Janji Yang Terlerai [Bahasa Malaysia]

Janji Yang Terlerai [Bahasa Malaysia]

By:  Misz_s  Ongoing
Language: Bahasa_melayu
goodnovel16goodnovel
10
3 ratings
10Chapters
1.9Kviews
Read
Add to library

Share:  

Report
Overview
Catalog
Leave your review on App

Dia terperangkap dalam situasi yang mendebarkan. Hidupnya musnah dalam sekelip mata sahaja. Dia lari membawa hati yang lara. Masih layakkah aku untuk bersujud menghadap Illahi? Adakah doaku akan diterima lagi. Dia menyesal dengan semua perbuatannya. Dirinya sentiasa dihantui dengan kesilapan silam yang telah dibuatnya. "Kalau awak nak belajar ilmu agama dengan lebih dalam, datanglah rumah saya. Mungkin mak saya boleh mengajar sedikit sebanyak." - Mohd Zaquan "Alisa! Kau ikut aku balik!" - Adam Haris Ya, aku Alisa. Hidup aku boleh dikatakan berada di dalam genggaman lelaki yang bernama Adam Haris. Dia tidak mahu semua itu. Dia benci dengan apa yang lelaki itu telah buat kepadanya. Dia nekad untuk bersembunyi dari Adam. Tetapi lain pula yang terjadi. Hatinya bergetar setiap kali terdengar suara alunan ayat-ayat suci al-Quran di dalam masjid. Hatinya tertanya-tanya, siapakah pemilik suara itu? "Alisa, aku tahu itu anak aku. Tolong jangan lari lagi." "Jodoh itu ketentuan Illahi. Semua makhluk di muka bumi ini dicipta berpasang-pasangan. Sama seperti kisan nabi Adam dan juga Hawa. Walau apa rintangan yang mendatang, mereka tetap akan bersatu. Kerana itu telah tertulis di luh mahfuz. Tapi, andai ada jodoh antara kita, sudikah awak untuk jadi teman sehidup dan semati saya."

View More
Janji Yang Terlerai [Bahasa Malaysia] Novels Online Free PDF Download

Latest chapter

Interesting books of the same period

Comments
user avatar
adiba syuhada
ceritA YG X MEMBOSANKAN ... love sgt
2023-06-24 22:58:54
0
user avatar
amalina abidin
sambungannnnn
2022-11-28 22:02:55
0
user avatar
Monalisa Lisa
menarik...salam Dr sabah
2021-10-21 06:06:13
0
10 Chapters
Prolog
   Sungai yang mengalir tenang di hadapan mata sedikit sebanyak telah menenangkan otak yang sedang berserabut memikirkan hal duniawi. Memang kalau makin difikirkan, makin berserabut kepala jadinya. Tangan pula sibuk mengkuis-kuis rumput hijau yang renek. Air mata ditahan sebaik mungkin agar tidak gugur dalam menghadapi medan genting ini. Entah mengapa semakin ditahan, makin galak pula mutiara jernih itu mahu jatuh menyembah bumi.Batu-batuan yang ada berhampiran dicapai dan dilempar satu persatu ke dalam sungai. Dibalingnya sekuat hati bagai mahu melepaskan semua rasa sesak yang terbuku di dada.Keluhan nafas dihela panjang. Berat untuk diluah dengan kata-kata akan masalahnya itu. Dia, Nur Alisa, gadis yang terlampau mengejar harta dunia hinggakan dia membutakan mata mengenai ilmu akhirat. Memang benar apa yang dikatakan oleh ustazahnya dahulu apabila kita terlampau cintakan dunia sampaikan  sa
Read more
Bab 1
Bunyi lagu yang membingitkan di dalam kelab malam itu membuatkan sedikit sebanyak kepala Alisa menjadi pusing. Walaupun kepalanya pening saat ini, hatinya boleh dikatakan cukup gembira apabila dapat melampiaskan segala kekusutan yang ada di dalam kepalanya itu. Sesekali badannya digoyang mengikuti rentak lagu yang dimainkan oleh DJ di dalam kelab malam itu. "Hai, cantik." tegur satu suara yang kini sudah pun duduk di hadapan Alisa. Alisa mula membuat muka menyampahnya. Tidak habis-habis dengan lelaki gatal yang menghampiri dirinya. Pantang nampak perempuan seksi sedikit pasti nak cuba mengayat. "Sombong..." komen lelaki itu. Tajam mata Alisa memandang wajah lelaki itu. Dia tidak berpuas hati. "Kau nak apa?" soal Alisa dingin. Air kencing syaitan yang ada di dalam gelas diteguknya dengan sekali tegukan. Dia kemudian menghentak kuat gelas tersebut di atas meja. Berkerut wajahnya apabila mahu menelan minum
Read more
Bab 2
Alisa duduk meringkuk di sudut tepi bilik. Menggigil badannya. Sejuk sangat dia rasakan pada malam itu. Ditambah pula baju yang dipakainya hanyalah separas atas atas lutut. Sesekali tangannya digosok untuk membuatkan tangannya terasa hangat sedikit. Bibirnya menjadi pucat lesi.Alisa menoleh ke arah pintu apabila terdengar mangga pintu dibuka dari arah luar. Tidak lama kemudian pintu bilik dibuka. Terpacul wajah Adam di hadapan pintu. Alisa hanya membiarkan sahaja lelaki itu di situ. Kemudian kepalanya ditoleh memandang ke arah lain. Sakit hatinya setiap kali dia memandang wajah lelaki itu."Kau pakai baju ini." arah Adam. Baju t-shirt biru berlengan panjang dan seluar track suit dilemparkan kepada gadis itu. Berkerut wajah Alisa melihat baju itu."Kalau kau nak mati kesejukan dekat sini, tak apa. Aku ambil balik baju tu." kata Adam. Dia sudah melangkah setapak ke hadapan untuk mengambil
Read more
Bab 3
Kereta honda milik Adam meluncur masuk ke dalam garaj rumah banglonya. Dia kemudian keluar dari kereta. Lekas dia menuju masuk ke dalam rumah. Ketat sahaja wajahnya. Dia kemudian mendaki anak tangga menuju ke bilik pejabat di tingkat dua.Pintu dibukanya kasar. Meja kerjanya dihampiri dan dihempaskan beg bimbit di atas meja tersebut. Dia kemudian melabuhkan punggungnya di atas kerusi. Badan disandar dan matanya dipejam rapat. Tangannya dibawa ke dahi untuk memicit kepala yang mulai terasa memberat."Kau dah kenapa, bro?" tegur satu suara.Adam menoleh ke arah pintu. "Ray... Aku ingatkan siapalah tadi. Buat terkejut aku sahaja." kata Adam. Dia memejamkan matanya semula dan kembali mengurut kepalanya.Ray menghampiri Adam. Kerusi di hadapan meja kerja lelaki itu ditariknya. Dia kemudian melabuhkan punggungnya di situ."Kau dah kenapa? Kusut semacam aku tengok kau." soal Ray
Read more
Bab 4
Adam duduk pada penghadang bot. Wajahnya serius saat ini. Ray pula duduk di bahagian belakang. Tugasnya adalah mengawal arah tuju bot tersebut.Dari jauh Adam sudah melihat kapal besar milik Loh Kuan. Dia mengangkat tangannya untuk memberi amaran kepada Ray agar dia memberhentikan bot tersebut."Kau yakin ke dengan apa yang kita nak buat ini?" soal Ray. Dia gugup sebenarnya. Takut jikalau nanti mereka akan ditangkap oleh Loh Kuan."Ini sahaja jalan yang kita ada." kata Adam bersama nada dinginnya. Dia kemudian membuka kotak ais yang dibawa oleh mereka tadi. Beberapa pucuk pistol dikeluarkan lalu diletakkan di dalam plastik kedap udara. Dia selitkan plastik tersebut di dalam seluar yang dipakainya. Baju hitam yang dibawa disarungkan pada kepala dan diikat ke belakang seperti ninja. Hanya matanya sahaja yang terlihat."Aku pergi dulu." kata Adam sebelum dia melompat masuk ke dalam a
Read more
Bab 5
Kereta diberhentikan betul-betul di hadapan bangunan kondominium. Adam kemudian memerhati kawasan sekitar mereka. Kemudian Alisa yang duduk di sebelah dipandangnya. "Nampaknya awak memang bersungguh cari saya. Sampai tempat tinggal saya pun awak tahu." kata Alisa bersama kening yang dijongketkan. Dia tak percaya sampai begitu sekali Adam cuba untuk menjejaki dirinya. Adam cuba mengherot bibirnya ke atas. Menyampah pula dia mendengarnya. "Semuanya dendam. Kalau kau tak cari fasal dengan aku dulu, memang semua tak akan jadi macam sekarang ini." balas Adam tanpa melihat wajah gadis itu. Matanya sengaja disibukkan untuk memerhati kawasan sekitar. Alisa menghembus keluhan berat. Pelik Adam mendengarnya. Wajah gadis itu dipandang. "Kalau macam itu, tolong jangan ganggu saya lagi lepas ini. Jangan cari saya. Saya tak nak risikokan nyawa sesiapa lagi lepas ini." kata Alisa. Dia kemudian berur
Read more
Bab 6
Alisa bangun dari katil. Dia menarik selimut gebu putih bersamanya menuju ke bilik air. Berjurai-jurai air matanya jatuh. Sempat dia menoleh ke arah katil sebelum dia menapak menuju masuk ke dalam tandas. Sakit hati yang dia rasakan saat melihat wajah Adam yang sedang lena diulit mimpi itu.  Pintu bilik air dihempas kuat dan dikuncinya dari dalam. Tersentak Adam. Matanya terbuka luas. Lantas dia bangun dan bersandar pada kepala katil. Berkerut keningnya. Terkebil-kebil dia memandang pintu bilik air. Belakang kepala digaru kasar seraya mata melilau memandang keadaan sekeliling yang berantakan. Adam bangun dari katil. Dia mengutip satu per satu pakaiannya yang ada di lantai. Seluar disarungkan pada tubuh manakala baju dia lemparkan sahaja ke atas tilam. Langkah kakinya dibawa menuju ke bilik air. Pintu bilik air diketuknya. "Alisa...," panggil Adam lembut.  Kepala digarunya apabila tiada sahutan dari Alisa. Hanya bunyi pancuran air yang dapat
Read more
Bab 7
Adam yang berdiri dan bersandar pada kereta dipandang. Lelaki itu sedang memeluk tubuh seraya matanya tidak lekang memandang rumah sapara kayu itu."Mulai sekarang, ini rumah kau. Kau duduk sini sampailah aku kata kau boleh balik dekat apartment kau itu. Faham?" Adam membuka bicara. Dia kemudian bergerak menghampiri Alisa. Bahu Alisa dipeluk dengan tangan kirinya. Tangan sebelah lagi sudah mencekak pinggang.Terkebil-kebil mata Alisa melihat rumah kampung moden yang ada di hadapannya itu. Di tepinya pula ada sebuah pangkin kecil yang berbumbungkan dengan pokok buah mangga."Awak nak saya tinggal sini?" soal Alisa dengan nada yang tidak percaya. Wajahnya berkerut seribu.Adam terus menoleh melihat Alisa."Kenapa? Tak boleh ke kau duduk sini? Kira okeylah aku tak letak kau dekat reban ayam." balas Adam dengan selamba.Alisa mengetap giginya dek terlalu geram. Peluka
Read more
Bab 8
Alisa berjalan menuju ke ruang tamu bersama satu cawan mi segera. Mi segera maggie berperisa tom yum itu telah menjadi pilihannya. Dia menghidupkan televisyen dan duduk bersila di tengah-tengah ruang tamu itu. Sesekali butang pada alat kawalan televisyen ditekannya untuk mencari saluran yang menarik.Penutup mi segera dibuka. Dia sudah tidak tahan lagi. Dari pagi lagi dia tidak menjamah sebarang makanan. Sekarang jam pun sudah menunjukkan pukul sembilan malam. Nasib dia bukan seorang yang menghidapi penyakit gastrik.Perutnya sudah berbunyi untuk menjamah sedikit makanan. Alisa tidak menunggu lama. Mi di dalam cawan itu ditiup dan disuapnya ke dalam mulut menggunakan garfu yang sedia ada. Berkerut wajahnya saat mengunyah mi yang masih panas itu. Alisa kemudian menghirup kuah mi segera itu sedikit. Nikmat sungguh rasanya."Hu~~"Perbuatan Alisa tadi mati. Dia cuba mengamati bunyi yang baru sahaja dia dengar
Read more
Bab 9
Alisa berjalan mengelilingi kampung. Diambilnya satu ranting kayu yang sudah jatuh di atas tanah lalu dihayun-hayunkan ranting kayu tersebut di udara. Kakinya masih lagi melangkah entah ke mana tanpa diketahui hala tujunya. Sesekali apabila ada satu atau dua motor yang melalui jalan yang kecil itu, mata mereka pasti akan memandang ke arah Alisa bersama satu pandangan yang pelik. Alisa pun hairan. Kemudian, matanya terpandangkan satu gerai pisang goreng yang tidak jauh dari tempat dirinya berdiri sekarang ini. Bau pisang goreng sudah semerbak menusuk ke rongga hidung. Dia jadi teringin pula untuk mencubanya.Laju langkah Alisa dibawa mendapatkan gerai tersebut. Meleleh-leleh air liurnya sementara menunggu dia untuk sampai ke sana. Tiba-tiba satu tamparan angin dari belakang mengejutkan dirinya. Alisa terkejut. Berkerut wajahnya saat rambutnya sudah kusut-masai saat terkena angin yang menderu itu tadi. Satu kereta myvi berwarna grey metallic sudah pun melepasi diri
Read more
DMCA.com Protection Status