Share

ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA)
ISTERI 100HARI (BAHASA MALAYSIA)
Author: RIDZWANDA

BAB 1

BAB 1 - STUPID, MIKAYLA

       THAQEEF tersenyum sinis melihat Mikayla yang letih ketiduran disebelahnya. Wajah anggun milik wanita itu dia pandang dengan rasa kosong. Rasa meluat dan rasa benci. Hanya rasa nafsunya yang tumbuh untuk Mikayla.

Setahun yang lepas, dia sangat mencintai wanita ini namun cinta dan kasih sayangnya dipersiakan oleh Mikayla demi wang ringgit. Pada mulanya, memang dia sakit hati, dia kecewa namun baginya semua itu adalah tindakan yang sia-sia. Mengapa mahu mencintai lagi pada wanita yang sudah curang?

Wanita seperti Mikayla tak akan pernah cukup dengan seorang lelaki. Dua minggu lepas, Mikayla mencarinya di kelab malam mewah miliknya,ingin melunaskan nafsu yang tak tertunai oleh bekas suaminya. Bercerai kerana tidak mendapat nafkah zahir yang cukup dari suaminya. Lebih tepat lagi, Mikayla tidak merasa puas. Thaqeef kembali tersenyum sinis apabila teringatkan itu. Mikayla oh Mikayla. Kau memang wanita yang bodoh!

Rambut panjang wanita itu kembali dia usap. Pipi putih itu juga dia sentuh dengan bibir  miliknya.

"Qeef.." Mikayla mengumam dalam desahan apabila wajah Thaqeef semakin menari-nari pada seluruh wajahnya.

"Hmm..Ini yang kau nak, kan? Ini juga yang aku akan bagi pada kau.." Sinis Thaqeef lagi.

"But I love you, Qeef.." Balas Mikayla sambil angkat wajah Thaqeef dari menjelajah lebih jauh.

"Cinta?" Thaqeef senyum sinis. Pipi Mikayla dia cengkam dengan kuat.

"Kau tak layak nak cakap cinta dengan aku, Mikayla. Cinta aku pada kau dah lama hilang. Dah lama mati bila aku tengok kau dengan jantan tak guna tu atas katil kau. Kau sama je dengan mummy aku. Sekarang ni, kau cuma pemuas nafsu aku. Bila aku dah bosan dengan kau, aku akan buang kau macam sampah! Jangan kau cakap cinta lagi dengan aku. Aku benci!"Balas Thaqeef dengan tegas. Tubuh diangkat dari tubuh Mikayla.

Pakaian yang berselerakan pada lantai itu Tahqeef ambil dan pakai dengan rasa berang. Tak ada masa dia nak layan cinta dan sayang mengarut ni.

" Pakai pakaian kau sekarang! Berambus kau dari sini! Aku dah tak ada hati nak bersama dengan kau malam ni. Kau buat aku rasa bosan malam ni, Mikayla."

Mikayla tunduk sambil memegang jari sendiri. 

" Tapi I nak bersama dengan you lagi, Qeef.." Angkat wajah memandang wajah Thaqeef, Mikayla cuba merayu lagi.

"Next time, Mikayla." Tegas Thaqeef. Wajah Mikayla dia tatap dengan wajah yang garang.

"Okaylah. Tapi you tak akan hilang macam dulu kan, Qeef? I masih boleh jumpa you bila-bila masa saja kan?" Tanya Mikayla sambil memakai pakaian miliknya. 

"Hmm.. Okay." Cuma itu yang mampu Thaqeef jawab. 

"See you soon, Qeef.." Pipi milik Thaqeef, Mikayla kucup dengan penuh rasa sayang sebelum dia berlalu dari bilik pejabat Thaqeef. 

Thaqeef tersenyum sinis dan pipi yang Mikayla kucup tadi dia sapu dengan kasar. 

*****

Adra tersenyum pada Jasmin. Seakan tidak percaya dengan kata-kata sahabatnya itu. 

"Betul ke, Jasmin? Betul ke kau boleh tolong aku pergi dari sini? Aku tak nak Rafiq kacau aku lagi." 

"Betul. Aku nak kau kerja dengan aku. Tempat kerja aku tu perlukan seorang pembantu. Lagipun, kau bukan ada sesiapa pun dekat sini. Aku tak nak maklong kau tu ambik kesempatan lagi dekat kau. Entah betul ke tidak yang ibu kau pernah berhutang dengan dia. Bukan kau tak kenal maklong kau tu. Kaki penipu macam anak dia yang tak guna tu juga." Bebel Jasmin dengan geram.

Siapa yang tak geram, siapa yang tak sakit hati. Duit untung dari jualan nasi lemak semua mak saudara Adra ambil. Katanya, arwah ibu Adra pernah berhutang dengannya ketika arwah masih hidup dulu.

Kadang-kadang dia geram juga pada Adra, ikut aje kemahuan mak saudaranya. Katanya, tak baik melawan orang tua.

"Takpelah. Hanya dia je kakak ibu aku yang masih ada. Aku bersyukur sangat Maklong sudi jaga aku selepas ayah aku tinggalkan aku dan arwah ibu."

"Dia jaga kau atau kau jaga dia dan anak dia yang tak guna tu?" Bidas Jasmin selamba.

Hanya senyuman manis yang Adra ukirkan pada Jasmin.

"Aku okaylah, kau janganlah marah sangat. Nanti tak cantik tau.."

"Pandailah kau. Nak tukar topik lah tu, kan?" Hidung mancung Adra, Jasmin cuit sedikit geram dengan perangai baik Adra ni.

"Okaylah Adra. Aku balik dulu ye. Nanti esok aku jemput kau ye." 

"Okay Jasmin.. Terima kasih sangat sebab kau sudi tolong cari kerja untuk aku." 

"Tak ada hal lah. Kau kan kawan aku. Aku sayang kau." Ucap Jasmin sebelum berlalu pergi.

Adra tersenyum riang. Akhirnya dapat juga dia lari dari Rafiq. Dia tak suka Rafiq. Dia tak suka bila Rafiq memandang tubuhnya dengan penuh nafsu. Dia tahu Rafiq berniat tak baik bila memandang tubuhnya. Tapi pada siapa dia ingin mengadu? Maklong? Rasanya nanti dia dipukul dengan penyapu oleh Maklong lagi. Bukannya dia tak pernah bagitahu maklong. Tapi sakit yang dia dapat saat itu.

Cuma pada Jasmin dia ceritakan semuanya. Pasal ayah, arwah ibunya. Semuanya. Dia percayakan Jasmin dan dia tak sedar juga saat itu Jasmin juga mempergunakan dirinya.

******

Pulang je dari rumah Adra, Jasmin rasa bersalah  kerana menipu Adra. Kalau lah Adra tahu pekerjaan sebenarnya di Kuala Lumpur tu mesti Adra tak nak pergi dari sini. Dia cuma ingin tolong Adra dari cengkaman kejam Maklong Siti dan Rafiq. Bukannya dia tahu dah banyak kali Rafiq cuba mengambil kesempatan pada Adra. Dia tak nak Adra dirosakkan oleh lelaki tak guna macam si Rafiq tu. 

Tersentak Jasmin dari lamunan bila suara ibunya memanggil namanya. Jasmin hela nafas dengan kasar. Kisah hidupnya dengan Adra hampir sama. Dia cukup tak suka dengan suami baru ibunya yang hampir berumur 40tahun itu. 

Entahlah mungkin kerana masih ada tersisa kenangan dari arwah ayahnya membuatkan dia cukup berhati-hati menerima orang baru dalam keluarganya. Hanya Jasmin satu-satunya anak maknya Puan Kalsom. 

"Mak panggil kau banyak kali tadi Jasmin, kenapa termenung dekat tangga ni?" Soal Puan Kalsom bila memandang anaknya Jasmin yang sedang termenung pada tangga rumahnya. 

Jasmin hanya tersenyum kecil bila memandang wajah ibunya. 

" Tak ada apa-apa mak, saja je Min ambik angin malam. Mak, Min ajak Adra kerja sekali dengan Min. Esok Min nak balik Kuala Lumpur dah mak.." 

"Baru je sampai pagi tadi, cepat sangat kau nak pergi ni dah kenapa Min? Belum hilang lagi rindu mak pada kau. Bagus juga lah Min, kau bawak je Adra tu pergi dari sini. Aku kesian kat si Adra tu." Balas Puan Kalsom sambil turut duduk disisi Jasmin.

Jasmin tergelak kecil. Bahu ibunya dipaut dengan erat. 

" Alah mak, nanti Min balik lagi ye. Min sibuk sikit sekarang ni. Banyak tempahan yang restoran Min terima sekarang ni." 

Tiada siapa yang tahu pekerjaan sebenar dirinya. Bukan senang mencari kerja sekarang. Jasmin hanya ada sijil spm aje. 

"Yelah, kau jangan buat hal tempat orang ye Min, jaga maruah keluarga kita."

"Tak mak, Min janji dengan Mak. Min cuma nak bantu Mak je. Min tahu Mak sayang Min." Usik Jasmin pula. 

Puan Kalsom hanya tersenyum. Siapalah yang tak sayangkan anak. Lagi pula hanya Jasmin permata hatinya dengab arwah suaminya Encik Kamal.

"Mestilah mak sayang kau, Min. Dahlah dah masuk Isyak ni. Mak masuk dulu. Jangan lama sangat kat tangga ni, tak elok." Ucap Puan Kalsom sebelum angkat tubuh masuk ke dalam rumah untuk menunaikan solat Isyak. 

Jasmin masih disitu memandang ke arah ibunya. Maafkan Min, Mak." Getus hati Jasmin.

Comments (2)
goodnovel comment avatar
Norazwa Khairudin
Awal lagi,, masih boleh layan 🫶🏻
goodnovel comment avatar
Nimzaron Azil
baru start baca....
VIEW ALL COMMENTS

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status