Share

Bab 6

Alisa bangun dari katil. Dia menarik selimut gebu putih bersamanya menuju ke bilik air. Berjurai-jurai air matanya jatuh. Sempat dia menoleh ke arah katil sebelum dia menapak menuju masuk ke dalam tandas. Sakit hati yang dia rasakan saat melihat wajah Adam yang sedang lena diulit mimpi itu. 

Pintu bilik air dihempas kuat dan dikuncinya dari dalam. Tersentak Adam. Matanya terbuka luas. Lantas dia bangun dan bersandar pada kepala katil. Berkerut keningnya. Terkebil-kebil dia memandang pintu bilik air. Belakang kepala digaru kasar seraya mata melilau memandang keadaan sekeliling yang berantakan.

Adam bangun dari katil. Dia mengutip satu per satu pakaiannya yang ada di lantai. Seluar disarungkan pada tubuh manakala baju dia lemparkan sahaja ke atas tilam. Langkah kakinya dibawa menuju ke bilik air. Pintu bilik air diketuknya.

"Alisa...," panggil Adam lembut. 

Kepala digarunya apabila tiada sahutan dari Alisa. Hanya bunyi pancuran air yang dapat ditangkap oleh sepasang telinganya.

"Alisa." panggilnya lagi. Lama dia menunggu gadis itu menyahut panggilannya. Tetapi ianya tetap sama. Gadis itu masih mendiamkan diri.

"Buka pintu ini, Alisa." kata Adam seraya tangannya mengetuk pintu bilik air tersebut.

"Aku cakap baik-baik ni, Alisa. Buka pintu ni atau aku sendiri yang pecahkan pintu ni." ugut Adam. Dia tidak mahu betmain tarik tali lagi. Berlembut bukanlah caranya.

"Kau pergilah, Adam! Makin benci aku tengok muka kau!" jerit Alisa dari dalam. Serak suaranya akibat terlampau banyak menangis. 

"Dengar sini, Alisa. Aku janji dengan kau yang aku akan bertanggungjawab. Buka pintu ini sekarang, Alisa." pujuk Adam lagi. Dia memejam mata rapat. Kadang terasa geli dengan apa yang baru dia ucapkan tadi.

Alisa masih diam.

"Aku kira sampai tiga. Kalau kau masih tak nak buka, aku pecahkan pintu ni." ugut Adam lagi. Rasanya dia sudah habis berlembut tadi. 

"Satu...," Adam menyandarkan tubuhnya pada pintu. Tangan disilangkan seraya mata dipejam. Dia menunggu gadis itu keluar dengan penuh sabar.

"Kau jangan nak berani-berani masuk sini, Adam. Kau baliklah!" pekik Alisa dari dalam. Dia sudah bangun dari duduknya. 

"Dua...," Adam masih lagi mengira di sebalik pintu. Pekikan Alisa sebentar tadi langsung tidak dihiraukan.

Alisa kini sudah menghampiri selimut yang tadi dia letakkan di atas sinki kering. Lalu dia balutkankannya pada tubuh. Air mata masih lagi berjuraian. Dia takut.

"Tiga." Adam terus berganjak jauh sedikit dari pintu sebelum dia merempuh kasar pintu bilik air tersebut. Terjerit Alisa. Sekali rempuhan sahaja mampu membuatkan pintu bilik air terbuka dengan luas. Adam terus menapak masuk.

Alisa yang perasan akannya terus berundur setapak demi setapak ke belakang. Langkahnya terhenti saat tubuh sudahpun tersandar pada dinding bilik air. Dia tidak dapat melarikan diri. Bergetar anak matanya saat melihat wajah gerun Adam yang sedang menghampiri dirinya.

Adam menerpa ke arah Alisa. Kedua tapak tangannya dilekatkan pada dinding sekaligus menghalang gadis itu dari melarikan diri. Air mata Alisa kembali jatuh berjuraian. Dia memberanikan diri untuk bertentangan mata dengan lelaki itu.

"Tolong lepaskan aku, Adam." rayu Alisa. Dia trauma akan semua ini. Dia tidak mahu kejadian tadi berulang kembali. 

"Kau dengar sini, aku janji yang aku akan bertanggungjawab dengan apa yang terjadi. Tapi bukan untuk masa sekarang ini. Kalau kau berani-berani pergi buat laporan polis, siap kau. Sampai lubang cacing aku cari kau." ugut Adam. Nada suaranya perlahan sahaja. Tetapi bagi Alisa, ugutan Adam sebentar tadi sungguh menakutkan.

"Aku nak kau keluar dari sini. Pergi mana-mana pun aku tak kisah. Janji jangan duduk dekat sini lagi." arah Adam. Alisa diam membatu. 

 "Kau faham ke tidak?" sergah Adam.

Terhincut bahu Alisa kerana terkejut. Lekas kepala diangguk laju. Bibirnya yang bergetar diketap kuat. Mata dipejam dengan rapat.

"Bagus."kata Adam seraya tangannya mengelus lembut anak rambut Alisya.

"Kau siapkan barang kau cepat. Aku tunggu." arah Adam. Dia kemudian berlalu keluar dari situ. Bajunya yang berada di atas katil diambil dan disarungkan pada badan. Terus langkah kaki dibawa keluar dari kamar gadis itu.

Alisa jatuh melorot. Kakinya lemah longlai. Dia melepaskan tangisannya sepuas hati. 'Tak guna, Adam!' Bentak hati Alisa. Teresak-esak dia di situ. 

* * *

Setelah selesai dia mengemas pakaiannya, Alisa melangkah keluar dari bilik. Adam yang tadinya sedang duduk bersandar di sofa telahpun berdiri dan mendapatkan gadis itu. Alisa memalingkan kepala ke arah lain. Tak betah mahu memandang wajah lelaki itu dengan lebih lama. 

"Dah siap?" soal Adam.

Alisa menjeling seraya kepala diangguk perlahan. Beg sandang yang berada di dalam bilik diambil. Laju langkah kakinya dibawa menuju ke pintu rumah. Lekas Adam mencapai lengan Alisa dan menarik gadis itu rapat dengannya. 

"Kau nak apa lagi, Adam? Lepaslah!" bentak Alisa. Dia meronta-ronta ingin dilepaskan. Rasa bencinya terhadap Adam semakin membuak-buak.

"Hei, dengar apa yang aku nak cakap ni dulu." lembut sahaja Adam berkata. Matanya memandang sepasang anak mata gadis itu. Alisa pasrah. Dia berhenti dari terus meronta. 

"Aku nak kau tahu yang aku akan bertanggungjawab dengan semua ni," kata Adam lembut.

"Lepaslah, Adam! Aku tak nak dengar apa-apa lagi dari mulut kau. Makin benci aku tengok muka kau ni tahu!" pekik Alisa. Tangannya direntap berkali-kali. Sungguh dia berasa jijik apabila lelaki itu menyentuhnya. 

"Walau apa pun yang jadi, jangan harap aku akan masuk dalam cengkaman kau, Adam." luah Alisa dengan penuh emosi. Geram, kecewa dan benci semua bercampur-baur. Dia mahu lelaki itu tahu yang dia tidak akan masuk lagi ke dalam perangkapnya. 

Adam tersenyum sinis. Dia semakin merapat dengan gadis itu. Kemudian tangannya laju mencengkam leher Alisa. 

"Kau bodoh ke? Macam mana kalau kau mengandung? Apa kau dah bersedia sangat nak tanggung anak haram tu?" soal Adam sinis. Mencerlung matanya. 

Alisa memejam matanya rapat. Tangan kanannya menggigil memegang tangan Adam yang masih lagi mencekik lehernya. Sesekali tangan lelaki itu ditepuknya kuat. Dia benar-benar tidak dapat bernafas sekarang ini.

"Atau kau ada niat nak bunuh kandungan kau nanti?" teka Adam. Makin kuat cengkamannya pada leher Alisa. Merah padam wajah gadis itu. 

"Aku tanya kau ni! Kau pekak ke?" gertak Adam. Cengkamannya dikuatkan lagi.

Seksa Alisa menahannya. Dia tiada pilihan lain selain menggelengkan kepalanya.

Adam tersenyum puas. Cengkamannya dilepaskan. Terbatuk-batuk Alisa. Air mata laju mengalir membasahi pipi. Tubuhnya lemah. Badan seakan tidak dapat diseimbangkan. Lekas dia memaut pada dinding rumah. Dada yang mula terasa sesak dicengkam kuat.

"Dah cepat bawa beg kau turun! Aku tunggu dekat bawah. Tak payah nak buat drama depan aku. Meluat!" kata Adam sebelum dia melangkah meninggalkan Alisa sendirian di situ. 

Related chapters

Latest chapter

DMCA.com Protection Status