syukur. Maruah dirinya masih terjaga. 

Dan malam itu, mungkin tubuhnya penat dengan kerja yang tidak berhenti -henti sejak pagi. Mudah saja dia lelapkan mata dengan pakaian ibunya yang berada dalam dakapannya. 

****

Tubuhnya disandarkan pada belakang katil. Thaqeef hembus asap rokok itu dengan hati yang cukup puas. Cukup puas kerana Mikayla jatuh juga dalam api dendamnya. 

Bodohlah dia kalau masih lagi mencintai perempuan seperti Mikayla. 

Dia tak akan berhenti selagi hati dia tak puas. Dia akan buat Mikayla rasa apa yang dia pernah rasa dulu. 

Dan saat itu juga, Thaqeef tidak sedar itu kali terakhir dia bersama dengan Mikayla dan dia juga tak sedar, luka yang Mikayla dan Datin Rossa pernah bagi dulu terubat akibat kehadiran seorang gadis polos yang bekerja di kelab malam mewah miliknya.

***

Adra buka kelopak mata dengan perlahan-lahan. Jam didinding dia pandang. Pukul 6pagi. Alhamdullilah dirinya masih diberi kesempatan untuk bernafas pada pagi ini. 

Adra bangkit dari katil, tuala dicapai dan terus dia berlalu keluar dari bilik menuju ke arah bilik air yang terdapat pada sebelah kanan dapur itu. 

Beberapa minit kemudian,setelah Adra selesai bersihkan dirinya,dengan pantas juga Adra menunaikan solat subuh sebelum laungan petir Maklong bergema pada pagi itu. 

Pagi itu juga, Adra hanya menyediakan bihun goreng dan seteko air kopi untuk juadah sarapan pagi untuk Maklong dan Rafiq. 

Sepanjang dia menumpang dengan Maklong, tak pernah mak saudaranya izinkan dia makan sekali. Hanya dihujung dapur itulah tempat dia selalu bersimpuh untuk makan. 

Tapi takpelah, asalkan dia dapat makan dan ada tempat tinggal kan? Adra tak pernah mengenali keluarga belah ayahnya. Ibunya pula hanya ada dua beradik termasuklah Maklong Siti. 

Selepas saja Adra siap menghidangkan sarapan pagi tu, dia terus masuk ke dalam biliknya dan tak lupa juga dia turut mengunci biliknya dari dalam. Setelah dua tiga kali Rafiq cuba mengambil kesempatan padanya tapi tak berjaya, tika itu lah dia cukup berhati-hati. Maruah dirinya perlu dijaga. 

Semalam, tak sempat dia mengemas pakaian akibat perbuatan Rafiq dan tubuhnya yang kepenatan. Beg lusuh yang terdapat pada tepi katil itu dia ambil lalu dia isi dengan semua pakaiannya. 

Adra menarik nafas lega bila tak lama lagi, Rafiq tak dapat menganggunya lagi. Jam dinding kembali dia pandang. 9 pagi. 

Telefon Nokia 3310 yang berada pada meja solek yang nak runtuh tu, Adra capai dan Adra kirimkan mesej buat Jasmin. 

Beep! 

°Aku depan rumah Maklong kau dah ni, Adra. 

Mesej yang dikirim Jasmin. Mujurlah pakaian Adra masih elok masa tu. Baju kurung hijau yang tersarung pada tubuh, Adra rapikan balik. Rambut perang miliknya dia betulkan dengan kemas. 

Adra memandang pantulan dirinya disebalik cermin meja solek itu. Matanya yang biru selalu saja diejek, dirinya dianggap anak haram kerana mempunyai anak mata yang ganjil dan pelik. 

Sekali lagi, Adra pandang bilik yang selama ini dia huni. Sejak kematian ibunya pada saat umurnya 15tahun,sejak itulah dia menumpang dengan Maklong Siti. Dia cuma tahu, ayahnya bernama Richard. Seorang lelaki yang berasal dari Turki. 

Sebelum dia keluar pagi itu, sempat dia memohon maaf pada Maklong tapi Maklong cuma tarik muka sombong dengannya. Adra tahu dia banyak menyusahkan Maklong. Di saat dia pergi menaiki kereta Myvi milik Jasmin, dari arah cermin dia memandang wajah Maklong dan sempat Adra berdoa dalam hatinya semoga ibu saudaranya itu sentiasa berada dalam keadaan yang sihat. 

****

Dari kedah ke Kuala Lumpur, 4jam juga perjalanan mereka. Akhirnya Adra sampai ke rumah Jasmin. Sudah lama sahabatnya itu mengajaknya ke Kuala Lumpur cuma Adra saja yang tak mahu kerana ingin menjaga Maklong di kampung. Tapi sejak bulan lepas, Adra merasa tidak selamat berada di rumah itu lagi kerana adanya Rafiq. Sepupunya itu baru saja keluar dari penjara akibat dadah dan kecurian di kedai emas. 

Adra terpegun bila masuk ke dalam rumah milik Jasmin. Dekorasi yang mewah. Punggung dilabuhkan pada sofa mewah di ruang tamu itu. 

"Cantiknya rumah kau ni, Jasmin. Sofa kau pun lembut." 

Jasmin tersenyum kecil memandang telatah Adra itu. Biasalah Adra tak pernah pergi jauh dari Kedah. Belajar dulu pun dekat Kedah je. 

"Rumah kau juga nanti Adra. Petang nanti aku bawak kau jumpa bos aku. Sekarang ni, aku nak kau rehat dulu ye." Ucap Jasmin sambil duduk disisi Adra. Wajah jelita milik Adra kembali dia tatap. Wajah Adra yang polos. Yang baik. Dia juga risau kalau Adra tidak mahu bekerja dekat situ. 

Adra pegang tangan Jasmin. 

" Kau pun rehat juga tau, kesian dari tadi kau drive. Restoran kau kerja tu nama apa ye?" Soal Adra tiba-tiba. 

Tersentak Jasmin. Dia tak sangka Adra akan tanya. 

"Diamonds.." Jawab Jasmin sekali nafas. 

Adra ketuk jari pada tangan Jasmin. Cun juga nama restoran tu. Mesti restoran tu besar. 

"Okay." Tanpa banyak soal, Adra iyakan aje jawapan yang Jasmin bagi. 

Jasmin pegang tangan Adra supaya bangun dari sofa. Dia ingin tunjukkan bilik pada Adra pula. 

"Jom, aku tunjuk bilik kau."

Adra gelak kecil dengan Jasmin. Buat dia macam dia ni budak kecil.

Jasmin buka pintu bilik Adra. Hanya bersebelahan saja dengan biliknya. 

"Ni bilik kau tau. Rest tau." Ucap Jasmin sambil tutup kembali pintu bilik. Tubuhnya juga sudah merasa penat. 

*****

Pukul 6petang itu, Jasmin kotakan janji membawa Adra ke tempat kerjanya. Jasmin tahu, bila Adra sudah tahu pekerjaan dirinya mesti Adra akan marah padanya. 

Adra mendongak memandang bangunan yang mewah di hadapannya. Restoran apa ni? Besar dan mewah macam ni? Wajah Jasmin dicari dan belum sempat pun Adra bertanya, datang pula dua lelaki bertubuh sasa mendekati mereka berdua. 

"Bos dah lama tunggu kau dekat atas, Jasmin.. Hati-hati mood singa tu tak elok sikit hari ni. Sejam yang lepas baru je dia mengaum pada Amylea." Kata salah seorang lelaki yang berkaca mata hitam itu. 

Jasmin hanya mengangguk dan memanggil Adra supaya mendekati dirinya. Lengan Adra dia pegang dengan lembut. 

"Bos aku dah tunggu kau dekat atas." 

Adra hanya diamkan diri dan hanya mengikuti segala langkak kaki Jasmin. Dan bila dirinya memasuki tempat itu. Hatinya diserang dengan perasaan tidak enak dan berdebar-debar dan bila Jasmin mengetuk salah satu bilik di situ, Adra semakin gelisah.

Continue to read this book for free
Scan code to download App
Комментарии (1)
goodnovel comment avatar
Fieqa Mieqa
interesting
ПРОСМОТР ВСЕХ КОММЕНТАРИЕВ

Latest chapter

  • ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA)    EPILOG

    EPILOG TUBUH belakang disandar pada bantal. Rambut Thaqeef dibelai lembut dengan jari-jemarinya. Kemudian, Adra menunduk dengan perut yang mula menampakkan bentuk,dia kucup pula dahi Thaqeef. Tak sedar masa cepat berlalu, sudah tiga bulan kandungan Adra. "Sayang.." Thaqeef memulakan bicara, tangan runcing Adra dicium sekilas. "Ye, suami saya." Adra ukir senyuman manis pada Thaqeef. Thaqeef tekup wajah di perut Adra,disertakan sekali ciuman pada perut itu. Seolah tak percaya, dirinya akan menjadi seorang bapa. Seorang lelaki dan suami yang pendosa. "Ajar aku solat, boleh?" Bukan tidak tahu solat, cuma Thaqeef sudah lama menunaikan kewajipan yang satu itu. Terkelip-kelip mata Adra seolah tidak percaya. Sebenarnya Adra selalu bentangkan sejadah pada Thaqeef selepas dia menunaikan solat namun Adra tahu bukan senang untuk suaminya berubah. Kini, mungkin makbulnya doa seorang isteri. Adra kucup pip

  • ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA)    BAB 59

    BAB 59SENYUMAN lebar terukir pada bibir Adra dan Thaqeef bila doktor mengesahkan Adra mengandung hampir dua bulan,sama kandungan pula dengan Mikayla. Tak mahu berlama dalam bilik doktor itu, dengan cepat mereka terus meminta diri untuk pulang. Tak sabar mahu melepaskan rasa kebahagiaan yang mereka alami sekarang.Thaqeef peluk Adra dengan erat. Dia kucup lembut tepi dahi Adra."Abang, lepaskan sayang. Lemas lah!" Jawab Adra di sebalik pelukan tersebut.Masuk saja dalam kereta, terus tubuhnya dipeluk kemas oleh ThaqeefPeluk dia macam tak peluk sepuluh tahun. Semput bila Thaqeef peluk kuat sangat. Kesian baby dan mummy baby.Thaqeef lepaskan pelukan itu sambil tersenyum bahagia. Yelah, siapa tak bahagia budak kecik ni dah mengandung. Yeay!Thaqeef cubit pipi tembam Adra. Makin cantik pula mummy buyung ni. Geram nak meow meow je."Sakit lah abang, tangan abang tu besar. Sakit tau pipi sayang." Adra tepis tangan dengan

  • ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA)    BAB 58

    BAB 58 COMFORTER ditarik menutupi tubuh Adra yang terdedah. Tidak mahu tubuh seksi Adra kesejukan bila ditinggalkan seketika. Dia melangkah ke arah balkoni. Mahu menenangkan amarah untuk Rafiq yang sengaja disembunyikan ke pelusuk hatinya yang sangat dalam. Bibir pandai memujuk Adra kerana dia tidak mahu Adra tahu gelodak hatinya yang seolah mahu terbakar selagi dia tidak menjumpai lelaki durjana yang berani menyentuh isterinya. Dia, Thaqeef Ilham. Tak akan sesekali lepaskan manusia yang berani menyentuh isterinya. Akan dicari sampai jumpa. Dia akan membuat perhitungan terakhir dengan lelaki durjana itu. Adra yang nyenyak ketiduran atas katil itu dia pandang penuh rasa cinta. Jika bayangan Rafiq muncul kembali, dia akan menghilangkan semua itu dengan sentuhan magisnya. Sentuhan seorang suami yang halal untuk Adra. Satu nombor yang sempat diberi oleh Datuk Ikram tadi didail oleh Thaqeef. Selepas mendengar balasan dari pi

  • ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA)    BAB 57

    BAB 57 PENUMBUK dikepal menahan kemarahan saat mata jatuh pada tubuh Adra yang hanya ditutup oleh selimut. Sedaya upaya Thaqeef menahan tangannya dari menumbuk dinding. Dia tak mahu mengejutkan sang isteri yang begitu lena. Biarlah Adra tidur lena dari bangun dan menghadapi mimpi ngeri itu. Thaqeef akan kejar Rafiq sampai dapat. Dia tak akan biarkan lelaki durjana itu terlepas. Lelaki yang berada menyentuh setiap inci tubuh isterinya, akan dia cari sampai ke hujung dunia sekalipun. Wajah yang sembap dengan air mata itu Thaqeef pandang dengan penuh rasa kasih, penuh rasa cinta. Dielus lembut wajah Adra. Kolam mata Thaqeef terasa hangat. Semua ini salahnya.Kalau dia tidak ikut rasa ego dan dendam, pasti dia akan menghalang Adra dari keluar seorang diri. Kini, rasa dendam itu membawa padah dirinya dan Adra yang menjadi mangsa Rafiq. Tidak patut dia biarkan semua itu terjadi sedangkan dia tahu lelaki durjana masih bersenang lenang berada di lu

  • ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA)    BAB 56

    BAB 56 ADRA yang masih tidak sedarkan diri tu dia angkat dan diletakkan atas toto usang. Kemudian, Rafiq turut berbaring bersama Adra. Wajah jelita Adra diusap dengan tangannya. Begitu indah wajah Adra bila matanya tertutup rapat,bibir juga tidak mengeluarkan kata-kata yang sering membuatkan dia marah. Kenapa Adra tidak pernah nampak dirinya? Dirinya yang begitu sayang Adra. Tersedar Adra dari lena bila wajahnya dikucup bertalu-talu. Terbuka luas mata Adra bila tubuhnya sedikit di tindih oleh lelaki. Dan bila lelaki mengangkat wajah, Adra menjerit kuat sehingga membuatkan mulutnya ditekup oleh lelaki itu. Mata Adra meliar di segenap ruang bilik itu. Sungguh Adra terkejut, bila bilik itu dipenuhi gambarnya bersama Thaqeef. Rafiq! Adra gigit tangan lelaki itu dengan kuat, tubuh Rafiq juga ditolak menjauh darinya. Tidak rela tubuhnya disentuh dari lelaki itu. Adra bingkas bangun namun tak sempat dia mahu membuka pi

  • ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA)    BAB 55

    BAB 55 BUKA saja pintu bilik dengan langkah yang terhuyang-hayang, Thaqeef dekati Adra yang ketiduran di atas sofa. Terukir senyuman sinis di bibir bila melihat air mata yang masih tersisa pada wajah Adra. Palsu! Semuanya palsu termasuk cinta wanita itu! "Qeef.." Adra bingkas bangun bila tubuhnya dihempap oleh Thaqeef, dia menghidu bau masam pada wajah dan tubuh Thaqeef. Sah!Lelaki ini mabuk lagi malam ini. Ditolak kuat tubuh Thaqeef supaya menjauh. "Eh eh, kau siapa nak tolak aku macam tu."Thaqeef tolak kembali tubuh Adra baring atas sofa itu, kemudian ditunjal pula dahi Adra. " Isteri kena dengar cakap suami! Kau tak belajar agama ke dulu hah? "Bidas Thaqeef selamba. Tangan Adra yang cuba melawan dirinya dia tekan pada sofa. Adra mendengus kuat. Tiada guna berlawan dengan orang mabuk macam Thaqeef sekarang. Bukan dia ingat pun. Adra jeling Thaqeef. " Awak nak apa?" baik Adra beralah, kalau tidak, tak tahu pukul berapa dia dapat tidur

More Chapters
Explore and read good novels for free
Free access to a vast number of good novels on GoodNovel app. Download the books you like and read anywhere & anytime.
Read books for free on the app
SCAN CODE TO READ ON APP
DMCA.com Protection Status